Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tatacara Tender

Tatacara Tender

Ratings: (0)|Views: 2,911|Likes:

More info:

Published by: زيداتول ازني شمصودين on Jan 17, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/14/2013

pdf

text

original

 
 
azny
s 1
TATACARA TENDER 
 Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseoranguntuk melakukan kerja di samping mendapatkan persetujuandaripada pihak yang berkenaan. Proses menender merupakan prosestaktikal bagi pemilihan satu - satu pihak bagi membekalkan suatuperkhidmatan, produk atau item kerja. Proses tawaran danpenerimaan perlu ada di dalam tender. Ia merupakan suatu prosesbertaktik sebagai keputusan yang strategik terhadap suatu pihakserta skop kerja yang telah pun dikenalpasti. Proses penilaian tendertermasuk semua kerja
kerja seperti penyediaan Dokumen Tenderdan Dokumen Kontrak dilakukan oleh pihak perunding JuruukurBahan yang telah dilantik.Bagaimanapun, keputusan terakhir untuk memilihkontraktor yang paling difikirkan layak akan terletak sepenuhnya ditangan pelanggan (
client
) berdasarkan Laporan Penilaian Tenderserta Perakuan Tender yang telah disediakan oleh perundingtersebut.Apabila tender daripada sesebuah kontraktor itu dipilih danditerima oleh pelanggan, maka wujudlah ikatan kontrak antarakontraktor dengan pelanggan. Tatacara tender mengandungi 15 isikandungan yang berkaitan dengan tender.Di antara isi kandungan yang terkandung dalam tatacara tender ialahDasar -Dasar Kerajaan, Perancangan, Pengurusan Tender - TenderKerajaan, Had Nilai Tender Kerja, Dokumen Tender, Pengiklanan,Kadar Bayaran Bagi Dokumen Tender Kerja, Deposit Bagi Kerja,Tempoh Sah Laku Tender, Pembukaan Tender, Penilaian Tender,Perakuan Tender, Dokumen Untuk Rujukan Lembaga Perolehan,Lembaga Tender Perolehan Dan Surat Setuju Terima.
5.2 Dasar - Dasar Kerajaan
Agensi - agensi perlu memastikan supaya dasar - dasar kerajaan yangwujud dipatuhi sepenuhnya. Antaranya ialah :
 
i.
 
Matlamat serta strategi bawah Dasar Pembangunan Nasionaldiberi perhatianii.
 
Dasar Kualiti Alam Sekitar diambil perhatian.iii.
 
Dasar Pelaburan Asing dan Pemindahan Teknologi dilaksanakanbagi kontrak antarabangsa.iv.
 
Memasukkan dasar keutamaan Bumiputera sebagai satu syarattender dan kontrak. Peluang kontrak diberikan kepadakontraktor tempatan dan keutamaan hendaklah diberikankepada Kontraktor Bumiputera dengan penglibatan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kontrak serta mengambilbahagian secara aktif dalam sesuatu projek.
5.3 Perancangan Tender
Perancangan tender penting untuk menentukan supaya perolehandilaksanakan mengikut jadual berdasarkan pemilihan yang tepat keatas kontraktor dengan mengambil kira faktor - faktor berikut :i.
 
Produkii.
 
Kualitiiii.
 
Kuantitiiv.
 
Masav.
 
HargaAgensi - agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerjaperlu mengambil kira perkara - perkara berikut :i.
 
Menyediakan carta atau jadual bagi menentukanjangkaan proses tender termasuk tempoh menyediakanpenentuan, pengiklanan, penilaian serta keputusantender.ii.
 
Agensi hendaklah memastikan keperluan barangansebenar berdasarkan pegangan stok dan peruntukan yangmencukupi sebelum tender dipanggil.iii.
 
Ringkasan Projek disediakan jika projek dan rekabentuksecara am.iv.
 
Pemilihan tapak / pengambilan balik tanah adalahtanggungjawab agensi pelaksanaan untuk memilih tapakdan juga mengambil tindakan - tindakan seterusnya untukpengambilan tanah sebelum projek bermula.v.
 
Peruntukan / pembiayaan, ketua agensi perlumemastikan bahawa agensinya mempunyai peruntukanbelanja mengurus atau Pembangunan yang diluluskansebelum sebarang perolehan kerja dibuat.vi.
 
