Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
udg2 khas

udg2 khas

Ratings:

5.0

(4)
|Views: 2,793 |Likes:
Published by pengurusan

More info:

Published by: pengurusan on Nov 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/28/2011

pdf

text

original

 
10 prinsip islam hadari
Prinsip Pertama1)KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAHOleh :Prof. Dato’ Dr. Abdul Syukor Bin Haji HusinPanel Pemikir Islam Hadhari
PENDAHULUANPendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.tsebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dankonsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsipIslam Hadhari yang lainnya.Ia merupakan perwujudan fitrah semulajadi manusia dan anugerah khusus yang diberikanoleh Tuhan Yang Maha Esa kepada umat manusia.Keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam pengertian yang luas dan padu adalah asasdan syarat mutlak bagi satu-satu kaum, jika ia ingin memperolehi kejayaan hidup dankecemerlangan di dunia dandi akhirat, hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firmannya bermaksud: “Sekiranyapenduduk negeri itu, benar-benar beriman dan bertakwa (kepada Allah), tentulah kami(Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan hidup yang melimpah ruah, samadadari langit mahupun dari bumi” (al-a’raf:96).Maksud yang sama juga ditegaskan oleh Allah di ayat lain bermaksud: “Ketahuilahbahawa wali-wali Allah (yang sebenar) mereka tiada ditimpa rasa takut dan kesusahanhati; mereka itu adalah orang-orang beriman dan bertakwa (kepada Allah), mereka itulahyang memiliki kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat” (yunus:62). Berimansebenar bukan hanya kepercayaan dalaman tetapi perlu disertakan usaha dan kerja yangbersungguh-sungguh, disamping mematuhi dan memenuhi semua perintah Yang MahaKuasa.Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa adalah negara yang memberi keutamaan danpenekanan kepada lima perkara penting yang disebut oleh Ulama sebagai maqaasid al-shari’ah, iaitu:Pertama; memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai agamasebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Dan agama-agama lain tetapbebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai menjunjung tinggikebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak mengganggu kestabilan dansensitiviti umat yang lain.Kedua; memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi umat manusia tanpamembezakan golongan, agama, etnik dan darjat kedudukan nilai martabat kemanusiaansebagai makhluk ciptaan Allah yang termulia. Termasuk juga menjaga maruah dankehormatan bagi setiap individu.Ketiga; memelihara akal dengan memberi keperluan pendidikan yang mencukupi bagitujuan memartbatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan antara ilmu agama dan ilmudunia, atau ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Disamping mencegah semua perkarayang boleh merosakkan akal dan fungsinya.Keempat; memelihara keturunan dengan mempertahankan norma dan institusi keluargasebagai tunjang pembangunan sosial yang adil dan beradab. Termasuk juga berpegangteguh kepada nilai-nilai murni kemasyarakatan yang berlandaskan kepada akhlak mulia.Pencegahan kepada perkara yang boleh menodai keturunan turut mendapat perhatian,seperti salah laku seks, merendahkan maruah kaum wanita dan kedudukannya.Kelima; memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi umatnya melaluipeningkatan kemahiran (skills), peluang pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar.Pembangunan ekonomi yang dimaksudkan mestilah diasaskan kepada sumber manusiadan sumber alam yang dimiliki. Disamping berusaha membanteras secara berkesanperkara-perkara yang boleh membantutkan pembangunan ekonomi seperti rasuah,penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang tidak cekap dan pembaziran.Berdasarkan daripada pemahaman di atas, teranglah bahawa prinsip iman dan takwaboleh menjadi faktor utama bagi pembangunan masyarakat cemerlang menuju kepadaterwujudnya peradaban gemilang dan tamadun terbilang. Tanpa prinsip ini, kemajuantamadun yang dicapai oleh umat manusia hanyalah laksana bangunan yang rapuh tidakmempunyai asas yang kukuh dan nilai peradaban sebenar. Tamadun peradaban yang
 
