You are on page 1of 88

3.

1 Pengenalan
3.2 L/Belakang Tamadun Melayu 3.3 Ras dan Rumpun Melayu 3.4 Penjenisan Melayu 3.5 Konsep Melayu Mengikut Bahasa 3.6 Melayu Menurut Perlembagaan 3.7 Pusat Kerajaan dan Tamadun Melayu 3.8 Sistem Kepercayaan dan Agama 3.9 Sistem Perundangan Melayu 3.10 Sistem Sosial Masyarakat Melayu 3.11 Pelbagai Huraian Mengenai Tamadun Cina dan India

Orang Melayu adalah penduduk terbesar Semenanjung dan ada juga yang menghuni di Sarawak dan Sabah. Orang Melayu telah bermastautin di Semenanjung sejak 2,500 SM. Terdapat juga Orang Melayu tinggal di Selatan Thailand, Filipina dan di merata-rata tempat di Nusantara. Dari segi bahasa pertuturan, Orang Melayu menggunakan Bahasa Melayu iaitu kelompok Bahasa Austronesia. Sejarah Orang Melayu sering dikaitkan dengan kumpulan Orang Melayu Asli/Melayu Proto. Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, masyarakat Orang Melayu mengamalkan sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme.

Kedua-duanya mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, yang dapat membawa atau mendatangkan kesan baik atau buruk. Penulisan secara jelas mengenai Orang Melayu bermula pada abad ke 15 iaitu pada zaman keagungan Kesultanan Melaka yang banyak merakamkan tentang undang-undang dan sistem pentadbiran seperti Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Struktur pentadbiran tradisional inilah menjadi landasan kepada pembentukan Negara Bangsa dalam sejarah moden Malaysia.

Satu ciri sistem politik pribumi Melayu yang kekal hingga kini ialah Sistem Beraja. Sistem ini kekal kerana wujudnya hubungan Institusi Raja dengan sistem tradisi masyarakat Melayu yang berpegang kepada Bahasa Melayu, Agama Islam, Adat Istiadat, Melayu dan Raja-raja. Unsur-unsur ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. Zaman Kerajaan Melayu Melaka yang didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15 menyaksikan kegemilangan dunia Melayu dalam berbagai-bagai aspek.

Contohnya,

sistem sosio-politik Semenanjung Tanah Melayu ini juga telah diamalkan oleh Kesultanan Brunei yang pada satu ketika dahulu pernah menakluk dan memerintah Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini menjadi tanah jajahan Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke menjajah Sarawak sejak tahun 1841 hingga 1941 dan Sabah dijajah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British sejak tahun 1881 hingga 1941.

Kebanyakkannya

Orang Melayu dahulu adalah petani dan pelaut. Penemuan tinggalan arkeologi di Kuala Selinsing Perak menunjukkan orang Melayu juga adalah ahli pertukangan dan pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup dalam kampung tradisi-menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan mengamalkan Ekonomi sara diri. Dalam Kesultanan Melaka, apabila Melaka menjadi bandar entrepot, orang Melayu telah mewujudkan satu sistem ekonomi perdagangan yang teratur dengan terbentuknya sistem cukai, sistem pasar dan gudang.

Secara spesifik, masyarakat pribumi adalah merujuk kepada penduduk asal negara Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung dan pelbagai kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Mengikut Perlembagaan Malaysia, pribumi atau bumiputra di ertikan sebagai anak watan asal atau naif dan ini merujuk kepada orang Melayu, orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Di Sabah, pribumi dimaksudkan sebagai warga negara berketurunan pribumi seperti Orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu, Iranun, Kedayan, Melayu Brunei, Lun Dayeh Sungei dan kumpulan pribumi lain. Di Sarawak, pribumi adalah seorang warganegara Malaysia yang tergolong dalam salah satu kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Melayu Melanau, Murut/Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan, dan kumpulan kecil lain.