Pelantikan kontraktor. Semua perolehan kerja kerajaanhendaklah dibuatdengan melantik kontraktor yang berdaftar dengan Pusatkhidmat Kontraktor (PKK). Kontraktor yang mengambilbahagian dalam perolehan hendaklah berdaftar mengikutkelas, kepala & sub - kepala yang bertepatan denganperolehan yang dibuat. Agensi perlu mengenalpasti danmemastikan perolehan yang dikhaskan kepada KontraktorBumiputera selaras dengan peraturan berkaitan yangdikeluarkan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
5.4 Pengurusan Tender - Tender Kerajaan.
Jabatan - jabatan dikehendaki mengikut garis yang berikut untukmengelakkan kelewatan pengurusan tender - tender kerajaan.Antaranya ialah :i.
 
Sebelum satu - satu tender dijemput, satu cartahendaklah diadakan bagi menunjukkan anggaran semasauntuk tiap - tiap peringkat dari tarikh tutup hinggakeputusan dibuat.i.
 
Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dantidak melebihi waktu tempoh yang ditetapkan dalamcarta.ii.
 
Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh duaminggu selepas penilaian tender selesai.iii.
 
Keputusan sesuatu tender hendaklah disampaikan kepadapetender yang berjaya menurut carta yang ditetapkan.iv.
 
Dimana sesuatu tender itu perlu dirujuk kepadaPerbendaharaan untuk keputusan. Rujukan tersebuthendaklah sampai kepada Perbendaharaan dalam tempoh7 hari selepas keputusan Lembaga Tender.Agensi - agensi perlulah memastikan :i.
 
Semua tender dipanggil secara tempatan. Sekiranyakontraktor tempatan tiada kepakaran atau sukardilaksanakan secara usahasama, tender antarabangsaboleh dipelawa.ii.
 
Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaankontraktor dalam kerja di mana kontraktor tempatantidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tenderkerja hendaklah dipelawa secara usahasama antarasyarikat - syarikat tempatan dengan kontraktorantarabangsa.iii.
 
Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh InstitusiKewangan Antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalahterikat kepada ketetapan peraturan institusi tersebut.
5.5
 
Had Nilai Tender Kerja.
Agensi - agensi yang ingin melaksanakan tender - tenderKejuruteraan Awam atau membina bangunan hendaklah membuatpelawaan kepada syarikat yang tertentu mengikut had kewanganseperti di bawah :i.
 
Tender - tender yang tidak melebihi RM 10 juta dipelawakepada syarikat 100% milik tempatan.ii.
 
Tender
tender yang bernilai antara RM 10 juta hinggaRM 25 juta :
-
 
Dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan atausyarikat yang disenaraikan di BSKL dandiperbadankan di Malaysia dengan syarat pegangansaham individu asing tidak melebihi 30% sertapengarah urusan dan pekerjanya adalah 100%tempatan.iii.
 
Tender yang dianggarkan melebihi RM 25 juta, dipelawakepada :
-
 
Syarikat - syarikat 100% milik tempatan.
-
 
Syarikat - syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKLatau
-
 
Syarikat - syarikat usahasama sama ada disenaraikandi BSKL ataupun tidak dengan syarat pegangan ekuitiasing tidak melebihi 49% dan majoriti LembagaPengarah, pengurusan dan pekerja adalahwarganegara.Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalambentuk Draf Bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi diMalaysia atau kiriman wang pos (
money order 
) atau wang kiriman posberpalang (
 postal order 
), dan dibayar atas nama Ketua agensiberkenaan. Bagi Jabatan Mengakaun Sendiri, bayaran boleh jugadibuat kepada Ketua Akauntan Jabatan berkenaan. Wang tunai ataucek tidak boleh diterima.
5.6 Proses Tender
Perkara pertama yang dilakukan bagi melakukan proses tender (Rajah 3.6.1 ) ialah menyediakan Dokumen Tender yang merujukkepada keperluan
keperluan pelanggan dan projek secara
 
