You are on page 1of 17

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI BARAT

CTU 151 (PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM) KUMPULAN : EC1102C2


NAMA PELAJAR: 1. AZUAN BIN AHMAD FAUZI (2011803188) 2. TENGKU AMIRUL MUKMININ BIN TENGKU MAHIZIR (2011613942) 3. MOHAMMAD FARIZ BIN ROSLI(2011822564) 4. MUHAMMAD AMIN ARSYAD BIN ISA(2011255096) NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD HANIF BIN DZULKIFLI

Pengiraan Markah 1 2 3 4 5 Pengenalan Fakta & Huraian Kesimpulan/Cadangan Rujukan Etika Jumlah Keseluruhan

JUM /2 /16 /4 /4 /4 /30

ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN 2. SISTEM EKONOMI ISLAM 2.1. PENGERTIAN SISTEM 2.2. STRUKTUR KEGIATAN 2.3. KONSEP EKONOMI ISLAM 2.4. DASAR-DASAR EKONOMI ISLAM 2.5. EKONOMI ISLAM DAN TENTANGAN KAPITALISME 3. SISTEM EKONOMI BARAT 3.1. KAPITALISME 3.2. SOSIALISME 3.3. KOMUNISME 4. PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI BARAT 5. KESIMPULAN 6. RUJUKAN 2 4 4 4 6 7 8 10 10 11 12 12 15 16

1. PENGENALAN

Ekonomi bukanlah perkara baru yang wujud dalam kehidupan orang Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah dan ringkas. Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba, sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing.

Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masihi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masihi). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara, dll. Beliau yang berasal dari Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.

Walaubagaimana pun momentum pengembangan ilmu Ekonomi Islam ini mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku disekitar kurun ke 13 Masihi. Inilah zaman kegelapan Islam di mana masalah politik dan sosial di kalangan umat Islam telah menjadi kucar-kacir sehingga membantutkan institusi keilmuan. Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan berijtihad. Mereka hanya mampu bertaklid dan dengan rela hati menutup pintu ijtihad. Ilmu Ekonomi Islam yang yang di asaskan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.

Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beraleh ke Barat. Lahirlah tokoh ilmu ekonomi Barat seperti Adam Smith (1723-1790), David Ricardo (1772-1823), J.S. Mills (1806-1873), Irving Fisher (1867-1947), John Maynard Keynes (1883-1946), dan lain-lain. Cendikiawan dari negara Islam pula menghala ke Barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing-masing. Zaman kejatuhan

kegemilangan Islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa Barat ke atas negaranegara Islam. Maka dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu melalui penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh dikatakan kesemua negara Islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang dikatakan sekular itu.

Natijah daripada sejarah pengembangan ilmu yang yang tebantut itu, persoalan yang mendepani kita ialah apa dia dan di mana dia Ekonomi Islam? Adakah sistem ekonomi Barat sesuai di amalkan oleh umat, negara dan masyarakat Islam dengan pengubahsuaian yang sewajarnya (proses Islamisasi)? Atau, adakah Ekonomi Islam itu merupakan satu bidang ilmu yang sama-sekali berlainan dari Ekonomi Barat sehinggakan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan ekonomi konvensional? Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ilmu ekonomi Islam selepas zaman Ibn Khaldun. Pendekatan pertama lebih mudah dan lebih praktikal memandang kepada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi konvensional. Para ilmuan Islam boleh menggunakan ekonomi konvensional sebagai titik tolak dan membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan Islam, mengubahsuai perkara yang tidak sesuai dan menolak yang jelas tidak dibenarkan.