Sistem sosial bersifat "feudal" iaitu Raja/Sultan menguasai sumber ekonomi (tanah, tenaga buruh, modal pelaburan, perdagangan dan memungut cukai). Mereka tergolong dalam kelas atasan dan menengah-menjadi pedagang, ahli pelayaran dan pengusaha lombong bijih timah. Monopoli ekonomi menjadi teras mengekalkan kuasa raja terhadap rakyat. Mereka menguasai jalan perdagangan di sungai-sungai dan menguasai perdagangan impot/ekspot. Antara tokoh-tokoh pembesar Melayu yang menjadi pengusaha/pedagang ialah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut Perak, Raja Jumaat dan Raja Abdul Samad di Selangor.

Di

negeri pantai timur orang Melayu juga bergiat dalam bidang pertanian dan perdagangan. Kaum wanitanya terkenal dengan kegiatan perdagangan. Sosioekonomi orang Melayu berubah apabila British menjajah Tanah Melayu mulai tahun1874. British memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis dan membawa masuk buruh asing ke Tanah Melayu dan seterusnya merubah struktur ekonomi pribumi.

Mempunyai

sistem masyarakat yang teratur dan kemas kerana hubungan mereka yang rapat dengan Kesultanan Brunei. Kedudukan petempatan mereka di persisiran pantai menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar dan penyebaran agama Islam yang di bawa melalui perdagangan. Maka kerana itu, semua orang Melayu beragama Islam.

Sains

dan teknologi Cina telah wujud dari kurun 15 hingga 11 Sebelum Masehi. Teknologi terawal ialah kejuruteraan hidraulik. Kejayaan mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan.

Pengeluaran

porselin, kertas dan loyang dikatakan bermula lebih awal lagi. Pengembaraan Marco Polo tahun 1275-1292 telah memperkenalkan Cina kepada dunia Barat dan menghasilkan interaksi tamadun.

Ilmu

mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin dibawa masuk ke Barat melalui Cina. Cina tertinggal dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke 20 kerana pemerintah tidak menggalakkan penciptaan, perniagaan dan perindustrian serta hubungan perniagaan dengan dunia luar.

Evolusi

politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tetntang kepentingan sains dan teknologi moden.

Sejak

kurun 11 hingga 3 SM (Dinasti Zhou) orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, pencatatan tepat mengenai gerhana dan komet. Sumbangan mereka yang paling signifikan ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan selama 2000 tahun.

Sistem

kalendar Cina adalah sistem terawal, maju dan tepat di dunia. MATEMATIK: Sempoa (abacus) telah disebut dalam karya Xu Yue pertama kali pada kurun ke 2 walaupun ketika itu belum digunakan secara meluas.

Karya

agung Zhang Cang; Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) mengandungi hampir keseluruhan matematik orang Cina. Orang Cina juga telah mengenal pasti nilai pi, perpuluhan dan sistem pecahan.

PERUBATAN

CINA: Bermula sejak zaman Fu Xi (2953SM) dikembangkan oleh Shen Nong dan kemudiannya Huang Di.

TEORI KOSMIK DUALISTIK YIN DAN YANG DAN TEORI LIMA ELEMEN

KESEIMBANGAN KUASA YIN DAN YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN

TEORI LIMA ELEMEN


KADAR TIDAK SEIMBANG YIN DAN YANG - KESAKITAN BERLAKU

TUMPUAN PERUBATAN CINA ADALAH PADA KADAR YIN DAN YANG ( YG. BOLEH DIKAWAL)

Perubatan

Cina menggabungkan unsur-unsur perubatan dari pengaruh luar terutamanya dari India, Tibet, Asia Tengah dan Tenggara, serta perubatan barat. Perubatan Cina berkembang selari dengan perubatan barat dengan kewujudan akupunktur dan falsafah perubatan cina.

Sejarah perubatan klasik cina melibatkan karya mengenai teori perubatan, iaitu pengelasan, diagnosis, rawatan penyakit dan arahan penggunaan dadah.