 
azny
s 2
keseluruhan. Dokumen Tender ialah dokumen yang mengandungikesemua keperluan projek dan pelanggan. Beberapa bahagian akanditambah ke dalam dokumen asal seperti Surat Perlantikan (
Letter of Award 
) atau Surat Niat (
Letter of Intent
) dan lukisan kontrak.Berikut ialah proses tender :
5.7 Penyediaan Dokumen Tender
Penyediaan Dokumen Tender adalah peringkat seterusnya selepaslukisan terperinci telah disiapkan. Bagi kontrak yang berdasarkan BilKuantiti, kerja
kerja (
taking off )
akan bermula sebaik sahajaperunding Juruukur Bahan menerima lukisan - lukisan susunatur danterperinci daripada pihak arkitek dan jurutera.Sementara bagi kontrak berdasarkan lukisan danspesifikasi, merekabentuk dan membina, Ringkasan Tender akandisediakan. Proses tender dan penilaian tender juga bermula diperingkat ini. Selepas pemilihan tender yang sesuai ke ataskontraktor yang paling berwibawa, peringkat seterusnya akanbermula.Setiap set Dokumen Tender hendaklah sempurna serta mengandungiperkara - perkara berikut :i.
 
Syarat - syarat dan arahan kepada petender iaitu maklumat- maklumatpenting yang wajib dipatuhi oleh petender.ii.
 
Spesifikasi - spesifikasi umum / khusus / teknikal bagibekalan / perkhidmatan / kerja yang dikehendaki olehagensi.iii.
 
Borang tender di mana borang hendaklah diisi danditandatangani oleh petender bagi menyertai tender.iv.
 
Contoh surat Setuju Terima Tender - Contoh surat yangmengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskankepada syarat yang telah ditetapkan dalam DokumenTender, syarat yang telah dipersetujui dalam surat niatatau apa - apa syarat lain yang telah dipersetujui melaluirundingan sebelumnya.v.
 
Syarat - syarat kontrak iaitu syarat - syarat kontrak yangakan diguna pakai bagi petender yang berjaya.vi.
 
Senarai Kuantiti atau Ringkasan Tender iaitu maklumatyang menjelaskan huraian kerja / kuantiti yang diperlukandan tempoh masa yang akan diikat.vii.
 
Jadual kadar harga - Jadual kadar harga yang perlu diisioleh petender (jika berkenaan).viii.
 
Lukisan teknikal / pelan - Sesuatu pelan, model ataulukisan yang diperlukan (jika berkenaan).ix.
 
Prestasi / rekod pengalaman - Maklumat tentangpengalaman petender dalam bidang berkaitan yangdibekalkan / dilaksanakan kepada agensi dan pihakswasta.x.
 
Profil dan kedudukan kewangan petender
Maklumatterperinci tentang latar belakang dan keupayaankewangan petender.xi.
 
Senarai semak - Senarai dokumen / perkara yang perludikemukakan olehpetender.
5.8 Keperluan Penyediaan Dokumen Tender
Antara keperluan - keperluan penyediaan Dokumen Tender ialahseperti berikut :
 
i.
 
Peruntukan - peruntukan dalam Dokumen Tawaranmestilah menjadi asas bagi satu kontrak yang bolehdilaksanakan oleh kontraktor.ii.
 
Peruntukan dalam Dokumen Tawaran mestilahmenggambarkan perolehan mengikut tatacara yangdiluluskan oleh kerajaan dan juga merangkumi dasar -dasar kerajaan yang baru.iii.
 
Kerja yang dilaksanakan mesti didefinisikan danditentukan dengan jelas dan tepat serta DokumenTawaran bebas dari sebarang kesamaran danpercanggahan.iv.
 
Kerja yang ditentukan mestilah mengikut kehendak -kehendak yang nyata( Jabatan / Kementerian Pelanggan ).v.
 
