/  9
 
Beriman Kepada ALLAH TA`ALA.
Fasal 1 : Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya.
Hadith 4
:Dari Ibn Umar r. a., dari Nabi s. a. w., sabdanya : "Fikirkanlah mengenai segala nikmat ALLAH danpemberianNya, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat ALLAH." (HR Abu Syeikh dan at-Tabrani)Muslimin dan muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke4 yang kita baca pada kali ini, masih lagi berlegar dalammasalah menggunakan akal fikiran secara benar. Dalam sesi yang lalu kita telah pun membaca hadith yang ke2dan yang ke3, yang membicarakan bagaimana Nabi s. a. w. mengarahkan kita supaya berfikir tentang makhlukciptaan ALLAH SWT. Tapi pada hadith ke4 kali ini, Nabi s. a. w. mengarahkan kita supaya memikirkan pula nikmatpemberian daripada ALLAH SWT.Kalau kita rujuk dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana ALLAH SWT menyebut kepada kita betapabanyaknya nikmat pemberianNya itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya. Ada 2 surahyang mempunyai lafaz ayat yang sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya ialah dalam SurahIbrahim 13:34, dan yang keduanya dalam Surah an-Nahl 14:18. Dalam ayat tersebut ALLAH kata, "Sekiranyakamu cuba nak menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."... Ayat ini nampaksaja ringkas tapi cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat ALLAH terlalu banyak sampai tak terkira.Kalau boleh dikira, maknanya benda tu tak la banyak. Contohnya macam dapat pingat Emas sukanCommonwealth. Boleh dikira, betoi tak?...5 bijik je dapat pun, tapi belagak takdak dah. M`sia tara tu aje la.Takpa la, hang menang tu kira baguih la, tapi dengan seluaq pendek sebijik macam cina makau ni apa cerita?...Nak ceritanya, banyak mana dapat pingat pun, dia tetap boleh dikira. Tak boleh challenge nikmat ALLAH yang takterhitung banyaknya seperti bintang di langit. Kalau nak kira jugak, infinitilah jawapnya.Perenggan di atas tadi adalah contoh pertama dalam Quran yang menyebut tentang nikmat. Sekarang kitatengok pula contoh yang kedua. Cuba tuan-tuan buka Surah ar-Rahman. Dalam surah ini, kita akan dapati ALLAHmengulangi 31x lafaz kalimah yang sama. Iaitu kata ALLAH yang bermaksud, "Wahai jin dan manusia, nikmatTuhan manakah lagi yang kamu nak dustakan?"... Tidak ada surah lain kecuali Surah ar-Rahman inilah, ALLAHulang 31x kalimah yang sama. Walaupun dalam Surah al-Mursalaat ada ALLAH berulang-ulang kali sebut,"Celakalah bagi mereka yang mendustakan agama.", tapi hanya10x sahaja. Sedangkan dalam Surah ar-Rahman, ALLAH ulang 31x cerita tentang nikmat.Dan satu lagi contoh yang boleh kita petik tentang nikmat ALLAH ialah dalam Surah an-Najm 27:55, kata ALLAHyang bermaksud, "Manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu nak ragui?"...Okay, bila Nabi s. a. w. suruh kita fikir tentang nikmat yang tak terhitung banyaknya seperti yang diceritakandalam Quran, maka untuk mengenangkannya, kita boleh rujuk kepada pandangan Saiyyidina Ali karramallahuwajhah yang telah membahagikan nikmat yang banyak itu kepada 6 bahagian. Kata Saiyyidina Ali k. w. :1) nikmat yang pertama yang perlu kita kenang ialah nikmat ugama Islam itu sendiri. Katalah sekarang ni kitabukan orang Islam, yang nama pun Ah Chong atau Muthusamy apa ka. Kalaulah mati time tu sebelum