Karya perubatan tradisi pada zaman Dinasti Han adalah:

Inner Canon merangkumi pengajian dalam subjek teras. The Divine Husbandmans Materia Medica mengandungi huraian tentang ciri-ciri dan sifat lebih dari 300 jenis sayuran, haiwan dan dadah yang dikelaskan kepada tiga (tinggi, pertengahan, rendah). Canon of Problems menyenaraikan 81 isu-isu yang sukar berkenaan diagnosis dan rawatan akupunktur. The Treaties on Cold-Damage Disorders merujuk kepada cara-cara diagnosis dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh faktor-faktor kesejukan luaran (demam berjangkit)

Perubatan tadisi cina adalah satu ilmu klasik yang mengutamakan konsep yin yang dan wu xing yang merangkumi panduan untuk memahami tubuh manusia (mikrokosme) dan makrokosme. Kesihatan bergantung kepada pemeliharaan harmoni di dalam tubuh dan di antara tubuh manusia, alam sekitar dan peraturan sementara penyembuhan adalah berdasarkan bagaimana keharmonian dapat dipulihkan.

Sebelum

Dinasti Han, penyakit dihubungkaitkan dengan roh atau angin jahat yang menguasai jiwa dan rawatan adalah melalui jampi serapah atau dadah dan tangkal serta azimat. Sehingga kini, kepercayaan ini masih wujud dalam karyakarya perubatan.

Perkataan qi (chi) diterjemahkan dalam falsafah semulajadi sebagai udara, wap dan tenaga yang merangsang proses pertukaran dan sebagai perantara untuk proses tersebut. Dalam perubatan cina, qi mengatur fungsi badan untuk memelihara kesihatan.

bermaksud dalaman dan yang adalah luaran dimana ianya membentuk struktur masa dan ruang. Penyakit akan mengalami fasa yang pada permulaannya dan diikuti dengan fasa yin yang mungkin memerlukan rawatan. Perkataan wu xing diterjemahkan sebagai lima unsur iaitu kayu, api, tanah, logam dan air. Kelima-lima unsur tersebut adalah berhubungkait di antara satu sama lain.
Yin

Tubuh badan manusia dipengaruhi oleh ciri-ciri qi, yin yang dan wu xing, dimana ianya dipisahkan dari persekitaran luaran oleh kulit yang boleh dijangkiti oleh kuman. Saluran peredaran dalam badan menghubungkan organ dalaman dan deria rasa, perasaan dan sistem penghadaman. Kesemuanya ini dinyatakan dalam teori perubatan klasik yang melibatkan lima sistem peredaran yin dan enam sistem yang.

Penghasilan qi akan mengekalkan keharmonian dan keseimbangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur. Ketidakseimbangan yin dan yang akan mengganggu peredaran qi dan apabila ianya dalam peringkat permulaan yang, ketidakseimbangan ini boleh ditangani. Sebaliknya, apabila ketidakseimbangan mencapai tahap yin yang merbahaya, ianya tidak dapat diselamatkan. Konsep rawatan penyakit berjangkit adalah hampir kepada rawatan barat, tetapi digunakan untuk merawat penyakit tertentu sahaja.

Doktor perlu mengenalpasti jenis penyakit dan perkembangannya sebelum menetapkan rawatan, dan mengetahui latar belakang dan kedudukan pesakit. Ini boleh mempengaruhi haluan penyakit dan mengenalpasti reaksi terhadap rawatan. Denyutan nadi dan pemerhatian terhadap tandatanda fizikal dan emosi amat penting dalam menentukan penyakit. Denyutan nadi memberikan maklumat tentang peredaran qi dan seterusnya sebarang ketidakseimbangan dalam badan dan bagaimana sistem organ dalaman telah dijangkiti. Pemerhatian terhadap keadaan fizikal dan emosi akan menentukan simptomsimptom penyakit.

Empat jenis kaedah pemeriksaan melibatkan soal-siasat, pemeriksaan mata, pemeriksaan audit dan bau, dan pengambilan denyutan nadi. Terapi menggabungkan dua aspek iaitu menghapuskan patogen qi dan menentang kesannya. Kebanyakan penyakit dianggap sebagai dalaman manakala perubatan luaran merupakan kepentingan kedua. Pembedahan pula tidak terlibat dalam perubatan utama. Penggunaan dadah dibawah arahan doktor adalah penting sebagai terapi dalam perubatan tradisional.

