You are on page 1of 17

WHAT ARE THE DRIVING FORCES BEHIND PROCESSES OF REGIONAL INTERGRATION AND COOPERATION 1.

0 PENDAHULUAN Setelah tamat Perang Dunia kedua konsep hubungan serantau (regionalism) telah mula diperkatakan sebagai satu mekanisma untuk mengekalkan kestabilan serantau bagi kesemua 7 rantau dunia yang wujud iaitu rantau Eropah, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Australia, Eurasia serta Antartika. Berbagai rangka perjanjian kerjasama dan integrasi serantau diwujudkan sejak beberapa dekad yang lalu bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi serta tarif cukai yang yang dikenakan dalam perdagangan antarbangsa. Antaranya ialah EIA (Economic integration agreements) yang diadakan bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal beberapa aspek penting seperti tenaga buruh, pelaburan harta modal dan perkhidmatan. Rangka kerjasama serantau (Regional Cooperation) dan integrasi serantau (Regional Integration) serta kesefahaman ini biasanya diwujudkan di dalam rantau yang sama bagi menitikberatkan perkongsian nilai-nilai politik , ekonomi dan sosial.

Rangka kerjasama dan integrasi yang diwujudkan melalui penubuhan EU (European Union) adalah sebagai contoh terbaik dalam aspek kerjasama dan integrasi serantau1. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh WTO (World Trade Organization) yang menyatakan sejak selepas tamatnya perang Dunia Kedua sehingga sekarang sebanyak 330 perjanjian mengenai persefahaman tariff GATT (General Aggrement on Tariffs and Trade) dan WTO telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama dan integrasi

Edward Best dan Thomas Christiansen . regionalism in International Affairr.Globalization of the World Politic.Oxford University Press. P 437

serantau (Regionalism)2. Kerjasama serantau juga bukan sahaja tertumpu kepada aspek penjanaan ekonomi semata- mata malaha juga melibatkan aspek kerjasama dalam pertahanan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat bagi perkembangan ekonomi, politik dan sosial serta kebudayaan.

2.0

DIMENSI REGIONALISM( HUBUNGAN SERANTAU)

Pada kebiasannya hubungan serantau yang diwujudkan dikalangan negara-negara yang terlibat adalah berteraskan kepada 3 dimensi utama iaitu seperti berikut :

2.1.

Geografi.

Di mana hubungan serantau diwujudkan di antara negara

anggota yang terdiri daripada negara yang berada dalam persekitaran geografi yang sama seperti dalam satu benua (Eropah, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Eurosia) dan sub benua (sub Continent) seperti Australia dan Antartika. Persekitaran geografi memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan serantau diantara negara yang terlibat.

2.2

Politik.

Pengaruh politik dan ideologi juga memainkan peranan

dalam pembentukan hubungan seratau. Semasa era perang dingin konsep bipolar menjadi pilihan kepada hubungan serantau yang diwujudkan seperti yang berlaku dengan negara Eropah timur yang berfahaman komunis menjadikan Soviet Union sebagai sekutunya bagi membentuk hubungan serantau yang melibatkan sektor

http://www.wto.org/english/thewto_e/whatis_e/tif_e/fact1_e.htm http://www.econ.iastate.edu/classes/econ355/choi/wtoroots.htm#History

ekonomi, politik dan sosial sebagai hubungan serantau negara blok timur adalah pakatan WARSAW. Manakala di Eropah barat pula yang berfahaman demokrasi dan mengamalkan konsep dan sistem ekonomi kapatalis menjalinkan hubungan serantau berteraskan idelogi, politik dan sosial yang sama seperti hubungan yang diwujudkan dalan kesatuan Eropah EU, NATO. Begitu jugalah dengan hubungan yang diwujudkan bagi rantau lain seperti ASEAN bagi Asia Tenggara, AU bagi negara Afrika dan lain hubungan yang diwujudkan.