mengucap2 kalimah syahadah, confirm neraka tuan-tuan oiii!... Kekal selama-lamanya pulak tu... Nauzubillah. Maknanya,apabila kita jadi Islam, maka itu sudah satu nikmat yang ALLAH dah tentukan sejak azali. Maka sebab itu, kitasepatutnya bersyukur banyak-banyak sebab ALLAH pilih kita menjadi orang Islam. Tapi yang sedihnya kita hari iniialah apabila kita lihat, kebanyakan orang yang ALLAH pilih jadi Islam, tapi mereka gagal menilai nikmat Islam.Mereka tidak memahami bahwa nikmat agama Islam itu adalah satu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Inimengakibatkan mereka sendiri berpaling tak ndak kepada Islam, tak minat dengan Islam, dan akhirnya jadilahmereka Islam hanya pada baka atau Islam hanya pada ICnya sahaja. Ini paling celaka sekali pasai lan! gsung taktau apa pasai Islam.Bila sebut Islam hanya pada nama, teringat ana pada ayat terakhir Surah Muhammad s. a. w. yang mana kataALLAH, "..., jika sekiranya kamu berpaling (wahai umat Islam!), jika sekiranya kamu tak ndak dah berhukumdengan hukum Islam, jika sekiranya kamu tak ndak dah nak kaji Islam, maka Aku akan tukar ganti kamu dengankaum bangsa yang lain daripada kamu, yang mana mereka ini minat dengan Islam dan mereka tak kan samaperangai macam kamu."... Maknanya, ALLAH sedikit pun tak rugi sekiranya suatu kaum itu tak ndak pada Islam.Kalau umat Islam tidak lagi menghargai Islam, tidak mahu bersungguh-sungguh tentang Islam, senang-senangsaja ALLAH boleh tukar dengan bangsa yang lain untuk menegakkan kalimahNya di atas mukabumi ini. AkhirnyaALLAH akan jadikan bangsa yang pada awalnya bukan Islam itu, tiba-tiba depa minat pada Islam, lepas tu depapeluk Islam, dan depa bena! r-benar bekerja untuk Islam. Manakala hat Islam original tadi, akhirnya kuffurkepada ALLAH... Nauzubillahi min zalik. Inilah hakikatnya yang sedang berlaku sekarang. Serata dunia sekarang,orang bukan Islam sedang bersungguh-sungguh mengkaji Islam. Inilah kebenaran firman ALLAH pada ayatterakhir Surah Muhammad tadi.Cuba tuan-tuan cari buku bertajuk "The Developing of Human" tulisan Prof Emeritius Keithmore dari University of Toronto, Canada. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang anatomi sel biologi tubuh manusia. Dan buku initelah diterjemahkan dalam 6 bahasa sekitar dunia. Maknanya memang hebat orangnya Prof Keithmore ni. Dalambuku tu, dia hurai bagaimana kejadian janin manusia yang dipanggil embryo zigot berdasarkan fakta sains dan
 
al-Quran... Ini yang hebatnya tu. Dia huraikan satu perkataan, iaitulah `alaqah. Dia explain in detail apa itu`alaqah dan dia relate dengan al-Quran. Kita orang Islam yang tiap-tiap hari dok baca al-Quran tak jumpa punbenda ni dalam Quran, tapi tiba-tiba sarjana mat saleh American ini boleh pi jumpa ilmu yang diceritakan dalamal-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Malu kita, tuan-tuan. Semoga ALLAH beri hidayah kepada Prof Keithmoresupaya dia dapat masuk Islam.... Okay mai kita tengok apa dia `alaqah tu?...