Akupunktur

memperkenalkan pemeliharaan dan penyeimbangan qi dengan menggunakan jarum sebagai alat untuk mengembalikan keseimbangan aliran tenaga di dalam badan. Moxibustion melibatkan pembakaran tumbuhan wormwood kering di atas bahagian kulit seperti bekam. Akupunktur dan moxibustion diamalkan untuk menghasilkan rangsangan sepanjang peredaran qi, melancarkan peredaran qi yang tersekat untuk mengembalikan peredaran badan yang normal.

Doktor

Confucion (ruyi) merupakan pelatih perubatan yang mempelajari ilmu perubatan untuk tujuan kebajikan melalui pembelajaran teks dan pengalaman. Doktor turun-temurun (shiyi) datangnya dari keluarga doktor dan latihan perubatan diamalkan melalui perantisan dan pembelajaran teks.

Profesion sebagai doktor profesional dikategorikan berdasarkan keputusan peperiksaan perubatan kerajaan sebelum berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan. Pangkat mereka tidaklah begitu tinggi dan sukar memperlihatkan prestasi yang cemerlang untuk kenaikan pangkat. Dinasti Song dan Yuan memperlihatkan kewujudan farmasi dan klinik kerajaan dan prestasinya semakin menurun disebabkan wujudnya pusat perubatan persendirian semasa Dinasti Ming.

Perubatan

cina mula bertapak di negara Jepun moden yang menawarkan latihan profesional dan seragam di kolej perubatan persendirian dan hospital. Seterusnya, ia memperkenalkan arahan perubatan dan rawatan dalam sistem insuran di Jepun dan Korea.

Kaum Cina diperkenalkan dengan perubatan barat melalui kegiatan mubaligh dan dengan penubuhan hospital dan latihan gaya barat, perubatan cina terpaksa bersaing dengan perubatan barat dalam mewujudkan sistem perubatan kerajaan moden. Pemikiran perubatan syncretic telah menghasilkan keseimbangan dalam perubatan barat dan Cina, di mana ia melibatkan perubahan dari segi fungsi kepada fahaman kebendaan (materialisme) dalam konsep perubatan.

Pelatih perubatan Cina hanya menjalani latihan yang kurang mendalam dan kemahiran diri hanya boleh dicapai melalui pembelajaran teks yang berasaskan perubatan barat. Perubatan saintifik wujud di barat yang mengandungi pengetahuan program dan kuasa yang baru seiring dengan anatomi dan kajian tubuh badan.

Perubatan

cina mengabaikan anatomi dan asas perubatan saintifik dan ini menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan di barat. Tambahan pula, kewujudan pelbagai budaya baru, teknologi yang canggih dan penerangan saintifik yang lebih tepat meningkatkan lagi kekuatan perubatan saintifik.

KEPELBAGAIAN TAMADUN

Islam

dikatakan sudah sampai ke China pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. melalui Laluan Sutera (Silk Route)

SAAD

BIN ABI WAQQAS ADALAH ORANG PERTAMA SAMPAI DI NEGARA CHINA PADA 650 MENGIKUT DINASTI TANG. (zaman Saidina Uthman bin Affan) MAHARAJA YUNG-WEI MENERIMA KEDATANGAN SAAD DAN MENGANGGAP CONFUSIANISME SERASI DENGAN ISLAM

BELIAU

MEMBENARKAN MASJID PERTAMA DI CHINA IAITU DI CHANG AN. 2 BUAH MASJID TERTUA DI CHINA YANG MASIH LAGI WUJUD IALAH DI CANTON DAN CHUANG CHOW PERNIAGAAN ANTARABANGSA MELIBATKAN IMPOT-EKSPOT SUDAH WUJUD SEJAK ZAMAN DINASTI SUNG (960-1279)

Zaman

Umayyah dan Abbasiyyah menyaksikan 6 delegasi dihantar ke China untuk tujuan dakwah dan perdagangan.