2.3

Sosial ekonomi dan kebudayaan. Struktur hubungan sosial, ekonomi

dan budaya juga menjadi dimensi kepada hubungan serantau yang diwujudkan. Kebiasannya hubungan serantau yang diwujudkan diantara negara juga mengambil kira aspek ikatan hubungan sosial dan kebudayaan kerana melalui persamaan yang ada, interaksi di antara negara yang terlibat lebih mudah diwujudkan seperti hubungan serantau bagi negara ASEAN yang mempunyai kesamanan dari segi budaya dan cara hidup timur, manakala bagi negara Eropah pula EU diwujudkan kerana kesamaan dalam ketamadunan Barat. Bagi aspek ekonomi pula hubungan serantau yang diwujudkan adalah berlandaskan kepada penjanaan ekonomi melalui perdagangan antara negara yang terlibat bagi meningkatkan ekonomi sesebuah negara serta membangunkan taraf hidup sosial dan budaya3.

Dr sultan Khan.A study of International Relation Famous Books.Lahore Pakistan 2002.p396.

3.0

JENIS JENIS HUBUNGAN SERANTAU Menurut Dr sultan Khan dalam bukunya yang bertajuk A study of international

relation terdapat dua jenis organisasi dalam hubungan serantau yang diwujudkan dalam hubungan serantau yang diwujudkan semata mata bertujuan untuk memelihara

keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara seperti pertubuhan NATO, SEATO dan WARSAW. Manakala sejenis lagi hubungan serantau adalah secara umun ( General purpose Regional Oraganisation) seperti OAS, OAU, EC bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dan integrasi serantau bagi membangunkan sektor ekonomi, politik dan sosial4.

Sebelum membincangkan tentang keduadua perkara tersebut, konsep regional integration (Integrasi serantau) dan regional cooperation (kerjasama serantau) haruslah difahami terlebih dahulu.

3.1

Kerjasama Serantau (Regional Cooperation)

Kejasama serantau adalah terdiri daripada berbagai bentuk seperti berikut:

3.1.1

Functional cooperation yang lebih menumpukan kepada rangka

kerjasama terhad yang dipersetujuai antara sesebuah negara untuk bersama-sama menjalinkan kerjasama dalam bidang bidang tertentu seperti bidang pengangkutan, tenaga dan kesihatan.

3.1.2

Kerjasama ekonomi. Iaitu lebih menumpukan kepada kerjasama

yang diwujudkan dalam bidang perdagangan.


4

ibid

3.1.3

Kerjasama politik iaitu kerjasama yang diwujudkan dalam bidang

politik di antara sesebuah negara untuk saling membantu dalam mengimplementasikan sesuatu nilai dan amalan yang positif bagi kebaikan hubungan baik diantara sesebuah negara ataupun antarabangsa. Sebagai contoh kerjasama politik dalam negara anggota NATO dapat mengekalkan keselamatan serantau dari ancaman pengaruh komunis Rusia di Eropah.

3.2

Integrasi Serantau (Regional Intergration) Adalah lebih menumpukan kepada proses yang berlaku secara yang lebih

jauh lagi dalam rangka jangka masa yang panjang. Kerjasama yang diwujudkan bagi mengurangkan halangan dan jurang perbezaan dalam kerjasama perdagangan yang melibatkan intergrasi ekonomi seperti mengadakan zon perdagagan bebas dan berkecuali seperti, pasaran bersama, kesatuan kastam malahan persamaan dalam mata wang untuk urus niaga. Penubuhan jawatankuasa bertindak juga ditubuhkan dalam huhungan intergrasi serantau bertujuan untuk memperincikan lagi bentuk intergrasi yang dibentuk sebagai contohnya dalam pasaran urusniaga yang melibatkan wang, mata wang Euro telah diterima oleh semua negara anggota dalam urusan harian mereka di Eropah kecuali United Kingdom yang tidak menerima konsep matawang Euro dalam urusniaga harian mereka sebaliknya mengekalkan penggunaan mata wang Pound Sterling. Begitu juga dengan penghapusan pasport kepada negara anggota ahli yang mana semua rakyat dari negara anggota dapat bergerak bebas tanpa menggunakan pasport dalam negara kesatuan Eropah.

