You are on page 1of 16

Pengertian

Membasuh anggota badan yang tertentu dengan air berserta niat yang tertentu.

Hukum Berwudhu
1. Wajib a. Apabila hendak melakukan solat

b. Tawaf

c. Menyentuh Quran

d. Sujud Syukur dan Sujud Tilawah

2. Sunat a. Untuk menambahkan pahala Babu pahala tu apa?

b. Sebelum masuk tidur

c. Sebelum masuk masjid

d. Ketika marah dan lain-lain.

Rukun Wudhu
1. 2. 3. 4. 5. 6. Niat. Membasuh muka. Membasuh kedua tangan hingga siku. Menyapu air ke sebahagian daripada kepala. Membasuh dua kaki hingga ke buku lali Tertib ( secara berturut-turut)

Syarat Wudhu: 1. Islam 2. Mumaiyiz 3. Suci daripada haid dan nifas 4. Air yang suci lagi menyucikan 5. Tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada kulit anggota wudhu. 6. Tidak ada benda yang mengubah sifat-sifat air seperti dakwat yang melekat pada jari 7. Tahu rukun-rukun wudhu.

Perkara-perkara Sunat wudhu ketika berwudhu: 1. Membaca Bismillah. 2. Membasuh tangan hingga kepergelangan. 3. Berkumur-kumur. 4. Memasukkan air ke dalam hidung. 5. Membasuh seluruh kepala. 6. Membasuh kedua telinga. 7. Menyelati janggut dan jari. 8. Mendahulukan anggota kanan daripada kiri. 9. Membasuh setiap anggota sebanyak 3 kali 10. Mengerjakan perbuatan-perbuatan itu secara berturutturut. 11. Melebihkan had yang wajib ketika membasuh anggota wudhu. 12. Menyedikitkan pengunaan air. 13. Membaca doa selepas berwudhu.

Perkara yang membatalkan wudhu: 1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur. 2. Hilang akal disebabkan mabuk, gila atau pitam. 3. Tidur dalam keadaan dua punggung yang tidak tetap. 4. Bersentuh kulit laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram. 5. Bersentuh tapak tangan dengan kemaluan sendiri.

Hikmat Berwudhu: 1. Mendekatkan diri kepada Allah. 2. Menghapuskan dosa-dosa kecil. 3. Menghindarkan diri daripada gangguan syaitan. 4. Menjaga kebersihan diri. 5. Memberi kesegaran dan kecerdasan kepada anggota badan.

AKTIVITI NYANYIAN
Wudhu

You might also like