You are on page 1of 6

Definisi dan konsep: Khidmat Sokongan (Kolaborasi) dalam Pendidikan Khas Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun

1970-an apabila ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook & Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang muridmurid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah. Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guruguru khas,guru-guru biasa,ibu bapa,murid dan agensi khidmta masyarakat. Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990an. 7.2 Kepentingan Khidmat Sokongan dalam Pendidikan Khas

a. Individu Individu daripada kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi dalam penaksiran murid-nurid khas yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga dalam menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas (Reynolds & Elaine 1990) Menurut Terry Overton (1992),kumpulan pelbagai disiplin adalah satu kumpulan yang berfungsi untuk mengenalpasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan program pendidikan tersebut. Justeru itu, mereka bertanggungjawab dalam memastikan muridmurid ini mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan, keperluan, minat,emosi dan latar belakang mereka. Murid khas ini dalam hal-hal berkaitan penempatan,saringan,rawatan,latihan dan sebagainya. Peranan profesional seperti doktor turut mempengaruhi perkembangan pendidikan dan juga sosial murid-murid khas. Penaksiran klinikal yang dijalankan dari masa ke semasa serta khidmat nasihat daripada profesional dapat membantu perkembangan fizikal murid-murid khas seterusnya.

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid khas dapat dikurangkan sekiranya wujud kerjasama daripada pelbagai pihak. Khidmat sokongan ini dapat membantu ibu bapa dan guru-guru khas dalam mewujudkan suasana pengajarn dan pembelajaran yang penuh bermakna, sesuai dan menyeronokkan. Kajian yang dijalankan oleh Knoblock (1987) pula mendapati bahawa khidmat sokongan yang patut ada di sesebuah sekolah bukan hanya dari segi fizikal sahaja tetapi juga khidmat sokongan yang berbentuk pengajaran. Menurut Strikland & Tumbull (1990). Perkhidmatan sokongan yang disumbangkan dapat diperolehi daripada penubuhan pasukan pelbagai disiplin (multidisciplinary team) yang terdiri daripada kumpulan profesional dan pasukan sokongan seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. Audiologi Intervensi awal Jurupulih cara kerja Perubatan Jurupulih fizikal Jurupulih pertuturan Psikologi Kaunselor Persatuan ibu bapa Rakan sebaya Pertubuhan bukan kerajaan Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat Sukarelawan

7.3 Organisasi atau agensi yang menawarkan perkhidmatan Agensi atau badan-badan yang menawarkan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas yang terdapat adalah terdiri dari badan Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun. i. Kementerian Pelajaran Malaysia o Jabatan Pendidikan Khas o Program Latihan Pendidikan Khas o Sekolah Pendidikan Khas o Sekolah Percantuman atau Integrasi

o Kelas Inklusif o Sekolah Vokasional ii. Kementerian Kesihatan o Program-program imunisasi o Institusi Kesihatan Umum o Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga iii. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat o Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan khas o Program pemulihan dalam komuniti o Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela o Pemberian elaun,geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang berkeperluan khas o Sukan bagi orang berkeperluan khas

Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO i. TASPUTRA ii. NURY iii. Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAMPAM) iv. Pusat Down Syndrome KIWANIS v. Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM vi. Rumah Orang Cacat vii. Malaysian Care viii. Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal ix. MFD x. Kiwanis xi. NASOM- Persatuan Austima Kebangsaan Malaysia xii. WINGs xiii. Malaysia CARE xiv. Salvation Army xv. Lions Club xvi. Rotary Club dan lain-lain lagi.

Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO a. Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM) NASOM berperanan mangesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak austime. NASOM juga memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak austime serta memberi penerangan kepada ibu bapa, para profesional dan orang ramai. b. TASPUTRA PERKIM TASPUTRA berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi latihan kekuatan mental dan fizikal. c. NURY NURY adalah satu pertubuhan yang memberi perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak bermasalah dan sebagainya. NURY memainkan peranan dalam memberi kursus pembangunan keluarga dan anak-anak bagi melahirkan anak-anak cemerlang. Ia juga turut mengadakan program UTERO iaitu rangsangan janin dalam kandungan serta kursus pengasas untuk program NURY. d. Cleft Lip and Palate Association of Malaysia CLAPAM menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. e. Yayasan Sindrom Down Kiwanis Pusat ini merupakan salah satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membantu murid-murid down syndrome mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. f. Persatuan Orang Buta Malaysia POBM menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk, menjalankan program tindakan awal early intervention, menjalankan program pra sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad.

g. Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas Rumah ini ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Persatuan Pekak Selangor bagi membantu murid-murid cacat pendengaran. Murid-murid ini diajar mempelajari Bahasa Melayu Kod Tangan. h. Malaysian Care Malaysia Care telah mewujudkan Pusat Taman Asuhan bagi murid-murid cacat pendengaran di sekolah-sekolah khas. Mereka dibantu oleh guru-guru dari Sekolah Wisma Harapan,Brickfields,Kuala Lumpur. i. Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan Pusat ini ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan dan latihan kepada kanak-kanak terencat akal. Program pusat ini adalah berdasarkan program perkhidmatan sekolah khas yang berperanan melatih murid-murid menjadi orang berdikari dan menyumbang kepada Negara dengan menerusi rancangan pengajaran dan pembalajaran yang sistematik dan mempunyai cirri-ciri tersendiri. Kumpulan Pelbagai Disiplin a. Guru Biasa dan Guru Khas Guru biasa dan guru khas menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dan pakar-pakar perubatan dalam menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas. b. Ibu bapa Ibu bapa merupakan pelapor yang baik dalam membantu pakar-pakar perubatan menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas. c. Perkhidmatan Audiologi Perkhidmatan audiologi ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan, hospital swasta dan badan-badan NGO. Perkhidmatan ini hanya tertumpu kepada ujian pendengaran melalui konduksi udara dan tulang sahaja kepada murid-murid bermasalah pendengaran. Ujian ini adalah untuk mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran setiap murid-murid perlu bagi membolehkan mereka dibekalkan dengan alat bantuan pendengaran.

d. Perkhidmatan Terapi Pertuturan Perkhidmatan audiologi ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan, swasta dan badan-badan NGO. Terapis-terapis pertuturan amat penting dalam mengendalikan program khas. Kakitangan-kakitangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkembangan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa murid-muirid terbabit. Terapis pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu murid-murid gagap, sumbing dan murid-murid yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. e. Perkhidmatan Pediatrik Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk menjalankan diagnostik dan merawat panyakit murid-murid. Perkhidmatan ini juga bolah mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. f. Perkhidmatan Neurologi Pakar-pakar dalam neurologi pula bertanggungjawab dalam menjalankan diagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologikal seperti kecederaan otak. Mereka juga boleh mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan memberi murid-murid tersebut ubat ritalin bagi mengawal keaktifannya. g. Perkhidmatan Oftomologi Pakar-pakar dalam perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam mengesan masalah penglihatan murid-murid. Mereka akan membuat pemeriksaan sejauhmana kerosakan yang dialami oleh murid-murid tersebut. h. Kakitangan Sosial dan Kerjaya Peranan kakitangan sosial dan kerjaya penting dalam perkembangan sosial. Kakitangan sosial adalah pemberi input kepada ahli kumpulan pelbagai disiplin. Ini kerana mereka menjadi penghubung dengan keluarga murid dan banyak mengetahui meklumat mengenai budaya dan latar belakang keluarga tersebut. Dengan ini mereka boleh membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas dalam mendidik mereka. Mereka juga berhubung dengan jabatan kerajaan dan pihak swasta dalam menguruskan segala urusan yang melibatkan hak murid-murid khas tersebut. Manakala kaunselor kerjaya pula bertanggungjawab dalam mambantu hala tuju murid-murid khas selepas sekolah. Ini kerana mereka adalah seorang pemerhati pelajar dari segi emosi, fizikal dan tingkah laku murid.

You might also like