You are on page 1of 49

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

SOALAN : TAJUK 1 Bina pengurusan grafik untuk model-model kurikulum dan buat pembentangan dalam menggunakan power point atau cara pilihan anda yang paling sesuai.
1.0 PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang dan perkembangannya berterusan sehingga ke hari ini. Pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu pendidikan dalam melaksanakan amalan-amalan baik dari sejarah lampau dan mengambil kira pandangan dari tokoh-tokoh kurikulum lampau untuk menghasilkan pembelajaran bermakna (Mariatul Qatiah Zakaria, 2010). Maka perubahan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh perubahan dalam kurikulumnya. Model-model Kurikulum yang di cadangkan sejak kurun ke-20 sebenarnya banyak memberi panduan dan petunjuk kepada pembinaan kurikulum sistem pedidikan di Malaysia termasuklah pendidikan awal kanak-kanak (prasekolah).

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

2.0

DEFINISI

2.1 Model

Model adalah panduan yang akan menjadi dasar pelaksanaan

kurikulum.Program pula bertindak sebagai asas kepada perancangan dasar yang akan digunakan oleh pendidik.Sebagai contoh,setiap model mempunyai asas program yang menggabungkan teori psikologi,perspektif, ekologi dan falsafah sebagai rujukan. 2.2 Kurikulum

Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada :.Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataan laluan atau laluan-laluan.Sehingga awal abad ke 20,kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan .Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian,keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Merujuk Kamus Dewan edisi Ketiga, kurikulum bermaksud isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai pendapat definisi tentang kurikulum. Menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala Taba (1962),menyatakan kurikulum adalah suatu pelan pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran .

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Tanner & Tanner (1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit, 2007). Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007), menyatakan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang. Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluankeperluan budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003). John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya The Child and The Curriculum merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga kini.Pembentukan kurikulum menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat.Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya Democracy and Education kurikulum (1916,halaman harus mengambil 125).Dewey kira menyatakn bahawa skema dengan

penyesuaian

pembelajaran

keperluan sesebuah komuniti;ia harus membuat piihan dengan niat meningkatkan kehidupan yag dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini,elemen rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kearah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama,tanpa menafikan kepentingan individu.

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

2.3

Konsep Umum Kurikulum Pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan,yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman,dibawah naungan sekolah,bagi pertumbuhan murid dari aspek pengalaman,dibawah naungan sekolah,bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan social peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh.

Kurikulum sekolah boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada murid di sekolah.

KONSEP UMUM KURIKULUM


Semua pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya t rmaktub dalam sesuatu dokumen, yang mengandungi pelaksanaannya didalam bilik darjah seperti yang dialami murid dan dirakamkan oleh pemerhati,pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari.

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Konsep umum kurikulum dapat di jelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaiman sekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini:

Apakah yang harus diajar?

Kepada siapa ia harus diajar?

Mengapa ia harus diajar?

Apakah aspek situasi bilik darjah yang akan digambarkan dalam kurikulum.

Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan diaksanakan?

SEMBILA N SOALAN

Bagaimana ia harus diajar?

Bila (berapa lama dan bagaimana susunanya?)harus ia diajar?

Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks,bahan ,video dll)

Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

2.4

Jenis-jenis kurikulum

2.5

Konsep Kurikulum 6

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Kandungan kurikulum

Proses penilaian kurikulum

Komponenkomponen utama dlm sebuah kurikulum

Objektif kurikulum

Aktiviti P&P

2.6

Kandungan Kurikulum

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Kandungan Kurikulum sekolah

Aktiviti-aktiviti P&P
Kognitif (ilmu Pengetahuan & teori)

Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum

Aspek-aspek yg perlu difokuskan dlm kurikulum


Kemahiran amalan)

Nilai & sikap 2.7 Aspek (tingkah laku & yang perlu difokuskan dalam kurikulum (produk)

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

2.8

Huraian 9

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman, di bawah naungan sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007). Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada pelajar disekolah. Di mana, rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang mengandungi

pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi Ahmad, 2007). Menurut Hargreaves (1987) dalam Hansen et al., 2002 merujuk dalam (Rohani Abdullah et al., 2003) kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal. Di mana, pelajaran yang formal termasuklah kurikulum yang dirancang dan dihasratkan matlamat, kurikulum yang dilaksanakan berkaitan bagaimana guru

menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amanlan, aktiviti dan susunan dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang murid sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.