Integrasi serantau juga diadakan bertujuan mengurangkan tarif cukai dan eksais yang dikenakan dalam perdagangan seperti GATT, yang diwujudkan oleh 23 buah negara pada tahun 1947 berpusat di Genava dengan objektif utama adalah untuk mengurangkan halangan kepada perdagagan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan. Integrasi serantau juga bertujuan untuk mengawasi polisi perdagagan antara negara anggota seperti penubuhan WTO. Malahan mewujudkan kesatuan ekonomi dan pasaran bersama dan lebih besar lagi seperti EU bagi rantau eropah, NAFTA bagi zon Amerika Utara dan bagi rantau Asia tenggara ialah ASEAN.

4. 0

KENAPA PENTINGNYA HUBUNGAN SERANTAU Menurut Edward Best dan Thomas Christiansen di dalam buku Globalization of

the World Politic beliau menyatakan bahawa seperti berikut:

hubungan serantau diadakan adalah

4.1. Menguruskan kemerdekaan. mengurus

Bermaksud mengadakan hubungan bagi

atau membuat persediaan bagi menghdapi kemerdekaan dengan

menyelesaikan hubungan atau konflik dalaman, mengadakan hubungan integrasi bersama dengan negara bekas penjajah seperti menyelesaikan konflit di antara kumpulan penentang yang wujud5. Contoh yang dapat diambil adalah pembentukan negara Malaysia, semasa menuntut dan persediaan kemerdekaan dari pihak British. Pada peringkat permulaan negara terpaksa mempersiapkan

Edward Best dan Thomas Christiansen . regionalism in International Affairr.Globalization of the World Politic.Oxford University Press. P 437.

pengisian

kemerdekaan

dengan

berbagai

bentuk

dimensi

seperti

memperkukuhkan pentadbiran sistem perlembagaan, perundangan, politik, ekonomi dan sosial serta keselamatan melalui jalianan hubungan kerjasama dan integrasi dengan negara bekas penjajah atau dengan negara serantau bagi mencari kekuatan serta menonjolkan sebuah imej negara yang baru merdeka. Sebagai contohnya mengadakan kerjasama dengan negara British serta negara serantau seperti Singapura6 bagi menjamin keselamatan negara dapat dipelihara daripada ancaman pihak penentang seperti pihak Komunis.

4.2.

Menguruskan

Semasa

Kemerdekaan.

Kedua

integrasi

serantau

diadakan bagi menguruskan pengisian kepada kemerdekaan dengan mengadakan hubungan ekonomi dan sosial. Memperkemasakan semua aspek pemerintahan seperti memperkuatkan kerjaaan pemerintah melalui kerjasama politik yang stabil. Contoh boleh diambil adalah pengukuhan kuasa politik oleh negara

Malaysia melalui pembentukan parti Barisan Nasional yang terdiri daripada hubungan integrasi parti parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC. Begitu juga dengan aspek keselamatan terpaksa diwujudkan melalui hubungan dengan negara serantau bagi menjamin ketabilan serantau seperti penubuhan NATO. NATO seperti yang telah diterangkan ditubuhkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai Security Umbrella kepada Eropah barat. Melalui kestabilan dan keselamatan yang dibentuk melalui kerjasama dan integrasi keselamatan serantau kemedekaan dan kedaulatan sesebuah negara

Amitav Acharya. Quest for identity. The evolution of regional Organisation. .Oxford University Press 2000.p79.

tersebut dapat dipelihara bagi penjanaan dalam sektor lain seperti ekonomi ,sosial dan budaya.7

4.3

Menguruskan Hubungan Antarabangsa Ketiga

kenapa

pentingnya

hubungan serantau adalah bertujuan bagi menguruskan hubungan diperingkat antarabangsa (maintain internationalization). Pentingnya hubungan antarabagsa diwujudkan adalah bagi memperluaskan lagi pasaran ekonomi di peringkat antarabangsa seperti pakatan perdagagan yang diwujudkan diantara EU dengan ASEAN, EU dengan AU , ASEAN dengan NAFTA dan sebagainya. Melalaui hubungan yang diadakan diantara blok perdagagan serantau dengan blok

perdagagan yang lain ianya dapat membentuk pasaran yang lebih luas dan terbuka secara multiletral. Ianya juga memberikan ruang kerjasama dalam aspek seperti kerjsama dan integrasi dalam soal politik dan sosial sebagai satu kesatuan yang teguh dan maju.