tidak diasaskan kepada kepercayaan dan kebaikan ianya tidak akan kekal lama dan tidakakan mendatangkan apa-apa kebahagiaan yang berkekalan kepada umat manusia.Oleh sebab itu, pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yangsedang dikembangkan oleh Kerajaan dan masyarakat di Malaysia hari ini menetapkanprinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai prinsip pertama dan utamanya.Dan prinsip ini sewajarnya menjadi landasan kepada prinsip-prinsip Islam Hadharilainnya. Ia dengan sendirinya sebagai penyataan sikap dan asas pembangunan negarayang kukuh dan jelas.MAKNA KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAHKeimanan bermakna kepercayaan dan pegangan hidup yang kukuh tidak hanya tersematdi hati tetapi ia disertakan dengan ketaatan dan amalan terhadap apa yang diperintah danmeninggalkan apa yang ditegah oleh Allah s.w.t. Keimanan erat kaitannya dengan fitrahkejadian manusia sebagai makhluk ciptaan Allah s.w.t. Itulah sebabnya, Imam Nawawimenegaskan bahawa fitrah kejadian manusia itu adalah keimanan dan kepercayaan,ketika beliau menjelaskan hadis Rasulullah s.a.w, riwayat Imam Muslim tentang “kelahiran bayi berasas kepada fitrahnya”. Jika fitrah bayi itu dijaga dan dididik dengannilai-nilai mulia maka ia akan menjadi insan yang sempurna dan baik. Maka begitulahpula sebaliknya pendidikan, persekitaran dan ibu bapa adalah elemen penting bolehmewarnai kehidupan seseorang bayi.Oleh yang demikian, sistem keimanan dan kepercayaan merupakan sifat semulajadi umatmanusia yang tumbuh dan berkembang hinggalah menjadi suatu pegangan hidup.Wujudnya penyimpangan dan perbezaan keimanan ini, hanyalah disebabkan kerana faktorpemeliharaan fitrah yang terlepas dari pemeliharaan dan pentarbiahan. Sekiranya fitrahseseorang sejak lahir di dunia terjaga dengan baik, ianya akan tumbuh menjadi keimananatau kepercayaan atau pegangan hidupnya.Faktor pemeliharaan dan pentarbiahan fitrah inilah yang dikaitkan dengan konsepketakwaan. Kerana takwa adalah dari perkataan “wiqayah” yang mengandungi maknapemeliharaan dan penjagaan. Maknanya jika keimanan diibaratkan tumbuhan makaketakwaan itulah baja dan siramannya.Mengikut Hamka, keimanan bermakna kepercayaan iaitu pengakuan hati yang dibuktikandengan amalan perbuatan yang dilafazkan oleh lidah, akhirnya menjadi keyakinan hidupmanusia. Sementara ketakwaan, ianya mengandungi makna seperti berikut:1.memelihara hubungan yang baik dengan Pencipta2.memelihara diri daripada perbuatan yang tidak diredhai oleh Pencipta
3.
memelihara dan melaksanakan segala perintah Pencipta untuk diamalkan.Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa perkataan takwa itu tidak boleh diertikandengan makna takut, kerana hakikat ketakwaan meliputi makna amal, cinta, kasih, harap,tawakkal, redha, sabar dan sebagainya. Jadi makna ketakwaan jauh lebih luasdibandingkan dengan makna takut.Ketakwaan adalah hasil daripada pentarbiahan keimanan melalui amal soleh. Maknanyaorang yang bertakwa adalah orang yang telah teruji keimanannya sehingga mampumenjadikannya sebagai suluh dalam kehidupannya. Jadilah ia sebagai orang bertakwakerana dalam kehidupannya telah terpelihara dan terhindar dari perbuatan keji malah iasentiasa melakukan yang terbaik dan berguna dalam setiap aktivitinya.Daripada huraian di atas, difahami bahawa keimanan dan ketakwaan dari segi konsepnyatidak harus dipisahkan antara satu sama lain dan tidak harus dipisahkan di antarakeyakinan atau kepercayaan dengan amalan baik dan terpuji dan usaha mengupayakanmanusia disamping sentiasa menolak kerja-kerja keji atau tidak bermoral samadaterhadap Penciptanya atau sesama manusia dan alam sekitarnya kerana kedua-duanyamempunyai kaitan makna yang tidak dapat difahami secara berasingan. Kerana maknakeimanan dan ketakwaan adalah saling melengkapi iaitu kepercayaan yang menghasilkanpemeliharaan jati diri manusia. Di dalam al-Quran pun didapati firma Allah s.w.t yangmenggabungkan di antara keimanan dan ketakwaan sebagai syarat dan asas untukmendapatkan keredhaan Allah, keselamatan hidup dan ganjaran pahala di hari akhirat,seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sekiranya mereka beriman dan bertakwa,pastilah ganjaran pahala di sisi Allah adalah lebih baik (bagi mereka)” (al-baqarah:103).Kesimpulan maksud firman Allah s.w.t. di atas, secara jelas menghubungkaitkankeimanan dan ketakwaan dan menjadikan kedua-duanya sebagai dua serangkai yangtidak dapat dipisahkan termasuk dari sudut pengertian dan pemahamannya. Dengan demikian, jelaslah bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.tmerupakan prinsip hidup umat manusia yang mempunyai tujuan untuk memperolehibimbingan, hidayah, pertolongan Allah s.w.t dalam membangun dan memajukan
 
