You are on page 1of 22

Modul 6

1. SIFAT WUJUD
(SIFAT NAFSIYYAH)
Pengertian sifat wujud
Wujud berarti al-tahaqquq wa al- thubut
Wujud Allah adalah wujud zati.
Wujud dinamakan sifat nafsiyyah kerana wujud itu
menunjukkan kepada diri zat itu sendiri.
DALIL WUJUD ALLAH
1.Dalil huduthh al-alam (kebaharuan alam)
 Alam ini baharu
 Setiap yang baharu pasti ada yang
membaharukan.
 Alam ini ada yang membaharukan.
2. Perasaan tentang wujud Allah di dalam
manusia.
 Perasaan wujud Allah adalah perasaan yang
peling kuat di dalam diri manusia.
 Perasaan ini ada secara fitrah.
3. Bukti pengalaman hidup manusia
 Pengalaman hajat ditunaikan
 Perubahan yang berlaku secara mendadak
4. Dalil wujud Allah dalam al-Qur’an
 Wujud Allah suatu yang pasti diterima oleh setiap
manusia.
 Rasul diutuskan untuk mentauhidkan Allah.
 Dalil al-Qur’an :
 Dallil inayah : ‫ان فى خلق السموات والرض واختلف الليل والنهار والفلك‬
‫التى تجرى بما ينفع الناس وما انزل ال‬...
 Dalil al-ikhtira` : ‫ افل ينظرون الى البل كيف خلقت‬...
1.1 Qanun Sababiyyah
 Hubungan antara sebab dan musabbab.
 Undang-undang yang tetap dan pasti.
 Alam wujud mempunyai sebab yang
mewujudkan
1.2 Nama-nama Allah Yang Memberi Erti Sifat
Wujud.
 Al-Haq, al-Nur, al-Zahir, al-Batin.

1.3. Antara Andaian Yang Mengelirukan


Kewujudan Allah.
 Yang menafikan kewujudan Allah hanyalah bagi
mereka yang :
 Orang yang jahil dan keliru.
 Orang yang terpengaruh oleh hawa nafsu.
Aliran Kebetulan
 Mereka mengakui kewujudan alam dengan
segala ada di dalamnya wujud segala kebetulan.
 Undang-undang kebetulan itu sendiri dapat
membuktikan bahawa kebetulan itu adalah
mustahil.
 Dalam al-Qur’an menyebut al-qadar dan taqdir
menunjukan adanya qasad dan ikhtiar.
Aliran Materialisme
 Benda (madah) adalah induk kepada alam
wujud termasuk daya hidup.
2. Sifat Salbiyyah
2.1 Sifat Wahdaniyyah
Pengertian Wahdaniyyah :
Menafikan berbilang pada zat,
sifat dan af`al.
 Esa pada zat berarti :
 Tidak ada yang serupa dengan-Nya dan
wujudnya tidak tersusun.
 Esa pada sifat bererti : Tidak ada sifat
yang menyerupai-Nya dan hanya satu
bagi setiap sifat.
 Esa pada af`al bererti : Tidak ada sifat
makhluk yang menyerupainya.
Dalil KeEsaan Allah
 Ayat al-Qur’an : gesaan Allah supaya
manusia terima
 ‫قل هو ال احد‬
 Ayat al-Qur’an menggerakan akal untuk
berfikir tentang keEsaan Allah.
 ‫قل لوكان فيهما الهة ال ال لفسدتا‬
2.2 Sifat Qidam
 Makna Qidam ialah yang awal tiada permulaan.
 Bahagian qidam : qidam zati, qidam zamani dan
qidam idafi.
 Dalil Allah bersifat Qidam
 Dalil al-Qur’an dan hadith
 Dalil akal : Allah wajib al-wujud.
 Sekiranya tidak qadim maka ianya baharu.
Setiap yang baharu perlu ada yang
membaharukan
2.3 Sifat Baqa’
 Pengertian Baqa’ : Menafikan berlaku
tiada pada wujud Allah pada masa akan
datang
 Dalil sifat Baqa’
 Dalil akal dan wahyu
2.4 Mukhalafatu Li al-Khawadith
 Pengertian : Allah tidak menyamai segala
yang baharu. Allah berlainan dari segala
yang bersifat baharu .
 Dalil akal dan wahyu
2.5 Sifat Qiyamuhu Ta`ala Bi
Nafsih
 Pengertiannya : Allah tidak berhajat
kepada zat lain untuk wujud.
 Dalil akal :
 Sekiranya berhajat kepada zat maka Allah
adalah sifat