10

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Maka secara ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping

mempengaruhi masa depan pelajar (Kulanz Salleh, 2008).

11

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

2.9

Model-model kurikulum

2.9.1 MODEL TYLER

Ralph W. Tyler 1902-1994 (Meninggal dunia akibat barah)

12

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Menurut Tyler (1949); Kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.
Kurikulum

merangkumi

objektif

pendidikan

termasuk

segala

pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar. Tujuan pendidikan (hasil pembelajaran) hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran. Model ini semata-mata berfokuskan kepada pencapaian tujuan

pendidikan sahaja. Komponen-komponen lain seperti kandungan, pengurusan dan

penilaian dianggap sebagai sekunder dalam proses pengajaran

2.9.2 Proses Pembangunan Kurikulum Tyler

Proses
13

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

2.9.3 Empat Langkah Model Tyler

Em
2.9.4 Kesimpulan Model Tyler

Model
14

M Masyarakat

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

3. Model Taba

Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak Pendekatan bawah ke atas (bottom-up) Guru memainkan peranan utama Guru harus membantu dalam proses perkembangan kurikulum Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah Objektif bentuk keputusan kurikulum apa yang perlu disampaikan apa yang perlu ditekankan apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih apa jenis pengalaman pembelajaran yang perlu dititikberatkan

Dikenali sebagai pembangunan konsep utamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam proses P&P

Kaedah berkesan untuk ajar kandungan kurikulum dalam bentuk induktif Hilda Taba (1962) seperti yang dipetik oleh Yusuf Hashim (2000) guna pendekatan grass-root untuk membina kurikulum

Kurikulum seharusnya dibina oleh guru dan bukannya diturunkan dari atas ke bawah

15

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

3.1 5 Langkah pembangunan Kurikulum Taba

5L ang
3.2 7 Langkah Pembentukan Kurikulum 7 Langkah Pembentukan Kurikulum

1) Meng Sambunga gred d


16

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

4. Model SAYLOR,ALEXANDER & LEW

Mengusulkan sistem kurikulum menjadikan pelajar sebagai input untuk membina kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum ialah rancangan tentang pengajaran dan pembelajaran untuk

mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan.

4.1 Rancangan P&P Rancangan ini dikelaskan mengikut bidang. Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod pengajaran dan proses penilaian. Rancangan dalam bidang tersebut mendapati wujud atau tidak kemajuan pelajar yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap pelajar sebagai unsur input, matlamat dan objektif serta bidang.

4.2 Matlamat & Objektif


Matlamat dan objektif dibina berasaskan data tentang ilmu pengetahuan,

matlamat dan nilai sosial, permintaan pelajar dan proses pembelajaran.

17

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

4.3 Perancangan Kurikulum Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamakan subsistem perancangan kurikulum. Melibatkan pertimbangan reka bentuk kurikulum. Ia dilakukan oleh kumpulan perancang yang bertanggungjawab untuk sesuatu pusat persekolahan. Pelbagai pertimbangan dan keputusan daripada agensi sosial dan politik membatasi reka bentuk akhir kurikulum Dalam pelaksanaan kurikulum ini, pertimbangan tentang gaya pengajaran ditentukan oleh guru. Rancangan kurikulum meliputi sumber, media dan penyusunannya.
Hal ini menggalakkan daya suai dan peningkatan kebebasan guru dan pelajar

sebelum penilaian kurikulum dilaksanakan.