`Alaqah adalah sebuta! n bahasaArab. Tapi kalau tranlate pi bahasa Melayu, dia boleh pi 3 makna. Pertamanya ialah seekor lintah. Yang keduanyaialah sesuatu yang bergantung di dinding. Dan yang ketiganya ialah seketul darah. Jadi, apa yangmengkagumkan kita daripada kajian Prof Keithmore ini ialah dia kata bahwa apabila sperm lelaki bertemu denganovam telur wanita, ia akan membentukan `alaqah. Dan rupa `alaqah yang dilukis dalam buku tu sebijik taktumpah betoi-betoi rupa seekor lintah. Mula-mula dia lukis seekor lintah betoi. Kemudian sebelah lintah tu dialukis, inilah dia manusia pada rupa bentuk `alaqah. Sebijik macam lintah. Maknanya kita ni dulu macam lintah je,tapi bila dah besaq panjang, jadi samseng pulak dah. Memang puak-puak toghut ni perangai macam lintah pun.Bukan saja darah depa isap; malah duit epf, duit tabung aji, duit pprt pun depa isap jugak!Jadi apa yang mengkagumkan kita sebenarnya ALLAH dah cerita benda ni lama dah, iaitu 1400 tahun dahulu.Yang pada ketika itu, belum ada lagi USM, belum ada lagi lab, belum ada lagi tabung uji/ tabung radas apasemua, belum ada lagi penunu bunsen, ketika Nabi s. a. w. masih berada di kawasan Arab jahiliyah; pada ketikaitulah ALLAH SWT sudah mengajar manusia tentang sains.Okay yang keduanya bila kata `alaqah, dia adalah sesuatu yang bergantung di dinding. Dan memang kitasewaktu jadi `alaqah pun, kita memang melekat di dinding rahim ibu (uterus of womb). Sebab itu dalam prosesini, iaitu bila urine test positif sah kata isteri kita mengandung, mulalah dia start pening, mulalah nak makan kiwikasut, mulalah nak makan macam-macam, waktu ni lah kena jaga betoi-betoi. Sebab possibility untuk miscarried(keguguran) cukup cerah time tu sebab dia hanya melekat saja di dinding rahim.Kemudian bila habih Prof Keithmore mendetailkan kejadian `alaqah, dia pun komen dengan satu kenyataan yangcukup mengkagumkan kita, iaitu katanya, "Mustahil seorang insan yang bernama Muhammad (s. a. w.) yangmengaku buta huruf dan duduk pula di tengah-tengah padang pasir bersama Arab jahiliyah, boleh present padakita suatu ilmu yang baru dijumpai teorinya oleh saintis 30 tahun dulu. Kecualilah ilmu ini datang dari Tuhan YangMaha Perkasa."... Tuu dia tuan-tuan, macamana orang barat mengkaji kehebatan ayat al-Quran.Okay mai kita tengok satu lagi contoh yang kata hebatnya Islam tu. Dalam beberapa bulan lalu, bukankah kitadidedahkan tentang cerita pengakuan seorang juruselam Inggeris (apanama dia pun ana dah lupa) yang bekerjadengan National Geographic?... Yang mana dia kata, "Saya telah bertemu dengan kebenaran firman ALLAH dalamSurah ar-Rahman 27:19-21 yang bermaksud : Dan laut itu Kami pisahkan antara keduanya dengan barzakh(dinding) sehingga tidak bercampur keduanya."... Ayat ini ajar kita bahwa sebenarnya dalam laut tu dia adadinding (barzakhun). Macam kita dok biasa dengar alam barzakh la tuan-tuan. Alam barzakh maknanya alamdinding. Alam yang kita tak nampak sebab alam dunia dengan alam barzakh, dia ada dinding. Bila ada dinding,kita tak nampak sebalik dinding sebelah sana, kecualilah superman. Tu pembohong punya cerita. Hanya rekaanyahudi untuk tipu kita..! .Okay ayat ni nak bagitau kat kita bahwa di tengah-tengah laut tu pun ada juga airtawar tapi dia tak bercampur dengan air masin sebab ada dinding. Dan saintis National Geographic tu kata, "Kamidah jumpa dinding tersebut!"... MasyaALLAH tuan-tuan, orang barat mengkaji Islam sampai tara tu sekarang.Sebab itu Prof Keithmore dalam kenyataannya berkata, "Saintis di barat sekarang tidak lagi boleh menolak teorizaman dulu. Teori itu ialah Quran dan sains adalah dua benda yang berpisah."