5.0 5.1

KUASA PEMANDUAN KE ARAH HUBUNGAN SERANTAU Aspek Keselamatan

Bagi membincangkan lebih lanjut tentang kuasa pemandu kepada Regional Intergration dan Regional Coperation yang diwujudkan ianya boleh diperjelaskan mengikut perderaan zaman iaitu semasa era perang dingin dan semasa era selepas perang dingin. Semasa era perang dingin kebanyakan regional inetrgration dan regional

Edward Best dan Thomas Christiansen . Regionalism in International Affairr.Globalization of the World Politic.Oxford University Press. P 437.

cooperation diwujudkan bagi memenuhi faktor keselamatan serantau serta berpihak kepada satu biopolar yang wujud. Manakala selepas era perang dingin kuasa pemanduan kepada kedua poroses regionalism ini lebih menumpukan kepada usaha dalam sektor ekonomi diikuti dengan sektor politik dan sosial secara lebih terbuka, bebas serta mutlipolar .

5.1.1

Mengimbangi pengaruh kuasa besar. Sebelum memperkatakan tentang

pembangunan ekonomi yang dijana melalui kerangka regional Intergration dan Regional cooperation, sesebuah negara dan rantau tersebut mestilah berada dalam keadaan aman dan selamat. Selepas tamatnya perang dunia kedua, dunia sekali lagi terlibat dalam kancah pergolakan politik iaitu berpecah kepada biopolar iaitu, pro kepada barat ( kapitalis) dan pro kepada komunis. Keadaan ini lebih ketara lagi berlaku di Eropah dimana kebimbangan ledakan pengaruh komunis akan merebak kesemua rantau Eropah barat menyebabkan satu pakatan kerjasama keselamatan NATO telah ditubuhkan pada 1949 yang diketuai oleh kuasa besar yang berpegaruh di Eropah iaitu Amerika bertujuan untuk membentuk satu kuasa hegemony dirantau Eropah barat dan Altantik Utara8. Peranan yang dimainkan oleh NATO adalah untuk membentuk Security Umbrella kepada Eropah barat bagi melindungi serta menjaga keharmonian, kestabilan serta untuk melindungi nilai-nilai ketamdunan Eropah yang hampir lumpuh akibat daripada kesan

peperangan Dunia ke 2. Negara anggota pada ketika itu adalah terdiri daripada United Kingdom, Perancis, Belgium, Luxemburg, Belanda, Belgium dan Amerika sebagai pengasa kepada NATO. Bagi mengimbangi faktor keselamatan dirantau
8

Dekan Fakulti Saster dan Sains Sosial UM. NATO . Kuliah pada 26Mei 09. Dewan Kuliah A

Eropah timur satu kerjasama keselamtan intergrasi keselamatan WARSAW telah ditubuhkan oleh Negara Rusia dan dianggotai oleh Negara dari Eropah timur seperti Poland, East Germany, Czechoslovakia, Hungary, Bulgaria, Rumania, Albania,dan diketuai oleh Rusia.9

