Professional Documents
Culture Documents
Disediakan oleh: OOI JIA SHEN OOI CHEE KOON JENNY WONG SYIE HUA
Konsep
Pengacaraan / penganjuran majlis merupakan kelaziman dan tradisi yang biasa dijalankan sama ada di sekolah, institusi, kampung, bandar dan di serata tempat. Sebagai contoh, Majlis Hari Penyampaian Diploma dan Sijil, Hari Guru, Majlis Makan Malam, Majlis Persaraan dan sebagainya. Individu yang memainkan peranan utama dalam sesuatu majlis ialah pengacara / pengerusi majlis.
Definisi
Individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukan. Orang yang memimpin sesuatu majlis.
Pengacara
Perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian untuk sesuatu tujuan.
Juruacara
Berperanan sebagai pengendali dalam sebarang majlis yang dianjurkan.
Majlis
Pengacara Majlis
e) Tidak kaku dan tidak berbicara dengan aksi-aksi yang keterlaluan. f) Tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial. g) Berketerampilan dan dapat membezakan kelainan dalam sesuatu majlis. h) Kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekirannya yang terdesak.
Jenis Majlis
Majlis Penuh Istiadat Majlis yang diadakan di istana seperti istiadat pertabalan, istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri, pembukaan rasmi sidang penggal parlimen. Pakaian bagi menghadiri ini ialah pakaian istiadat atau pakaian rasmi kerajaan. Majlis Rasmi Dan Formal Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua-ketua kerajaan asing, konvensyen dan seminar.
Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal Majlis yang diadakan kerajaan dan tidak mematuhi protokol sepenuhnya seperti majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal Majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri seperti perasmian bangunan, pecah tanah, dan pertunjukkan. Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal Majlis yang diadakan oleh sesuatu organisasi seperti jamuan akhir tahun.
2.Pengacara Majlis
4. Raptai
Langkah langkah mengendalikan majlis
Cara membuat atur cara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengikut urutan. Kemudian letakkan masa akhirnya dan dari waktu akhir ke waktu permulaan diletakkan watuknya setelah menentukan jangka masa bagi setiap acara.
Pengacara majlis
Tujuan utama juruacara diadakan adalah untuk memaklumkan tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis. Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butiran berikut:
MASA : ( Anggaran sahaja) CUE : (Panduan bagi juruacara) ANN : (Teks pengumuman bagi juruacara) Contoh MASA: 9.15 pagi CUE : Apabila Pengarah BPG tiba di hadapan pintu masuk Dewan SITC, gamelan dibunyikan. Juruacara pun mengumumkan: ANN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Guru.
Gaya dan teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap majlis yang berkaitan sama ada majlis rasmi (formal), majlis separuh rasmi ( separa formal) dan majlis tidak rasmi (tidak formal). Teks juruacara perlu disediakan oleh satu jawatankuasa dan disemak atau diluluskanoleh Pengetua. Begitu juga dengan bacaan doa.
a)Masa b)Keterangan yang merupakan urutan acara yang terperinci c) Pengerusi yang bertanggungjawab
4. Raptai Tujuan raptai: Mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Untuk membuat penentuan urutan majlis. Untuk membuat penentuan masa. Untuk mempernaiki kelemahan. Mendapat gambaran senario majlis.
Pihak- pihak yang wajib hadir semasa raptai diadakan jika dibuat pada peringkat maktab ialah Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketuaketua Jabatan, semua pengerusi atau ahli jawatankuasa yang berkaitan. Misalnya, untuk Majlis Penyampaian Sijil, AJK yang perlu hadir ialah juruacara, Pembaca Doa, Pasukan Kompang, Pembawa Bunga Manggar, Pasukan Koir, Jawatankuasa Teknik (lampu dan pembesar suara), Penyambut tetamu dan sebagainya. Alat perhubungan yang sangat diperlukan semasa raptai ialah walkie-talkie.
Kami rujuk :
http://gomogiuum.blogspot.com/2010/08/definisi -pengacara-1.html http://www.scribd.com/doc/25451903/Nota-TeksPengacaraan