Kerja yang ditentukan mestilah mengikut kehendak JKRdari segi rekabentuk dan pembinaan.
5.9 Isi Kandungan Dokumen Tender
Dokumen Tender ialah dokumen yang disediakan untuk kegunaanpetender bagi meletakkan harga tawaran mereka. Antara kandunganyang patut ada dalam sesuatu Dokumen Tender ialah :i) Arahan kepada Pentender.ii) Borang Tender.iii) Surat Setujuterima Tender.iv) Borang Kontrak / Syarat - Syarat Kontrak.v) Spesifikasi.vi) Senarai Kuantiti / Ringkasan Tender.vii) Jadual Kadar Harga.viii) Lampiran
lampiran.Bagaimanapun, isi kandungan ini biasanya bergantungkepada pihak pelanggan untuk menentukan bahagian yang perludimasukkan dan bahagian mana yang tidak perlu dimasukkan. Antaraisi kandungannya ialah :
5.10 Penyediaan Borang Piawai.
Borang piawai yang biasanya digunakan ialah BorangKontrak, Borang Tender dan Surat Setuju Terima Tender. Bagiprojek yang menggunakan kontrak berdasarkan Senarai Kuantiti,borang kontrak yang digunakan ialah JKR 203A Semakan 10/83 bagiprojek kerajaan ataupun PAM (Dengan Kuantiti) Edisi 2000 bagisektor swasta. Borang JKR 203 Semakan 10/83 dan PAM (TanpaKuantiti) Edisi 2000 pula digunakan bagi projek yang menggunakankontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi.Bagaimanapun ada sesetengah pelanggan di sektor swastayang menggunakan borang kontrak kerajaan bagi projek mereka. Inikerana borang itu lebih mudah difahami oleh kebanyakan kontraktor.Kerajaan juga ada menyediakan borang piawai bagi Borang Tenderdan Surat Setuju Terima Tender. Borang yang digunakan ialahborang JKR 203B-Pin.2/2002 bagi projek yang menjadikan kuantitisebahagian daripada kontrak dan borang JKR 203C-Pin.2/2002 bagiprojek yang berdasarkan lukisan dan spesifikasi.Sementara bagi projek di sektor swasta ataupunperbadanan, biasanya mereka akan membuat sendiri borang tendermenggunakan borang tender kerajaan sebagai panduan. Begitu jugadengan Surat Setuju Terima Tender, JKR 203D-Pin 4/2002 akandigunakan bagi projek kerajaan dan pelanggan swasta ataupunperbadanan akan menjadikannya sebagai panduan untuk projekmereka.
5.11 Penyediaan Spesifikasi.
Spesifikasi ialah perincian kerja yang akan dilaksanakan,kualiti bahan, keupayaan kerja, nisbah kandungan, ujian yangdiperlukan, butir - butir lain yang berkaitan hendaklah dinyatakandengan jelas supaya tidak menimbulkan keraguan kepada kontraktor.Ianya membentangkan tentang peraturan dan kaedah kerja yangperlu dilaksanakan termasuk mutu minimum bahan binaan yangdiperlukan dan kerja-kerja pembinaan.Spesifikasi juga menetapkan mutu minimum penghasilan kerja yangakan dilaksanakan oleh pihak kontraktor. Kebiasaanya, spesifikasipiawai akan digunakan bagi kebanyakan projek biasa yang manaprojek itu tidak melibatkan kerja
kerja kepakaran.
6.12 Senarai Kuantiti / Ringkasan Tender.
Bagi projek yang menggunakan kontrak berdasarkan Senarai Kuantiti(
Bills of Quantities
), (
taking off)
akan dilakukan bagi penyediaanSenarai Kuantiti tersebut.
 
Sementara bagi projek yang menggunakankontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi, Ringkasan Tender(
Summary of Tender 
) akan disediakan. Bagaimanapun, untukmelaksanakan kerja - kerja tersebut, lukisan susunatur dan terperincidaripada arkitek dan jurutera hendaklah lengkap dan mencukupi.Kedua - dua bahagian ini disediakan bagi memudahkan kontraktormembuat anggaran.
 
Penyediaan Dokumen TenderPenentuan jenis kontrak yang akan digunakanJenis - jenis tenderPelawaan tenderProses jual beli tenderPenyerahan tender oleh kontraktor pada tarikh tutuptenderProses penilaian tenderPemilihan kontraktor yang berjayaPenyediaan Dokumen Kontrak
 
 
azny
s 3
5.13 Lampiran
Lampiran.
Lampiran - lampiran (
 Appendices
) disediakan dibahagianterakhir dalam
 
Dokumen Tender. Selain daripada senarai lukisantender, borang - borang yang perlu
 
diisi oleh kontraktor untukmendapatkan maklumat - maklumat mereka juga
 
diletakkandibahagian ini. Bahagian ini penting dalam proses penilaian tenderkerana
 
maklumat pentender akan diperolehi daripada borang -borang yang perlu dipenuhkan.
 
