You are on page 1of 8

Terbang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka

bicara. Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan duduk. Yang Berusaha Pn Hajjah Habibah bt Mohamed Mahyuddin, Guru Besar SK Taman Bukit Subang, Yang Dihormati En. Saifulyazan bin Abu Hassan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Ahli Jawatankuasa PIBG, Yang dihormati dato-dato, datin-datin, guru-guru penolong kanan, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga, tuan-tuan dan puan-puan, seterusnya murid-murid yang dikasihi. Tinggi menjulang pohon bidara, Tempat bersarang burung tempua; Assalamualaikum pembuka bicara, Salam sejahtera buat semua. Sarung ketupat berisi nasi, Dibawa budak sambil berlari; Kehadiran semua sangat dihargai, Moga majlis tambah berseri. Bersyukur kita ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul di Dewan Tertutup SK Taman Bukit Subang pada hari ini sempena Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2011. Bagi pihak sekolah, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian untuk turut sama hadir bagi menjayakan majlis pada hari ini. Hadirin yang dimuliakan, Guruh berdentum membawa alamat, Bunyinya kuat sampai ke Pasai; Doa dipohon biar selamat, Majlis bermula sehingga selesai. Mendahului majlis kita pada pagi ini marilah sama sama kita menadah tangan mengaminkan doa, memohon tambahan hidayah dan rahmat Allah SWT. Untuk tujuan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Sholehhe bin Ali uintuk tampil ke hadapan pentas memimpin bacaan doa ( Bacaan doa ) Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Sholehhe bin Ali atas bacaan doa itu tadi.

Untuk majlis seterusnya, marilah sama-sama kita menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quranul Karim yang akan diperdengarkan oleh Adik Natasha Balqis binti Mohd Salleh. Dipersilakan. ( bacaan al-Quran ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Natasha Balqis binti Mohd Salleh. Untuk makluman semua hadirin sekelian, Adik Natasha Balqis binti Mohd Salleh ialah Johan Tilawah Sekolah-Sekolah Program j-QAF Peringkat Daerah Petaling Perdana bagi tahun 2011. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Pelaksana Hari Anugerah Cemerlang 2011. Untuk itu, dengan segala hormatnya dijemput Pn Hajjah Habibah bt Mohamed Mahyuddin, Guru Besar SK Taman Bukit Subang untuk menyampaikan ucapan. ( Ucapan Guru Besar ) .......Terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi. Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada En. Saifulyazan bin Abu Hassan, Yang Dipertua PIBG SK Taman Bukit Subang. Majlis mempersilakan. ( Ucapan YDP ) .......Terima kasih kepada En. Saifulyazan bin Abu Hassan atas ucapan perasmian yang telah disampaikan itu tadi. Sidang hadirin yang dihormati, Sebentar lagi kita akan dapat menyaksikan persembahan nyanyian dan gerakan daripada _________________________. Persembahan ini adalah di bawah tunjuk ajar ________________________________________. Majlis mempersilakan. ( Persembahan 1 ) .......Demikianlah tadi persembahan nyanyian dan gerakan menghiburkan daripada __________________________________. Embun menitis di subuh hari, Pagi dingin bertaut kiambang; Majlis Anugerah menyusul kini, Semoga cemerlang bertambah gemilang.

yang begitu

Hadirin yang dimuliakan, Majlis Anugerah Cemerlang akan dimulakan dengan penyampaian anugerah Cemerlang untuk Tahap 1. Bagi menyempurnakan acara, dijemput _____________________________, ____________________________ untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid yang telah berjaya.

TERBAIK DALAM KELAS 1 AMANAH - FASIH 3. DIVYASHINE SATYANANTHAN A/P SATYANANTHAN 2. AHMAD SYAZUAN BIN AHMAD RASHDAN 1. ARVIND PRABATHIAGARAJAH T. PARABAKARAN * PENDIDIKAN MORAL TERBAIK DALAM KELAS 1 TOPAZ 3. MUHAMMAD AMIR BIN SHAHRUL IZAM 2. SHALENI A/P KALIMUTHU * SCIENCE 1. AIMAN IRFAN BIN JUSSRY * MATHEMATICS * BAHASA ARAB * TERBAIK DLM ALIRAN THN 1 TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA * MUHAMAD SYAFIE RUSYAIDIE BIN AZMI BAHASA INGGERIS * SHAMREENA QISTINA BINTI SAMSUL ARIFFIN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM * DARWISH BIN MOKTAR BAHASA ARAB * ABDUL WADUD BIN ADLI HAFIDZ Terima kasih diucapkan kepada _________________________ atas kesudian untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid Tahap 1.

