You are on page 1of 13

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT TEMA : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT TAJUK PROJEK : KAJIAN LATAR BELAKANG DAN MAKSUD JATA

NEGERI

NAMA MURID : MUHAMMAD ABDUL ALIM BIN MUSTAFFA TINGKATAN NAMA GURU : 4 CENDEKIAWAN : PN. NOOR AZLINA BT. AB. AZIZ

DISEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :

..................................... ( MUHAMMAD ABDUL ALIM BIN MUSTAFFA )

............................. ( PN.NOOR AZLINA BT. AB. AZIZ )

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

KANDUNGAN PENGENALAN OBJEKTIF LOKASI STRATEGI PELAKSANAAN MASALAH-MASALAH PELAKSANAAN KOS PELAKSANAAN TEMPOH PELAKSANAAN PENGHARGAAN KESIMPULAN LAMPIRAN : LAMPIRAN A : Gambar dan Maksud LAMPIRAN B : Borang maklumat Menjalankan projek khidmat Masyarakat . LAMPIRAN C : Borang penilaian tahap Kesedaran sivik murid

HALAMAN

Saya Muhammad Abdul Alim Bin Mustaffa ialah murid Tingkatan 4 Cendekiawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga , Johor . Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Amiruddin B. Idris , Alif Azizul Afiq B. Anuar , Muhammad Afiq B. Sapuan , Muhammad Asyiq B. Sulaiman , Shamsuddin B. Ismail dan Muhammad Abdul Alim Bin Mustaffa telah menjalankan projek Khidmat Masyarakat yang bertajuk Kajian Latar Belakang dan Maksud . Koleksi ini telah dibuat dalam bentuk folio . Kami memilih tajuk tersebut kerana semangat cinta kami kepada negeri di Malaysia dan memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4 .

Antara objektif projek ini termasuk untuk : Mengenal pasti jata di setiap negeri di Malaysia . Memupuk semangat cinta kepada negeri di Malaysia. Mengetahui maksud dan latar belakang di negeri Malaysia.

Kami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan maklumat melalui internet , buku teks dan jurnal di Pusat Sumber Sekolah . Projek yang telah siap adalah dalam bentuk folio dan ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah sebagai rujukan warga sekolah .

Persediaan Awal : Sebelum memulakan projek ini , kami telah berjumpa sebanyak dua kali untuk berbincang tentang pelbagai perkara yang berkaitan . Akhirnya , kami telah mencapai keputusan seperti yang berikut : Memutuskan untuk memilih tajuk jata negeri dan maksud . Mendapatkan surat maklumat daripada pihak sekolah untuk ibu bapa . Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan projek yang berkenaan . Membahagikan tugas kepada ahli kumpulan untuk : - Mendapatkan semua surat kebenaran - Mencari maklumat melalui internet , buku teks dan jurnal . Menentukan reka bentuk folio untuk mengumpulkan maksud dan jata negeri Malaysia .

Pada 22 Februari 2011 , perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk berbincang tentang tugas dan perkara-perkara yang akan dilakukan . Mulai 22 Februari 2011 hingga 21 Mac 2011 , kami mendapatkan surat makluman daripada pihak sekolah untuk disampaikan kepada ibu bapa dan kemudiannya mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa . Pada 6 hingga 8 Mac 2011 , kami mula mencari maklumat melalui internet , buku teks dan jurnal tentang individu dan kumpulan yang kami pilih . Dalam hal ini , saya telah dipertanggungjawabkan untuk mencari dan mengumpulkan maklumat tentang maksud dan jata negeri di Malaysia . Pada 17 Mac hingga 19 Mac 2011 , setiap ahli kumpulan diberi masa untuk merumuskan dan menyusun bahan serta maklumat yang diperolehi . Pada 20 Mac 2011 , kami telah bertemu dengan membawa bahan dan maklumat masing-masing . Dalam tempoh 2 jam 30 minit , kami telah berbincang tentang reka bentuk folio dan susun atur bahan serta maklumat dalam folio . Pada 21 Mac 2011 , tugas menghasilkan folio Kajian Tentang Latar Belakang Negeri di Malaysia . Folio diserahkan kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk menilai .

Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek ini . Pertamanya , kami kekurangan masa dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang guru bagi kepada murid . Selain itu , komputer kami telah meletup akibat dibuka selama 5 hari . Tambahan pula , mesin pencetak kami telah kehabisan dakwat . Namun , kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami , akhirnya kami bejaya juga dapat menyiapkan kerja folio kami .

Projek yang kami jalankan hanya melibatkan kos untuk menghasilkan folio dan kos tersebut tidaklah begitu tinggi . Kos ini termasuk juga kos memproses semua gambar foto aktiviti yang diambil sebelum dan semasa melaksanakan projek . Kami telah berkongsi untuk menampung kos tersebut . Kami bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sanggup mengeluarkan sedikit kos untuk menyiapkan kerja folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan . Oleh itu , tiada kos pengangkutan yang harus kami tanggung . Dalam pada itu , kerjasama pihak sekolah yang membenarkan kami menggunakan internet di Pusat Akses sekolah secara percuma menyebabkan kami tidak perlu mengeluarkan wang .

Kerja projek dimulakan pada 22 Februari 2011 yang bermula dengan sesi perbincangan selama 1 jam bersama guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan . Selepas itu , kami mula melaksanakan tugas untuk mendapatkan surat kebenaran . Selain itu , dalam tempoh 6 Mac hingga 10 Mac 2011 , kami mencari maklumat melalui internet , dengan peruntukan selama 1 jam sehari . Masa yang selebihnya , iaitu 2 jam 30 minit , kami gunakan untuk menyusun reka bentuk folio serta memilih maklumat dan gambar yang sesuai untuk dimasukkan dalam koleksi yang berkenaan sehinggalah tugasan selesai . Semuanya memakan masa selama 10 jam .

Keseluruhan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna kerana mendapat bantuan , sokongan , dan kerjasama daripada beberapa pihak . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada : Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya , iaitu Pn.Noor Azlina Bt. Ab. Aziz yang sentiasa memberikan bimbingan dan menguatkan semangat kami sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini . Ibu bapa saya yang telah memberikan kebenaran dan sokongan dari mula hingga akhir pelaksanaan projek ini , termasuk meluangkan masa bersama saya untuk mengeluarkan kos untuk menyiapkan kerja folio kami . Puan Pengetua , Puan Hjh. Siti Rumjah Binti Banaji yang telah memberikan kebenaran kepada kumpulan kami untuk menjalankan projek ini dan seterusnya mengizinkan kami menggunakan internet di sekolah secara percuma . Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan rakan-rakan yang sudi berkongsi bahan atau maklumat tentang individu dan kumpulan yang kami pilih untuk koleksi berunsur patriotik ini . Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sememangnya menunjukkan komiten penuh dalam menjayakan projek ini . Kerjasama , sokongan , dan semangat tinggi yang ditunjukkan telah memungkinkan terhasilnya folio Kajian Maksud dan Latar Belakang negeri di Malaysia .

Secara keseluruhannya , projek Khidmat Masyarakat ini telah dapat dijalankan dengan sempurna sehingga berjaya menghasilkan folio Maksud dan Jata diri Negeri Malaysia . Diharapkan bahawa dengan adanya folio ini , pelajar-pelajar dapat mengetahui jata-jata negeri di Malaysia dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di persada dunia . Seterusnya diharapkan murid-murid dapat menjadikan negeri-negeri di Malaysia yang berkenaan sebagai idola untuk dijadikan teladan . Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semangat setia kawan dalam menjayakan projek ini , terutama dalam menghadapi situasi yang sukar . Semangat dan dorongan daripada ahli-ahli kumpulan telah membulatkan tekad kami untuk meneruskan projek ini hingga berjaya . Kesimpulannya , melalui pelaksanaan projek ini , saya dan ahli-ahli kumpulan beroleh kesedaran bahawa Khidmat Masyarakat dapat dijadikan suatu amalan yang sungguh murni .

You might also like