18

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

5. MODEL OLIVA 5.1 Perkembangan Kurikulum Terdiri dari 12 komponen : langkah demi langkah perkembangan kurikulum yang komprehensif.

5.2 Perkembangan Kurikulum Digambarkan dalam bentuk : a) segi empat b) lingkaran Segi empat - menggambarkan tentang proses perancangan kurikulum
Lingkaran - menggambarkan proses pelaksanaan kurikulum.

5.3 Proses Perkembangan Kurikulum Digambarkan dalam bentuk : a) segi empat b) lingkaran Segi empat - menggambarkan tentang proses perancangan kurikulum
Lingkaran - menggambarkan proses pelaksanaan kurikulum.

19

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

5.4 Proses Perkembangan Kurikulum Komponen I - tujuan, falsafah dan psikologi pendidikan. Tujuan kurikulum dibentuk bagi memenuhi masyarakat. Komponen II analisis yang sangat diperlukan oleh Komponen III dan IV tujuan khusus kurikulum berdasarkan tujuan Komponen V - mengorganisasi dan mengimplementasikan kurikulum, membangun struktur dengan kurikulum yang akan membentuk dan dan keyakinan. masyarakat kehendak individu dan

dilaksanakan.

Komponen VI & VII perincikan pada akhir pengajaran yang mencakupi tujuan pengajaran khusus.

umum dan

Komponen VIII - jelaskan strategi bagaimana tujuan dapat pengajaran dan pembelajaran dicapai semasa proses

20

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

- perancang kurikulum pada peringkat awal

mencari

kaedah di

penilaian mana

(komponen IX) yang berhubungkait dengan komponen X pembelajaran dilaksanakan. Komponen XI adalah penilaian tentang prestasi pelajar dan

keefektifan

pengajaran. Komponen XII merupakan penilaian kurikulum atau keseluruhan program.

6. Model Stenhouse (1975) Lawrence Stenhouse pemikir pendidikan British yang asal, provokatif, dan berpengaruh. Beliau memiliki kemampuan untuk membuat sambungan antara idea-idea yang seolah-olah berbeza, dan meletakkan mereka bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang baru. Pendapat beliau, penghargaan kepada guru-guru dan pelajar yang memberi kesan mendalam memperkasakan pendidikan. 6.1 Model Kurikulum Stenhouse (1975) Merupakan model proses kurikulum Membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil berbentuk objektif 21

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Menekankan kemungkinan pembentukkan prinsip prosedur untuk pemilihan kandungan kurikulum dan justifikasinya (dari kriterianya bukan objektif) Bermula dari titiktolak pendidikan membawa implikasi ia proses penyebaran apa yang bernilai untuk dipelajari Pendidikan melibatkan aktiviti dan aktiviti mempunyai nilai standard dan nilai tara kecemerlangan tersendiri ;contoh berenang mengetahui bagaimana drpd mengetahui mengenai Mengikut Stenhouse, kurikulum ialah satu perantaraan untuk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh. Penekanan proses perkembangan pendidikan sebgai pengalaman

berkembang dan hasil dilihat dari segi perkembangan intelek/kognitif Mementingkan bijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar perancangan Stenhouse telah
kurikulum: Guru mesti menentukan bahan membahagikan pembentukan kurikulum pengajaran yg akan diajar prinsip-prinsip yg akan dipraktikkan dlm kaedah & (teknik P&P. b)Dlm prinsip-prinsip (c)Dlm pembelajaran dlm membuat pembelajaran empirikal: urutan proses: Guru mesti bahan menentukan Guru mesti pembelajaran. apa yg harus memilih isi kriteria-kriteria kandungan dr dipelajari mengenai oleh murid segi kriteria & kekuatan &cara-cara tak perlu & kelemahan menilai murid-murid. bergantung pencapaian

(a)Dlm

kpd 3 bahagian.

kpd murid objektifnya. Melihat feasibilitykes Merancang esuaian aktiviti yg membolehkan implementasik an murid kurikulum dlm melibatkan dirikonteks secara aktif sekolah & dlm proses persekitaran P&P. yg berlainan. Stenhouse menitikberatka n pengajaran guru & menggalakkan peranan tambahan guru sebagai penyelidik dgn tujuan

22

kemahirannya.