2. SISTEM EKONOMI ISLAM Ekonomi Islam didefinisikan sebagai suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga masyarakat bagi mendapatkankeredhaan Allah. Asas kepada ekonomi Islam adalah berpaksikan kepada keadilan, kebebasan hak milik, dan persamaan, di simpul dengan ikatan akidah, kesucian jiwa, pengorbanan, persaudaraan dan ihsan. 2.1. PENGERTIAN SISTEM Intipati daripada gambaran di atas dapat difahamkan bahawa sistem ekonomi Islam adalah syumul, tidak terpisah daripada masyarakat, negara dan sunnatullah. Ia merupakan suatu sistem yang membentuk corak pentadbiran dan pengurusan sektor-sektor yang melibatkan berbagai institusi yang mengandungi nilai-nilai hukum, peraturan dan kepercayaan, yang mengait secara langsung atau tidak dalam hal yang berhubung dengan penggunaan, pengeluaran, agihan atau pertukaran.Ini bermakna sistem ekonomi Islam adalah multi dimensional dan sepadu sifatnya, di samping wujudnya koardinasi yang amtap daripada semua pihak yang terlibat samaada dipertingkat mikro atau makro untuk menjayakan fungsi sesebuah sistem ekonomi selari dengan nilai-nilai hukum dana peraturan Islam. 2.2. STRUKTUR KEGIATAN

Dalam dari segi struktur ia mengandungi tiga sektor asas iaitu: 1. Sosial, masalahah atau kebajikan. 2. Ekonomi, tijarah atau perniagaan/perdagangan. 3. Politik, siasah atau kenegaraan.

Ketiga-tiganya tidak terlepas daripada perlakuan dan kegiatan manusia dalam kehidupan hariannya. Sebarang masalah yang timbul, penyelesaiannya seharusnya dilakukan diperingkat asas, iaitu masyarakat dan kerjasama swasta (sektor pertama dana kedua). Manakala sector ketiga (awam) sebagai penyelaras dan berfungsi mengawasi sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan ramai, di samping bertindak sebagai badan amanah dana penyelesai masalah peringkat terakhir apabila sektor pertama dana kedua gagal berfungsi.

Pembagunan setempat adalah contoh terdekat dalam hal ini. Umpamanya, pembinaan prasarana masyarakat masjid dana jambatan tidak perlu menagih kesemuanya daripada pemerintah. Dengan sistem waqaf dan sadaqah pemerintah tidak perlu berbelanja besar kerana sebahagian daripada biayanya dilakukan oleh orang ramai dana pihak swasta atas asas amal jariah. Dengan ini kerajaan dari satu segi boleh mejimatkan kos pembagunan. Bagaimanapun, pembahagian beberapa bidang kegiatan manusia seperti di atas bukanlah dalam bentuk yang rigid tidak boleh berubah, sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan memudahkan kefahaman. Pada hakikatnya dalam amalan biasa terdapat hubungan yang rapat di antara ketigatiga bidang tersebut. Umpamanya, diantara aktiviti atau kegiatan siasah, politik atau kenegaraan ada yang menyentuh secara langsung bidang ekonomi, perniagaan atau perdagangan dan juga bidang sosial. Begitulah di antara aktiviti atau kegiatan ekonomi atau perdagangan ada pula yang menyentuh secara langsung bidang sosial, politik atau kenegaraan. Dalam hal sedemikian sistem ekonomi Islam secara keseluruhan dapatlah digambarkan sebagai suatu sistem yang merangkumi semua jenis aktiviti atau kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam ketiga-tiga sektor di atas seperti berikut.