Bagaimanapun, kebiasaannyapetender akan melampirkan profail syarikat mereka
 
yangmengandungi semua maklumat yang diperlukan berserta denganDokumen
 
Tender yang diserahkan ketika memasuki tender.
5.14 Pencetakan dan Penjilidan.
Selepas semua isi kandungan Dokumen Tender lengkap, dokumen ituakan disemak supaya tidak terdapat bahagian yang tertinggalsebelum dicetak dan dijilid. Penyemakan perlu dilakukan denganteliti kerana sekiranya ada bahagian ataupun mukasurat yangtertinggal, ianya akan memberi impak yang besar kepada petender.Bagi tender terbuka, percetakan Dokumen Tender mungkinmemerlukan sehingga 70 salinan, di mana sekiranya ada mukasuratyang tertinggal, mukasurat itu terpaksa dicetak dan diagihkankepada 70 orang petender. Pencetakan dan penjilidan adalahbahagian yang penting dalam menentukan tarikh tutup tender.Sekiranya terdapat kerumitan seperti pelanggan menukar beberapaitem pembinaan, mungkin tarikh tutup tender terpaksa ditundakepada satu tarikh yang sesuai.Tidak dilupa, satu salinan Dokumen Tender akan dicetak dan dijilidlengkap dengan lukisan tender untuk dijadikan Dokumen Meja Tender(
Tender Table
 
Document
) yang akan diletakkan di tempat menjualtender bagi tujuan penyemakan dan rujukan oleh petender sebelummereka membeli tender berkenaan.
5.15 Jenis - Jenis Tender
Terdapat beberapa jenis tender yang dipraktiskan diMalaysia. Antara yang sering diamalkan adalah Tender Terbuka,Tender Terpilih Dan Tender Perundingan. Setiap jenis tendermempunyai kelebihan dan kelemahan masing - masing danpelaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian dalam prosesmenender. Pemilihan jenis tender dalam sesuatu projek pembinaanbanyak bergantung kepada beberapa faktor utama seperti saizprojek, lokasi pembinaan, kesesuaian dengan masa serta kos yangdiperuntukkan, pengalaman dan sebagainya.
5.15.1 Tender Terbuka
Tender Terbuka sering diamalkan di dalam industripembinaan oleh kerajaan dan badan berkanun atau swasta. Tenderjenis ini digunakan bagi mendapatkan harga yang paling musanabahbagi sesuatu kerja kontrak binaan. Persaingan secara TenderTerbuka adalah lebih adil dan dapat menjamin harga tender yangditawarkan mengikut pasaran semasa.Pelanggan akan mengiklankan tawaran dalam akhbar
 akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor yang berminatmenawarkan harga yang munasabah bagi projek tersebut.Penawaran harga oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlahanggaran kasar sesebuah pembinaan berdasarkan pengalamankontraktor itu sendiri.Harga ini termasuklah harga bahan binaan, gaji pekerja,bayaran untuk sub-kontraktor, kerja sampingan dan juga keuntungan.Tujuan tender jenis ini adalah untuk membolehkan pelangganmendapatkan seorang kontraktor yang dapat menawarkan harga yangpaling minimum bagi sesuatu projek pembinaan tanpa menjejaskanmutu kerja dan bahan binaan.Walaupun begitu, harga yang paling rendah tidaksemestinya harga yang paling baik dan akan terpilih. Tender Terbukamempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan jenis - jenistender yang lain. Tender Terbuka memberi peluang yang sama ratakepada semua kontraktor terutamanya kontraktor yang barumendaftar dan kurang pengalaman.Ini kerana pemilihan adalah berdasarkan kos yangditawarkan oleh setiap kontraktor. Di samping itu, ia juga tidakmemerlukan kemahiran dan kelayakan yang khusus. Tender jenis inibersifat kompetitif dan ini boleh mewujudkan persaingan yang sihatantara kontraktor yang terlibat.
5.15.2 Tender Terhad Atau Terpilih.
Tender Terpilih adalah tender yang hanya dikemukakankepada kontraktor
kontraktor yang telah dipilih oleh pelanggan. Inibermakna jumlah kontraktor yang boleh memasuki tender untuktender jenis ini adalah kecil tetapi kontraktor ini dipilih berdasarkankepada pengalaman dan kemahiran yang luas dalam sesuatu bidang.Kontraktor yang berpengalaman luas dan mempunyai kemahirantertentu yang bersesuaian akan dikenalpasti terlebih dahulu danhanya mereka sahaja yang akan dipelawa untuk menyertai tender.Persaingan juga berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil.Tender Terpilih mengurangkan risiko kegagalan pembinaan danmengurangkan kos penyediaan Dokumen Tender. Ia amat sesuai bagikerja - kerja khas yang memerlukan kemahiran tertentu. Projekdapat disiapkan dengan baik kerana kontraktor yang berpotensi,bereputasi tinggi serta yang benar - benar layak telah dpilih diperingkat awal lagi.Sistem Tender Terpilih juga tidak dapat lari darikekurangannya iaitu tidak semua kontraktor mendapat peluangdalam tender jenis ini terutamanya kontraktor yang baru berdaftardan kurang pengalaman kerana ia terhad untuk kontraktor yangmahir serta berpengalaman. Pelanggan tidak mempunyai pilihan lainjika semua kontraktor meletakkan harga yang tinggi dari kos yangditaksir dari anggaran kasar, maka pemilihan terpaksa dibuat ke ataskontraktor yang menawarkan harga yang paling rendah antarakontraktor tetapi lebih tinggi dari kos asal.Biasanya kes ini berlaku jika kontraktor itu mengenaliantara satu sama lain. Tender Terhad hanya boleh dilaksanakansetelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysiasebelum ianya dilaksanakan. Tawaran Terhad biasanya terbukakepada semua kontraktor yang termasuk di dalam kategori yang telahdinyatakan dalam iklan tawaran. Contohnya tawaran terhad kepadaKontraktor Bumiputera sahaja.
5.15.3 Tender Rundingan.
Dalam Tender Perundingan, pelanggan akan menghantarsurat kepada kontraktor tertentu untuk menjemput kontraktortersebut menyediakan rangka perbelanjaan bagi projek yangdirancangkan. Pelanggan akan berunding dengan seorang kontraktorsecara langsung mengenai projek pembinaan yang akan dilaksanakan.Biasanya pelanggan akan menjemput kontraktor yang mempunyaireputasi dan rekod yang baik yang diketahui latarbelakang projekyang terlibat serta semestinya berkemahiran.
 