Sekiranya berhajat kepada yang menjadikan
maka Allah adalah baharu
 Dalil wahyu : ‫وال هو الغني الحميد‬
3. Sifat Ma`ni dan
Ma`nawiyyah

3.1 Perbahasan sifat Ma`ani dan


Ma`nawiyyah
Pengertian sifat Ma`ani ; ialah ibarat sifat
yang ada pada Allah dan wajib bagi-Nya.
Allah Alim kerana sifat Ilmu.
 Ma`nawiyyah ialah :

Ibarat dari setiap hal yang thabit kpada zat
yang di`illahkan dengan ma`na yang ada
pada zat.
 Setiap sifat yang mesti bagi zat
disebabkan kerana adanya ma`na yang
ada pada zat
 Sebab di namakan ma`nawiyyah
 Cabang sifat ma`ani
 Ma`ani sebagai `illah dan ma`nawiyyah sebagai
ma`lul.
 Hubungan antara keduanya
 Ma`nawiyyah adalah sebagai ma`lul (musabbab)
dan ma`ani sebagai illah (sebab)
 Atau ma`nawiyyah adalah disebabkan adanya
sifat ma`ani seperti Allah Alim adalah kerana
adanya sifat ilmu.
3.2
Sifat Qudrah
 Pengertian Qudrah ialah sifat azali yang ada
pada zat Allah yang berperanan untuk
mengadakan atau mentiadakan
 Dalil Qudrah : Dalil wahyu
 ‫وهو على كل شئ قدير‬

 Dalil akal : Sekiranya tidak bersifat Qudrah
maka Allah bersifat lawannya iaitu lemah. Sifat
lemah adalah mustahil .
 Kewujudan Allam menunjukkan Allah berkuasa.
3.3
Sifat Iradah
 Ialah sifat azali yang ada pada zat Allah
yang menentukan segala yang mumkin.
 Dalil : Sekiranya Allah tidak ada iradah
maka Allah dipaksa, dan itu adalah
mustahil
 Dalil wahyu ‫فعال لما يريد‬
3.4
Sifat Ilmu
 Pengertiannya : Sifat azali yang ada pada
Allah yang mengetahui secara inkishaf meliputi
dan merangkumi setiapa yang wujud.
 Dalil sifat ilmu
 Dalil akal : Kejadian alam
 Sekiranya tidak bersifat Ilmu maka akan bersifat
dengan lawannya dan itu adalah mustahil bagi
Allah.
 Dalil wahyu : ‫وهو بكل شئ عليم‬
3.5
Sifat Hayah
 Pengertiannya ialah Sifat azali yang ada
pada zat Allah yang menjadi sebab
wujudnya sifat Allah yang lain.
 Dalil :
 Dalil akal : dengan adanya makhluk
• Wujudnya sifat yang lain
 Dalil wahyu : ‫هو الحي القيوم‬
3.6
Sifat Sam` dan Basar
 Pengertiannya :
 Sam` dan Basar ialah sifat azali yang ada pada zat
Allah bergantung dengan yang maujud lalu didengar
dan dilihat dengan sempurna tanpa melalui apa-apa
perantaraan.
 Dalil akal : Sekiranya Allah tidak bersifat dengan
Sam` dan Basar maka Allah akan bersifat
dengan lawannya, itu adala mustahil bagi Allah.
 Dalil wahyu : ‫ان ال سميع بصير‬
3. 7
Sifat Kalam
 Pengertiannya ialah Sifat azali yang
wajib ada pada zat Allah yang boleh
dita`birkan dalam bentuk lafaz dan
perkataan.
 Dalil sifat Kalam : sekiranya tidak bersifat
dengan kalam maka Ia akan bersifat
dengan lawannya, dan itu adalah mustahil
 Dalil wahyu ‫وكلم ال موسى تكليما‬

You might also like