KETIKA

DINASTI MING (1368-1644), ISLAM DI CHINA DIANGGAP MENCAPAI KEGEMILANGAN. INTEGRASI CINA MUSLIM DENGAN MASYARAKAT HAN BERLAKU. NAMA CINA DISERAPKAN DENGAN NAMA ISLAM. MAKANAN DAN PEMAKAIAN BUSANA ISLAM TERPELIHARA.

ZAMAN

DINASTI YUAN CINA MUSLIM MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM POLITIK

JUMLAH

PENDUDUK CINA MUSLIM DI CINA IALAH 30 JUTA (1970an). SEKARANG JUMLAH MELEBIHI 60 JUTA (Millenium).

ISLAM

SAMPAI DI CHINA MELALUI JALAN AIR (LAUTAN) TERUTAMANYA DI DAERAH KWANG TUNG (CANTON) DAN HOKKIEN ISLAM SAMPAI KE BARAT DAN TIMUR CHINA MELALUI AKTIVITI PERDAGANGAN

1.

ORANG-ORANG HUI BERKETURUNAN ARAB HAN PEDAGANG BERKAHWIN DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. RAMAI MENETAP DI NINGSHA (UTARA CHINA). POPULASI CINA MUSLIM TERBESAR DI CHINA. 2. ORANG CINA BERKETURUNAN TURKI 3. ORANG-ORANG HAN DI LUAR TANAH BESAR CHINA. SEMAKIN MENGIKIs CIRI-CIRI KECINAAN.

CINA MUSLIM DIKENALI SEBAGAI ORANG YANG SANGAT TAAT KEPADA AGAMA. DR. KONG CHEE KEONG ORANG-ORANG CINA MUSLIM ADALAH ISLAM ITU SENDIRI KEBANYAKAN ORANG CINA MUSLIM BERMAZHAB HANAFI YANG TERDIRI DARIPADA BANGSA TAJIKS, TARTAR, KHIRGIS, UZBEKS DAN KAZAKS.
ORANG

HAMPIR

SEMUA CINA MUSLIM DI MALAYSIA BERMAZHAB SHAFIE. BEBERAPA KELOMPOK BANGSA CINA SERING DIKAITKAN DENGAN DAERAH ATAUPUN AGAMA. CONTOH: BANGSA MAN MANCHU BANGSA TSANG TIBET BANGSA HAN CINA BANGSA HUI MUSLIM BANGSA MENG - MONGOL

ORANG-ORANG

HAN DIANGGAP SEBAGAI ORANG CINA WALAUPUN APA AGAMANYA KERANA CIRI-CIRI DAN KERUPAAN CINA.

WARNA

MERAH SEBAGAI TRADISI KECINAAN MASIH DIKEKALKAN MASJID MASIH MENGIKUT SENI BINA CHINA SENI BINA ISLAM SEPERTI KEWUJUDAN MENARA DAN, MIMBAR DAN TEMPAT WUDUK DIINTEGRASIKAN

32,749

buah masjid 1998. 23,000 dalam wilayah Xinjiang sahaja.

MAKAN BERSEPIT (CHOP STICK) BAHASA MANDARIN DALAM AKTIVITI KEAGAMAAN KEBANYAKANNYA MENGGUNAKAN NAMA PERTAMA DENGAN PANGGILAN MA KERANA: 1. RAMAI PENDUDUK BARAT CHINA MENGGUNAKAN NAMA MA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM TERUTAMANYA OLEH PENDUDUK BERBANGSA HAN SEPERTI MA WU DAN MA TONG. NAMACHU DITUKAR KEPADA HEH KERANA CHU BERMAKSUD KHINZIR`

Muslim

dibenarkan disemadikan dalam kubur yang tersendiri Muslim dibenarkan berkahwin dengan dikhutbahkan oleh imam Musim perayaan Muslim dibenarkan bercuti Muslim dibenarkan menunaikan haji Cina Muslim juga bergiat aktif dalam politik dalaman dan memperjuangkan hak-hak mereka.