... Maknanya saintis mutakhirsekarang ini tidak boleh lagi berpendapat begini tapi sebaliknya mereka sekarang berlumba-lumba mencarikebenaran Islam.Ini pula ada satu lagi contoh yang menunjukkan hebatnya keunikan Islam yang boleh kita dapat dari internet.Kalau kita rajin layari internet, banyak maklumat yang kita dapat. Tapi kalau buka internet kona kot lain, birulabijik mata jawabnya. Dalam beberapa bulan sudah ada sahabat cerita dia jumpa satu cerita tentang seorang Prof yang bernama Tagata Tajasen. Dia adalah seorang pensyarah bahagian anatomi di University of Chiang Mai,Thailand. Specialization dia ialah kulit manusia. Mari kita kongsi cerita ni, kemudian sama-sama sebarkanhebatnya Islam... Satu hari dia menghadiri persidangan Perubatan Dunia yang ke8 di Riyadh, Arab Saudi. Orangkafir boleh masuk Riyadh, tapi tanah haram seperti Mekah/Madinah, depa tak boleh masuk. Ini berdasarkanhadith ketika Rasulullah s. a. w. menghalau orang yahudi berambos daripada Madinah. Maka Nabi s. a. w.bersabda, "Tidak akan tinggal di bumi Madinah ini termasuklah! Mekah kecuali orang Islam sahaja."... Hadith iniulama ambik bagi mengharamkan orang kafir dari memasuki 2 tanah haram... Okay berbalik kita pada cerita Prof Tagata Tajasen tadi. Semasa dia hadir sebagai peserta dalam seminar tersebut, satu hari tu dia sempat berbualdengan Prof Sheikh az-Zindi, seorang Arab yang fasih berbahasa Inggeris. Dalam perbualan mereka itu, Sheikhaz-Zindi telah membacakan untuk Prof Tagata ayat 56 Surah an-Nisa`. Iaitulah firman ALLAH yang bermaksud,"Apabila setiap kali kulit manusia hangus terbakar di dalam neraka, maka ALLAH akan menukar dengan kulityang baru, supaya manusia merasai azab ALLAH."... Bila habih saja Sheikh az-Zindi baca ayat tu, tiba-tiba Prof Tagata melompat dalam keadaan tercengang-cengang sebab seolah-olah dia merasai suatu keajaiban berlakupada diri dia. Lalu Sheikh Zindi tanya, "Apa yang pelik sangat apabila saya baca ayat 56 Surah an-Nisa` yangberhubung dengan kulit tu?"... Prof Tagata kata, "Saya seorang pakar kulit. Dan hari ini saya telah bertemudengan kebenaran al-Quran."... Tanya Sheikh Zindi lagi, "Apa ceritanya?"... Kata Prof Tagata, "Tahukah kamu dilapisan kulit kita adanya sel yang mengawal deria panas?... Sel inilah yang send isyarat panas tadi ke otak. Bilaotak reflect dengan message tersebut, at split of second kita akan angkat tangan kita daripada api."... Sebab itukadang-kadang kita tengok orang gila bubuh tangan dia kat api sebab otak dia dah tak berfungsi. Otak dia takboleh nak response terhadap isyarat yang dihantar oleh sel tersebut. Kat sekolah dulu pun kita dah belajartentang sel ni... Kemudian sambung Prof Tagata lagi, "Apabila kita kena bakar, sel deria yang kawal kepanasan
 
itu akan hantar isyarat kepada otak mengatakan panas. Aku menjadi kagum kerana apabila ALLAH kata apabilakulit manusia hang! us dibakar di dalam neraka, Dia akan ganti dengan kulit yang baru. Itulah dia kebenaranyang aku cari selama ini. Kerana apabila kulit manusia hangus terbakar, maka turut sama hangus terbakar ialahsel yang kawal kepanasan tadi. Sel itu akan musnah. Jadi kalau ALLAH tak tukar dengan kulit yang baru, ahlineraka senyum sempoi la jawabnya. Sebab mereka tak akan rasa lagi kepanasan sebab sel itu dah mati. Jadibakarlah api besar mana pun, mereka tak akan rasa panas dah. Tapi bila ALLAH kata Kami akan tukar dengankulit yang baru, ini bermakna turut ditukar ialah sel kawalan panas yang baru. Bila sel itu wujud, maka bila kenaapi, depa akan melompat. Inilah kebenaran yang baru aku jumpa setelah berpuluh tahun aku belajar babkulit."