You are on page 1of 26

BAB 2

TEORI SEL
y Semua benda hidup berasal dari sel @ sel merupakan unit asas

kehidupan. Oleh: Matthias Schleiden & Theodor Schwann y Sesuatu sel baru berasal daripada sel yang terdahulu melalui pembahagian sel. Oleh: Rudolf Virchow y Sel berfungsi sebagai satu unit iaitu semua proses metabolisme berlaku di dalamnya. Oleh: Matthias Schleiden & Theodor Schwann y Setiap sel mempunyai maklumat genetik atau perwarisan yang boleh diturunkan kepada sel anak melalui pembahagian sel. Oleh: Teori Genetik Moden

PEMBAHAGIAN SEL
y Sel dibahagikan kepada dua kumpulan utama:
1.

2.

Sel prokariot: sel yang tidak mempunyai nukleus dan organel yang bermembran (contoh: sel bakteria dan sel alga biru-hijau. Sel eukariot: sel yang mempunyai nukleus dan organel-organel yang bermembran

STRUKTUR SEL
y Semua sel tumbuhan dan sel haiwan dilingkungi oleh

membran plasma. Di samping membran plasma, sel tumbuhan turut mempunyai dinding sel yang dihasilkan dari selulosa (berada di luar membran plasma). y Protoplasma ialah gabungan sitoplasma dan nukleus.

ORGANEL
Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel iaitu struktur sel yang melakukan sesuatu fungsi khusus. Contoh organel sel ialah nukleus, mitokondria, kloroplas, vakuol, ribosom dan jasad Golgi. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat di bawah mikroskop elektron.

STRUKTUR & FUNGSI BAHAGIAN SEL


Bahagian sel Struktur y Dibina daripada protein dan fosfolipid. y Selaput nipis, kenyal dan separa telap. Fungsi y Mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. y Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel dengan membenarkan bahan dengan saiz molekul tertentu melaluinya.

Membran sel

Dinding sel (sel y Terbina daripada tumbuhan sahaja) gentian selulosa yang keras dan teguh. y Bersifat telap sepenuh kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.

y Memberi sokongan dan bentuk tetap kepada sel tumbuhan. y Melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

Vakuol / vesikel

y y y

Ruangan berisi cecair iaitu sap sel. Dikelilingi oleh membran yang disebut tonoplas Sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil manakala sel tumbuhan matang mempunyai vakuol bersaiz besar. Vakuol bagi sel haiwan adalah kecil (vesikel) dan kadangkala tidak wujud langsung. Contoh vakuol yang terdapat dalam sel haiwan ialah vakuol fagositosis, vakuol perkumuhan dan vakuol makanan.

Sap sel mengandungi air, asid organik, gula, garam mineral, oksigen, karbon dioksida, pigmen bahan buangan dan hasil sampingan metabolisme. Dalam sel tumbuhan, vakuol memberi kesegahan kepada sel dengan menolak sitoplasma dan menekan membran sel ke tepi atau ke arah dinding sel. Dalam haiwan unisel seperti paramesium, vakuol mengecut terlibat dalam mengawalatur proses osmosis dan perkumuhan Biasanya vesikel haiwan mengandungi enzim hidrolitik untuk pencernaan bahan organik kompleks dalam sel.

Sitoplasma y Bahan seperti jeli yang terletak antara membran sel dan membran nukleus y Mengandungi banyak organel dan makanan simpanan

y Bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel. y Membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh dari luar sel.

Nukleus

Kromosom

y Organel berbentuk y Mengawal segala aktiviti sfera dan dilingkungi sel, misalnya sintesis oleh membran nukleus. (pembinaan) protein y Nukleus mengandungi y Mempunyai kromosom kromosom, nukleolus yang mengandungi dan nukleoplasma maklumat perwarisan atau bahan keturunan. y Jalinan bebenang y Membawa maklumat dalam nukleus yang perwarisan (gen) dibina daripada asid y Terlibat dalam nukleik dan protein pembahagian sel

Mitokondria

y Organel berbentuk y Tapak penjanaan tenaga rod yang terdiri melalui proses daripada dua lapisan pengoksidaan makanan membran iaitu semasa respirasi membran luar dan y Tenaga dijana dalam membran dalam yang bentuk molekul ATP berlipat-lipat (adenosine trifosfat) Klorofil menyerap cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis dan memberikan warna hijau kepada daun.