Di

antara Lautan Hindi dan pergunungan Himalaya India Utara dan India Selatan Indo-Arya (India Utara) Dravida (India Selatan) Orang Asli Mundas, Bhil dan Khol (kawasan Gunung Himalaya dan pergunungan Assam) Termasuk juga Gurkha, Bhutiya dan Khasi.

Bangkit

sekitar 2,500 tahun sebelum masehi sekitar Pakistan dan India pada hari ini Tamadun Lembah Indus dirujuk sekarang sebagai tamadun Harappa selepas penemuan Harappa

Tamadun

ini merupakan tamadun terbesar berbanding tamadun Mesir, Mesopotamia dan Cina Tamadun Harappa di temui pada 1920an Peninggalan dan bandar-bandar utama masih lagi dalam keadaan baik

Terletak

dalam wilayah Punjab, Pakistan di sepanjang Sungai Ravi. Harappa adalah merupakan clue pertama kepada penemuan Lembah Indus Kuno, dan dikenali sebagai Tamadun Harappa. Mohenjadaro kemungkinan adalah satusatunya kawasan Lembah Indus yang cukup dikenali. Ia terletak di Sindh, Pakistan, bersebelahan dengan Indus.

Era

Penghasilan Makanan Terawal ca. 6500 5000 B.C. Era Pengwilayahan ca. 5000 2600 - B.C.Tamadun Indus Budaya Harappa Era Integrasi 2600 - 1900 B.C. Tradisi Pasca Indus Painted Grey Ware+1200 - 800 B.C. Northern Black Polished Ware+ 700 300B.C. Early Historic Period ca. 600 B.C.

Tempat

mandian Semua rumah mempunyai tempat mandi peribadi dan longkang mengalirkan air.

Perigi

Peribadi. Kelihatan seperti chimney kerana kawasan sekitarnya telah dikorek.

Batu

bata rumah daripada tanah liat; Zaman Harappan ( 2600 to 1900 B. C.). Binaan Buddha pada puncaknya (Abad pertama A.D.)

Excavated by the Harappa Archaeological Research Project in 1993, this large corbelled drain was built in the middle of an abandoned gateway at Harappa to dispose of rainwater and sewage.

At Mohenjo-daro narrow streets and alleyways branch off of the major streets, leading into more private neighborhoods. Many of the brick houses were two stories high, with thick walls and high ceilings to keep the rooms cool in the hot summer months.

Tempat

mandian awam seperti dalam Tamadun Rom.

Kolam

takungan awam terawal dalam zaman silam. 7 meter lebar dan 2.4 meter kedalaman maksimum. Panjang 7 meter.

Kolam

awal yang

besar. Selatan Harappa. Tempat membasuh pakaian sama seperti di Pakistan and India hari ini.

Telah diganggu oleh pencuri kubur. Rangka dan objek daripada tanah liat juga telah diubah. Lengan kiri terpatah. Gelang yang kebiasaannya dipakai di tangan kiri juga hilang. Jenazah bayi ditanam bersama dalam lubang kecil di sisi kaki ibunya.

Perhiasan

wanita. Tidak ditanam bersama mayat. Diwarisi daripada generasi kepada generasi. Gelang, rantai leher, kerongsang, cincin, subang dan tusuk rambut. Disorok bawah rantai rumah.

Tamadun India mempunya beberapa tahap perkembangan agama iaitu zaman Vedik/ortodoks, Heterodoks dan moden. Agama Zaman Vedik/ortodoks Tradisi zaman Veda masih tercermin dalam budaya orang India . Mereka meyakini kewujudan tuhan/dewa-dewi. Orang India menamakan agama mereka sebagai Sanathara Dharma. Hindu digunakan oleh orang Parsi sebelah India. Dharma sebagai satu sistem kerohanian/etika. Veda - dari kata dasar Vid -iaitu pengetahuan rohani juga melihat serta mengetahui bukan dari mata kasar.

Melihat i-

itu dari dua sudut iaitu:

Objektif Apa yang dilihat dari alam ini seperti langit,bumi, hujan dan sebagainya.
ii-

subjektif Iaitu penglihatan dalaman iaitu melihat serta memahami dengan menggunakan akal.

