You are on page 1of 5

PANDUAN DAN TEKNIK MEMBINA AYAT

1. Markah diperuntukkan antara 10 12 markah. Markah setiap ayat antara 1 - 2. 2. Pasangan kata biasanya markah penuh 3. 3. Lazimnya terdapat 3 arahan: membina satu ayat bagi setiap kata yang ditanya bagi menunjukkan pelajar faham makna kata tersebut. Contoh: junjung, pikul, jinjing, kepit, atau; membina dua ayat daripada sepasang kata yang disediakan bagi menunjukkan perbezaan maksudnya. Contoh: bekal bekam, lebam lemah dll, atau; membina dua ayat bagi setiap kata untuk menunjukkan perbezaan maksudnya. Contoh: haus, pokok, batu. 4. Gunakan ayat yang gramatis (tiada sebarang kesalahan tatabahasa). Setiap kesalahan tatabahasa ditolak markah. 5. Gunakan ayat yang sesuai di peringkat SPM. Dicadangkan ayat yang sesuai: [ Ayat majmuk/berlapis = Subjek + Predikat + Penerang] 6. Peraturan yang perlu dipatuhi: Jangan tambah imbuhan pada kata yang diuji. Jangan gandakan kata yang diuji. Jangan gunakan kata diuji sebagai simpulan bahasa atau kiasan. Jangan jadikan kata yang diuji sebagai nama khas. Jika yang diuji pasangan kata, jangan rangkumkan kedua-dua kata dalam satu ayat.

Bentuk soalan lazimnya boleh dibahagi kepada 12 jenis. iaitu membina ayat daripada: kata ganda. Contoh: baring-baring, sesiku, kumat-kamit, keanak-anakan. kata yang hampir sama makna. Contoh: menebas, memotong, mencantas kata dan kata berimbuhan. Contoh: korban, berkorban, terkorban. pasangan kata dan kata ganda. Contoh: tua tua-tua, bulat bulat-bulat.

kata homograf. Contoh: perang, rendang, semak. kata berimbuhan. Contoh: menerbangksn diterbangkan. pasangan kata ganda dan kata majmuk. Contoh: pahit-pahit pahit manis. pasangan kata dan kata ganda. Contoh: kecil kecil-kecilan. pasangan kata dan kata majmuk. Contoh: suku suku sakat pasangan kata ganda dan kata berimbuhan. Contoh: tegak-tegak menegakkan. pasangan kata yang berbeza maknanya. Contoh: cocok cucuk. kata banyak makna. Contoh: hangat, haus, cetek. 8. Langkah-langkah membina dan menulis ayat yang dicadangkan: Baca dan fahami kehendak soalan sama ada perlu menulis satu ayat atau 2 ayat. Cari dan fikirkan makna kata yang diuji. Membina ayat daripada kata diuji. Semak semula ayat dan baiki sebarang kesalahan atau kelemahan. Tulis semula ayat berkenaan dengan kemas. 9. Aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam membina ayat dalam pasangan kata: Jika buat 1 ayat sahaja dan betul, markah diberi 1 sahaja. Jika bina lebih daripada 1 ayat dan 1 ayat itu betul penggunaanya, tolak markah Ayat yang dibina seolah-olah satu ayat tetapi dengan adanya tanda (,) ayat dengan sendirinya menjadi 2 ayat. Markah diberi 0. Contoh: Meragamkan. Ramai peragawati dari negara Erpkah melancong ke Malaysia, di samping itu mereka juga meragamkan pakaian. 10. Aspek-aspek lain yang perlu diambilkira dalam membina ayat: Tiada markah bagi ayat yang tidak lojik atau tidak menunjukkan pemahamn calon. Contoh: Saya tidak tahu membuat ayat daripada perkataan anggun. Tiada markah bagi calon yang sengaja meninggalkan imbuhan pada perkataan yang diuji. Jika menggunakan cakap ajuk, hendaklah lengkap dengan tanda-tanda baca. Contoh: "Arwah ayah kau pernah berpesan kepada emak supaya tidak mensia-siakan pelajaran kau," kata ibunya dengan suara tersekat-sekat.

Jika soalan memerlukan perbezaan makna sedangkan calon menulis kedua-dua ayat dengan makna yang sama, tiada markah diberi. Contoh: menurun. Warna bajunya telah menurun setelah direndam beberapa hari. Baju yang berharga murah biasanya menurun warnanya. 11. Terdapat kecenderungan pelajar menggunakan perkataan yang berimbuhan sedangkan ayat berkenaan tidak memerlukannya. Cuba gunakan ayat: larangan usah, jangan silaan jemput, sila permintaan harap, tolong, minta. 12. Bagi sesetengah kata yang sukar difahami, perlu rajin merujuk Kamus Dewan.

Latihan Bengkel :
Binalah satu ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan maknanya. (i) tetamu (ii) sesentuh (iii) bebenang (iv) tetupai (v) lelangit Tuliskan satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan maknanya. (i) merebus (ii) memanggang (iii) menggoreng (iv) menjerang (v) mengukus. Tuliskan satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menjelaskan maksudnya. (i) hati (ii) berhati-hati (iii) perhatian (iv) pemerhatian (v) memperhatikan (vi) pemerhati Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya. (i) agar - agar-agar (ii) tua - tua-tua (iii) jarang - jarang-jarang (iv) angkut - angkut-angkut Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya. (i) Belot belut (ii) seloroh seluruh (iii) cocok cucuk (iv) tempoh tempuh Tuliskan dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya. (i) dahaga (ii) keras ( iii) dalam (v) kering

Tuliskan satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya. (i) bela bela (ii) sepak sepak (iii) rendang rendang (iv) semak semak Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan makananya. (i) lalu lalu lintas (ii) jerih jerih payah (iii) gulung gulung tikar (iv) pecah pecah rumah Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya. (i) bulat-bulat membulatkan (ii) rata-rata meratakan (iii) masak-masak memasakkan (iv) terang-terang menerangkan Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya. (i) perjawatan menjawat (ii) penjelasan menjelaskan (iii) penguasaan menguasai (iv) pelancaran - melancarkan

Soalan 1 Tuliskan ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau simpulan bahasa. Praktis 1 i. intensif ii. insentif iii. aplikasi iv. implikasi v. produktiviti vi. proaktif Praktis 2 i. balut ii. membalut iii. pembalut

iv. dibalut v. berbalut vi. dibalutkan Praktis 3 i. kusam ii. luntur iii. lemau iv. lembik v. hancur vi. kusut Praktis 4 i. arah ii. arahan iii. searah iv. pengarah v. mengarah vi. pengarahan Praktis 5 i. beradu ii. mengadu iii. mengadukan iv. peraduan v. pengadu vi. aduan Praktis 6 i. ikut ii. pengikut iii. mengikut iv. ikutan v. berikutan vi. mengikuti

You might also like