Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
23Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Adab Membaca AlQuran

Adab Membaca AlQuran

Ratings: (0)|Views: 2,945 |Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/21/2012

pdf

text

original

 
Adab Membaca al-Qur'anANTARA ibadah sunat yang digalakkan dalam bulan Ramadhan, selain sembahyangtarawih, ialah bertadarrus membaca (tilawah) al-Qur'an al-Karim. Seperti ibadah yanglain, tilawah al-Qur'an juga punya peraturan dan adabnya. Pembaca al-Qur'an (qari` /qari`ah) sebaik-baiknya mengetahui dan mematuhi peraturan dan adab membaca kitabsuci itu. Perlu diketahui bahawa yang lebih utama (awla) bagi ibadah tilawah al-Qur'anialah kefahaman terhadap maksud atau tafsiran ayat-ayatnya lalu mengamalkannya. Disamping itu pembacaannya hendaklah mengikut hukum tajwid dan peraturan-peraturanyang tertentu. Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Orang-orang yang telah kamidatangkan al-Kitab sedangkan mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar- benarnya, maka mereka itulah yang beriman kepadanya, dan barangsiapa ingkar terhadapnya maka merekalah orang-orang yang rugi". (al-Baqarah : 121).Mengikut Ibnu 'Abbas, ayat "membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya" dalamdi atas itu bermaksud: "memepelajarinya dan benar-benar patuh mengamalkannya".Mengikut Imam al-Ghazali : Bacaan al-Qur'an dengan sebenar-benar bacaan itu ialahadanya persepaduan antara lidah, akal dan hati. Lidah mentashihkan segala hurufnya,akal mentafsirkan segala maknanya dan hati menerima pengajarannya, kesannya,tegahannya dan suruhannya. Tersebut dalam sebuah kitab : Wajib ke atas qari / qariahikhlas membaca al-Qur'an dengan mengqasadkan semata-mata kerana Allah. Janagandiqasadkan kerana selain-Nya. Dalam kitab lain tersebut : Makruh diambil al-Qur'ansebagai usaha untuk kehidupan (mata pencarian), kerana mengikut satu riwayat,Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca Qur'an, maka hendaklahmeminta(balasan) daripada Allah. Bahawa sesungguhnya nanti akan datang satu kaum yangmembaca Quran untuk mendapat balasan daripada manusia".Berikut adalah adab-adab membaca al-Qu'an sebagaimana yang tersebut dalam kitabMawradul-Zham`aan :Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan badan dan mengambil wudhuk.Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan. Rasulullah bersabda, mafhumnya :"Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan bersugi".Apabila wudhuk terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan mengambil wudhuk semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan.Tempat membaca al-qur'an hendaklah suci. Afdhalnya di masjid. Makruh membaca di jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di pasar atau tempat perhimpunan orangyang dungu ataupun di tempat yang tak selayaknya dengan kesucian dan kemuliaan al-Qur'an. Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh ta'zhim, kepala tertunduk dantidak di dalam keadaan bersila. Jangan sekali-kali duduk seperti duduk orang yangtakabbur.Sebelum memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah berfirman, maksudnya :
 
"Apabila engkau membaca al-Qur'an, bacalah t'awwuz ( A'uuzu billaahi minal-syaithaanil-rajiim )". Bacaan ta'awwuz ini jika di khalayak boleh dibaca nyaring, tetapi jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama (awla) diperlahankan bacaannya,iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang. Kecuali bacaan al-Qur'an tehenti lama,selama mengerjakan satu raka'at sembahynag, bacaan ta'awwuz ini tidak dituntut untuk diulang lagi.Hendaklah membaca tasmiyah (bismillaahil-Rahmaanil-Rahiim) pada awal tiap-tiapsurah kecuali surah al-Tawbah (Baraa`ah). Ketika membaca, qari / qariah hendaklah didalam keadaan sentiasa mengingati bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah_sebagaimanaketika mengerjakan sembahyang juga.Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan teruskan bacaan semasamenguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap dengan sopan, barulahmenyambung semula bacaan. Jangan tertawa atau bercakap bercampur-aduk dengan bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang dharurat. Justeru, bacaan sebaik-baiknya ditempat yang terasing agar tidak diganggu atau diajak bercakap oleh orang lain.Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan bacaannya untuk memberi salam atauuntuk menjawab salam.Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut :1. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin,2. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang bersin,3. menjawab azan,4. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang shalih atau orang yang dimuliakan,tetapi bukan dengan riyak.Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring jika bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh orang lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau untuk menghilangkan rasa jemuatau mengantuk. Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak atau akan mengganggu orangyang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak digalakkan membaca nyaring,yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal. Suatu masa di dalam masjid, Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: "Ketahuilah, setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah menyakiti (mengganggu) antara satu sama lain dan jangan antara kamumengangkat suara bacaan sehingga menggannggu yang lain. (HR. Abu Dawud).Dikatakan sunat juga suara bacaan al-Qur'an itu berselang-seli_sekali perlahan sekalinyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan membaca perlahan, bacalah secaranyaring dan apabila terasa penat, lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat.Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akanmakna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya, "Dan bacalah al-Qur'an itu(mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan(tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan "Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu penuhdengan berkat agar mereka mentadabburkan makna segala ayatnya dan agar mendapat
 
