You are on page 1of 2

Bahagian 6

Jentera, Mesin dan Peralatan

Pertanyaan Daripada Kementerian Kewangan Pada Julai 2007


Bagaimanakah faktor-faktor jentera, mesin dan peralatan pembinaan mempengaruhi sektor pembinaan pada tahun 2006 dan separuh tahun 2007?

Penjelasan
Tahap penggunaan jentera, mesin dan peralatan pembinaan dalam proses pembinaan dapat menunjukkan teknik pembinaan yang diamalkan oleh kontraktor, sama ada pembinaan dijalankan berorientasikan wet trade atau secara sistem binaan berindustri (IBS). Walaubagaimanapun, dalam proses pembinaan terdapat beberapa jenis jentera, mesin serta peralatan yang merupakan keperluan asas seperti kren, jenkaut dan jentolak. Tanpa jentera, mesin dan peralatan asas ini, kerja-kerja pembinaan akan terganggu. Binaan yang berorientasikan atau berintensifkan jentera dan mesin mampu meningkatkan produktiviti melalui tempoh siap yang lebih cepat, menggurangkan pembaziran bahan binaan dan kualiti kerja yang konsisten. Penggunaan sistem binaan berintensifkan modal ini kebiasaannya menggunakan pekerja yang kurang tetapi berkemahiran dan kompeten. Upah pekerja-pekerja kategori ini lazimnya lebih tinggi daripada pekerja am. Penggunaan jentera, mesin serta peralatan berat melibatkan kos yang tinggi. Ini sekali gus melonjakkan harga / kos projek dan meningkatkan nilai ditambah perkhidmatan pembinaan. Binaan berintensifkan modal belum lagi diamalkan secara meluas dalam kerja kejuruteraan bangunan tetapi telah menjadi kelaziman dalam kerja-kerja kejuruteraan sivil terutama pembinaan jalanraya dan jambatan serta flyover. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa projek bangunan pejabat Kerajaan dan bangunan kediaman kakitangan Kerajaan telah mula menggunakan komponen pasang siap seperti pembinaan kuarter guru, bangunan Kerajaan di Putrajaya serta kuarter kakitangan awam di Putrajaya. Komponen pasang siap memerlukan penggunaan jentera, mesin dan peralatan secara intensif dalam aktiviti pembinaan. Proses berintensifkan modal ini dapat memendekkan masa siap, kualiti yang konsisten dan lebih produktif. Sehingga kini belum lagi berlaku kekurangan jentera, mesin dan peralatan yang boleh menjejaskan sektor ini.

Koleksi Pertanyaan Lazim Ekonomi Binaan

43

Pertanyaan Daripada Radio Televisyen Malaysia Pada Ogos 2007


Apakah jangkaan CIDB dari segi pemberian insentif dalam Bajet 2008 bagi menggalakkan perkembangan sektor pembinaan?

Penjelasan
Sektor pembinaan merupakan perkhidmatan penyedia dan penyokong kepada pelaburan dalam sektor-sektor lain terutamanya dalam pembangunan harta tanah dan infrastruktur. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada tahun 2007 Kerajaan telah melancarkan dua projek berimpak besar iaitu Pembangunan Wilayah Iskandar (WPI) dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Utara (NCER). WPI memerlukan pelaburan sebanyak RM47.0 bilion sehingga 2010 dan NCER pula melibatkan pelaburan RM117.0 bilion bagi tempoh 18 tahun sehingga tahun 2025. Sebelum akhir tahun ini, Kerajaan akan mengumumkan pakej pembangunan Wilayah Ekonomi Timur pula dan di dalam Bajet 2008 ada kemungkinan Kerajaan akan mengumumkan pakej pembangunan di wilayah ekonomi Sabah dan Sarawak. Kelima-lima wilayah ekonomi tersebut perlu dilaksanakan mengikut pelan perancangan. Bagi memastikan pelaksanaan pembangunan mengikut perancangan, sudah pasti kerajaan akan mengumumkan beberapa insentif untuk menarik pelaburan tempatan dan asing bagi merancakkan pembangunan di wilayah-wilayah ekonomi tersebut. WPI akan membangun sebagai bandar berkelas dunia. WPI telah menyiarkan berita WPI telah berjaya menarik pelaburan asing dari Asia Barat bernilai RM4.1 bilion dalam pembangunan hartanah. NCER telah di rancang akan menjadi hub logistik dan pelancongan. Pembangunan seumpama ini sudah tentu memerlukan kemudahan infrastruktur pengangkutan hebat dan kemudahan awam yang moden. Pembangunan hub logistik ini akan menjadi pemangkin dan penyokong pembangunan pesat disebelah utara tanah air terutama bagi pembangunan IMT dan bandarbandar sempadan. Insentif-insentif pelaburan yang akan diumumkan bagi menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan di Wilayah Ekonomi tersebut sudah tentu akan dinikmati terlebih dahulu oleh sektor pembinaan sebagai penyedia kemudahan dan pengerakan pembangunan. Sektor pembinaan dijangkakan akan lebih pesat berkembang apabila cadangan pelaburan direalisasikan.

Pertanyaan Daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Pada Januari 2008


Adakah pengecualian levi boleh diberikan kepada projek perindustrian?

Penjelasan
Pada masa ini tiada peruntukan yang membolehkan pengecualian levi ke atas projek perindustrian. Projek yang diberi pengecualian levi adalah projek perumahan kos rendah, sederhana rendah dan sederhana. Sementara projek perumahan lain yang layak dipertimbangkan pengecualian levi jika projek berkenaan menggunakan komponen sistem binaan berindustri (IBS) melebihi 50%. Lain-lain projek pembinaan tidak layak mendapat insentif pengecualian levi ini.

Koleksi Pertanyaan Lazim Ekonomi Binaan

44

You might also like