You are on page 1of 2

Anak umpama biji benih,Lontar ke laut menjadi pulau,Lontar ke udara menjadi kejora,Lontar ke darat menggunung sasa.

Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuahnegara. remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada masadepan persis kata melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Presiden Parti Indonesiapernah mengatakan bahawa berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang dunia. Padaera pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan semangat patriotismeyang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Janganlah dilupakan pesanan ahli filsuf Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidupsepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup selam-lamanya, tanamlah jiwa remaja.Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutunegara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumusdalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya.Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensikecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka denganmelakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokrikulum. Tamsilnya, Nicole AnnDavid merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia di persadadunia.Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dankeharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama danbertoleransi antara satu sama lain. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmukyang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Jiran sepakat membawa berkat. Secara eksplisit,dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah,bersatu teguh, bercerai roboh.Oleh itu, pelbagai langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Hadis RasulullahSAW pernah mengatakan bahawa, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yangmencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Mujabi. Ibu bapa boleh mendidik agama kepadaanak-anak. Hal ini kerana akhlak yang mulia secara langsungnya menunjukkan semangat patriotismeyang kental. Mereka akan mencintai diri sendiri dengan tidak mewujudkan persengketaan antarakaum. Albert Einstein mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agamaadalah lumpuh. Aristotle juga pernah mengatakan bahawa adab dan sopan lebih penting daripada

makan dan minum. Dalam pada itu, ibu bapa harus menyemai semangat patriotism dan akhlak yangmulia dalam kalangan remaja.Bertitik tolak daripada itu, kerancakan penduduk jagat raya telah menunjukkan betapapentingnya kerajaan merupakan jantung negara. Oleh hal yang demikian, remaja diumpamakanumur setahun jagung, darah setampuk pinang, mereka mudah tergelincir daripada landasankeimanan. Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskansemangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayamsahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telahmembuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja.Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapatbelajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain.Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakanbahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insane yang berkualiti untuk menghadapicabaran pada abad modenisasi ini. Oleh itu, pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkahpragmatic untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernahmengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah bolehmengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat danpertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remajamencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Ini juga akan meningkatkan semangat patriotismdalam kalangan remaja.Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasaharus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubatyang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yangmempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan bahawasesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuhmaka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotismeyang kukuh

You might also like