You are on page 1of 4

PPEX 2101 : PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN TAJUK : PENAKSIRAN AUTENTIK DAN ALTERNATIF

SOALAN STRUKTUR 1. Apakah yang dimaksudkan dengan penaksiran prestasi? 2. Jelaskan maksud penaksiran autentik dan penaksiran alternatif? 3. Nyatakan kepentingan penaksiran autentik dan penaksiran alternatif? 4. Senaraikan ciri-ciri penaksiran alternatif yang telah anda pelajari?

SOALAN ESEI 5. Terangkan perbezaan antara penaksiran alternatif dengan penaksiran alternatif?

JAWAPAN

1. Penaksiran prestasi ialah satu bentuk penaksiran yang berdasarkan pemerhatian dan pengadilan terhadap satu proses atau produk, iaitu hasil daripada pelaksanaan sesuatu tugas. Penaksiran prestasi juga dinamakan penaksiran autentik atau penaksiran alternatif.

2. Definisi penaksiran autentik ialah penaksiran yang lebih kepada penggunaan amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Penaksiran ini dapat dilihat keaslian sebenar pelajar. Penaksiran autentik meliputi pentaksiran daripada pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah , kemahiran social, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia. Manakala definisi penaksiran alternatif ialah penaksiran yang kurang menekankan penggunaan kertas pensel. Ia juga merupakan mana-mana cara untuk mengetahui perkara yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan.

3.

Antara kepentingan penaksiran autentik ialah ianya dapat menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna .kepentingan yang seterusnya ialah menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran. Contohnya ialah dalam bidang penulisan,penyelidikan,pendebatan dan

komunikasi. Selain itu,kepentingan penaksiran ini juga ialah memberi pelajar peluang untuk perbaiki dan dan melakukan penambaikkan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan. Penaksiran autentik juga dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran,pengetahuan,kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Manakala

kepentingan penaksiran alternative pula ialah dapat menilai

pelajar pada tugas-tugas dalam displin khusus yang telah ditetapkan. Selain itu, ianya juga dapat menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh serta mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistic berbanding secara dipecahkan berasingan.

4. Antara ciri-ciri penaksiran alternatif yang telah dipelajari ialah penaksiran alternative mengandungi 5 spesifik. Seterusnya penaksiran jenis ini adalah berorentasikan proses yang lebih menumpukan perkembangan dan

kemajuan,membantu menunjukkan masa murid dapat meningkatkan diri bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada. Ciri yang ketiga ialah ianya bersifat dua hala iaitu guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama. Guru boleh menggunakan maklum balas dari murid untuk merancang pengajaran.

5.

Antara perbezaan

penaksiran autentik dan penaksiran alternatif ialah

boleh dilihat dari aspek definisi. Definisi penaksiran autentik ialah penaksiran yang lebih kepada penggunaan amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Penaksiran ini dapat dilihat keaslian sebenar pelajar. Penaksiran autentik meliputi pentaksiran daripada pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian

masalah , kemahiran social, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia. Manakala definisi penaksiran alternatif ialah penaksiran yang

kurang menekankan penggunaan kertas pensel. Ia juga merupakan mana-mana cara untuk mengetahui perkara yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan.

Perbezaan yang seterusnya ialah daripada aspek keaslian penaksiran tersebut. Penaksiran prestasi lebih menerangkan perlakuan ujian itu sendiri daripada penaksiran alternative sebagai satu kaedah lain yang lazimnya dan kurang sedikit keasliannya berbanding kaedah penaksiran autentik.

Selain perbezaan antara kedua-dua penaksiran ini juga boleh dilihat daripada aspek penggunaan kertas pensel. Penaksiran autentik langsung tidak menggunakan kertas dan pensel manakala penaksiran alternative menggunakan kertas pensel tetapi tahap penggunaanya tidak terlalu ditekankan.

Di samping itu, perbezaan penaksiran autentik dan penaksiran alternatif ialah dari sudut pengetahuan dan pemahaman pelajar. Bagi penaksiran autentik, ianya dapat mengenal pasti pengetahuan dan pemahaman pelajar secara langsung manakala bagi penaksiran alternative pula, guru tidak dapat mengenal pasti pengetahuan dan pemahaman pelajar kerana pelajar menggunakan medium kertas pensil semasa melakukan ujian.

You might also like