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

7. Kurikulum Trend Terkini (Emergent Curiculum)

Kurikulum emergentyg terpaksa diwujudkan mengikut kehendak ,kuasa & trend semasa dalam sistem pendidikan sebuah negara. Contoh Zaman ICT Sekolah Bestari BI Sains dan Matematik Prasekolah :KSPK Sekolah rendah : KSSR

23

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

7.1 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kana-kanak yang bawah umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob, 2009). Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun. Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob, 2009).

7.2

Konsep Kurikulum Prasekolah Prasekolah merupakan kombinasi perancangan, objektif,

Kurikulum

pengalaman dan bahan pengajaran. Bagaimanapun, kurikulum menjadi isu kontroversi dari semasa ke semasa dalam asuhan dan pendidikan kanakkanak. Menurut Saayah Abu (2007), antara persoalan yang timbul semasa merangka kurikulum kanak-kanak adalah: Kurikulum itu berdasarkan sifat semulajadi kanak-kanak. Aktiviti permainan diberi penekanan. Memberi persediaan awal bagi pendidikan formal. 24

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Oleh yang demikian, kurikulum prasekolah boleh didefinisikan sebagai suatu urutan pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan

dilaksanakan secara terancang atau tidak terancang di dalam atau di luar biliki darjah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak menurut Micheal Anak Ringgit (2007), kurikulum dapat dihuraikan dengan lima jenis definisi iaitu: Kurikulum sebagai aktiviti atau pengalaman yang sedang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Kurikulum sebagai segala pengalaman kanak-kanak yang

dirancang dan dikemukakan kepada prasekolah. Kurikulum sebagai rancangan pengajaran iaitu menyediakan kesempatan pembelajaran kepada kanak-kanak bagi mencapai objektif yang spesifik dan pelbagai jenis tujuan menyeluruh. Kurikulum sebagai isi kandungan mata pelajaran iaitu dokumen bertulis yang melakarkan isi kandungan yang akan diajar dan cara susunan penyampaian isi. Kurikulum sebagai program iaitu perancangan yang mengandungi matlamat, objektif, kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

7.3

KONSEP TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM 25

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus (Razali Arof, 1991). Selain itu, menurut Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi dan perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan

menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan. Menurut Razali Arof (1991), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Faktor utama ialah falsafah pendidikan negara yang memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " (PPK, 1988) Seterusnya ialah faktor kehendak masyarakat. Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga

26

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza (Rohani Mohd Amin, 2001). Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini 27

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara

menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995). Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Oleh itu kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurangkurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolahsekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan muridmurid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak. Faktor ketiga ialah faktor politik. Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning menyatakan : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan

28

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi pengaruh saluran penting bagi setiap badan

pemerintahanmenguatkan

mereka.

Kerajaan

bertanggungjawab

menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah ( Suffean Hussin, 2004). Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu. Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hilda Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " 29

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini (Ee Ah Meng, 1995). Faktor perubahan sosial juga menjadi peranan perubahan kurikulum di Negara kita. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. Merujuk kepada penulis Dewan Budaya, artikel yang bertajuk : Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya, dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan Negara ( Abdul Rahim Abdul Rashid, 1998). Menurut Kamaruddin Husin (1949) dalam Mohammad Nor (1990)

menyatakan bahawa negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar

30

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan. Menurut Razali Arof (1991), mendapati bahawa dalam bidang literature terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak homeostatik, perubahan perkembangan, perubahan

neomobilistik dan perubahan metamorphistik. Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna (Razali Arof, 1991). Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya ialah guru besar B menggantikan guru besar A disebabkan guru besar A telah bersara. Perubahan perkembangan pula bermaksud wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna ciriciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan (Razali Arof, 1991). Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenalpasti objektifobjektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat. Perubahan neomobilistik wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Contohnya adalah seperti penemuan

31

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

bulan yang baru bagi sesebuah planet dan penemuan rangka manusia yang mengubah pandangan sejarah. Jenis perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan ideaidea baru atau pengenalan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar (Razali Arof, 1991). Contohnya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu diubah supaya penegasan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat menggantikan Bahasa Malaysia (Taib Osman, 1998).