kehidupan mereka di atas dunia ini agar mereka mendapatkan kebahagiaan hidup didunia dan keselamatan di akhirat.Dari sudut terminologi, iman jika digunakan secara bersendirian, maka ia mengandungimakna takwa. Begitu juga sebaliknya jika perkataan takwa diguna secara bersendirianianya mengandungi makna iman. Dan jika disebut dua-dua maka keduanya mengandungierti yang berbeza tetapi saling melengkapi.Dalam konteks umat Islam, sudah tentu makna keimanan dan ketakwaan kepada Allahadalah usaha mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.Disamping itu, mereka memelihara kemurnian akhlak dan moral kemanusiaan sertapengiktirafan yang seadil-adilnya sesama manusia dan makhluk seluruhnya sehinggaorang yang bukan muslim pun merasa terhormat dan terjamin keselamatannya hidupbersama umat Islam.Penampilan umat Islam yang beriman dan bertakwa sudah tentu selari dengan konsep “ummatan wasatan” (umat yang bersikap sederhana dan moderate). Di mana umatIslam sentiasa memberi contoh yang terbaik dan unggul dalam melaksanakan aktivitikehidupan mereka. Amalan dan sikap hidup mereka sentiasa mencerminkan nilai-nilaimurni yang mereka percaya dan beramal dengannya.Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang sentiasa optimistik, berfikiranterbuka dan memiliki kekuatan jiwa dan emosi yang terkawal untuk mengerjakan yangterbaik bagi diri, keluarga, masyarakat, negara dan makhluk sejagat. Disamping itu,mereka juga memiliki kemampuan menyaring dan menapis semua perkara atau budayayang bercanggah dengan norma dan nilai agamanya. Kerana iman dan takwanya kepadaAllah membimbingnya ke jalan yang lurus bagi melakukan perkara-perkara yangbermanfaat, oleh sebab keimanan itulah menjadi sumber pelbagai kebaikan.Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis, riwayat Bukhari danMuslim; yang bermaksud: “Keimanan itu memiliki 60 cabang kebaikan, sifat malu adalahsatu daripadanya”. Disamping rasa malu (melakukan kesalahan dan penyelewengan) sifatkasih dan cinta kepada orang lain adalah juga bahagian yang utama daripada keimanan.Rasulullah s.a.w pernah menerangkan bahawa: “Tidak beriman di antara kamumelainkan ia mengasihani saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri”  Oleh yang demikian, manusia yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.takan sentiasa berkata yang benar, hormat kepada orang lain dan memperbaiki hubungankemasyarakatannya tanpa mengira unsur keturunan ataupun golongan dan agama, dansentiasa berusaha tidak akan menjerumuskan diri dalam kecelakaan dan kesengsaraan.Demikianlah makna keimanan dan ketakwaan kepada Allah menurut perspektif al-Quran,Hadis dan Ulama Islam ia telah ditetapkan menjadi prinsip pertama kepada pendekatanIslam Hadhari yang boleh dipastikan sebagai unsur dalaman manusia dan tindakan luaransecara sepadu yang perlu difahamai secara luas mengikut kefahaman Islam sebenar.yangperlu difahami secara benar mengikut kefahaman Islam sebenar.PERANAN IMAN DAN TAKWA DALAM KEHIDUPANManusia adalah makhluk dwidimensi yang merangkumi kedua-dua unsur fizikal danspiritual yang saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Akantetapi unsur kerohanianlah yang merupakan aspek unik dan utama yang melonjakkanmartabat manusia kepada sebaik-baik kejadian. Akal dan pemikiran manusia adalah cirri utama yang membezakannya daripada seluruhkejadian yang lain. Ianya merupakan satu manifestasi tanggungjawab dan kepintaranuntuk mengurus dan mentadbir kejadian disekelilingnya mengikut acuan dankemahuannya. Disamping ia memiliki daya untuk berfikir dan menganalisis untukmendapatkan apa yang difikirkan terbaik dan boleh mendatangkan manfaat kepada diridan masyarakatnya.Walau bagaimanapun, kemampuan akal amat terhad ia hanya berkisardi atas platform fizikal yang nyata. Di sinilah letak peranan tubuh dan fizikal badansebagai instrument untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi yang dicetuskan oleh akaldan pemikiran. Kuasa akal amatlah terbatas dan tidak dapat mencapai hakikat dankebenaran yang mutlak, kerana instrument yang digunakan hanyalah pancaindera danderia yang hanya dapat mengesan perkara-perkara yang zahir dan bersifat fizikal sahajadisamping ia mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Manakala, perkara-perkara yangghaib dan di luar darinya tidak dapat ditafsirkan atau dimutlakkan kewujudannya olehakal manusia.Di sinilah letak peranan iman dan takwa sangat diperlukan selaku wahana untukmendapatkan bimbingan ke arah membuka jalan kebenaran melalui hidayah dan taufikIlahi.

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nera Il Kobah liked this
pknightz liked this
wafa'dinie liked this
Amizan Bt Adnan liked this
Azizah Nasir liked this
zacx zamx liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->