2.3. KONSEP EKONOMI ISLAM Islam mengambil suatu kaedah terbaik di antara kedua-dua pandangan yang ektrem tersebuat dan cuba untuk membentukkan keseimbangan sebenar di antara keduanya. Ia menetapkan bahawa kejayaan tidak diperolehi melalui fahaman yang pertama ataupun fahaman yang kedua tetapi melalui pelarasan kedua-duanya. Seseorang tidak sepatutnya menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada fahaman kerohanian dan tidak mengendahkan fahaman hidup kebendaan ataupun seseorang hanya menilai sesuatu melalui nilai faedah ekonominya dan mengetepikan langsung nilai-nilai moral. Sesuatu kejayaan system ekonomi Islam bergantung kepada sejauh mana pengubahsuaian dapat dilakukan dia antara keperluan kebendaan dan keperluan etika yang diperluaskan oleh manusia. Sistem ekonomi Islam tidak melupakan ciri asas kemajuan manusia yang bergantung kepada sejauh mana kejayaan koordinasi dan harmoni di antara aspek moral dan kebendaan dalam kehidupan manusia. Apabila nilai-nilai moral dipisahkan daripada kemajuan ekonomi, ia akan kehilangan kuasa yang mampu mengekalkan kestabilan dan kesemimbangan dalam sistem sosial. Di samping itu apabila perjuangan ekonomi langsung tidak mempunyai batasbatas moral dan menuju kepada fahaman kebendaan lantas akan wujud keiatan rasuah dan keadaan yang tidak bermoral, yang pasti akan menghapuskan kestabilan ekonomi masyarakat. Akibatnya, masyarakat akan menghadapi persaingan dan permusuhan, hilangnya sikap bekerjasama dan kasih sayang di antara kedua-dua konsep hidup tadi dan akhirnya akan membawa kehancuran dan keruntuhan kepada masyarakat. Ini tidak mendorong masyarakat untuk menganggap bahawa Islam mengesyorkan nilai moral semata-mata dan menentang kemahuan ekonomi untuk kehidupan. Sebenarnya hal ini tidaklah benar, apa yang cuba dilakukan ialah untuk mewujudkan suasana harmoni sebenar di antara fahaman kebendaan dan kerohanian manusia, system ekonomi Islam mengajarkan bahawa kerjayaan dan keselamatan bukanlah terletak pada fahaman kerohanian atau pun kebendaan semata-mata tetapi terletak pada kombinasi kerohanian kedua-duanya. Sistem ekonomi Islam menekankan bahawa manusia tidak sapatutnya menyerahkan diri sepenuhnya ke dalam fahaman kerohanian, mengabaikan kepentingan unsur-unsur kebendaan dan mengangap ia sebagai berdosa, atau pun dia berpegang kepada keadaan esktrem yang kedua yang menilai sesuatu melalui hasil-hasil kebendaan dan mengetepikan nilai-nilai moral kehidupan.

2.4. DASAR-DASAR EKONOMI ISLAM

Antara dasar-dasar ekonomi Islam adalah:

1. Bertujuan untuk mencapai masyarakat yang sejahtera baik di dunia dan di akhirat, tercapainya pemuasan optimal berbagai kebutuhan baik jasmani maupun rohani secara seimbang, baik perorangan maupun masyarakat. Dan untuk itu alat pemuas dicapai secara optimal dengan pengorbanan tanpa pemborosan dan kelestarian alam tetap terjaga. 2. Hak milik relatif perorangan diakui sebagai usaha dan kerja secara halal dan dipergunakan untuk hal-hal yang halal pula. 3. Dilarang menimbun harta benda dan menjadikannya hiasan. 4. Dalam harta benda itu terdapat hak untuk orang miskin yang selalu meminta, oleh karena itu harus dinafkahkan sehingga dicapai pembagian rezeki. 5. Pada batas tertentu, hak milik relatif tersebut dikenakan zakat. 6. Perniagaan diperkenankan, akan tetapi riba dilarang. 7. Tiada perbedaan suku dan keturunan dalam bekerjasama dan yang menjadi ukuran perbedaan adalah prestasi kerja.

Kemudian landasan nilai yang menjadi tumpuan tegaknya sistem ekonomi Islam adalah sebagai berikut:

Nilai dasar sistem ekonomi Islam: 1. Hakikat pemilikan adalah kemanfaatan, bukan penguasaan. 2. Keseimbangan ragam aspek dalam diri manusia. 3. Keadilan antara sesama manusia.

Nilai instrumental sistem ekonomi Islam: 1. Kewajiban zakat. 2. Larangan riba. 3. Kerjasama ekonomi. 4. Jaminan sosial. 5. Peranan negara.

Nilai filosofis sistem ekonomi Islam: 1. Sistem ekonomi Islam bersifat terikat yakni nilai. 2. Sistem ekonomi Islam bersifat dinamik, dalam arti penelitian dan pengembangannya berlangsung terus-menerus.

Nilai normatif sistem ekonomi Islam: 1. Landasan aqidah. 2. Landasan akhlaq. 3. Landasan syari'ah. 4. Al-Qur'anul Karim. 5. Ijtihad (Ra'yu), meliputi qiyas, masalah mursalah, istihsan, istishab, dan urf.

