Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
17Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Khasiat Lada Hitam

Khasiat Lada Hitam

Ratings: (0)|Views: 11,699|Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/01/2012

pdf

text

original

 
Khasiat Lada Hitam: Pandangan Homeopati
 
Oleh : Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
 
[Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, sdr Ramli Abdul Karim telah menulissebagaimana berikut: DI antara rempah ratus, LADA HITAM ialah yang paling popular dandigunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagairamuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. darikeluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan PEPPER.Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber).-Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi(kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi).Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia danIndonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India sertaBelem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal diserata dunia. - Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namunlada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), TajuddinAbdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit danmelawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. - Menurutnya, buah lada hitammuda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.“Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu ataudua sudu bagi setiap satu cawan air.”“Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh,” ujarnya.Tajuddin menambah, bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dankemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. - Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan danmemanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilisdimakan bersama-sama nasi yang masih panas.]
 
A
rtikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberisedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang
 
telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan padaawal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utamadalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada penuntut-penuntut homeopati.Walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi khasiat dan penggunaansecara herba berbanding homeopati, di sini saya ingin berkongsi idea tentangsimptom-simptom yang mungkin boleh mencetuskan idea ke arah pengumpulanmaklumat yang lebih lengkap mengenai khasiat perubatan bahan rempah ratus ini.Satu perkara yang jelas ialah kegunaan sesuatu bahan dalam perubatanherba lebih banyak berasaskan pengalaman. Akhir-akhir ini, apabila ia dibawamasuk ke makmal, banyaklah bukti-bukti saintifik dikemukakan bagi menyokong penggunaannya. Demikianlah halnya dengan lada hitam. Nama saintifik lada hitam iaitu
 Piper nigrum L
., sebenarnya jugamerupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan namaasalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali ataudicamkan apabila disebut “
black pepper 
”. Jenama ini bernilai komersil baik di peringkat pasar malam maupun pasar raya.
Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahuluialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materiamedika homeopati.
Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala
 Piper nigrum
ialah sakitkepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat jugarasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang danmembakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.Sebahagian simptom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbandingsetakat penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopatimencatat dengan halusi dan terperinci setiap simptom yang dirasakan ketikamenguji satu-satu bahan.Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan
 Piper nigrum
dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagisesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Afzan Idris liked this
Afzan Idris liked this
Mat Yunus Jusoh liked this
Hashimah Hashim liked this
oa2811 liked this
Rasidah Imeran liked this
Mohamad Helmy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->