You are on page 1of 3

No.solan: 19 a) Terangkan kepentingan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.

Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi melaksanakan dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat di negara ini.

Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam dikemaskini bagi memenuhi sebarang keperluan mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tatakelakuan anggota Perkhidmatan Awam.

Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan. Di antaranya ialah penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.

Menurut Kamus Dewan nilai bermaksud

Manakala nilai yang ditakrifkan oleh Mohd.Tap bin salleh, Zakaria bin Ahmad dan lainnya sebagai kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain atau institusi yang mematuhi peraturan, pilihan dan nilai utama masyarakat (Mustafa Hj.Daud:5). Selain itu, nilai turut didefinisikan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat( )

Perkataan etika pula berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula diambil dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Menurut pandangan sarjana pengurusan pula, mereka mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau buruk. Di samping itu, etika juga bererti tanggungjawab dan tingkah laku seseorang atau profesyen terhadap masyarakat atau pelanggan. Kesimpulannya, nilai dan etika mempunyai hubungan yang erat dan padu. Nilai lebih bersifat sikap, keyakinan dan pegangan. Sedangkan etika pula lebih bersifat batas ketentuan kebaikan dan keburukan. Nilai lahir lebih awal. Apabila seseorang itu berkeyakinan tentang kepentingan ketentuan atau batas yang menentukan kebaikan atau keburukan maka ia memerlukan etika. Dalam pengurusan, nilai dan etika sama penting walaupun nilai itu datang lebih awal dari etika( ibid:6) Penerapan nilai dan etika ini di kalangan penjawat-penjawat awam sangat penting, ini bertujuan untuk Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja negara.

Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat.

Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan. Adalah wajar nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam dijelaskan secara terperinci dan mendalam meliputi apa yang telah dinamakan sebagai Tonggak Duabelas (The Twelve Pillars) iaitu:

You might also like