You are on page 1of 1

Minggu 3 BMM3109: Morfologi Bahasa Melayu Soalan : 1.

Bukit-bukau, sampah-sarap, adat-istiadat Mengapakah perkataan berikut tidak tergolong dalam Kata Ganda. Perkataan di atas merupakan Kata Majmuk. Kedua-dua perkataan itu mempunyai makna yang tersendiri sebelum digabungkan. Misalnya perkataan bukau membawa maksud kawasan tanah bukit yang rendah iaitu lembah. Oleh itu, apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan ianya akan membawa satu makna yang baru. Selain itu, kata ganda perlu mengulangi kata dasar. Misalnya, kereta-kereta. 2. Bagaimanakah sesuatu perkataan itu dapat digolongkan sebagai kata ganda dan kata majmuk. Kata Majmuk ialah proses merangkaikan dua suku kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang tertentu. Kata majmuk ini dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit , iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contoh kata majmuk ialah kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak.

3. Nyatakan sumber yang membolehka pengguna bahasa mengenal pasti bentuk kata tunggal dalam Bahasa Melayu. Tatabahasa Dewan Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat dua jenis kata tunggal iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

You might also like