Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya

Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,642 |Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya
1. Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.2. Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if 3. Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if:- Ulasan kepada syarat pertama- Ulasan kepada syarat kedua.- Ulasan kepada syarat ketiga4. Memberi prioriti kepada hadis sahih dan hasan5. Hadis dha‘if tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal6. RujukanDalam risalah ini penulis akan cuba mengupas isu beramal dengan hadisyang dha‘if. Kupasan ini adalah bersifat umum tanpa terhad kepada bebrapaisu sahaja kerana terdapat banyak amalan kita di Malaysia yang disandarkankepada hadis-hadis yang dha‘if.1. Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.Kebanyakan orang yang membolehkan penggunaan hadis dha‘if menyandarkan hujah mereka kepada kata-kata al-Imam al-Nawawirahimahullah (676H):[1]Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selainmereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalambab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’.Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli,penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal denganhadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jikahadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukummelakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkanuntuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib.Ada yang menerima kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas sebulat-bulatnya,bahkan menganggap mudah bahawa pengamalan hadis dha‘if diperbolehkanasalkan ianya bukan hadis maudhu’. Sebenarnya terdapat beberapa syarat
 
yang perlu diperhatikan oleh seseorang sebelum dia boleh mengamalkanhadis dha‘if. Syarat-syarat ini juga diketahui dan dipegang oleh al-Imam al-Nawawi, hanya beliau tidak menggariskannya dalam kitabnya al-Azkarkerana kitab tersebut bukanlah kitab ilmu hadis tetapi kitab yangdipermudahkan untuk menjadi amalan orang ramai. Hal ini seperti yangdisebutkan sendiri oleh al-Imam al-Nawawi di bahagian muqaddimah kitabal-Azkarnya tersebut.2. Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if Dalam kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas, beliau menyebut bahawa: “Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selainmereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if……” Kata-kata di atas sebenarnya bukan mencerminkan pandangan ijma’ tetapi jumhur ilmuan Islam. Hal ini diterangkan oleh al-Hafiz al-Sakhawirahimahullah (902H):[2]……bahawa dalam pengamalan hadis dha‘if terdapat tiga pendapat: (yangpertama adalah) tidak dibolehkan beramal dengannya secara mutlak, (yangkedua adalah) boleh beramal dengannya jika dalam bab tersebut tidak adayang selainnya (tidak ada hadis yang sahih atau hasan) dan yang ketiga –ini merupakan pendapat jumhur – boleh beramal dengannya dalam babkeutamaan asalkan bukan dalam bab hukum-hakam sepertimana yang telahdisebutkan sebelum ini akan syarat-syaratnya.3. Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if.Sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi di atas, jumhur ilmuanmembolehkan penggunaan hadis dha‘if dalam bab keutamaan beramalselagi mana diperhatikan syarat-syaratnya. Syarat-syarat tersebutdikemukakan oleh beliau seperti berikut:[3]Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, 852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dengantulisannya untuk saya bahawa syarat pengamalan hadis dha‘if ada tiga:1. Yang disepakati, bahawa kelemahan hadis tersebut tidak berat. Makaterkeluarlah apa yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dusta ataudituduh sebagai pemalsu hadis serta yang parah kesalahannya.2. Bahawa ianya mencakupi asas umum (agama). Maka terkeluarlah sesuatuyang diada-adakan kerana tidak memiliki dalil asas yang mengasaskannya.3. Bahawa ia diamalkan tanpa berkeyakinan ia adalah sabit (daripada Nabi),
 
agar tidak disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apa yangtidak disabdakan olehnya.Seterusnya marilah kita mengulas lanjut tiga syarat di atas.3.1 Ulasan kepada syarat pertamaHadis dha‘if yang diperbolehkan penggunaannya ialah hadis yang ringankelemahannya. Maka dari sini dapat kita ketahui bahawa setiap hadis yangingin digunakan, sekalipun untuk tujuan keutamaan beramal dan memberianjuran serta amaran, perlu dirujuk kepada sumbernya yang asal dandisemak darjatnya. Ini kerana tanpa merujuk kepada sumbernya yang asaldan menyemak darjatnya, kita tidak akan mengetahui sama adakelemahannya adalah ringan atau berat. Dirujuk kepada sumbernya yangasal bererti mencari hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis sama ada iabenar-benar wujud atau tidak. Disemak darjatnya bererti dikaji sanadnyasama ada ianya sahih atau tidak. Jika ianya tidak sahih, maka disemak samaada kelemahannya adalah ringan atau berat. Jika kelemahannya ringanmaka ia lulus syarat yang pertama ini, jika kelemahannya adalah berat makaia gagal.Di sini penulis merasa perlu untuk membetulkan salah faham masyarakat,termasuk para da’i, penceramah, penulis dan ilmuan yang selain daripadaahli hadis, yang berpendapat boleh menggunakan apa jua hadis asalkan iaduduk di dalam bab keutamaan beramal (al-Fadha‘il) dan memberi anjuranserta amaran (al-Targhib wa al-Tarhib). Mereka tidak menyemak asal-usulhadis tersebut sama ada ia wujud atau tidak dalam kitab-kitab hadis yanglengkap dengan sanadnya. Lebih memberatkan, mereka tidak memberiperhatian langsung kepada darjatnya. Setiap hadis yang mereka temuidalam bab ini disampaikan terus dalam kuliah-kuliah atau karya-karyamereka.Ini sebenarnya adalah kesalahan yang amat berat. Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam telah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan(atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagaidusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim,muqaddimah] Terhadap hadis ini, al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (354H)menukil daripada al-Imam Abu Hatim rahimahullah:[4]Dalam hadis ini terdapat dalil yang membenarkan apa yang kami sebut,bahawa apabila seseorang itu meriwayatkan sebuah hadis yang tidak sahdaripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apa sahaja hadis yangdisandarkan kepada baginda, padahal dia mengetahui bahawa ia tidak sah,(maka) dia termasuk salah seorang pendusta.

Activity (0)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
azanilputra liked this
Norliza Malik liked this
Lia Pramuditha liked this
Mohd Azrin Rin liked this
sksktm liked this
jaja_manis liked this
sasnii4574 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->