You are on page 1of 15

BIL 1 2 3 4 5 6 7 4.0 Objektif Kajian 4.1 Objektif Umum 4.2 Objektif Khusus 8 9 5.

0 Kumpulan Sasaran Tajuk Kajian Nama Penyelidik

PERKARA

MUKASURAT

Nama dan Alamat Sekolah 1.0 Pengenalan 2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3.0 Fokus Kajian

6.0 Tindakan yang dicadangkan 6.1 Aktiviti 6.2 Instrumen Kajian 6.3 Metod Analisis 10 11 12 13 7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt) 8.0 Anggaran Kos Kajian Bibliografi Lampiran

Tajuk: MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF MURID TAHUN 4 DALAM MENGENDALIKAN ALATAN MAKMAL SAINS DALAM EKSPERIMEN PENGUKURAN ISIPADU CECAIR.

Nama Penyelidik:

1) Norazlin Binti Razak 2) Siti Suriani Binti Mohd. Yusof 3) Asfalela Binti Jazuli 4) Alina Binti Abd. Hir 5) Siti Hasniah Binti Mohd. Zaini

Nama Sekolah:

Sekolah Rendah Agama Integrasi DatoMufti Yusof Sahabudin (SRAI DMYS) Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

1.0

Pengenalan

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni yang merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman sendiri seseorang pelajar. Aktiviti inkuiri dan penemuan akan melibatkan pelajar mengenalpasti masalah seterusnya merancang dan menjalankan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tersebut secara terancang dan bersistem. Matlamat pendidikan sains akan tercapai dengan memberi peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri (Mohd Najib dan Mohd Yusof, 1995). Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Manakala kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran manipulatif juga menjurus kepada penilaian terhadap aktiviti atau pengendalian alat atau bahan semasa menjalankan amali. Oleh itu, setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor agar para pelajar memperoleh kemahiran saintifik yang berkesan.

2.0

Refleksi Pembelajarn dan Pengajaran Yang Lalu

Seramai 40 orang murid Tahun 4 Dedikasi dibahagikan kepada 8 kumpulan yang mana menempatkan 5 orang dalam satu kumpulan untuk menjalankan ujikaji di dalam makmal sains.

Sewaktu membuat uji kaji bersama murid-murid, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati ada 2 kumpulan daripada 8 kumpulan tidak dapat melaksanakan ujikaji pengukuran dalam masa yang diperuntukkan. Mereka tidak dapat menjalankan ujikaji tersebut walaupun ianya mudah. Ujikaji ini hanya meminta murid mengambil alatalat radas yang betul berdasarkan manual yang boleh mereka rujuk di dalam buku kerja amali PEKA dan kemudian mengisi cecair ke dalam alat radas sebelum menyukatnya.Walaupaun arahan telah diberikan oleh guru, 20 minit pertama beberapa orang murid masih lagi terpinga-pinga. Apabila guru berada berhampiran kumpulan tersebut, barulah mereka sibuk bertanyakan Cikgu, yang mana satukah bikar? ataupun Cikgu, kelalang kon ini letaknya di mana? dan kemudiannya Cikgu, bagaimana kami hendak mengisi cecair ke dalam silinder penyukat?. Daripada soalan-soalan murid-murid ini, saya menyedari ada segelintir murid yang masih tidak mengenali peralatan makmal (radas) dengan baik walaupun guru pernah mengajar tentang radas tersebut dan cara mengendalikannya.

Pelbagai persoalan timbul apabila murid-murid ini masih belum mampu menguasai kemahiran memilih dan mengendalikan alatan makmal. Adakah guru perlu meminta pelajar menghafal nama radas-radas khususnya yang digunakan dalam pengukuran?. Adakah cara guru mengajar selama ini tidak sesuai?. Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran manipulatif dalam penggunaan alatanalatan makmal sains? Mampukah aktiviti meningkatkan kemahiran manipulatif dalam penggunaan radas sains ini dilakukan secara bersendirian?.

Ada juga dalam kalangan guru menyatakan murid-murid tersebut malas dan suka bermain. Namun dalam pemerhatian saya, bukan semua murid dalam 2 kumpulan ini malas. Ada di antara mereka ini rajin dan ingin belajar. Saya berpendapat muridmurid ini kurang kemahiran manipulatif dalam penggunaan radas makmal sains. Ini meliputi memilih alat-alat radas yang sesuai dan mengendalikannya dengan tepat dan betul. Kurangnya penguasaan pelajar terhadap kemahiran manipulatif terutamanya dalam menggunakan alatan makmal ini akan menyebabkan pelajar sukar untuk merancang suatu prosedur amali, seterusnya melambatkan proses ujikaji.

Walaupun begitu, segala masalah ini tidak sewajarnya ditumpukan kepada murid semata-mata. Guru juga merupakan salah satu faktor yang boleh menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Kekerapan penggunaan makmal atau bilik sains ketika proses pembelajaran dan pengajaran juga merupakan penyumbang kepada keberkesanan pembelajaran subjek tersebut.

3.0

Fokus Kajian Pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalankan eksperimen telah memberikan satu maklum balas yang positif. Ramai di kalangan murid telah mula mahir serta seronok menggunakan alatan sains semasa mereka menjalani eksperimen. (M. Anuar , 2006) selain itu, aktiviti amali dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengendalian dan penggunaan radas dan bahan sains dengan cara yang betul di mana ia membantu membina dan melatih kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar (UNESCO, 1983). Pembelajaran sains bukan hanya secara teori sahaja, malah ia perlu dibuktikan melalui amali. Maka untuk melakukan amali tersebut, beberapa kemahiran amat diperlukan iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif ( Hamida, 2003). Seperti yang dinyatakan oleh Annamal (2000) dalam pemerhatiannya dimana pelajar-

pelajar ada menunjukkan minat yang sangat mendalam semasa menjalankan ujian amali.