7.3

PANDANGAN KURIKULUM

TOKOH/PENGKAJI

BERKAITAN

TRANSFORMASI

Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Ini bagi memastikan para pelajar disekolah dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan menghadapi masa hadapan mereka yang semakin mencabar. Di samping itu, faktor persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang semakin kompleks memainkan peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri relevan dengan keperluan. Tekanan globalisasi, perubahan citarasa masyarakat, budaya,politik dan ekonomi adalah antara beberapa faktor dominan yang dikenal pasti. Sesuatu perubahan terhadap kurikulum juga mencetuskan pelbagai 32

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

pandangan dan polimek daripada perkembangan kurikulum itu sendiri (Sufean et al., 2005). Schwab (1970), mempunyai pandangan yang agak konservatif berkaitan perubahan kurikulum. Beliau berpendapat, walaupun terdapat pelbagai ramalan dan jangkaan terhadap kurikulum pada masa hadapan, namun bagi beliau, reka bentuk kurikulum akan terus berkisar kepada empat elemen penting iaitu pelajar, guru, kandungan subjek dan juga konteks. Dalam erti kata lain, kurikulum sekolah tidak terkeluar daripada empat elemen berkenaan yang menjadi landasan, walau apa bentuk perubahan yang akan dilakukan terhadap sesuatu kurikulum itu sendiri. (Sufean et al., 2005). Sclectly (1990), pula mencadangkan, perancang perubahan kurikulum perlu menyediakan rekabentuk (design) yang bersesuaian bagi menghadapi millennium baru kerana keperluan semasa akan menyaksikan era di mana manusia akan menempuh zaman knowledge workers yang melibatkan mental work dan bukannya physical work sebagaimana yang berlaku masa kini. Ini pernah diungkapkan oleh seorang tokoh guturistik, John Naisbitt (1982), yang menyebut bahawa pada masa hadapan, dunia perindustrian akan tersingkir akibat ledakan teknologi maklumat yang begitu pantas dan merata. Justeru itu, institusi pendidikan perlu melengkapkan pelajar dengan kemahiran bersesuaian bagi menghadapi cabaran era tersebut. (Sufean et al., (2005). Hassan Langgulung (1922) berpendapat bahawa idea-idea mengenai hala tuju kurikulum mestilah mempunyai asas yang kukuh, pandangan yang sepadu dan tanggapan yang menyeluruh sifatnya. Dalam konteks ini, beliau mengutarakan beberapa kerangka yang berikut : 33

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

i.

Asas sejarah yang memberi perspektif pengalaman lampau yang mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan anspirasi.

ii.

Asas sosial yang memberi perspektif pengalaman lampau yang mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan anspirasi.

iii.

Asas sosial yang memberi perspektif budaya di mana kurikulum itu akan bertitik tolak, dan seterusnya mengembangkan.

iv.

Asas ekonomi yang memberi perspektif tenaga manusia dan kewangan dan persiapan bagi menguasai sumber serta mengatur belanjawannya.

v.

Asas politik yang memberi perspektif ideologi dari mana kurikulum pendidikan itu akan bertitik tolak bagi mencapai tujuan yang dicitacitakan.

vi.

Asas pentadbiran yang memberi perspektif system dan undangundang, peraturan dan dasar yang memberi arah kepada proses pelaksanaan.

vii.