2.5. EKONOMI ISLAM DAN TENTANGAN KAPITALISME

Perbedaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi yang lain adalah: y Asumsi dasar / norma pokok mahupun aturan main dalam proses ataupun interaksi kegiatan ekonomi yang diberlakukan. Dalam sistem ekonomi Islam asumsi dasarnya adalah syari'ah Islam, diberlakukan secara menyeluruh baik terhadap individu, keluarga, kelompok masyarakat, usahawan maupun penguasa/pemerintah dalam memenuhi tuntutan hidupnya baik untuk keperluan jasmani mahupun rohania y Prinsip ekonomi Islam adalah penerapan asas efisiensi dan manfaat dengan tetap menjaga kelestarian lingkungan alam. y Motif ekonomi Islam adalah mencari keberuntungan di dunia dan di akhirat selaku khalifatullah dengan jalan beribadah dalam arti yang luas.

Berbicara tentang sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis tidak boleh dilepaskan dari perbezaan pendapat mengenai halal haramnya bunga yang menurut sebahagian ulama dianggap sebagai riba yang diharamkan oleh al-Qur'an.

Manfaat wang dalam berbagai fungsi baik sebagai alat penukar, alat penyimpan kekayaan dan pendukung peralihan dari sistem barter ke sIstem pengekonomian wang, oleh para penulis Islam telah diakui, tetapi riba mereka sepakati sebagai konsep yang harus dihindari dalam pengekonomian. Larangan riba dalam Islam bertujuan membina suatu bangunan ekonomi yang menetapkan bahAwa modal itu tidak dapat bekerja dengan sendirinya, dan tidak ada keuntungan bagi modal tanpa kerja dan tanpa penempatan diri pada risiko sama sekali. Karena itu Islam secara tegas menyatakan perang terhadap riba dan ummat Islam wajib meninggalkannya(al-Baqarah:278), akan tetapi Islam menghalalkan mencari keuntungan lewat perniagaan.

3. SISTEM EKONOMI BARAT

Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa system ekonomi barat atau dikenali sebagai system konvensional yang begitu terpengaruh:

3.1. KAPITALISME Sistem ini dikenali sebagai system perusahaan bebas. Di bawah sistem ini seseorang individu berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. Mencegah orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana barangbarang itu diuruskan setelah dia mati.

Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja kegiatannya tidak menganggu orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat, seluruhnya hak-hak ini boleh dibatasi melalui tindakan msyarakat. Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada umumnya persaingan dalam system kapitalis ini merupakan daya kuat dan dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi lain. Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah: 1. Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia 2. Pengambilan riba iaitu peminjam wang malalui institusi kewangan (bank dan industry kredit) yang mengenakan riba (faedah) 3. Factor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui system saham. 4. Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktivitiaktiviti ekonomi dan seterusnya politik Negara. Kuasa penentu dalam system kapitalisme dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal. 5. Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dibawah system kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan bayaran-bayaran [engiklanan yang berlebihan 6. Kapitalisme mempunyai unsure-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya.

3.2. SOSIALISME

Segelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atas masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di barat. Kelahiran sosialime mula mendapat sembutan dan begitu laris. Prinsip sosialisme adalah: 1. Mengambilkan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golongan proliter (petani dan buruh). 2. Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada Negara untuk diagihkan sama rata kepada rakyat.

Di bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah dan modal yang digunakan secara besar-besaran, industry-industri besar dimiliki dab dikawal oleh Negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oleh individu. Secara umumnya, individu dalam sebuah sengara sosialis memiliki dan menguasai lebih banyak harta berbanding dengan individu di bawah system komunisme tetapi sangat kurang berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme. Oleh kerana di bawah system sosialisme banyak industry dimiliki dan dijalankan oleh Negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankan oleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang utuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengan sistem kapitalisme.

