You are on page 1of 13

Penilaian Holistik & Analitik

Penilaian holistik ialah penilain secara menyeluruh melibatkan cemerlang,baik, sederhana atau lemah.

Kekuatan Kaedah Analitik


a) Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa. b) Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah. c) Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Kelemahan Kaedah Analitik


a) Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip jawapan.

Kekuatan Kaedah Holistik


a) Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang. b) Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan. c) Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan. d) Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara kreatif dan inovatif.

Kelemahan Kaedah Holistik


a)Terdapat kemungkinan perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan sukar diselaraskan. b)Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. c) Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan dan yang berpengalaman sahaja.

d) Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.

Pemarkahan dengan Kaedah Gabungan Analitik dan Holistik


Pemarkahan skrip jawapan boleh juga dijalankan dengan menggunakan kedua-dua kaedah analitik dan holistik. Dalam menggunakan kaedah gabungan ini, contoh jawapan hendaklah disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu menentukan ketepatan fakta. Selain daripada itu kaedah gabungan membolehkan perhatian diberi kepada aspek perincian fakta dan pengolahan jawapan.

You might also like