Biasanya, kos yang ditawarkan secara rundingan olehkontraktor adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis - jenistender yang lain. Ini kerana kontraktor akan terlibat secara langsungdari peringkat awal kitaran hidup projek pembinaan sehinggalah keperingkat penyerahan projek kepada pelanggan. Pelanggan akandiberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai kesesuaianrekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang digunakanserta cara binaan yang bolehmemaksimumkan keuntungan sesuatu projek pembinaan.Namun begitu, kos bagi membiayai proses tender adalahmurah memandangkan pelanggan telah pun mempunyai kontaktorpilihan yang dirasakan layak tanpa perlu melibatkan jemputan untukmenender yang mengambil masa yang panjang dan tanpa melibatkankontraktor yang ramai.
5.15.4 Tender Prakelayakan
Peraturan Prakelayakan adalah bertujuan untuk menapiskontraktor
kontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman,kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakansesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalamsesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusankhas Perbendaharaan Malaysia.Secara amnya, Tender Prakelayakan adalah agak samadengan Tender Terbuka. Perbezaannya cuma kontraktor yang akandipilih adalah kontraktor yang mempunyai latarbelakang yang kukuhdan rekod yang baik sahaja akan dipilih berbanding tender terbuka dimana semua kontraktor mempunyai peluang sama rata.Bagi memastikan kontraktor yang dipilih mempunyaikelayakan yang sepatutnya iaitu mempunyai kepakaran kerja, modalpusingan yang cukup dan kemahiran dalam bidang tertentu, satuborang tawaran akan diberi kepada kontraktor yang memohon. Dalamborang tawaran ini kontraktor dikehendaki memberi maklumattentang kenyataan kewangan dan pengurusan untuk memastikanlatar belakang diketahui dengan jelas oleh pelanggan.Notis tawaran Tender Prakelayakan juga sama denganTender Terbuka iaitu dibuat dengan menyatakan skop kerja dantarikh tawaran dan butir - butir lain mengenai projek yang akandijalankan. Tambahannya adalah pelanggan selalunya menetapkanjangka masa pembinaan bagi projek tersebut. Selain itu, notistawaran juga berkehendakkan kontraktor membuat pembayarantertentu.
5.15
 
Pelawaan Tender
Pelawaan tender ialah jemputan untuk mengambil bahagian dalamprojek pembinaan yang akan dilaksanakan. Pelawaan tender

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ash Momoiez liked this
Ash Momoiez liked this
Adzzim Fahim liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->