You are on page 1of 11

PRAKTIKAL 1: Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan Tujuan I.

. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua kawasan yang berbeza. II. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. Pengenalan Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Sebagai contohnya tumbuhan (Pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan pemakan tumbuhan ( Pengguna Primer ) pula memperolehi tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan pemakan daging ( Pengguna Tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dari memakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010). Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesies-spesies arthropod, cacing tanah, siput, lipas tanah yang terdapat dalam sampah sarap daun atau tanah yang gembur (Nota Rujukan SCE 3107). Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan mengurai tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses dekomposisi bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Dalam pada itu, sebahagian dari tenaga tersebut akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna.

Organisma makrofauna boleh diasingkan menggunakan corong Tulgren. Sampel tanah yang digunakan, mula-mula akan diletakkan di atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya yang terang, suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Lampu yang digunakan adalah terang, bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin (Nota Rujukan SCE 3107). Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan, lokasi yang kami pilih untuk mengambil contoh sampel tanah ialah di lorong kecil berhampiran Recsam dan blok sains. Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah yang mengandungi biota tanah di antara dua kawasan yang berbeza. Justeru, sebanyak 250cm3 tanah telah diambil untuk diasingkan biota tanah yang terdapat di dalamnya dengan menggunakan corong Tulgren. Selepas dua hari, kami telah memerhatikan pelbagai jenis mesofauna yang terawet di dalam larutan formalin. Namun demikian, semasa kami mengambil contoh sampel tanah, makrofauna yang boleh diasingkan melalui tangan dan boleh diperhatikan dengan mata kasar. Contohnya seperti semut, cacing dan ulat gonggok. Selepas dua hari tersebut, mesofauna tanah yang dijumpai perlu diperhatikan di bawah kanta pembesar adalah seperti hama.

Keputusan CIRI-CIRI KAWASAN Kawasan 1 Kawasan 2

Jenis tumbuh-tumbuhan

Pokok bunga

Rumput

Tahap keredupan

Sederhana

Sederhana

Kelembapan tanah

Agak lembab

Sederhana

pH tanah

6.3

7.4

Kepadatan tanah

Sederhana

Sederhana

Tekstur tanah

Tanah loam dan berbatu

Sederhana kasar

Suhu tanah

30 C

28 C

Habitat

Lorong kecil berhampiran Recsam dan blok Sains

Bukit berhampiran pusat sumber

a) Makrofauna besar

Makrofauna

Kelas

Order

Bilangan di kawasan 1

Bilangan di kawasan 2

Isipadu Tanah Isipadu Tanah : 250cm3 Cacing tanah Clitellata Haplotaxida 5 Semut Insecta Hymenoptera 14 1 12 : 250cm3

Anai-anai Kerengga

5 2

Makrofauna

Kawasan 1 8

Kawasan 2 -

Bubuk 20 Cacing tanah 4

Hama Semut

16 56

4 44

Anai-anai

20

Kerengga

12

Kumpulan F Kumpulan G Kumpulan H Kumpulan I

32 12 16 4

b) Makrofauna kecil

Makrofauna

Kelas

Order

Bilangan kawasan 1

di Bilangan kawasan 2

di

Isipadu tanah : Isipadu tanah : 250cm3 Ulat gonggok Hama Kumpulan F Kumpulan G Kumpulan H Kumpulan I Arthropoda Arachnida Diplopoda Acari 2 4 250cm3 1 8 3 4 1

