You are on page 1of 7

Teori Interaksionalisme ( Teori Halliday)

Pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan melibatkan mental dan linguistik Ahli terkenal yang terlibat dalam pemikiran ini ialah Mark Halliday, Bloom, Bowemen dan Schalesinger Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pengunaan bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari caracara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang betul

Menurut Halliday, perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Interaksi bahasa penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa.

Prinsip-prinsip Teori Interaksionalisme


Penyampaian makna diutamakan dalam komunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa (bahasa pertama dan kedua), mengutamakan penyampaian makna Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur bahasa tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi

Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.


Bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat.

Teori Interaksionalisme mementingkan keduadua unsur, iaitu makna dan struktur bahasa. Memerlukan penumpuan terhadap tugastugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna
Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih.

Ciri-Ciri
Teori Interaksionalisme mementingkan aktiviti komunikasi kerana kanak-kanak menguasai bahasa melalui interaksi. Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan mental dan linguistik. Penyampaian makna lebih diutamakan dalam komunikasi Aktiviti yang dijalankan perlulah bermakna agar kesannya terhadap murid-murid lebih maksimum

Kelebihan
1. Merupakan interaksi sosial harian. - Manusia saling berinteraksi didalam suasana dan situasi harian dan memanfaatkan hubungan sosial mereka. 2. Individu berada dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak. -Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. 3. Banyak menggunakan simbol -warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. 4. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Kelemahan
Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. Ia hanya melihat pada satu aspek sahaja iaitu aspek interaksi sesama individu masyarakat dan interaksi individu dengan kumpulan yang terlibat dalam sesuatu sistem. Teori ini tidak melihat kepada aspek lain seperti masalah, konflik, fungsi dan peranan sosial dalam kehidupan.

You might also like