You are on page 1of 2

AKTIVITI PENGUKUHAN

Kuliah 4: Penulisan Perenggan dan Abstrak Nama:Rosanyanti binti Mokhtar Matrikh:P59160 Program Pengkhususan:Kurikulum dan Pedagogi Aktiviti 1: Berdasarkan pengkhususan anda, bina satu perenggan yang mengandungi 6 10 ayat yang membincangkan isu penting dalam satu tajuk kajian yang akan anda jalankan.
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris .Kajian ini tertumpu juga kepada murid dan guru. Tujuan kajian adalah untuk mendapatkan faktor pendorong kepada penggunaan bahan bantu mengajar, faktor-faktor penyebab kurangnya penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Faktor-faktor ini penting kerana terdapat teori yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran membantu kepada memberikan minat

dan memudahkan pemahaman pelajar.Kaedah kajian yang akan digunakan adalah kualitatif iaitu secara temubual yang dipilih daripada guru dan murid tahun 6 SK Bandar Seri Putra. Data kajian akan dianalisis untuk melihat dapatan berpandukan persoalan kajian.

Aktiviti 2: Nyatakan apakah perkara-perkara penting yang perlu ditulis dalam sesebuah abstrak yang dibuat. Kenapakah anda berkata demikian bagi setiap perkara penting yang dinyatakan tersebut?
Di dalam abstrak perlu ada tujuan dan tumpuan.Tujuan penting kerana menerangkan tujuan dan skop penyelidikan sebab dan mengapa masalah itu dipilih, menyatakan skop dan batas kajian penyelidikan serta andaian-andaian yang dibuat dan menerangkan kedudukan dan sejauh mana kajian dijalankan mengenai sesuatu permasalahan.Seterusnya Metodologi penting untuk menyatakan cara dan bagaimana kajian itu dijalankan dan menjelaskan tentang apa jua perkara yang dikaji dengan

tepat.Selain itu dapatan perlu ada di dalam penulisan abstrak kerana dapatan akan menyatakan hasil penemuan kajian dengan jelas,perbezaan hasil dapatan sebelum ini dan penemuan baru hasil kajian yang dijalankan.Dan yang terakhir ialah rumusan.Rumusan ialah sejauh mana hasil kajian yang dijalankan itu bertepatan atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan sebelum ini,menyatakan kesimpulan dengan memberi bukti-bukti kepada setiap hasil kajian.Membincangkan implikasi kajian dan menyatakan kepentingan kajian.

You might also like