You are on page 1of 2

DEFINISI BIMBINGAN

1. Othman Mohamed (2000) Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

2. Chiskolm (1959) Bimbingan membantu individu untuk lebih mengenali berbagai informasi tentang dirinya sendiri.

3. Bernard & Fullmer (1969) Bimbingan merupakan kegiatan yang bertujuan meningkatkan realisasi peribadi setiap individu.

4. Mathewson (1969) Bimbingan sebagai pendidikan dan pengembangan yang menekankan proses belajar yang sistematik.

5. Winkel (2005) Bimbingan merupakan usaha melengkapi indvidu dengan pengetahuan, pengalaman dan informasi tentang dirinya sendiri.

DEFINISI KAUNSELING

1. Saefudin dan Abdul Bari (2002) Kaunseling merupakan proses pemberian informasi objektif dan lengkap, dilakukan secara sistematik dengan panduan komunikasi interpersonal, teknik bimbingan dan penguasaan pengetahuan klinik yang bertujuan untuk membantu seseorang mengenali kondisinya saat ini, masalah yang sedang dihadapi dan menentukan jalan keluar atau upaya mengatasi masalah tersebut.

2. Krumboltz (George & Kristianni, 1990) kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

3. James (1982) kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

4. Corey (1977) proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya.

5. Hansen, Rossberg & Cramer (1994) Kaunseling adalah satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan persekitarannya, dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka.

You might also like