You are on page 1of 3

Pengenalan Local Agenda 21 Apakah Local Agenda 21?

Secara ringkas, Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (PBT) bekerjasama unutk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah Pembangunan Mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Apakah Pembangunan Mampan Pembangunan Mampan adalah pembangunan berterusan untuk menjamin keselesaan hidup masyarakat di bumi ini. Pembangunan yang dapat memenuhi keperluan ekonomi dan sosial semua dan pada masa yang sama melindungi dan memelihara alam sekitar

Sejarah Local Agenda 21


Asal Usul Agenda 21 Agenda 21 berasal dari persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Ia merupakan suatu program tindakan pembangunan mampan global yang telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia.. Angka "21" menandakan abad ke-21. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan. Bab 28 dam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, Local Agenda 21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan (peringkat pihakberkuasa tempatan).

Local Agenda 21 Kerian... Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melantik MDK sebagai tapak Perintis Local Agenda 21. MDK merupakan satu-satunya model perintis bagi PBT-PBT di peringkat daerah. MDK telah melalui proses Local Agenda 21 melalui rundingan dan perbincangan antara sektor swasta dan wakil masyarakat. Suatu Pelan Tindakan Sosial dan Alam Sekitar telah diwujudkan ( melalui suatu isu dan masalah tempatan yang telah dikenalpasti )

Prinsip1-Prinsip Local Agenda 21


Melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang program Local Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan. 1. Usahasama Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21. 2. Kebertanggungjawaban Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. 3. Pendekatan Menyeluruh Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. 4. Peka Kepada Keupayaan Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar. 5. Kesaksamaan Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program Local Agenda 21. 6. Mementingkan Masa Hadapan Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21. 7. Hasil Yang Nyata Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

::: FAEDAH PROGRAM LA21 KEPADA ANDA Sebagai individu:

y y y y

Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda. Pihakberkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda. Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

Sebagai persatuan atau syarikat: Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihakpihak berkepentingan yang lain. Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihakpihak berkepentingan yang lain. Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan. Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan. Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.

y y y y y

Sebagai wakil kerajaan: Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua. Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.

y y y

::: APA YANG BOLEH ANDA BUAT?

y y y

Sertailah pertubuhan-pertubuhan, program-program dan aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial dalam kawasan anda. Hubungilah pihakberkuasa tempatan anda (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau Dewan Bandaraya) untuk menyertai program-program alam sekitar dan sosial. Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya mencintai alam sekitar.

You might also like