Hadirin sekalian, Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat. Sebentar lagi kita akan dapat saksikan persembahan oleh ___________________________ . Dipersilakan.... ..............Demikianlah tadi persembahan yang menghiburkan daripada muridmurid yang menyertai _______________________________________. Hadirin yang dimuliakan, Majlis Anugerah Cemerlang akan dteruskan dengan penyampaian anugerah Cemerlang untuk Tahap 2. Bagi menyempurnakan acara, dijemput _____________________________, ____________________________ untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid yang telah berjaya.

TERBAIK DALAM KELAS 2 EMERALD 3. DIVYASHINE SATYANANTHAN A/P SATYANANTHAN 2. AHMAD SYAZUAN BIN AHMAD RASHDAN 1. ARVIND PRABATHIAGARAJAH T. PARABAKARAN * PENDIDIKAN MORAL TERBAIK DALAM KELAS 2 TOPAZ 3. MUHAMMAD AMIR BIN SHAHRUL IZAM 2. SHALENI A/P KALIMUTHU * SCIENCE 1. AIMAN IRFAN BIN JUSSRY * MATHEMATICS * BAHASA ARAB * TERBAIK DLM ALIRAN THN 1 TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA * MUHAMAD SYAFIE RUSYAIDIE BIN AZMI BAHASA INGGERIS * SHAMREENA QISTINA BINTI SAMSUL ARIFFIN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM * DARWISH BIN MOKTAR BAHASA ARAB * ABDUL WADUD BIN ADLI HAFIDZ Terima kasih diucapkan kepada _________________________ atas kesudian untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid Tahap 2.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Pengawas mewakili pengawas-pengawas Tahun 6. Untuk itu, dijemput ________________________________, Guru Besar ______________________ untuk naik ke pentas. Dipersilakan; 1. Hazman Anwar Bin Jaafar mewakili Pengawas Sekolah 2. Qistina Binti Ludin mewakili Pengawas Pusat Sumber 3. Khairul Hakimi Bin Khairul Nizam mewakili Pengawas Makmal Komputer 4. Eizlan Farhan Bin Nakhrowi mewakili Pembimbing Rakan Sebaya Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah dihulurkan oleh para pengawas Tahun 6 bagi membantu guru- guru dan sekolah khususnya. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil untuk murid-murid Pemulihan Khas. Murid-murid ini telah mengikuti kelas Pemulihan Khas di bawah bimbingan _______________________________. Murid-murid ini telah lulus dan layak untuk mengikuti kelas aliran perdana pada tahun hadapan. Untuk itu dipersilakan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Alif Haziq Bin Rosnizam T2 Hilman Raidi Halida Bin Tamsil Halim Halida Muhammad Arif Bin Rosman Muhammad Mustaqim Bin Nur Hisham Harun Vishinu a/l Vijekumar Loongendra Kumar a/l Mailagan -T3 Raja Saidatul Aizah Bt Raja Shukri Amrun Shamriah Bt. Dudun

.......Terima kasih kepada ____________________________ atas kesudian untuk menyampaikan sijil penghargaan dan sijil peningkatan akademik kepada muridmurid berkenaan. Majlis berhenti rehat. Untuk itu, apa kata kita berhibur dengan persembahan ____________________daripada ______________________. Dipersilakan..... ...........Demikianlah tadi persembahan ______________________oleh murid-murid ______________________

Sidang hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan acara Penyampaian Anugerah Khas. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Guru Besar mengiringi ____________________________________ untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan. Untuk Anugerah ....... Rakan Pembaca Tahap 1 Siti Zulaika Bt Zaffrain Dengan Jumlah bacaan sebanyak 92 buah buku Rakan Pembaca Tahap 2 Anis Suraya Binti Yuhaznel Dengan Jumlah bacaan sebanyak 450 buah buku Anugerah Khas Kokurikulum Muhammad Danial Bin Ismat Anugerah Khas Akademik Syed Abdul Kadir Bin Syed Idros .......Terima kasih kepada _____________________ menyampaikan Anugerah Khas tersebut. ___________________________ Sebelum meneruskan majlis, dijemput Asrita Rajesvaran serta ibu bapanya untuk naik ke pentas. Hadirin yang dihormati, Izinkan saya selaku juruacara majlis yang telah diberikan kepercayaan untuk membacakan biodata murid ini. atas kesudian untuk

BIODATA TOKOH MURID

Asrita Rajesvaran merupakan anak kepada pasangan Rajesvaran a/l M.Murugan dan Victoria a/p Janasamy. Beliau telah dilahirkan pada hari Selasa, 21 Januari 1997 dan merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Asrita telah bersekolah di sini sejak Tahun 1 lagi. Sepanjang tempoh enam tahun persekolahannya, beliau telah menunjukkan akhlak yang terpuji dan mempunyai kesungguhan dalam menuntut ilmu. Ayahnya merupakan Pensyarah di Sunway Universiti Kolej manakala ibunya pula seorang pendidik di Sekolah Menengah Laki-laki Methodist di Kuala Lumpur. Menurut beliau, ibu bapa bukan sekadar menghantarnya ke sekolah malah turut mengajar dan mendorongnya jika tidak mengetahui sesuatu pelajaran. Ayahnya pasti akan membelikan sesuatu sekiranya beliau mendapat markah tertinggi dalam mana-mana mata pelajaran.