... Tuan-tuan tau ka apa dia buat selepas dia kata lagu tu kat Sheikh Zindi?... Dia pun pegang microphonelalu dia kata, "Mulai hari ini aku mengisytiharkan tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Muhammad ituRasulullah."... Dia masuk Islam di R! iyadh pasai kes kulit je. Lepas tu bila dia balik ke Jepun, dengan teori yangdia dah belajar ini, dia telah berjaya mengIslamkan5 orang anak murid dia. Inilah nikmat ugama ALLAH yang kita anuti sekarang. Sebab itu kita kena jaga betoi-betoi ugama ALLAH ini. Bayangkan orang bukan Islam boleh peluk Islam hanya dengan ayat al-Quran yangmereka dengar, apatah lagi kita yang dah Islam sejak dilahirkan?2) Nikmat yang kedua ialah Nabi Muhammad s. a. w. menjadi rasul. Jangankan kata ajaran dia menjadi nikmatkepada kita sebab boleh menyelesaikan segala masalah, bukan sekadar itu, tapi dengan hanya menyebut namadia pun dah cukup untuk menenangkan jiwa kita. Cuba tuan-tuan amalkan selawat ke atas Nabi s. a. w. 100xsehari?... InsyaALLAH jiwa yang berserabut akan jadi tenang setenang-tenangnya. 100 tu kira banyak dah tu.Kalau ikut ulama` dulu, beribu tuan-tuan oiii!... Kita kata 100 pun dah kira banyak sebab orang la ni sembanglebih. 100 pun kira besaq tuah dah tu kalau nak banding dengan hat langsung tak selawat... Okay pasai apa kitakata sebut nama Nabi s. a. w. pun sudah terasa nikmatnya?... Ini sebab Nabi s. a. w. sendiri janji bahwa siapaselawat sekali atas dia, maka ALLAH akan selawat ke atas orang itu 10x. "ALLAH selawat atas makhluk"maksudnya rahmat. Maknanya Dia bagi petunjuk, Dia bagi hidayah, Dia bagi sakinah, Dia bagi ketenangan jiwa,lapang da! da dan sebagainya. Inilah hasil selawat kita menyebut nama Nabi s. a. w.. Itu belum lagi sembangziarah maqam baginda lagi. Saya tak la pernah sampai ke sana lagi. Tapi kalau tuan-tuan tanya orang yangpernah pi haji, tuan-tuan akan diceritakan bagaimana perasaan tak sabarnya mereka untuk menziarahi maqamNabi s. a. w.. Depa cerita bila turun je kapalterbang kat Jeddah, naik bas 8 jam sementara nak sampai tu terasacukup punya lambat. Tapi tengok driver la jugak. Kalau driver tu jenih superman, 6 jam aje. Kata ust Halim,tengah dok top speed tengah-tengah highway 4 lorong tu depa boleh tukaq driver lagu tu je. Kata nak berentimemang takdak punya. Bila driver yang lenguh tu bangkit berdiri, terus driver hat ganti tu celapak masuk. Tuudia yang kata perangai tok Arab tu tuan-tuan. Inilah adegan yang siapa pun tak berapa ingin nak lihat, tapi itulahrealitinya. Tapi apa nak ceritanya ialah perasaan tak sabarnya depa nak sampai ke Madinah tu. Depa kata masanak masuk bandar Madinah! tu, bila nampak saja Kubah hijau Masjid Nabawi daripada jauh pun kira dah melelehairmata dah. Sebab di bawah kubah hijau itulah berehatnya 3 orang sahabat karib, iaitulah Rasulullah s. a. w.,Saidina Abi Bakrin r. a. dan Saidina Umar al-Khatab. Merekalah yang berhempas pulas untuk agama ALLAHsehingga sampai kepada kita hari ini. Sepatutnya kita mesti ada perasaan malu sekiranya kita masih lagi