5.1.2

Membendung pengaruh Komunis. Bagi negara dirantau Asia tenggara secara rasminya adalah untuk

pula penubuhan ASEAN pada tahun 1967

membentuk kerjasama dan integrasi dalam penjanaan ekonomi dirantau Asia tenggara10 . Pada hakikatnya penubuhan ASEAN adalah untuk membentuk kesepakatan bagi memerangi pengaruh komunis yang sedang merebak serta untuk melindungi negara anggota ASEAN dari jatuh ketangan komunis melalui teori domino yang diamalkan oleh Negara Vietnam.Penubuhan ASEAN juga merupakan satu kesepakatan yang dibentuk melalui kerjasama dan intergrasi serantau bagi mengelakan berlakunya Hegomony dikalangan Negara ASEAN. Penubuhan ASEAN juga adalah hasil daripada kegagalan pertubuhan ASA dan MAPHILINDO yang ditubuhkan bertujuan untuk membentuk kerjasama serantau tetapi lebih menjuruskan kepada ingin mendominasi negara lain atau untuk menjadi hegemony dikalangan negara Asia tenggara seperti yang dilakukan oleh Indonesia semasa era kfrontasi ke atas Malaysia.11

Dr sultan Khan.A study of International Relation Famous Books.Lahore Pakistan 2002.p402 Amitav Acharya. Quest for identity. The evolution of regional Organisation. .Oxford University Press 2000.p 94. 11 Estrella D Solidum. The Politics of ASEAN. An Introduction to Southeast Asian regionalism. Eastern University Press.singapore 2003 p 22
10

10

Aspek keselamatan juga dapat dijelaskan lagi melalui penubuhan SEATO juga bertujuan untuk megekalkan keselamtan dirantau Asia selatan yang diterajui oleh Amerika bagi membendung pengaruh komunis dari menular dirantau asia tenggara serta untuk megekalkan kestabilan politik dan juga membantu dalam memberikan bantuan teknikal bagi menggalakan pertumbuhan ekonomi serantau.

5.1.3

Memelihara Kemerdekaan dan kedaulatan .

Bagi negaranegara

yang baru mengecapi kemerdekaan faktor keselamatan adalah menjadi persoalan pokok dalam merangka kerjasama dan integrasi serantau diantara negara serantau serta dengan negara bekas penjajahan sebagi payung keselamatan sekiranya keselamatan negara tersebut terancam. Sebagai contonya Malaysia menjadikan United Kingdom sebagai payung keselamatan dengan mengadakan pesefahaman keselamatan melalui FPDA12 yang dianggotai oleh Negara seperti United Kingdom, Australia, New Zealand , Singapura dan Brunei. Manakala bagi negara Arab pula penubuhan Liga Arab pada 1945 yang di anggotai oleh negara pengasas seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Syria dan Yamen dan ikuti oleh negara-negara lain seperti Magribi, Sudan,,Algeria,Kuwait, Sudan, Tunisia sehinggalah negara anggota meningkata ke 22 negara bertujuan untuk menjaga kedaulatan dan megekalkan kemderkaan Negara angota dirantau Arab.

Manakala bagi rantau Asia Pasifik pula penubuhan ARF yang dianggotai oleh 27 negara anggota yang terdiri daripada Negara ASEAN, Australia,

Bangladesh, Brunei Darussalam, Cambodia, Canada, China, European Union,


12

Mindef Protal.http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/KERJASAMA.html dated 30.5.09

11

India, Japan, Democratic Peoples' Republic of Korea, Republic of Korea, Laos, Mongolia, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Russian Federation, Sri Lanka, Timor Leste dan Amerika Syarikat adalah merupakan satu forum

keselamatan yang menggalakan CBM (confident Building Measure) dan dipolomasi dikalangan negara anggota khususnya untuk meyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keselamatan yang wujud dirantau Asia pasifik13

5.2

Aspek Ekonomi Aspek ekonomi adalah memainkan peranan utama bagi kuasa pemanduan kepada

proses regionalism yang dibentuk

bagi

integrasi serantau dan kerjasama serantau.