Asas psikologi yang memberi perspektif tentang pengajaran dan pembelajaran meliputi cara yang terbaik dalam amalan dan

pelaksanaan, penilaian dan pengukuran. Menurut Sufean et al. (2005), Tyler (1949) yang dianggap sebagai pelopor dalam teori kurikulum berasaskan sekolah melalui bukunya yang masyur Basic of Curriculum and Instruction menggariskan bahawa sebarang 34

Principles

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

perancangan kurikulum haruslah menjawab empat persoalan yang dikenali sebagai Rasional Tyler iaitu :
i.

Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah? Apakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dapat disediakan di sekolah bagi mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan?

ii.

iii.

Bagaimanakah

pengalaman-pengalaman

pembelajaran

dapat

dikendalikan dengan berkesan? iv. Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat-matlamat pendidikan telah dapat dicapai? Dalam erti kata lain, Tyler merumuskan bahawa keperluan kepada perubahan kurikulum yang hendak dirancang di sekolah seharusnya tidak terkeluar daripada menjawab empat persoalan iaitu dari segi penentuan matlamat dan objektif, pemilihan kandungan, penentuan strategi pelaksanaan dan penilaian. Bagi memenuhi keempat-empat persoalan tersebut, Tyler mencadangkan agar

perubahan kurikulum perlu mengambil kira kajian terhadap pelajar sebagai sumber penentuan matlamat dan objektif kurikulum, kesedaran masyarakat luar sekolah, di mana pelajar itu berada dan cadangan-cadangan daripada pakar sesuatu subjek. Bagi menghasilkan rekabentuk kurikulum perlu melepasi penapisan dua aspek

utama juga perlu diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya iaitu aspek falsafah dan psikologi pembelajaran (Sufean et al., 2005). Taba (1962), pula prihatin mengenai peri pentingnya perancang kurikulum melakukan diagnosis keperluan sebagai langkah awal bagi merancang sesuatu perubahan kurikulum. Proses tersebut adalah bagi mengenal pasti apakah 35

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

keperluan yang sepatutnya dipenuhi sama ada di pihak pelajar, guru, masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan penggunaan media, jangkaan masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan kurikulum, nilai, falsafah dan sebagainya (Sufean et al., 2005) Morris (1988) dalam Sufean Hussin (2005), berpendapat terdapat beberapa faktor yang memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum termasuk faktor intrinsik dan faktor kos. Faktor instriksik merujuk kepada aspek dalaman yang berkaitan dengan perubahan seperti aspek kualiti, kesahan, kebolehcapaian, ketepatan dan keboleh-laksanaan. Faktor kos termasuk kos untuk memulakan perubahan dan bagi penerusannya. Aspek lain pula adalah berkaitan penyenggaraan program, proses pengembangan, model rintis, penyediaan latihan untuk kakitangan, penyediaan bahan kurikulum, penyediaan kelengkapan makmal dan penyediaan peralatan teknologi. Perubahan yang melibatkan kos yang tinggi berkemunkinan memaksa guru untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menjayakannya, akan menjadi faktor yang akan menjejaskan kelancaran proses pelaksanaannya. Havelock (1987) dalam Yusop Hashim (1995), telah mengutarakan beberapa idea bagaimana sesuatu perubahan atau inovasi dapat diterima dan dilaksanakan guru dengan berkesan. Faktor utama adalah ciri inovasi dan perubahan itu sendiri. Sekiranya perubahan itu mempunyai beberapa kelebihan, serasi dengan guru dan tidak menimbulkan kerumitan, ianya agak mudah diterima. Faktor kedua mengenai darjah kerumitan sesuatu perubahan. Dalam erti kata lain, penerimaan guru-guru adalah dipengaruhi oleh sejauh mana perubahan atau inovasi itu dapat difahami dan diaplikasikan. Faktor ketiga menyentuh perubahan itu mudah untuk dicuba. Sejauh mana perubahan itu mudah untuk dicuba, sama ada secara terhad atau 36

