You are on page 1of 5

Kata Tugas

Terbahagi kepada; 1. Kata Hubung

Kata hubung bertugas menghubungkan dua atau lebih ayat sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis atau ayak majmuk Kata Hubung terbahagi kepada: i. Kata Hubung Gabungan

Bertugas menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama sifatnya. Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung gabungan dinamakan ayat majmuk gabungan. Contoh perkataan: dan, tetapi, sambil, lalu, atau ii. Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis. a. Kata hubung pancangan relatif.

Bertugas menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Bentuk kata hubung ini ialah, 'yang' b. Kata hubung pancangan komplemen

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama. Bentuk kata hubung komplemen yang digunakan ialah; 'bahawa' , 'untuk' c. Kata hubung pancangan keterangan.

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Di bawah ini adalah sebahagian contoh kata hubung pancangan keterangan. kerana, hingga, sementara, sekiranya, sungguhpun, semasa, kalau, agar, setelah, tatkala 2. Kata Seru

Kata seru digunakan dalam ayat seruan dan biasanya berfungsi melahirkan pelbagai perasaan. Contoh; Aduh, Amboi, Wah, Syabas, Cis, Oh 3. Kata Tanya yang

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya diletakkan di pangkal ayat hendaklah disertai partikel "kah". Contoh; siapa, apa, berapa, mengapa, bila 4. Kata Perintah Kata perintah membawa maksud arahan, larangan, silaan dan permintaan. Contoh; jangan, usah, sila, jemput, tolong, harap 5. Kata Pangkal Ayat

Kata yang biasanya terletak dipangkal ayat dan berfungsi sebagai kesinambungan dalam wacana ayat tersebut. Bentuk kata ini biasanya digunakan dalam bahasa klasik. Contoh; hatta, maka, alkisah, adapun, shahadan, sebermula 6. Kata Bantu kerja, frasa

Kata bantu ialah jenis perkataan yang memberi keterangan lanjut tentang frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu terbahagi kepada i. Kata bantu aspek

Kata bantu aspek menerangkan perbezaan masa perbuatan itu samada dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh; telah, sudah, sedang, masih, akan, belum ii. Kata bantu ragam

sudah

Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menerangkan kemahuan atau perasaan seseorang yang melakukan perbuatan itu. Contoh; hendak, harus, mesti, boleh, dapat, enggan 7. Kata Penguat Perkataan yang sering digunakan bersama kata adjektif dan fungsinya menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Jenisnya ialah i. Kata Penguat Hadapan Terletak dihadapan kata adjektif. Contoh; terlalu, paling, agak, cukup, amat ii. Kata Penguat Belakang Terletak dibahagian belakang kata adjektif. Contoh; sekali, benar, betul, nian iii. Kata Penguat Bebas

Kedudukan kata penguat bebas boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh; amat, sangat, sungguh 8. Kata Penegas dalam

Kata penegas ialah kata yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu ayat kata penegas terbahagi kepada Kata partikel : kah, tah, lah Kata akar 9. Kata Nafi : juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, memang

Kata nafi ialah kata menafikan cerita yang terdapat pada predikat dalam ayat. Kata terdapat dalam dua bentuk:

nafi

i.

Kata Nafi 'bukan'

Kata nafi 'bukan' menafikan frasa nama dan frasa sendi. Kata nafi 'bukan' boleh juga hadir menafikan frasa adjektif dan frasa kerja, sekiranya kedua-dua frasa dalam predikat membawa maksud bertentangan. ii. Kata Nafi 'tidak' Kata nafi tidak menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. 10. Kata Pemeri.

Kata pemeri berfungsi menghubungkan antara subjek dengan sesuatu frasa utama dalam predikat. Kata pemeri terdapat dalam dua bentuk: i. 'Ialah'

Kata 'ialah' biasanya digunakan bagi menghubungkan subjek dengan predikat bagi frasa nama. ii. 'Adalah' Kata 'adalah' biasanya terletak di hadapan frasa adjektif dan frasa 11. Kata Sendi Nama hadapan kata sendinama.

Kata Sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai penyambung dan terletak di atau frasa nama. Contoh: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, demi, tentang, seperti, dalam, sejak, akan, terhadap, sampai, antara, untuk dengan 12. Kata Arah

oleh,

Kata arah menunjukkan kedudukan sesuatu dan biasanya terletak sesudah kata dan sebelum frasa nama. Contoh;

sendi nama

atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, samping, hadapan, utara 13. Kata Bilangan Kata bilangan biasanya menerangkan jumlah pada frasa nama. Jenis-jenis kata bilangan;

i.

Kata bilangan tentu. Contoh: lima, dua ribu, sepuluh

ii.

Kata bilangan tidak tentu Contoh: semua, para, segala

iii.

Kata bilangan pisahan Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap

iv.

Kata bilangan himpunan Contoh; kedua-dua, kelima-lima, beratus-ratus

v.

Kata bilangan pecahan. Contoh; separuh, setengah, seperempat

You might also like