You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUDANG RASAU

25150 KUANTAN, PAHANG.

Anjuran: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUDANG RASAU

Sasaran:

PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUDANG RASAU
Tema:

PELAJAR BERPERIBADI MULIA ASAS KECEMERLANGAN


JAA UBK SMKGR 2012

PENGENALAN. Bagi sebilangan besar pelajar yang baru sahaja memasuki alam persekolahan sekolah menengah, mereka amat memerlukan panduan dan tunjuk ajar dari pihak pentadbiran, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan persekitaran yang boleh membantu. Untuk itu, Minggu Silaturahim bagi tingkatan satu tahun 2012 ini dilaksanakan kan bagi memberi segala keselesaan dan tunjuk ajar yang berfaedah serta memudahkan pelajar baru. Pelajar tingkatan satu juga diberikan pelbagai taklimat berkenaan SMKGR bagi memudahkan adaptasi mereka terhadap sekolah ini. Sebahagian besar dari pelajar tingkatan 4 menjadi pemudah cara bagi melancarkan lagi perjalanan Minggu Orientasi Tingksatan satu 2012. Amat diharapkan dengan penerangan yang diberikan termasuk peraturan sekolah, maka pelajar tingkatan satu 2012 dapat menyesuaikan diri dengan baik sekali di sekolah ini. Bagi pelajar Tingkatan 4 pula, minggu orientasi ini lebih kepada perubahan sahsiah diri bagi pelajar yang sudah berada di menengah atas dan penerangan mengenai kepentingan Kurikulum dan Ko Kurikulum juga dititik beratkan agar boleh diadaptasikan dalam pembelajaran seharian. Program ini juga adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar cemerlang selaras dengan matlamat sekolah. RASIONAL Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau adalah merupakan sekolah yang berpotensi untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga sahsiah. Untuk itu program Minggu Orientasi bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SMKGR 2012 amatlah penting sebagai agen pengetahuan dan perubahan kepada pelajar sekolah ini Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKGR telah mengambil daya inisiatif bagi menyusun program bercorak bimbingan, panduan serta taklimat bagi memberikan penerangan yang jelas tentang VISI dan MISI sekolah kearah mencapai matlamat dan target sekolah.

MATLAMAT 1. Program ini memberi fokus kepada taklimat, penerangan semasa dan maklumat terkini berkenaan senario semasa SMKGR.
JAA UBK SMKGR 2006/2

2. Program ini dapat membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam mengadaptasikan diri dengan suasana baru di SMKGR berbanding dengan berada di sekolah rendah di tahun 6 dahulu. 3. Justeru itu, program ini amat sesuai dan berpotensi bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan VISI dan MISI sekolah selari dengan peraturan dan matlamat sekolah.

OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan mengenai pelbagai VISI DAN MISI SEKOLAH dengan berkesan. 2. Pelajar mampu menggunakan pengetahuan yang diperolehi daripada minggu orientasi ini untuk mengadaptasikan diri sesuai dengan prasarana sekolah dan bersesuaian dengan diri pelajar tersebut. 3. Memandu pelajar agar tidak berasa tertekan dan tidak selesa semasa berada di SMKGR setelah segala taklimat tentang peraturan dan situasi semasa telah ditaklimatkan. 4. Mampu menanamkan semangat saying dan cintakan sekolah dan yakin diri dan tidak melakukan sebarang salah laku yang bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 5. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah setelah pelajar dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan suasana sekolah yang sentiasa ke arah kondusif.

TEMA. Pelajar Berperibadi Mulia Asas Kecemerlangan

SASARAN Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

TARIKH 4 6 Jan 2012 (Tingkatan 1) 4 6 Jan 2012 (Tingkatan 4 ) TEMPAT ANJUNG BESTARI SMK GUDANG RASAU

BILIK BAHASA SMKGR

STRUKTUR ORGANISASI Sila rujuk lampiran A TENTATIF PROGRAM Sila rujuk lampiran B PERBELANJAAN Sila rujuk lampiran C PENUTUP Diharapkan agar program ini akan mampu membekalkan kepada para pelajar dengan pengetahuan, penguasaan persekitaran dan mampu mengadaptasikan diri sebaiknya selaras dengan VISI dan MISI sekolah. Pelajar diharapkan juga dapat mewnerima segasla taklimat dengan mendalami semua aspek kehidupan mereka melalui pengurusan kehidupan yang terancang dan bijak. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah di atas perhatian dan usaha meluluskan program ini untuk kebaikan para pelajar dan sekolah amnya.

MANUSIA YANG PALING BAHAGIA ADALAH ORANG YANG DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA MINGGU SILATURAHIM TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2012

Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Razak b Ahmad Naib Pengerusi I : Pn. Maznah bt Ariffin Naib Pengerusi I : En. Mohd Dasir b Omar Naib Pengerusi II : En. Aziz b Dau Penyelaras : Pn. Zuniza bt Abu Bakar Kaunseling Setiausaha : Cik Tai Hwa Yih
JAWATANKUASA PENGURUSAN PESERTA - Pn. Che Jah bt Abdul Rahman - Pn. Marlina Idayu bt Ismail JAWATANKUASA PERSEDIAAN TEMPAT - En. Mohd Izan b Mat Ali - En. Kamal Lizam b Abd Malek JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SILATURAHIM - Pn. Azlina bt Omar - Pn. Norbani bt Mat Said - Pn. Norzilawati bt Jusoh JAWATANKUASA PENGURUSAN SLOT KHAS - Cik Azriati bt Abdul Jabar - Pn. Norhayati bt Md Nor JAWATANKUASA CERAMAH DAN LATIHAN DALAMAN - Pn. Rosmalina bt Ismail - Pn. Norlia bt Abdul Rahman JAWATANKUASA SIARAYA DAN ALATAN - En. Mohd Rizam bin Sahak - En. Hairi Shahril bin Zulkiflee

- Pengetua - PK HEM - PK 1 - PK KOKU Guru - Guru Kaunseling

FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI - Pn. Wan Latifah bt Wan Gati - Pn. Farrah Laily bt Alili

lampiran C

PERALATAN*****
NO 1 2 3 4 5 6 7 PERKARA Kertas A4 Pen Marker Kertas Majong Set P.A + 3 Mic Portable Mic White Board LCD KUANTITI 2 rim 24 batang 15 keping 1 set 1 biji 1 buah 1 buah

***** Disediakan oleh Sekolah

DISEDIKAN OLEH: (ZUNIZA BT ABU BAKAR) (Guru Kaunseling) SMK Gudang Rasau, Kuantan

You might also like