Kloroplas (sel y Berbentuk ceper dan tumbuhan terdiri daripada dua sahaja) lapisan membran y Mengandungi pigmen klorofil

Retikulum / y jalinan endoplasma

Terdiri daripada satu sistem pundi leper atau sisterna yang dibatasi oleh membran unit tunggal. Rongga sisterna saling berhubungan dan membentuk satu sistem terusan di seluruh sitoplasma Membran retikulum endoplasma mungkin berterusan dengan membran nukleus, membran plasma dan jasad Golgi. Terdapat dua jenis retikulum endoplasma iaitu retikulum endoplasma kasar (RE kasar) dan retikulum endoplasma licin (RE licin)

Berfungsi sebagai satu sistem pengangkutan dalam sel (intrasel) yang memudahkan pergerakan bahan-bahan dari satu bahagian ke bahagian sel yang lain Menyediakan satu permukaan luas untuk perlekatan enzim dan tindak balas biokimia Protein yang disintesiskan oleh ribosom akan memasuki sisterna retikulum endoplasma dan seterusnya digerakkan ke bahagian sel yang lain terutamanya ke jasad Golgi untuk diproses sebelum dirembes keluar

Ribosom

y Granul padat dan y Merupakan tapak sintesis berbentuk sfera. protein Terdiri daripada y Protein yang disintesis oleh protein dan asid ribosom pada retikulum nukleik. endoplasma dirembes keluar y Ribosom terdapat daripada sel dalam bentuk pada permukaan enzim atau hormon manakala retikulum endoplasma yang disintesis oleh ribosom dan sesetengahnya bebas digunakan oleh sel itu wujud sebagai sendiri untuk pertumbuhan ribosom bebas dalam dan memangkinkan tindak sitoplasma balas dalam sel itu.

Jasad Golgi

y Terdiri daripada satu y Berfungsi sebagai satu timbunan pundi-pundi organel yang memproses leper (sisterna) yang dan mengubahsuaikan setiap satunya dilapisi bahan kimia seperti oleh membran unit protein yang baru sahaja tunggal diperoleh daripada jalinan endoplasma kepada hasil seperti glikoprotein y Hasilnya diasingkan dan dibungkus dalam vesikel dan seterusnya dirembes keluar dari sel.

PERBANDINGAN SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN


y Persamaan: mempunyai nukleus, sitoplasma,

membran plasma, jasad Golgi, mitokondria dan retikulum endoplasma

PERBEZAAN
Sel tumbuhan Bentuk sel tetap Mempunyai dinding sel selulosa KLOROPLAS Mempunyai kloroplas dengan pigmen klorofil di dalamnya Tiada vakuol / jika ada VAKUOL Mempunyai vakuol kecil bersaiz besar Dalam bentuk glikogen GRANUL SIMPANAN Dalam bentuk kanji Mempunyai sentriol SENTRIOL Tidak mempunyai sentriol Sel haiwan Bentuk sel tidak tetap Tidak mempunyai dinding sel Tidak mempunyai kloroplas Perbezaan BENTUK DINDING SEL

HUBUNGAN ANTARA KEPADATAN ORGANEL DAN FUNGSI KHUSUS SEL


y Sel-sel berlainan dalam badan menjalankan fungsi

berlainan. Misalnya, sel saraf berfungsi membawa impuls saraf dan sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen.
y Oleh kerana fungsi yang dijalankan oleh sel-sel ini

berbeza, sesetangah sel mempunyai banyak bilangan organel tertentu.

Jenis sel

Sel sperma

Sel otot penerbangan serangga & burung Sel meristem

Fungsi Memerlukan banyak tenaga untuk berenang ke arah uterus dan tiub Falopio semasa persenyawaan Mengecut dan meregang untuk membantu pergerakan dan penerbangan Menjana tenaga bagi pembahagian kromosom semasa proses mitosis

Organel terlibat Mitokondria (melalui tindakan enzim respirasi dan pengoksidaan makanan dlm mitokondria, banyak tenaga yang disimpan dalam molekul ATP dapat dijanakan. Molekul ATP merupakan sumber tenaga utama dalam sel. Molekul ini mempunyai ikatan fosfat yang bertenaga tinggi dan pemecahan ikatan ini membekalkan tenaga yang dibebaskan dengan serta-merta untuk aktiviti sel.

Sel hati

Sel mesofil palisad Sel pankreas

Memainkan peranan utama dalam metabolisma, mengawal julat kimia yang besar dalam darah Mengawal kandungan gula yang dibebaskan ke dalam aliran darah dan detoksifikasi Penyerapan cahaya matahari untuk proses fotosintesis Aktif dalam sintesis dan rembesan protein (enzim dan hormon)

Mitokondria, jasad Golgi dan jalinan endoplasma kasar

Kloroplas Jalinan endoplasma kasar, jasad Golgi dan mitokondria

Sel kelenjar adrenal Sintesis beberapa hormon steroid (korteks) Sintesis lipid daripada asid lemak dan Sel epitelium usus gliserol Sintesis hormon seks steroid: Sel testis testosteron Sintesis hormon seks steroid: Sel ovari estrogen Sel goblet pada Memerlukan glikoprotein musin yang epitelium usus dan membentuk mukus apabila terlarut salur pernafasan Rembesan mukopolisakarida untuk Sel jidal akar melicinkan hujung akar semasa menembusi zarah tanah

Jalinan endoplasma licin

Jasad Golgi

You might also like