Kitab-kitab i-

Suci Zaman Veda

Shuruti Apa yang didengarkan dari tuhan kepada beberapa orang alim yang bertapa dan tidak boleh diubah. Termasuk kitab Veda dan terdapat beberapa bahagian yang dinamakan SAMHITA.

SAMHITA. a. Shukta/mantra-mazmur-mazmur dari tuhan

b. Brahmana-keterangan-keterangan berbentuk prosa mengenai erti mantra dan cara penggunaan mantra tersebut. c. Aranyaka-ajaran-ajaran batin yang bersifat mistik mengenai upacara keagamaan dan memberi sebab dan hasil sesuatu upacara dilakukan d. Upanishad-kesimpulan terakhir mengenai ketiga-tiga bahagian dan bersifat falsafah.

Golongan

ortodok hanya menerima Shukta/Mantra sebagai Samhita dan yang lainnya hanya prosa. 4 kitab Veda:

Terdapat

Rig Veda (tertua) Sama Veda Yajur Veda Atharva Veda

ii.

Smirti Ajaran-ajaran oleh manusia-manusia yang dianggap alim kepada yang lain. Boleh diubah dari semasa ke semasa.

1-PolitheismeBererti kepercayaan kepada banyak dewa. Masyarakat Indo-Arya mempercayai bahawa setiap unsur alam semulajadi memprngaruhi kehidupan manusia. Mereka menganggap unsur-unsur ini mempunyai jiwa atau bernyawa dan mampu membawa kebaikan dan keburukan. 2-Henotheisme Menganggap bahawa apabila seseorang memuja sesuatu dewa-dewi dengan penuh kebaktian,beliau lupa akan kewujudan dewa-dewi yang lain dan menganggap kesemua dewa-dewi yang lain sebagai manifestasi dewa yang disembah. 3-Monotheisme Mono bererti satu dan theisme pula bermaksud kepercayaan. Monotheisme membawa maksud penyembahan kepada dewa yang satu. Walaupun alam semulajadi menunjukkan kepelbagaian tetapi terdapat satu perpaduan dalam kepelbagaian. 4-Monisme Monisme bermaksud segala apa juga di alam ini berasal dari sumber yang sama iaitu tuhan.Tuhan yang satu itu dipuja sebagai Ukhta dalam Rig Veda,Agni dalam Yajur Veda dan sebagai Mahavrata dalam Sama Veda.

Kemudian lahir agama-agama yang tidak meyakini kewujudan tuhan dan tidak menerima kitab Veda. 1-Buddhisme Buddha tidak mengajar hal-hal tentang ketuhanan,metafizik atau suatu falsafah kerana pengasasnya tidak menggalakkan falsafah.Sebaliknya jaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi,etika yang berkaitan dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizik dalam Buddhisme adalah tambahan kepada ajaran asal Buddha. 2-Jainisme Agama ini mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Buddha. Ia mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Jadi konsep karma dan samsara tang terdapat dalam Upanishad ditekankan. 3-Hinduisme Purana Perkembangan Hinduisme Purana merupakan reaksi terhadap pengaruh Buddhisme dan Jainisme. Ia mulai kukuh dalam masyarakat India Buddha sebagai salah satu avatara( penjelmaan Vishu). Cerita-cerita Mahabhrata dan Ramayana diinterpretasikan dan Bhagvadgita adalah hasil ciptaan zaman ini untuk memulihkan Hinduisme. Krishna dan Rama dua jelmaan Hindu yang penting diwujudkan.

Islam dan Kristian juga berkembang di India dan mempunyai penganutnya yang ramai terutama pada era pertengahan dan moden Islam Tiba di India pada 712 M melalui kekuasaan orang Islam di negeri Sind dan selatan Punjab. Ia juga berkembang melalui perkahwinan campur dan mewujudkan budaya komposit Indo-Muslim. Kristian Bermula dengan kedatangan British pada tahu 1498 diketuai Vasco Da Gama. Berlaku gerakan reformis dan pemulihan Hindu dan idea-idea Kristian disebarkan.

You might also like