Antara peranan yang dimainkan oleh aspek ekonomi dalam regionalism ialah seperti berikut:

5.2.1

Memperluaskan pasaran dan menghapuskan halangan perdagagan. Untuk

menjana pertumbuhan ekonomi dengan pesat satu pasaran yang luas haruslah diwujudkan. Bagi mewujudkan satu pasaran yang luas, kerjasama serantau dan intergrasi serantau dalam perdagagan haruslah dibentuk bagi memberikan ruang pemasaran dan permintaan keatas sesuatu barangan. Melalui penubuhan EU, NAFTA, APEC, ASEAN, AFTA, EAEC satu blok perdagagan boleh dibentuk dikalangan negara anggota dengan memperluaskan pasaran dikalangan negara anggota. Pemasaran dan permintaan secara domestik iaitu antara negara ahli boleh menjana pendapatan negara seterusnya meningkat lagi KNK sesebuah negara

13

ASEAN Secretariat http://www.aseanregionalforum.org/AboutUs/tabid/57/Default.aspx dated 30.5.09

12

disamping itu juga dapat mengurangkan kadar inflasi sesebuah negara melalui jalinan kerjasama dan integrasi serantau.

5.2.2

Mengurangkan tarif perdagagan. Pengurangan Tarif melalui perjanjian

Am mengenai Tarif dan perdagangan atau lebih dikenali sebagai GATT dapat mengurangkan halangan kepada perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan antarbangsa . Melalui kerjasama dan intergrasi serantau iaitu penubuhan NAFTA, ASEAN, EAEC pengurangan keatas tarif

barangan dapat dilakukan dikalangan negara anggota dan menggalakan pasaran eksport dan import keatas barangan keluaran sesebuah negara. Bagi NAFTA pemansuhan tafir ke atas 90 % barangan dagangan selama 10 tahun bagi ketiga negara anggota dapat memberikan manaafat yang berguna kepada pengguna kerana dapat menikmati barangan yang lebih murah dari negara anggota

sementara negara anggota dapat menjana pendapatan melalui permintaan yang meningkat dari kalangan anggota.

5.2.3

Mengstabilkan harga dan mengawal pengeluaran. OPEC ditubuhkan

sebagi satu satu pertubuhan serantau yang bertanggungjawab dalam mengawal pengeluaran dan harga keatas harga minyak di pasaran dunia. Kerjasama yang diwujudkan adalah bagi mengstabilkan pengeluaran minyak bagi setiap negara anggota serta bagi memastikan pengeluran yang berterusan minyak untuk kegunaan pasaran dunia. Melalui OPEC negara anggota dapat terus menikmati

13

kemakmuran ekonomi dengan pertumbuhan yang berterusan KNK serta dapat mengawal pasaran minyak didunia..

5.2.4

Mempertahankan pasaran serantau dari krisis Kewangan. Dalam

aspek ekonomi kerjasama antara negara ahli merupakan faktor penting dalam kemajuan ekonomi. Melalui penubuhan bank kerjasama seperti yang ditubuhkan oleh EU atau Asia Moneytary Fund (AMF) bantuan modal dapat diberikan kepada negara anggota bagi menjalankan aktiviti penjanaan ekonomi. Melalui pembentukan AMF ianya dapat meningkatkan pelaburan sesama negara anggota serta dapat dijadikan satu mekanisma untuk menguruskan masalah krisis kewangan yang melanda negara anggota.14

5.3

Aspek Politik dan sosial Apabila keamanan serantau telah terjamin dan stabil proses kepada Intergrasi

serantau dan kerjasama serantau tidak terhenti setakat itu sahaja malahan lebih menyeluruh ke arah mewujudkan satu pesekitran yang sihat melalui hubungan politk dan sosial yang berterusan dianatara sesbuah negara. Penubuhan ASEAN merupakan satu conton yanh terbaik dalam menerangkan tentang hubungan serantau kerana ianya melalui ketiga-tiga aspek ekonomi, sosial dan politik. Semangat setiakawan yang ditunjukan melalui ASEAN Way15 merupakan satu intergrasi dan kerjasama politik yang baik bagi menerangkan tentang hubungan serantau yang wujud dirantau ini.

