You are on page 1of 3

Niat Sebelum Bernikah

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik,sesuai dengan
tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam;antaranya:

1.Ingin meramaikan umat Islam.

Firman Allah s.w.t.bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu
yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya
zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai." (an-Nisa': 1)

2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri
kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit,
dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang
bathil dan mengikari nikmat Allah?" (an-Nahl: 72)

3.Menceriakan kehidupan umat.

Seperti maksud firman Allah s.w.t.: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)

4.Membantu menyuburkan iman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat
kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah. (at-Taubah:
71)

Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar
perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan
kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan
peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina
kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:
1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai,
sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan
Nasa'i).

Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah
dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan
menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin.
Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks,
niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.

2.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri
solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan
yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah
satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya
akan menjalar kepada zuriatnya pula.

Rasulullah bersabda: "Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka
tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah
kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati
pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin
pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh
berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara
halal. Kerana
itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.

3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin
menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada
mereka yang belum berkahwin.

Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya
manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada
di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa
masing-masing.

Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan.


Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda
tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi
mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke
hari
akhirat.
"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu
memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu
menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya
yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."- Ibn Majah

You might also like