Berdasarkan kepada refleksi kajian,walaupun murid kami mempunyai banyak kekurangan dalam kemahiran manipulatif tetapi kami akan memfokuskan kepada kemahiran pengendalian radas makmal untuk tujuan uji kaji pengukuran. Murid kami mempunyai kemahiran ynag sangat rendah dalam mengendalikan alatan makmal (radas). Murid memerlukan tunjuk ajar guru dari awal hingga akhir eksperimen ini termasuk proses pemilihan radas, penggunaannya, pembersihannya dan penyimpanannya. Mereka mengalami kesukaran untuk memilih radas yang tepat. Murid juga menghadapi masalah dalam mengenalpasti tempat penyimpanan radas. Murid kurang mahir cara penggunaan radas dengan betul. Dengan membantu pelajar meningkatkan kemahiran manipulatif seperti pemilihan radas yang tepat, mengenalpasti tempat penyimpanan serta mahir dalam penggunaan radas, kami yakin murid boleh melaksanakan ujikaji dalam masa yang ditetapkan. Adalah diharapkan, apabila kajian ini dijalankan murid-murid akan dapat memperolehi kemahiran penggunaan radas dengan betul dan berkesan.

4.0

Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

i)

Objektif umum Meningkatkan kemahiran manipulatif murid Tahun 4 Dedikasi dalam melaksanakan kerja-kerja amali sains di dalam makmal.

ii)

Objektif khusus

a) Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam proses pengendalian alatan

makmal (radas-radas).

b) Meningkatkan pengetahuan mengenai alatan-alatan makmal (radas) yang

biasa atau selalu digunakan agar mereka dapat meggunakannya dengan betul.

c) Mengaplikasikan

pengetahuan berkaitan alatan makmal dan cara

penggunaannya dalam kerja-kerja amali sains di dalam makmal.

5.0

Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4 SRAI DMYS Seksyen 7 Shah Alam, yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Muridmurid ini diambil daripada 2 kumpulan daripada 8 kumpulan kerja amali sains.

6.0

Tindakan yang dicadangkan Tindakan ini akan dijalankan selama 4 minggu dan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan akan dilaksanakan adalah seperti berikut: a) Aktiviti Aktiviti 1 (minggu pertama) 1Memperkenalkan jenis-jenis radas yang akan digunakan dalam eksperimen pengukuran isipadu. Contoh radas yang akan diperkenalkan ialah bikar, silinder penyukat dan kelalang kon. 23Murid-murid dikehendaki melukis radas dalam buku amali sains. Guru juga meminta murid melabelkan radas mengikut gambar radas yang diberi.

Aktiviti 2 (minggu kedua)

123-

Guru mendemonstrasikan cara penggunaan radas. Murid memerhatikan setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru. Murid mempraktikkan cara penggunaan radas yang betul berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh guru.

Aktiviti 3 (minggu ketiga) 1Guru menunjukkan cara penyelenggaraan radas yang tepat. i) ii) Guru menunjukkan cara pembersihan radas yang betul Guru menunjukkan cara penyimpanan radas yang betul

Aktiviti 4 (minggu keempat) 1Selepas 3 minggu murid-murid dikehendaki melakukan sendiri eksperimen pengukuran isipadu cecair dalam masa yang telah ditetapkan.

b)

Instrumen kajian i. ii. Instrumen Alatan dan Bahan : : Data pemerhatian, ujikaji dan ujian lisan. Alat dan radas sains, Makmal Sains dan bahan-bahan eksperimen yang digunakan

c)

Metod analisis Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas murid semasa

membuat ujikaji.

7.0

Jadual Pelaksanaan Kajian Jadual 1: Carta Gantt Perancangan Tindakan Kajian Minggu M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10

Bil 1 2 3 4 5 7 9 10 11 12 13

Aktiviti Mengenal pasti masalah data pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Menghantar proposal untuk kelulusan Merancang tindakan (Individu/kumpulan) Melaksanakan tindakan -Aktiviti 1 Melaksanakan tindakan -Aktiviti 2 Melaksanakan tindakan -Aktiviti 3 Melaksanakan tindakan -Aktiviti 4 Refleksi kajian Menulis laporan kajian Membentang dapatan

M11

M12

8.0

Anggaran Kos Kajian

Bil

Jenis bahan

Kuantiti 10 RM 8 1 RM 65

Harga per unit (RM) 8.00 65.00

Harga (RM) 80.00 65.00 40.00

1 Kertas A4 2 Dakwat printer 3 Bahan photostat

4 Buku catatan guru 5 Stiker JUMLAH

5 1 dozen

4.00 10.00

20.00 10.00 195.00

9.0

Bibliografi

1. Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Skudai, Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan. 23-102

2. Hamida binti Abdul Halim (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Makmal Di kalangan Pelajar Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis. Ijazah Sarjana Muda. 3. Mohd Anuar bin Ibrahim (2006). Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Sains Murid Tahun 5 Semasa Menjalankan Eksperimen. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh ,Universiti sains Malaysia Pulau Pinang. 4. Othman bin Lebar (2008) Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
5. http://www.scribd.com/doc/12598602/kajian-Kemahiran-Manipulatif-Sains. 6. http://www.scribd.com/doc/2675324/Perlaksanaan-peka-1-KajianKes 7. http://kafeilmu.co.cc/tema/laporan-kajian-tindakan-sains-sekolah-rendah.html 8. http://norkhatimah.smkbt.com/file.php/1/KT_FIZIK.pdf 9. http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[12].pdf 10. http://www.jpnpp.edu.my/index.php?

option=com_phocadownload&view=category&id=1%3Aumum&download=76%3A manual

You might also like