Perbincangan Dalam eksperimen ini, kami telah mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza terdapat di lokasi berbeza. Hal ini disebabkan oleh kandungan tanah di kedua-dua kawasan tersebut berbeza. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kami mendapati bahawa bilangan makrofauna yang dijumpai di kawasan 2 lebih banyak daripada kawasan 1. Hal ini disebabkan kerana pH kawasan 2 lebih neutral, pH 7.4 berbanding kawasan 1, pH 6.3. Justeru, kawasan 2 lebih bersesuaian bagi kebanyakan makrofauna untuk hidup. Secara teorinya, keasidan dan kealkalian tanah merupakan salah satu faktor yang penting yang akan mempengaruhi jenisjenis organisma yang hidup dalam sesuatu kawasan itu (Nota Rujukan SCE 3107). Suhu kawasan 2 juga lebih rendah berbanding kawasan 1, serta lebih lembab seterusnya mendorong kepada kepelbagaian spesies makrofauna di kawasan tersebut. Antara beberapa faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kesuburan tanah kawasan 2 ini ialah tiadanya aktiviti manusia seperti penggunaan racun serangga dan aktiviti perkebunan. Makrofauna di kawasan ini juga mempunyai sumber makanan yang cukup dan tidak mempunyai ancaman luar yang kuat. Makrofauna ialah organisma bersaiz sederhana dalam lingkungan 2 mm. Makrofauna dikenalpasti sebagai jurutera ekosistem kerana mereka mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources, 2011). Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri fizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam eksperimen yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur tanah. Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidak langsung ia memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah. Di samping itu juga, cacing boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampah organik yang terdapat pada tanah. Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebut dijadikan sebagai nutrien kepada tanah. Manakala semut penting dalam tanah kerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambahbaik kapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan semut menambahkan keliangan

tanah, ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A. Edwards, 2011).

g2

e1 g1 h

e2 f e3

d i c

Tumbuhan Bahan organik Bakteria Protozoa Nematod (pemakan akar) Nematod (pemakan kulat dan bakteria)

e3

Nematod (pemangsa) Kulat Arthropod (pencincang-shredder) Arthropod (pemangsa)


h

g1

g2

e1

Burung Haiwan (tikus)

e2

Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik juga mempengaruhi dan saling beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil dan seimbang. Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat 2 subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripada

semua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagai pengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yang tidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lain ataupun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Biology: The Study of Life, 1993). Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akan bertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof). Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah: rumput nematod (e1) arthropod (g1) arthropod (g2) burung (h)

Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod (e1) ialah pengguna primer, arthropod (g1) ialah pengguna sekunder, arthropod (g2) ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus), tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya ia akan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga yang hilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar. Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm yang bertindak sebagai penukar daun reput (litter transformer). Mesofauna ini

menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. Mereka ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk

menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain (Biological Resources, 2011). Mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm. Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta memerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yang mendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulos (Biological Resources, 2011). Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan tanah. salah satunya dengan menggunakan racun organik tanpa

menggunakan racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian. Contoh racun organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang diperlukan. Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk digunapakai oleh petani-petani tempatan, tambahan pula bahanbahan ini adalah mudah didapati di negara kita. Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput, petani-petani haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka. Sistem pintar penyemburan racun rumpai organic patut diperkembangkan dan digunapakai. Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga patut dikaji dan dipraktikkan oleh para petani. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan, membakar dan membanjir juga patut digalakkan. Walaupunpun cara ini adalah agak lambat, membazirkan masa dan tenaga petani, tetapi adalah berkesan sekiranya kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar daripada dicemari racun rumpai dan bahan-bahan bukan organik. Selain itu, kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan daripada memakan tanaman tersebut. Kita juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir. Petani-petani boleh menanam tanaman serta sayur-sayuran secara bergilir-gilir dengan sayur-sayuran yang berlainan jenis untuk menjaga serta mengekalkan kesuburan tanah (Allan Suman Pillai, 2009).

Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota tanah adalah penting kerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam bentuk mineral tanah. Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. Justeru, akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus dan kalsium yang boleh digunakan oleh pokok-pokok. Selain itu, biota tanah boleh meningkatkan pengmineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komuniti mikrobioal. Biota tanah juga menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta

menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena, 2009). Kesimpulan Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yang lebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah tersebut. Justeru, didapati sampel tanah 2 mempunyai makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1. Tanah 2 mempunyai warna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih banyak.

You might also like