You are on page 1of 4

Kerosakan kenderaan adalah perkara penting yang perlu dielakkan dan diberi perhatian oleh pengguna kenderaan.

Penjagaan sempurna perlu diamalkan agar kondisi kenderaan sentiasa berada dalam prestasi terbaik sekal gus menjamin keselamatan dan keselesaan sesuatu perjalanan.

Skip acuh tak acuh oleh para pengguna menyebabkan kenderaan mereka terabai dan mudah meragam. Akibatnya perjalanan mereka tergendala.

Pemeriksaan yang sempurna dan berkala membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya. Lakukan pemeriksaan kepada perkara berikut:
1. Ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan mengikut tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik . 2. Periksa tahapn air radiator setiap masa. 3. Melakukan penalaan (enjine tuning) terhadap enjinkereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten. 4. Periksa semua tali sawat sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu. 5. Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api. 6. Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol. 7. Pastikan kenderaan anda dihantar ke pusat servis bertauliah. 8. Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya, penggunaan gear rendah terpasa menggunakan bahan api yang lebih. 9. Jangan hidupkan enjin jika berhenti dalam tempoh masa lama.

Lakukan pemeriksaan berkala berdasarkan cara pemanduan sesebuah kenderaan. Cara pemanduan yang dianggap terlalu keras dan memerlukan penyelenggaraan lebih kerap boleh diibaratkan seperti: Memandu kurang daripada 10 kilometer sehari. Memandu menggunakan gear rendah Memandu dalam keadaan jalan raya berhabuk. Memandu dikawasan berbukit Memandu dalam kesesakan teruk dimana suhu persekitaran melebihi 32 darjah selsius.

Cara pemanduann biasa pulaboleh digambarkan seperti memandu seperti biasa setiap hari dengan cara pemanduan yang tenang. Pemanduan biasa tidak memerlukan penyelengaraan secara kerap dan boleh dilakukan mengikut Carta yang dikeluarkan pengeluar.

Pastikan tiada kerosakan berlaku ketika atau selepas melakukan penyelenggarakan. sentiasa rujuk buku panduan yang disediakan pengeluar sebelum melakukan service . Pastikan beberapa kompenen diperiksa ketika melakukan penyelenggaraan antaranya:

Minyak Enjin Cecair penyejuk radiator Cecair brek Cecair transmisiRim dan Tayar Bendalir cermin hadapan Pengelap cermin Penapis udara Penapis minyak

Palam pencucuh Tali sawat enjin Pedal berek Pelapik berek Penjajaran tayar Penapisa Penyaman Udara Fius Lampu.

You might also like