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

berperingkat-peringkat oleh guru akan menarik minat dan memberikan keyakinan kepada guru dan pelajar untuk melaksanakannya. Watson (1967) dalam Sufian Hussin (2005) telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi beberapa halangan dan mengurangkan kekangan di sekolah. Antara cadangan Watson adalah guru-guru perlu dipujuk supaya mereka dapat melibatkan diri dengan aktif. Pada masa yang sama pihak pentadbiran sekolah juga perlu membuat analisis terhadap faktor yang menghalang pelaksanaan perubahan yang berkesan disekolah. Hargreaves (1994) dalam Sufian Hussin (2005), mencadangkan guru-guru yang kurang berminat menerima dan melaksanakan perubahan perlu diberikan keyakinan, meningkatkan tahap motivasi, memberi mereka kesedaran dan seterusnya memberikan peluang dan kepercayaan dengan tanggungjawab yang lebih mencabar disekolah. Setiap guru perlu menyedari peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemangkin perubahan, sekurang-kurangnya dalam kelas semasa menjalankan pengajaran. Setiap guru juga perlu sama berpadu dalam bentuk tindakan dan sikap bagi menjana institusi pendidikan yang berwibawa dalam rangka tugas mereka sebagai pendidik bertanggungjawab, beramanah dan berwibawa.

7.4

SEJARAH PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK Bermula zaman sebelum merdeka (1940), pendidikan awal kanak-kanak mula diperkenalkan oleh Missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruh Bristish dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan kanak-kanak daripada golongan 37

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

berada sahaja hanya mendapat pendidikan awal ketika itu. Selepas itu, pada tahun 1969 iaitu zaman selepas merdeka, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia bagi mendirikan pusat pendidikan bagi kanak-kanak yang mirip kepada projek Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kg. Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang miskin dari keturunan Melayu, Cina dan India (Zulkiply Yaakob, 2009). Pada tahun 1970, perkembangan pesat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mula mengorak langkah dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Pada ketika itu, ia lebih dikenali dengan Kindergarten atau Tadika dan Sekolah Asuhan yang dilaksanakan secara lebih teratur dan hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGOs dan pihak swasta. Berdasarkan perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah menggubal satu Kaedah-kaedah Guru/Kaedah-kaedah (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U (A) 414 untuk menyatakan prosuder yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli lembaga pengelolanya. Ini bagi memastikan dan badan-badan bimbingan yang

mengendalikan

prasekolah

mendapat

panduan

daripada

Kementerian Pelajaran (Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net) Merujuk Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989), KEMAS (Kemajuan Masyarakat) telah membuka 10 buah Tabika di kawasan luar bandar untuk membantu rakyat yang miskin. Kemas juga telah membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.

38

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Di mana, program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Seterusnya, penubuhan pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Pada tahun yang sama juga, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137 orang guru sekolah rendah dan guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekola (Zulkiply Yaakob, 2009). Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. (Zulkiply Yaakob, 2009) Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Zulkiply Yaakob, 2009). 39

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

7.5

TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK DI MALAYSIA Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan (Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah). Berdasarkan perkara tersebut, terdapat 3 perubahan besar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia iaitu: 1. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2. Kurikulum Permata 3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

7.2

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum prasekolah kebangsaan digubal berlandaskan rukun negara, falsafah pendidikan kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua prasekolah di seluruh negara. Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak, kurikulum digubal dengan tujuan untuk memupuk pontensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral,

40

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah (Micheal Anak Ringgit, 2007). Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Maka penambahbaikan program prasekolah telah membentuk perkembangan sistem pendidikannya yang tersendiri bertujuan memberi arah tuju kepada perkembangan kanak-kanak dengan melahirkan modal insan cemerlang kelak (Wan Harun Wan Yaacob, 2008). Berikut merupakan program penambahbaikan bagi program prasekolah dalam merujuk kepada Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah. 1. 2. Tahun 1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia Tahun 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia 3. 4. Tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) Tahun 2010/2011 Kurikulum Transformasi Prasekolah