 pelajaran orang-orang yang berfikitan". (QS. 38:29). Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surahal-Baqarah dan Ali 'Imran dengan tartil dan aku tadabburkan kedua surah itu . Ini lebihaku suka daripada membaca dengan pantas seluruh al-Quran". Apabila membaca ayat-ayat yang berkenaan, sunat beristighfar, bershalawat, bersyukur, minta berlindung atau berdoa dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku bersama dengan Rasulullah yangmembaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda berhenti berdoa apabila membacaayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan Allah apabila membaca ayatmengnai azab".(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i).Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca surah al-Tiin hingga akhir ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa dzaalika minal-syaahidiin' (Bahkan,dan aku daripada mereka yang menjadi saksi atas yang demikian itu); barang siapamembaca surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat, 'Alaysa dzaalika biqaadirin 'alaaan yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata, 'Balaa' (bahkan); dan barangsiapamembaca surah al-Mursalaat hingga akhir ayatnya, maka hendaklah berkata, 'Aamannaa billaah' (Kami beriman dengan Allah)"- (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi).Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai membaca ayat akhir surah al-Mulk, iaitu"Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka siapakah yang memberikan kepada kamu air yang mengalir? , hendaklah berkata "Allaahu Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantirualam) dan apabila selesai membaca surah al-Dhuhaa, hendaklah mengucap takbir.Bacaan-bacaan tambahan tersebut, selain sunat dibaca oleh qari / qari`ah berkenaan,sunat juga dibaca oleh pendengar.Pada ayat-ayat tertentu yang merupakan kata-kata orang kafir pula disunatkanmembacanya dengan perlahan (tidak nyaring). Diwayatkan : Ibrahim al-Nakha'imembaca perlahan pada ayat "Wa qaalatil-Yahuudu yadullaahi maghluulah" (Dan berkataorang-orang Yahudi, 'Tangan Allah terbelenggu'- QS. 5:64) dan "Wa qaalatil-Yhuudu 'Uzayrunibnullaah" (Dan berkata orang-orangYahudi: ''Uzayr anak Allah' - QS. 9:30) .Sunat membaca al-Qur'an sambil menangis. Rasulullah s. a. w bersabda, mafhumnya,"Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh menangislah".Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat Sajadah, maka jangan kamu segera sujudsehingga kamu menangis. Jika tidak menangis, hendaklah menangis di dalam hati".Sesungguhnya yang mendorongkan tangisan itu ialah menjadikan hati dukacita".Daripada dukacita itulah tercetusnya tangisan. Rasulullah bersabda, mafhumnya,"Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka apabila kamu membacanya,hendaklah dengan hati yang dukacita". Timbulnya dukacita itu ialah dengan mengingatidan mengamati perbuatan yang dimurkai Allah serta mengingati kecuaian mentaati perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah tangisan. Diriwayatkan, bahawa menangisketika membaca al-Qur'an itu ialah sifat orang-rang shalihin dan 'arifin.Sunat memelihara hak ayat-ayat yang dibaca, iaitu hendaklah melakukan sujud al-Tilawah (sudut Sajadah) apabila membaca ayat-ayat Sajadah. Terdapat 14 tempat (ayat

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Saridin Molusin liked this
shokri2210 liked this
rodzul87 liked this
Nurul Izzati liked this
Fatin Nur Adila liked this
Iqmal Cool liked this
Syahrina Syahril liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->