You are on page 1of 7

Dajjal Negeri Samirah

DAJJAL Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi
sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi
Sulaiman.

Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun
berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang
tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua
matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’ Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-
abangnya adalah penyembah berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala
berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung
Iembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung
lembu betina itu.

Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang


sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang
dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan
atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang
mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda
bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka Iakukan.

Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki.
Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang
yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang
juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram. Sementara itu syaitan pun
turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia
menggauli isterinya. Jadi Syaitan pun turut mencampuri isteri penyembah berhala
itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia
dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang
ditakdirkan oleh Allah. (Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjal menyatakan
Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah
kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan
hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina
liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan,
katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka
seorang anak. Tetapi jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan
penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia
akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan. Apalagi, kedua-
duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil
menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh
mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar. Kemudian
menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka
berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam. Apa yang berlaku
sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa
saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan. Syaitan dapat melihat apa yang
tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada
dalam jasad manusia, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu
sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitan
tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelaki tetapi dia tahu betapa besar
kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki. Perempuan itu pun
melahirkan anak Ielaki tetapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah
matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang
bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah


mengenai keluarga Dajjal. “Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh
burung. Sedangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan
gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teteknya pun besar. Oleh kerana
anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan
keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal
memang telah mendatangkan sial kepada ibunya. Paling anehnya, anak lelaki itu
bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan
orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka
mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak
lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan. Selama empat
tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah
memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan
kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian
terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah
merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup.
Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya
itu. Di dapati anaknya masih hidup.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap
terjaga.” Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara
orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan
dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui
oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam
rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah
tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak
Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam
patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung Iembu
betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya
bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan
patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristiwa yang
terjadi itu tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun
memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu,
mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan
meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu
lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.

Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah
orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya untuk melihat
dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa
yang sama ada yang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-hakim
yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran
kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke
hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu
apakah sebenarnya yang terjadi. Ayah menceritakan perkara sebenar tetapi
hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah
masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat
kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung
yang menguasai negeri tersebut. Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa
mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri
bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi
pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim.
Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara
tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan
tidak dibenarkan keluar dari istana hakim. Berita tentang keajaiban anak lelaki itu
semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai
A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah
dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim
lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun
disebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Hakim tidak berdiam diri, dia pergi
mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua
tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir
untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim,
syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan. Apabila berita
itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-
tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun
membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua
huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu ia membawa makna
satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan
Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak
bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara
menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.” Tetapi tidak
ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu.
Sebaliknya dia pula dituduh orang gila. Hakim pula telah memberi arahan supaya
kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa
yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum. Hakim pun membuat
pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri
kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain. Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula
kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-
dzabhah ash-shadriyyal aImutakarrarah yang bermakna (tekanan batin
berlanjutan).

Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil. Anak ajaib itu pun
ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun
kemudian, iaiitu kelika berumur Iima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun
dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang orang di
sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.
Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi
doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak
akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya
diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.

Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba
datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk
negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan
Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama
sekali. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk
negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum
dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang
berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau
yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai
peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang
jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam
memerangi Dajjal). Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa
dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu
kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril
kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan
menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah.
Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu. Kemudian Jibril
kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi
menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu
dan berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir
zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan
mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan
membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh
hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan
dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman. (Riwayat ini didapati
dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif
Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip
mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada
skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim
ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota
moden. Segenap hidupnya dihabiskan di khemah-khemah di padang pasir sahara
bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh lebih muda dari dia,
iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah.
Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, dia menjawab bahawa
dia tidak pernah meninggalkan sembahyang malam, tidak pernah meninggalkan
sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam.
Makanan yang paling banyak dimakannya ialah madu, kurma, susu dan air
putih.)

Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu ‘ban ar-
rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan
haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang
hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang
panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai
lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini
dan ia menguasai pulau itu. Ular itu adalah penjaganya dan buta matanya.
Haiwan itulah yang mengarahkannya. Pulau itu sebenarnya kecil seperti
sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai
mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokok pokok rendang yang saling
berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli
berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna
kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi
bukan seperti kepala syaitan yang hodoh. lklim pulau itu memang selamanya
sejuk dan selalu turun hujan. Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan
negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah
dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak
seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai
sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet
lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh
Yang Maha Kuasa. Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan
malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat
melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu
anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.

Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua
matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak
lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali
terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang
berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur
semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir. Malah dia
mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar
dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas.
“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril
kepada anak itu. Anak kecil itu pun berjalan jalan mengelilingi sekilar pulau yang
dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia
berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati. Pulau itu dipenuhi dengan
berbagai jenis burung dan binatang. Tidak ada satu binatang buas dan ganas di
pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju
ke sana.

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang
yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol
seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia
boleh faham. Binatang itu berkata, "Engkau adalah seorang anak yang
diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah
dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah
yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau
mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah
tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih
berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim
yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha
Esa.” Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya
mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab.
Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian
binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai
permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata: Batu pertama: La ilaha
illallah (Tiada luhan selain Allah) Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah
Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya) Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh
Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.” Batu
keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.” Batu kelima: “Makanlah den
nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan
kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu
dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan
kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula
mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung.”
Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah
engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.” Batu Ketujuh:
“Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi
terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika
engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang
beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar
kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat
seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah
diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau
beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan
memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan
pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir
sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke
tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan
perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului
Muhammad maka Alla! h akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam.
Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada
keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang.
Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu
sendiri saja seperti lblis. Semoga laknat Allah ditimpakan atasnya, yang
mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman
karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan
dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri,
iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi
menyayangi orang-orang yang terusir dari rahmat Nya. Jadilah engkau, wahai
anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang
mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak,
engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun
lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara
adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat
hijrahnya adalah tanahtanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau
akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat
diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang
mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah
Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah,
Tuhan semesta alam. Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur
kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun
mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan
mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh
Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu,
disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’
Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara
batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong
batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang
digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah
s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus
seorang rasul (Al Isra 17:15) lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah
tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun.
Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak
sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau
dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga
bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah
di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia
menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang
beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi
seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan
atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk
ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang
engkau termasuk salah satu di antara mereka. Dia akan memerintah tetapi hanya
menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja. Apa akan terjadi kesudahannya
hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan
tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.
Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. “Kalau begitu siapakah
engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan
siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu
bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor
binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa
berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di
penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu
keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan
memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini
bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini
bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu
bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu ia
akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana
lazimnya. Dia tidak akan bercakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya
anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat. Mungkin pada
masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin
aku mampu bercakap denganmu lagi. Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui
oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini
adalah wasiat-wasiat dari malaikata Jibril itu. Selepas itu lidah binatang itu pun
terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti
terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya
kepada anak itu.

You might also like