Parti Islam Se-Malaysia - Wikipediahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_SeMalaysi1 of 510/7/2006 7:50 AM
Parti Islam Se-Malaysia
From Wikipedia
(Dialihkan dari Parti Islam SeMalaysia)
Parti Islam Se-Malaysia
(juga
PAS
) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yangdipimpin oleh Presiden parti, Datuk Seri Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS mengimbangiperjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpunwujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golonganpembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranyatermasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yangberpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaranmasyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
Jadual isi kandungan
1 Sejarah penubuhan2 Presiden-Presiden PAS3 Lihat juga4 Pautan luar
Sejarah penubuhan
MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, adafakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 danUtusan Melayu 25 November 1951).Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS,fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 denganNombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yangberteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajahpada tahun 1948.Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnyamenghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawakelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaranIslam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya padatahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara padatahun 1928.Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual dikalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakatMelayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam padatahun-tahun berikutnya.
Lambang PAS