You are on page 1of 3

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Apakah ciri-ciri Pengajaran? y guru dan murid, y guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, y hanya bermakna apabila ada pembelajaran, y melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, y melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, y ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, y boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber, y meliputi rancangan mengajar (KOPI), y proses yang melibatkan interaksi dua hala, y ada unsur sains dan seni. Apa dia pembelajaran? Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran : y Satu proses yang berterusan, y Secara formal dan tak formal, y Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb., y Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran. y Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran, y Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Prinsip-Prinsip Pengajaran Dan Pembelajaran Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip prinsip berikut: a. Berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas; b. Kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu; c. Pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif d. Menghayati dan mengamalkan ilmu;

e. Menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid; f. Guru dan murid bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek; g. Mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif; h. Setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka; i. Memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme; dan, j. Membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

You might also like