You are on page 1of 4

LEPASAN IJAZAH - JAN 2012

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). SEKSYEN A - SYARAT KELAYAKAN AM 2. Jantina: a. Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) Lelaki sahaja b. Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lelaki dan wanita 3. Umur: Tidak melebihi 27 tahun pada 1 Mac 2012. 4. Fizikal: a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita). b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita). c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm. d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0. 5. Taraf Kesihatan: Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT Forward Everywhere (FE). 6. Kriteria Pemilihan: Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

SEKSYEN B SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 7. Kelayakan Akademik: a. Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik. b. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memiliki kelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut: (1) Tentera Darat Malaysia (a) Kejuruteraan dan Arkitek i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian) ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik (Kepujian) iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran (Kepujian) iv. Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) v. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) (b) Pengurusan Dan Perniagaan i. Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian) ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) iii. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) iv. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Mass (Perhubungan Awam) (Kepujian) v. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian) vi. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan vii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari viii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) ix. Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian) x. Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian) xi. Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian) xii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian) Kajian Jenayah (c) Sains Sosial Dan Kemanusiaan i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara (Kepujian) ii. Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian) iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) (d) Lain-lain Jurusan i. Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian) ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) iii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing ix. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) v. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian) vi. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian) vii. Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian) viii. Ijazah Sarjana Muda Veteriner (Kepujian) (2) Tentera Laut Diraja Malaysia (a) Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) Kapal (b) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Aktuari (c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian)

(d) Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian) (e) Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan (Kepujian) Teknologi Minyak dan Petroleum (f) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Tekstil/Senireka Tekstil 8. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA www.jpa.gov.my SEKSYEN C PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN 9. Perlantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan. 10. Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong. 11. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa. CARA PERMOHONAN 12. Dokumen Diperlukan. Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut: a. Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi. b. Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan. c. Salinan Transkrip Akademik. d. Salinan Sijil SPM/SPMV. e. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa. f. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. g. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa. h. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum. i. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan). j. Sekeping gambar berukuran pasport. k. Sampul surat Pos Ekspres berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri. 13. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat: Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Perkhidmatan Anggota Cawangan Tenaga Kerja Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR

(Untuk Perhatian: Sel C) ATAU Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumendokumen seperti di atas. Calon-calon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my atau www.jobsperak.com 14. Maklumat Permohonan: Sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut: a. Mej Abdul Hamid bin Maarus - 03-20712382 b. Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM 03-20714526 Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714524 Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi 03-20712387 c. Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391 d. Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588 e. Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235 f. Email: ctk.mtk@ mod.gov.my 15. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012 Maklumat Penting: Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

MY ADHA http://myadha.com MY KERJAYA http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya/

You might also like