You are on page 1of 12

` `

BAHASA ROJAK Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Bahasa rojak ialah fenomena bahasa kacukan semasa yang berkaitan dengan percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa dasarnya. Bahasa rojak boleh dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan yang dapat diterima penggunaannya dalam suasana tidak rasmi. Apabila ragam bahasa itu digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah keracunan atau kesalahan bahasa.

` `

Analisis bahasa rojak dalam majalah Ujang dan Apo?


`

A) Bahasa rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris) B) Bahasa rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Cina) C) Bahasa rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris dieja mengikut sistem sebutan lisan Bahasa Melayu)

Ha, mana kipas tok tu? Biar saya repair (baiki)

(m/s 5)

Cheh! Hutang dua puluh sen beli chewing gum (gula-gula getah) pun kecoh. (m/s 7)

I (saya) cadang nak ajak U (awak) pegi bercuti la. Kita pegi Pulau Keti nak? (m/s 12)

Helo (hai) yeU (awak) lagi, hehehe

(m/s 12)

Tapi tadi tu cam jealous (cemburu) je.

(m/s 13)

He! He! He! Dapat tangguh 2 hari deadline (had waktu) (m/s 22)

Alaa boleh la Rambai ok! kali ni janji aku hantar on time (tepat pada waktunya) (m/s 22)

Tok beli apa masa raya ari tu yang duit langsung habis tu? Tok shopping (membeli-belah) sakan ka? (m/s 23) Tengah hari ni ayah nak masak menu special (istimewa) (m/s 40)

Sian abang Cendol takde peluang aku nak couple (pasangan) dengan dia marah betul dia ngan abang aku (m/s 74)

Amacam (bagaimana)? Lawa tak baju dengan seluar baru aku ni? ( m/s 7)

Mana ada. Bukan aweks gua (saya) la.

(m/s 13)

La! Cemburu pulak, aweks lu (awak) ke Lepat?

(m/s 13)

Haiya ( alahai/alamak), bili aisklim pun mau utang ka ? (m/s 16) Berapa juta la agaknya brader tu bagi duit angpau (sampul surat) ni? (m/s 47)

Bikin malu kompeni (company) betul !

(m/s 15)

Ahhhtensen (tension)! Aku nak balik!

(m/s 17)

Pukul satu pagi sampai rumah, baik aku tidur kat opis (office) je. (m/s 17)

Saya ingat nak cari lagi dua la girlfren (girlfriend) baru. (m/s 24)

Eleh, cakap je la korang jeles (jealous). Baju batik ni la cantik. Hohoho! (m/s 26)

Pengguna bahasa perlulah menggunakan satu bahasa sahaja secara sepenuhnya. Penggunaan bahasa asing yang mempunyai persamaan makna dengan bahasa ibunda haruslah dielakkan dengan memakai bahasa Melayu yang betul.

Fenomena bahasa rojak ini boleh merosakkan ketulenan bahasa dan inti pati ketamadunan itu. Penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan Bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut. Perkembangan bahasa rojak tanpa kawalan ini akan menyebabkan bahasa sebagai rupa diri dan identiti akan menjadi kabur. Walhalnya, kekuatan sesuatu bangsa itu terletak kepada bahasa dan budayanya.

Badan pemantau bahasa haruslah ditubuhkan atau memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara formal. Permasalahan ini juga dapat diatasi melalui sikap pemimpin yang perlu memberi teladan yang betul kepada usaha memperteguhkan bahasa kebangsaan. Pihak kerajaan perlu memberi peluang lebih besar kepada ahli-ahli bahasa dan akademik dalam membuat keputusan mengenai isu bahasa.

Bahasa yang kartunis gunakan dalam karya itu bukanlah bahasa ciptaan mereka sendiri, sebaliknya ia benar-benar wujud dalam masyarakat ketika itu dan kartunis bertindak sebagai perantaranya sahaja. Lima skop yang ditetapkan meliputi bahasa rojak ialah dari segi sistem dan struktur, etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak, sikap masyarakat terha-dap bahasa rojak, situasi dan konteks bahasa rojak serta ino-vasi teknologi komunikasi. Disebalik kekacauan bahasa rojak juga terdapat kebaikan iaitu pelajar-pelajar sekolah luar bandar dapat melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka dengan menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian.

You might also like