14

ShanunNarine. ASEAN and the idea of an ASEAN Moneytray Fund The 2nd ASEAN Reader. ISEAS.Singapore.2003.p 53
15

David Cape and Paul Evan. The ASEAN WAY. The 2nd ASEAN Reader. ISEAS.Singapore.2003.p 46

14

Disamping memupuk semangat kerjasama serantau melalui jalinan integrasi dan kerjasama politik hubungan serantau juga boleh dibentuk bentuk budaya, sosial, sains dan teknologi , alam sekitar dan keagamaan seperti yang terdapat dalam hubungan serantau bagi EU, ASEAN, AU, OAU, SAARC, CIS, Liga Arab dan banyak lagi oraganisasi yang ditubuhkan untuk megekalkan kerjasama dan intergrasi serantau.

Peranan hubungan serantau juga tidak terbatas kepada hubungan baik yang diwujudkan oleh pihak kerajaan sahaja atau G to G tetapi juga badan badan seperti NGO juga memainkan peranan dalam memperjuangkan hak hak kemanusiaan, penubuhan seperti ACFOD (Asia Cluture Forum on Development) yang menekanan tentang pembangunan modal insan dari akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan penubuhan ARDA bagi menerangkan tentang bahaya penggunnan dadah.

6.0

KESIMPULAN Bagi menghadapi cabaran dan dunia yang semaking berkembang dan arus

globalisasi hubungan serantau merupakan satu jambatan yang digunakan oleh negaranegara yang di dunia untuk membentuk satu kuasa ekonomi , politik dan sosial. Pada awal permulaan hubungan serantau aspek keselamatan merupakan element yang penting dan menjadi teras kepada kerajasama yang diwujudkan seperti kerjasama keselamatan yang diwujudkan oleh negara-negara di eropah barat yang membentuk pakatan NATO manakala pakatan WARSAW pula dibentuk oleh negara blok komunis sebagai

tindakbalas kepada pakatan kselamatan yang dibentuk. Setelah tamatnya era perang dingin corak hubungan serantau telah berubah daripada pakatan keselamatan kepada satu

15

pakatan untuk membentuk satu kuasa atau blok ekonomi yang teguh bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara negara yang terlibat serta untuk memudahkan urusan urus niaga yang dijalankan dikalangan negara anggota seperti yang dilakuakan oleh WTO, dan GATT.

Penubuhan EU, ASEAN, NAFTA, AU, Liga Arab dan lain-lain lagi pula selain untuk membangunakan sektor ekonomi sesebuah negara ianya juga digunakan sebagai satu pertubuhan serantau bagi menjalinkan hubungan politik, sosial dan kebudayaan. Peranan yang dimainkan dalam hubungan serantau pula bukan sahaja dimainkan oleh pihak kerajaan sahaja tetapinya juga dilakukan oleh badan - badan NGO yang bertindak sebagai badan perhubungan serantau.

16

BIBILOGRAPHY 1. 2. 3. Amitav Acharya. Quest for identity. The evolution of regional Organisation. .Oxford University Press 2000.

ASEAN Secretariat http://www.aseanregionalforum.org/AboutUs/tabid/57/Default.aspx

dated 30.5.09

David Cape and Paul Evan. The ASEAN WAY The 2nd ASEAN Reader.

4. Dekan Fakulti Saster dan Sains Sosial UM. NATO . Kuliah pada 26Mei 09. Dewan Kuliah A 5. Dr Sultan Khan.A study of International Relation Famous Books. Lahore Pakistan 2002. 6. Estrella D Solidum. The Politics of ASEAN. An Introduction to Southeast Asian regionalism. Eastern University Press. Singapore 2003 7. Edward Best and Thomas Christiansen . Regionalism in International Affair. John Baylis, Steve Smith and Patricia Owen in Globalization of the World Politic. Oxford University Press. 8 9. http://www.wto.org/english/thewto_e/whatis_e/tif_e/fact1_e.htm . http://www.econ.iastate.edu/classes/econ355/choi/wtoroots.htm#History

10. Mindef Protal.http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/KERJASAMA.html dated 30.5.09 11. Shanun Narine. ASEAN and the idea of an ASEAN Monetary Fund. Sharon Siddique and Sree Kumar in The 2nd ASEAN Reader. ISEAS.Singapore.2003.

17

You might also like