adaperasaan tidak menghargai ugama ALLAH yang diperjuangkan oleh 3 sahabat karib ini. Inilah kata-kata ImamGhazali rahimmallahu ta`ala.3) Nikmat yang ke3 kata Saidina Ali k. w. ialah al-Quran. Sapa diantara kita yang baca Quran rasa tak sedap,tolong bagitau kata saya?... Mai saya nak katok kepala dia ngan kambe32. Kalau tuan-tuan baca Quran tak rasasedap, maknanya tuan-tuan tak rasa nikmat Quran. Sejak bangun daripada tidur pagi tadi, sampailah lepas Asarpun kita tak terasa nak baca Quran, tu kira kes berat dah tu. Makna kata hati kita ada something wrong tuan-tuan oooiii!.... Kalau sampai kepada peringkat macam tu, maknanya hati kita perlu kepada major overhauled.Mungkin dah berkarat dah kot. Sampai ke malam tak terasa berdosa pun kalau tak baca Quran. Happy je tengokpenutup Sukma malam tadi. Bangga dengan puluh-puluh pingat yang dapat. Cuba bagitau sat, semua pingat-pingat tu untuk mengadap sapa?... Memang bersukan itu Islam tak larang, dah banyak kali dah kita sebut, tapi jagalah batasan aurat. Nie sampai tak ketahuan, kita sendiri pun naik malu nak tengok. Hangpa gimrama tu yangha! ngpa suka sangat tu. Ish! tak malu ke puak-puak tu?... Bukan apa tuan-tuan, kita tengok hodohnya sampaitak dak rupa orang Melayu dah. Nauzubillahiminzalik... Okay berbalik kita pada cerita nikmatnya Quran. Inilahantara sifat Pemurah ALLAH yang Dia sebut di awal Surah ar-Rahman lagi. Selepas ayat pertama yang memujizatNya sendiri dengan menyebut Dia Maha Pemurah, kemudian dibalasNya selepas itu pada ayat kedua dengansifat PemurahNya sebagai nikmat ialah dengan mengajar kita reti baca Quran. Cuba tuan-tuan bayang bila kitabaca Quran, secara automatik kita boleh cakap Arab. Walhal 2 patah je yang betoi-betoi kita tau, "Ana enta anaenta", tu je yang reti. Tapi lihatlah bila ALLAH beri nikmat, tiba-tiba kita boleh cakap Arab masa kita baca al-Quran. Tak pasai-pasai boleh jadi Arab sekejap. Begitulah juga bila sembahyang, terus saja boleh cakap Arab.Mana boleh cakap melayu dalam sembahyang, haram berdosa. Inilah nikmat al-Quran tu tuan-tuan. Paling tidak,sebenarnya ki! ta sedang belajar bahasa Arab hari-hari walaupun tidak dalam kelas secara formal. Tuu taksembang lagi bab qiraat (cara bacaan). Kalau kita ada kat Madinah kata sahabat, macam-macam gaya bacaankita boleh tengok. Turki cara dia. Kita cara kita. Tapi nampak sedap kita lagi sebab M`sia boleh. Tengokmusabaqah sudah la tuan-tuan. Depa pulun habih sampai tok Arab pun bungkuih lari. Nampak saja bacaan hebatpun tak jadi apa jugak kalau hukum tetap tak diambik, dan ajaran tak dilaksanakan secara sepenuhnya.4) Dalam jutaan nikmat ALLAH, yang ke4nya kata Saidina Ali k. w. ialah nikmat kesihatan. Sebab itu Nabi s. a. w.kata ada 2 nikmat yang umat aku lalai tak reti nak guna, iaitulah pertamanya sihat tubuh badan dan keduanyamasa lapang waktu. Kebanyakan kita kalah kat 2 benda ni. Pertamanya kita suka lalai bila time sihat tubuhbadan. Kita tak berapa nak hargai waktu kita sihat. Waktu sihat kita tak mau pulun sungguh-sungguh tapi biladah sakit baru nak kelam kabut. Kita pun tak tau pasai apa kebanyakan kita perangai lagu tu?... Kata Nabi s. a.w., "Bila seorang tua tu jatuh sakit, dia tak larat dah nak pi kuliah, tapi sewaktu mudanya dia pulun sungguh

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...