You are on page 1of 5

1 PENGENALAN

Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya. Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Kita boleh lihat definasi yang di berikan ini adalah terlalu umum. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses

pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui. Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop

masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya. Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihatmanasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam. Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling talah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam persekitarannya. Biblioterapi boleh ditafsirkan sebagai penggunaan buku-buku untuk menolong orang atau klien menyelesaikan masalah.Definisi yang lebih tepat Biblioterapi sebagai teknik untuk menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien. Dengan bahasa yang lebih senang difahami adalah sebagai pemudahcara dengan klien berasaakan perkongsian secara perkaitan dengan idea yang diperolehi daripada apa yang dibaca. Konsep asas biblioterapi ialah membaca untuk pengalaman rawatan.Idea biblioterapi merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yangtertulis di dalamnya. Ia bermula daripada kecenderungan manusia untuk mengenal pasti dengan orang lain melalui ekspresi dalamli teratur dan seni. Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bacaan bahan penulisan yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak (peroleh ilmu,luahkan perasaan dan selesaikan masalah).

4 FASA DAN LANGKAH PELAKSANAAN SECARA TERATUR DAN SISTEMATIK SERTA CONTOH-CONTOH INTERVENSI.

Mengikut Pardeck (1993), fasa dan langkah Kaunseling Biblio atau Terapi Biblio yang pertama adalah identifikasi. Kaunselor mengenalpasti keperluan klien dalam sesi kaunseling tersebut. Klien mengidentifikasi dirinya dengan karakter dan peristiwa yang ada dalam buku, baik yang bersifat nyata atau fiksi. Bila bahan bacaan yang disarankan tepat maka klien akan mendapatkan karakter yang mirip atau mengalami peristiwa yang sama dengan dirinya. Terdapat kaunselor yang mengenalpasti masalah dalam bentuk pertanyaan, dan ada pula yang mengenalpasti dalam bentuk pernyataan. Keduanya memiliki rasional masing-masing. Tetapi, dalam hal ini setiap kaunselor perlu menyesuaikan dengan permasalahan yang timbul agar setiap masalah dapat dirungkai dengan jelas. Contohnya, klien baharu sahaja kehilangan kedua ibu bapanya di dalam sebuah kemalangan. Klien tersebut berada dalam keadaan sedih dan kesunyian. Oleh itu, kaunselor perlu memahami masalah yang dihadapi klien sebelum melaksanakan langkah yang berikutnya. Langkah yang kedua ialah pemilihan buku yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh klien. Proses pemilihan yang dilakukan oleh kaunselor ini memerlukan kemahiran yang betul dan insight. Buku yang dipilih perlu memberikan gambaran yang realistik dalam kehidupan dan bukannya hanya memberikan klien khayalan yang indah semata-mata. Bahan bacaan adalah seperti buku, artikel, puisi, dan majalah. Dengan bantuan pembimbing klien menjadi sedar bahawa

permasalahannya akan dapat diselesaikan. . kaunselor telah memilih satu buku yang menceritakan pengalaman dan cabaran yang dihadapi watak utama dalam buku tersebut apabila kehilangan ibu bapa, dimana situasi yang sama dihadapi oleh kliennya. Satu lagi contoh disini, jika kita perhatikan baru-baru ini di kaca televisyen sebuah drama bersiri 14 episod yang bertajuk Juvana yang mengisahkan seorang kaunselor sekolah juvana iaitu Cikgu Zakiah yang menerapkan teknik kaunseling biblioterapi kepada pelajarnya iaitu Daim. Memandangkan Daim mempunyai masalah dalam kalangan rakan-rakannya kerana sering dibuli. Semangat Daim yang luluh akhirnya berubah setelah Cikgu Zakiah memberikan beberapa buah buku kepada Daim dalam membina kembali semangat Daim untuk menghadapi rakanrakannya itu. Akhirnya Daim mampu menangani rakannya dengan cara lembut

walupun dia sering dibuli. Kata-kata hikmah yang dirangsang oleh buku tersebut serta tunjuk ajar dari Cikgu Zakiah memberikan Daim sinar baru dalam hidupnya. Permasalahan klien mungkin seperti dalam karakter tokoh dalam buku sehingga dalam menyelesaikannya dia mampu mempertimbangkan langkah-langkah yang ada dalam cerita buku.Pemilihan bahan bacaan tergantung pada tujuan dan tingkat intervensi yang diinginkan. Secara garis besar, bahan bacaan dapat dibezakan menjadi dua, iaitu deduktif dan imaginatif. Bahan bacaan deduktif memfasilitasi suatu perubahan dalam individu melalui pemahaman diri yang lebih bersifat kognitif. Ciri-ciri buku ini bersifat instruksional dan mendidik, seperti buku mengajar, buku petunjuk (how to). Buku jenis ini menerangkan secara mendalam adalah bagaiamana suaru perilaku baru harus dibentuk atau dihilangkan, bagaimana mengatasi masalah, relaksasi, dan meditasi. Bahan bacaan imaginatif atau kreatif merujuk pada perilaku manusia

dengan cara yang dramatis. Kategori ini meliputi novel, cerita pendek, puisi, dan sandiwara. Tujuannya adalah memjalinkan atau megeratkan hubungan antara

kepribadian seseorang dengan penghayatan atas pengalaman orang lain. Langkah yang ketiga ialah pembentangan atau persembahan yang boleh menarik minat klien. Kaunselor perlu menggunakan teknik perbentangan yang strategik supaya klien dapat melihat persamaan tingkah laku dirinya dengan watak utama buku cerita yang dipersembahkan oleh kaunselor. Dengan ada teknik yang berkesan secara tidak langsung akan memberikan gambaran yang jelas kepada klien dan terhasilnya input-input yang positif di dalam diri klien itu sendiri. Bila bahan bacaan yang disarankan tepat maka klien akan mendapatkan karakter yang mirip atau mengalami peristiwa yang sama dengan dirinya. Contohnya, apabila klien selesai membaca buku yang disediakan, kaunselor akan cuba membimbing klien untuk menilai cerita yang dibaca dengan permasalah yang berlaku pada dirinya. Klien akan berkongsi cerita yang dibaca dengan kaunselor dan membuat penilaian. Klien akan mengidentifikasi dirinya dengan karakter dan peristiwa yang ada dalam buku, baik yang bersifat nyata atau fiksi. Langkah yang terakhir adalah susulan yang diberikan terhadap klien. Kaunselor memberitahu serba sedikit tentang tindakan susulan yang boleh diambil oleh klien untuk menghadapi masalah yang dihadapinya. Klien akan berkongsi apa yang diperolehinya daripada buku cerita yang telah dibentangkan oleh kaunselor dan kaunselor mampu melihat sendiri perubahan yang terhasil dalam jangka masa

tertentu. Kaunselor malahirkan rasa bersyukur dan memberi harapan serta peneguhan yang positif kepada klien.

Contoh Situasi

1
Seorang pelajar bersedih kerana sering dibuli oleh rakanrakannya. Pelajar tersebut berasa sangat kesunyian terpinggir daripada rakan-rakan.

2
Klien membaca atau dibacakan dengan cerita dan sesuatu bahan bacaan yang menarik.

3
Terhibur dan kesunyian yang dirasakan akan berkurangan.

4
Kesimpulannya ia adalah proses mengenal manusia melalui ekspresi dalam literatur dan seni.

You might also like