You are on page 1of 5

1 PENGENALAN

Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya. Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Kita boleh lihat definasi yang di berikan ini adalah terlalu umum. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses

pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui. Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihatmanasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam. Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling talah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam persekitarannya. Biblioterapi boleh ditafsirkan sebagai penggunaan buku-buku untuk menolong orang atau klien menyelesaikan masalah.Definisi yang lebih tepat Biblioterapi sebagai teknik untuk menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien. Dengan bahasa yang lebih senang difahami adalah sebagai pemudahcara dengan klien berasaakan perkongsian secara perkaitan dengan idea yang diperolehi daripada apa yang dibaca. Konsep asas biblioterapi ialah membaca untuk pengalaman rawatan.Idea biblioterapi merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yangtertulis di dalamnya. Ia bermula daripada kecenderungan manusia untuk mengenal pasti dengan orang lain melalui ekspresi dalamli teratur dan seni. Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bacaan bahan penulisan yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak (peroleh ilmu,luahkan perasaan dan selesaikan masalah).

4 FASA DAN LANGKAH PELAKSANAAN SECARA TERATUR DAN SISTEMATIK SERTA CONTOH-CONTOH INTERVENSI.

Mengikut Pardeck (1993), fasa dan langkah Kaunseling Biblio atau Terapi Biblio adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

1- Identifikasi mengenalpasti keperluan klien dalam sesi kaunseling. 2- Pemilihan pemilihan buku yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh klien. proses pemilihan memerlukan kemahiran yang betul dan insight. Buku perlu memberikan gambaran yang realistik dalam kehidupan dan bukannya hanya memberikan klien khayalan yang indah semata-mata.

3- Pembentangan persembahan dan perbentangan yang boleh menarik minat klien. kaunselor menggunakan teknik perbentangan yang strategik supaya klien dapat melihat persamaan tingkah laku dirinya dengan watak utama buku cerita yang dipersembahkan oleh kaunselor.

4- Susulan kaunselor memberitahu serba sedikit tentang tindakan susulan yang boleh diambil oleh klien untuk menghadapi masalah yang dihadapinya. klien berkongsi apa yang diperolehinya daripada buku cerita yang telah dibentangkan oleh kaunselor. kaunselor malahirkan rasa bersyukur dan memberi harapan serta peneguhan yang positif kepada klien.

Memilih

Bahan

Bacaan

Bahan bacaan dapat berupa buku, artikel, puisi, dan majalah. Pemilihan bahan bacaan tergantung pada tujuan dan tingkat intervensi yang diinginkan. Secara garis besar, bahan bacaan dapat dibedakan menjadi dua, yaitu didaktif dan imajinatif.

Bahan bacaan didaktif memfasilitasi suatu perubahan dalam individu melalui pemahaman diri yang lebih bersifat kognitif, Pustakanya bersifat instruksional dan emndidik, seperti buku ajar, buku petunjuk (how to). materi-materinya adalah bagaiamana suaru perilaku baru harus dibentuk atau dihilangkan, bagaimana mengatasi masalah, relaksasi, dan meditasi.

Bahan bacaan imajinatif atau kreatif merujuk pada presentasu perilaku manusia dengan cara yang dramatis. Kategori ini meliputi novel, cerita pendek, puisi, dan sandiwara. Tujuannya adalah memperstukan hubungan antara kepribadian seseorang dengan penghayatan atas pengalaman orang lain. Dalam proses penghayatan pembaca secara simultan terlibat sekaligus terpisah dari cerita.

CONTOH-CONTOH INTERVENSI.
Peringkat Intervensi Biblioterapi Hasil daripada pembacaan sesuatu bahan bacaan, seseorang boleh mengenali dirinya. Informasi dan pengetahuan yang diperoleh dari kegiatan membaca menjadi input untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi seseorang. Ketika membaca, pembaca menginterpretasi jalan fikiran penulis, menterjemahkan simbol dan huruf ke dalam kata dan kalimah yang memiliki makna tertentu, seperti rasa haru dan simpati. Perasaan ini dapat "membersihkan diri" dan mendorong sesorang untuk berperilaku lebih positif. Menurut Novitawati (2001) intervensi biblioterapi dapat dikelompokkan dalam empat peringkat, iaitu intelektual, sosial, perilaku, dan emosional. Pertama, pada tingkat intelektual individu memperoleh pengetahuan tentang perilaku yang dapat memecahkan masalah, membantu pengertian diri, serta mendapatkan wawasan intelektual. Selanjutnya, individu dapat menyadari ada banyak pilihan dalam menangai masalah.

Kedua, di tingkat sosial, individu dapat mengasah kepekaan sosialnya. Ia dapat melampaui bingkai referensinya sendiri melalui imajinasi orang lain. Teknik ini dapat menguatkan pola-pola sosial, budaya, menyerap nilai kemanusiaan dan saling memiliki.

Ketiga, tingkat perilaku individu akan mendapatkan kepercayaan diri untuk membicarakan masalahmasalah yang sulit didiskusikan akibat perasaan takut, malu, dan bersalah. Lewat membaca, individu didorong untuk diskusi tanpa rasa malu akibat rahasia pribadinya terbongkar.

Keempat, pada tingkat emosional, individu dapat terbawa perasaannya dan mengembangkan kesadaran menyangkut wawasan emosional. Teknik ini dapat menyediakan solusi-solusi terbaik dari rujukan masalah sejenis yang telah dialami orang lain sehingga merangsang kemauan yang kuat pada individu untuk memecahkan masalahnya.

 Bermula sesi terapi dengan memotivasikan individu menyertai aktiviti pengenalan.  Menyertai masa yang cukup untuk membaca bahan yang berkaitan.  Membenarkan masa refleksi dan penilaian.

You might also like