Secara tidak langsung cara ini menjadi motivasi terbaik untuknya mendapat tempat pertama dalam Tahun 6E, terbaik dalam Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Moral, dan Terbaik Dalam Aliran Tahun 6 pada tahun ini. Sepanjang 6 tahun persekolahannya, beliau sentiasa mendapat tempat ketiga terbaik dan turut mendapat terbaik dalam mata pelajaran tertentu. Asrita yang menggemari pizza, ice lemon tea, dan warna biru ini gemar membaca buku terutama kisah pengembaraan. Jadi tidak hairanlah jika beliau dapat menghasilkan penulisan yang baik dalam BM dan BI. Beliau merupakan ahli unit beruniform TKRS dan menyertai permainan Bola Baling. Bakat kepimpinan yang ada padanya telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Matematik dan Sains serta Bendahari rumah sukan Iswara. Asrita yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor juga turut aktif dalam pelbagai aktiviti anjuran pihak sekolah sama ada di dalam atau luar sekolah. Antaranya ialah penyertaan dalam: Spelling Bee, Spell it Right, G-Maths, Haiku (saguhati), Essay Writting (Pertama) Perkhemahan Unit Beruniform, dan Kem Kepimpinan. Selain itu, beliau yang mempunyai bakat kepimpinan ini telah dilantik oleh pihak sekolah menjadi pengawas sekolah. Asrita telah menyertai kem kepimpinan anjuran pihak sekolah ketika di Gombak pada awal tahun 2009. Keperibadian yang luhur, kesungguhannya dalam menjalankan tugas, dan bakat kepimpinan yang ada dalam dirinya telah meyakinkan pihak sekolah untuk melantik beliau sebagai Penolong Ketua Pengawas pada tahun ini. Dalam bidang pelajaran pula, Asrita merupakan seorang murid yang begitu komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh para guru. Kesungguhannya dalam pelajaran diharapkan dapat membantunya cemerlang dalam UPSR yang akan diketahui pada minggu ini. Asrita merupakan seorang murid yang amat disenangi dalam kalangan para guru di sekolah ini. Beliau mempunyai akhlak yang terpuji, menghormati guruguru, boleh diharapkan untuk melaksanakan sebarang tugasan, serta rajin menghulurkan bantuan jika diperlukan. Menurut beliau, pendidikan amat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa pendidikan yang sempurna, seseorang akan gagal mencapai cita-cita. Kehidupan baginya amat menyeronokkan dan setiap insan perlu menghargainya. Beliau amat bersyukur dapat bersekolah di sini kerana persekitaran yang menyenangkan, rakan-rakan yang baik, guru-gurunya juga bukan sahaja baik hati malah cantik menurut pandangannya membolehkan beliau berasa senang hati untuk hadir ke sekolah. Ternyata kelebihan yang ada di sekolah ini memungkinkan beliau berada pada tahap ini. Terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapanya kerana telah berjaya mendidik Asrita menjadi anak yang terbaik. Semoga kehidupannya sentiasa dilimpahi keberkatan dan rahmat daripada Tuhan. Guru-guru di sini sentiasa mendoakan agar beliau terus berjaya dalam kehidupan. Berdasarkan profile beliau, pihak sekolah telah sebulat menganugerahkan Tokoh Murid 2009 kepada Asrita Rajesvaran. suara untuk

Asam gelugur kuning mencelah, Gugur di bawah si pohon inai; Intan tersepuh kini terserlah, Hanya menanti untuk dicanai. Bagi menyempurnakan acara, sekali lagi dengan segala hormatnya dijemput Tuan Guru Besar untuk mengiringi Tuan Haji Shahrein bagi menyampaikan Anugerah Tokoh Murid 2009 kepada Asrita Rajesvaran. Dipersilakan. Tokoh Murid 2009 akan menerima Sijil Penghargaan, Plak, dan sebuah basikal sumbangan ...................................................................... .......Terima kasih kepada Tuan Haji Shahrein atas penyampaian anugerah itu tadi. Seterusnya dipersilakan Puan Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata kepada ___________________________________________________. Generasi wawasan pantang menyerah, Pemangkin negara teguh berdiri; Berakhirlah sudah majlis anugerah, Kenangan terpahat di sudut memori. Hadirin yang dihormati, Sekalung budi daripada Pengerusi dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2011. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dan memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan segala kelemahan datangnya daripada saya sendiri. Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli; Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. Sekian. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.

You might also like