You are on page 1of 3

Utama

As-Syahid Sayyed Qutb

BEBERAPA KISAH IKHWAN

1. Kisah daripada al-Banna : Pada satu hari, saya melawat akhi Sayyed
Abus Su’ud di kedainya dan melihat akhi Mustafa Yusuf membeli sebotol
minyak wangi daripadanya. Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster
(matawang) untuk minyak wangi tersebut, sedangkan Abus Su’ud
mengatakan harganya hanya 8 piaster. Kedua-duanya tidak mahu
mengalah. Saya amat terharu melihatkan keadaan ini, dan meminta invois
daripada Mustafa untuk melihat harga modal minyak wangi tersebut.
Harganya 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol.

Saya berkata kepada Abus Su’ud, “Saudaraku! Bagaimana anda ingin


menyara hidupmu, sedangkan anda tidak mahu mengambil untung dari
saudaramu, dan musuh pula tidak mahu membeli di kedaimu?”. Dia
menjawab, “Aku dan saudaraku seperti badan yang satu.” Saya berkata
pula kepada Mustafa, “Mengapa anda tidak menerima budi baik
saudaramu?” Dia menjawab, “Jika saya membeli di tempat lain, harganya
ialah 10 piaster, jadi adalah lebih baik saya membayar harga yang sama
kepada saudaraku!”. Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.
2. Di satu pusat latihan Ikhwan bagi melatih sukarelawan-sukarelawan yang
ingin berjihad di Palestin pada tahun 1947, seorang ahli Ikhwan, yang
merupakan seorang petani, datang untuk mendaftar dan membawa
bersamanya seekor lembu. Ahli Ikhwan yang bertugas di pusat
pendaftaran amat terkejut, dan bertanya, “Saya faham yang anda ingin
menyertai angkatan mujahidin, tetapi kenapa anda membawa lembu
bersama?”

Dia menjawab, “Tidakkah Allah memerintahkan kita untuk berjihad di


jalanNya dengan nyawa dan juga harta benda? Lembu ini sahajalah harta
yang saya ada!”.
3. Akhi Hafizh merupakan seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia diminta
oleh Monsieur Saulant, seorang Pegawai Tinggi Terusan Suez yang berasal
dari Perancis, untuk membaiki perabot di rumahnya. Pemuda itu menyebut
kos membaiki sebanyak 130 qirsy. Monsieur berkata, ''Itu terlalu mahal.
Penjahat kamu mengambil upah melebihi hakmu!'' Dengan tenang, Hafizh
menjawab, ''Saya tak akan mengambil upah melebihi hakku. Kalau tak
percaya tanya saja orang bawahan Anda. Kalau ternyata tuduhanmu benar
saya bersedia bekerja tanpa dibayar. Namun, jika saya yang benar, anda
bayar upah sebanyak yang saya minta, tanpa harus ditambah.'' Ternyata,
menurut orang bawahan, Hafizh berhak atas upah 200 qirsy. Maka, dia pun
menyuruh Hafizh memulakan pekerjaannya.

''Baik, tetapi anda telah menghinaku. Maka, anda harus minta maaf dan
mencabut kata-kata itu," kata Hafizh. ''Minta maaf padamu? Kamu ingat
kamu siapa? Seandainya Raja Fuad pun, saya tak akan minta maaf,'' jawab
si Perancis dengan bongkak. ''Kalau saya tak meminta maaf, apa yang boleh
kamu lakukan?"

''Mudah saja. Saya laporkan anda ke kedutaan dan konsulat anda. Saya
Hakcipta Terpelihara © Elegance Network / KDIM.net 2004
All Rights Reserved.

You might also like