3.3. KOMUNISME

Sosialisme berjuang untuk mengambil kuasa ekonomi kepada golongan proliter secara demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (1940-1945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakan kekerasandicadangkan iaiti dikenali sebagai komunisme. Ianya mendapat mandate sambutan di Barat sesudah kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan (equality), kemerdekaan (liberty), dan persaudaraan (fretinity). System komunis merupakan satu system ekonomi sosialis yang radikal dan satu doktrin politik yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi system ini, semua tanah dan modal sama ada asli atau buatan manusia, berada di tangan Negara sepenuhnya. Rakyat akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan mengikut kebolehan mereka. Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialisme dengan komunisme. Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah karl Marx. Tujuan utama penganjuran sosialisme ialah untuk menegakkan kerajaan dictator oleh sosialis, Karl Marx mengarah agar semua komunis mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme. Oleh itu penganjuran komunis Rusia telah menamakan Negara mereka Union of Soviet socialist Republic bukan Union of Soviet Communist Republic. Dalam The Communist Manifesto Karl Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan mengasaskan pemerintahan dictator pekerja-pekerja sosialis. Untuk itu tiga perkara diperlukan 1. Menghapuskan semua hak milik persendirian 2. Menghapuskan unit keluarga 3. Menghapuskan segala Agama.

4. PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI BARAT

Sistem Ekonomi Islam merupakan Madzhab ekonomi islam, yang terjelma di dalammya bagaimana cara islam mengatur kehidupan perekonomian, dengan apa yang dimiliki dan ditunjukkan oleh madzhab ini tentang ketelitian cara berfikir yang terdiri dari nilai-nilai moral islam dan nilai-nilai ekonomi, atau nilai-nilai sejarah yang ada hubunganya dengan uraian sejarah masyarakat (M.Baqir As.Shadr, 1968). Sistem Ekonomi Kapitalis (Liberalis) : Suatu sistem ekonomi yang didasarkan pada azas Lisses Faire, Laisses Aller, kesejahteraan umum akan tercapai dengan sendirinya jika setiap orang, setiap individu dibiarkan bebas tanpa adanya campur tangan pemerintah; karena didorong oleh kepentingannya pribadi, maka produksi akan disempurnakan dan terus meningkat dengan sendirinya (Adam Smith, 1775. terjemahan).Kemudian dalam praktik ekonomi Islam, menunjukkan adanya hal baru dibandingkan sistem-sistem klasik, berupa penekanannya yang tidak melulu pada pendekatan hasil (output), melainkan juga menekankan bagaimana prosesnya.

Sistem ekonomi Islam muncul selari dengan perkembangan umat Islam itu sendiri. Hal ini ditandai dengan didirikannya institusi-institusi keuangan Islam yang mengamalkan system bebas riba/bunga. Realitinya, kebanyakan masyarakat masih ada yang belum mengenal system tersebut secara benar. Sebagian masyarakat bahkan ahli profesional dan ekonomi masih menganggap bahwa sistem ekonomi Islam akan menghadapi kesukaran dalam persaingan dengan sistem keuangan konvensional. Ia (sistem ekonomi konvensional) cenderung lebih cepat berkembang dan bergerak lebih depan dalam era globalisasi. Karena kebanyakan system keuangan dunia masih bergantung kepada sistem yang berbasiskan kepada bunga. Terdapat suatu anggapan bahwa salah satu masalah yang dihadapi oleh sistem ekonomi Islam ialah sistem tersebut tidak mampu mengalokasikan sumber secara optimum. Hal ini disebabkan bahwa bunga adalah harga.

Pendapat lain mengatakan jika tidak ada bunga sebagaimana dalam sistem ekonomi Islam dana pinjaman akan diberikan kepada peminjam secara sukarela sehingga permintaan terhadap pinjaman mengalami lonjakan sehingga tidak ada suatu mekanisme yang dapat mengembangkan permintaan dan penawaran. Ertinya, bahawa bunga merupakan satu-satunya kekuatan, jika tidak, sumber keuangan akan digunakan secara tidak efisien bagi masyarakat. Berbeda dari sistem ekonomi konvensional, di dalam sistem ekonomi Islam dana akan tersedia jika ada biaya dan biaya tersebut terdapat di dalam konsep keuntungan. Tingkat