7.3

Kurikulum PERMATA

Pencetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak PERMATA adalah daripada Datin Paduka Seri Rosmah dan dibentuk oleh 25 individu professional dalam bidang, kepakaran dan latar belakang antaranya pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan penyelidikan secara sukarela. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula diberi 41

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

tanggungjawab

untuk

menyediakan

modul

pembelajaran

dan

teknik

pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA NEGARA. Keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep learning is fun through play dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia. Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik kasih sayang dan belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorrong kebolehan dan potensi kanak-kanak, belajar melalui bermain, serta menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan.

42

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

7.3

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Menurut sumber daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah bercirikan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum berasaskan standard adalah bertujuan ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi Pembelajaran pencapaian aspek pula dalam pengetahuan, merupakan bentuk satu kemahiran penetapan tingkahlaku dan nilai. @ Standard indikator untuk

kriteria

objektif

(behavioural)

memastikan pencapaian setiap standard kandungan. Kurikulum berbentuk modular pula merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

43

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

1.

Modul Asas yang terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT),

Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. 2. Modul Bertema iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak).

7.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa model-model kurikulum yang dinyatakan mempengaruhi pembinaan dan perubahan dari masa ke semasa sistem kurikulum di Malaysia.Keperluan masyarakat dan situasi setempat merupakan faktor penting dalam pembinaan atau transformasi kurikulum pendidikan di negara kita ini.Tranformasi merupakan satu perubahan holistik yang mengambil kira keperluankeperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lainlain seterusnya dapat membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal

kanak-kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia. Dapat dilihat, sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan bagi mempertingkatkan modal insan atau generasi muda Malaysia supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak turut mengalami perubahan besar seperti Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

44

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Abdul Rashid (1998). Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya. Artikel Dewan Budaya, M/s 22-23. Aini Hayati Mohamed (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Alice Butter, Melinda Gish dan Marnie S. Shaul (2004). Head Start. Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti. Hassan Langgulung, (1992). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Iliyas Haji Hashim (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21 : Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Malaysia Sabah :

Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Novinka Books : Universiti Sains Malaysia.

45

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan : Dokumen Standard Prasekolah. Kimberly Gould Ashizawa (2006). The Evolvong Role of American Foundations. New York : Japan Center for International Exchange.

Mariatul Qatiah Zakaria (2010). Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal Berkualiti Kanak-kanak. Utusan Malaysia pada : 18 Mac 2010.

Mazlan Ismail (2006). Pengurusan Perubahan Kurikulum : Kajian kes di dua Buah Sekolah Menengah Daerah Rompin. Tesis Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya. Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan Kurikulum Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Nor (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Flo Enterprise.

46

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. Mohd. Daud Hamzah (1995). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Norzilawati Abdul Halim (2004). Artikel Pendidikan : Sistem Pendidikan Perlu Selari Kehendak Global. Berita Harian pada : 5 Oktober 2004. Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net) Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Bhd. Rohani Mohd Amin (2001). Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran. Tesis Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia Prasekolah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn.

Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Petaling Jaya : Fajar Bakti

47

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tabika. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sanaleh Daud (2009). Sektor Pengurusan Akademik : Prasekolah. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som dan Alina Ranee (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya. T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt, Brace and World. Taib Osman (1998). Bahasa Kebangsaan Dan Masa Depan Bangsa Dan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Transformasi Pendidikan Bermula (2010). Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia pada: 12 Jun 2010. Wan Harun Wan Yaacob (2008). Perkembangan dan Perubahan Kurikulum Pendidikan Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.

48

Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana

Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio : Merrill Publishing Company. Yusop Hashim (1995). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan : Journal Pendidik. 13, pp. 72 82. Zulkiply Yaakob (2009). Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan : IPG Kampus Tun Hussein Onn.

49

You might also like