keuntungan menjadi kriteria untuk mengalihkan sumber sekaligus untuk membuat keseimbangan antara permintaan dan penawaran. Semakin besar keuntungan yang diharapkan dari suatu perniagaan semakin besar pula tawaran dana dalam perniagaan tersebut. Apabila keuntungan aktual suatu perniagaan senantiasa lebih rendah dari yang diharapkan maka perniagaan tersebut akan mengalami kesulitan meningkatkan dana di masa depan. Perbedaan yang utama antara system ekonomi islam dan system ekonomi konvensional adalah: 1. Secara epistemologis ekonomi Islam dipercaya sebagai bagian integral dari ajaran Islam itu sendiri, sehingga pemikiran ekonomi Islam langsung bersumber dari Tuhan. 2. Ekonomi Islam dilihat sebagai sistem yang bertujuan bukan hanya mengatur kehidupan manusia di dunia, tapi juga menyeimbangkan kepentingan manusia di dunia dan akhirat. Ini membawa implikasi dari aspek normatif: apa yang baik dan buruk, apa yang harus dilakukan atau dihindari bukan semata-mata dilihat dari aspek efisiensi sebagaimana dikenal dalam ekonomi konvensional, melainkan bagaimana agar tindakan di kehidupan duniawi juga menghasilkan imbalan di akhirat. 3. sebagai konsekuensi dari landasan normatif itu, sejumlah aspek positif atau teknis dalam ekonomi konvensional tak bisa diaplikasikan karena bertentangan dengan nilainilai yang dibenarkan oleh Islam.

Tiga perbezaan ini membuat proponen ekonomi Islam memandang bahwa system ekonomi lebih superior dibandingkan sistem-sistem lain. Tentunya pandangan ini menyisakan sebuah pertanyaan penting. Jika benar sistem ekonomi Islam superior, tentunya ia akan lebih mampu mengatasi masalah dan tentangan peradaban manusia moden. Tapi faktanya, saat ini system tersebut bukanlah (atau belum?) merupakan sistem ekonomi yang dominan di dunia, bahkan bukan juga di negara-negara meyoritas Muslim. Kalau ia adalah sistem yang sempurna, mengapa tidak ada rujukan sejarah dimana sistem ini bisa dibilang berhasil dan masih tetap relevan di masa sekarang.

5. KESIMPULAN

Pengekonomian sebagai salah satu sendi kehidupan yang penting bagi manusia, oleh al-Qur'an telah diatur sedemikian rupa. Riba secara tegas telah dilarang karena merupakan salah satu sumber perekonomian dunia. Al-Qur'an menggambarkannya sebagai orang yang tidak dapat berdiri tegak melainkan secara limbung bagai orang yang kemasukan syaitan. Hal terpenting dari semua itu adalah bahawa kita harus dapat mengembalikan fungsi asli aitu sebagai alat tukar / jual-beli. Memperlakukan sebagai komoditi dengan cara memungut bunga adalah sebuah dosa besar, dan orang-orang yang tetap mengambil riba setelah tiba larangan Allah, diancam akan dimasukkan ke neraka. Berdirinya Bank Muamalat Malaysia merupakan salah satu contoh tentangan untuk membuktikan suatu pendapat bahwa konsepsi Islam dalam bidang ekonomi dapat menjadi konsep alternatif.

6. RUJUKAN

1. Sarimah Hanim Aman Shah, Ekonomi dari Perpektif Islam, Penerbit Fajar Bakti, 2006. 2. Azlan Khalil Shamsudin dan Siti Khursiah Mohd Mansor, Pengantar Ekonomi Islam, iBook, 2006. 3. Surtahman Kastin Kasan dan Sanep Ahmad, Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua, 2005. 4. 5. Mustafa Dakian, Sistem Kewangan Islam, Utusan Publications, 2005. Dr. Hailani Muji Tahir, Sistem Ekonomi Islam Dan Dasas Belanjawan Al-Rahmaniah Badan Dakwah Dan Kebajikan Islam Malaysia. 6. Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam Jilid 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like