You are on page 1of 25

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

HBIS3303 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1(SMP)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

750727-08-5758002 750727-08-5758 012-5041288 zu_hadi@yahoo.com.

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

ISI KANDUNGAN :

BIL 1. 2. 3. 4.

PERKARA MUKA SURAT Abstrak 3 Pengenalan 4- 5 Hukum mengucap dua kalimah syahadah dan 5-9 perkara-perkara yang berkaitanya. Konsep Syahadah 9 15 I. Syahadah kepada Allah SWT II. Syahadah kepada Rasul SAW III. Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah IV. Fitrah manusia Mengaku Sifat Rububiyyah Allah SWT V. Tauhid Uluhiyyah

5.

6. 7. 8.

Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah I. Iktikad II. Perkataan III. Perbuatan Sunnah Habibullah dan salasilahnya Kesimpulan Rujukan

16 - 21

22 - 23 24 25

Abstrak
2

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dua Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.Di samping itu,membincangkan perihal tauhid yang terkandung di dalam syahadah pertama secara terperinci, dan juga perihal kepentingan sunnah nabi Muhammad s.a.w. di dalam menzahirkan itiqad tauhid kepada Allah swt. Beserta dengan sokongan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunah.Selain itu,kita dapat mengkaji dan mengetahui kebuktian lafaz syahdah atau ucapan kepercayaan, adalah kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai rasulnya.Mengucap dua kalimah syahadah adalah merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas,seseorang itu secara rasminya dianggap mengistiharkan dirinya sebagai seorang islam yang patuh serta taat terhadap Allah s.w.t Firman Allah s.w.t : maksudnya: Bertanyalah (Wahai Muhammad) : Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya? Katakanlah :Allah menjadi Saksi dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku al quran ini,supaya aku memberi amaran dengannya kamu, dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-quran itu. Adakah kamu sesungguhnya mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sam Allah? Katakanlah: Aku tidak mengakuinya. Katakanlah lagi : Hanyanya DIAlah sahaja TUHAN Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu persekutukan (dengan Allah) surah Anam ayat19

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

PENGENALAN

Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka. Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.

Perhatian: Lafaz ashhadu ( 1. ( 2. ( 3. (

) yakni aku bersaksi mengandungi tiga makna serentak iaitu:

) yakni aku mengetahui, ) yakni aku mempercayai dan ) yakni aku mengiktiraf.

Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil
4

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam

Makna Kalimah Syahadah Pertama:

Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya.

Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada),al-Baqa (kekal), al-Mukhalafah lilhawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al5

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).

Makna Kalimah Syahadah Kedua

Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd alMuttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada`
6

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA- PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA: 1. Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atas menganut agama islam, tetap dalam agama islam dan beramal dengan syariat islam. 2. Untuk memeluk agama islam, seseorang yang kafir wajib mengucap dua kalimah syahadah beserta dengan Itiqad yang lagi utuh. 3. Lafaz Dua kalimah syahadah tidak disyariatkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama islam.Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makn ayang sama dengannya meskipun bukan salam bahasa arab. 4. Kefardhuan melafazkan Dua Kalimat syahadah ke atas seluruh umat islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut (mazhab al- imam Syafie) 5. Orang yang dilahirkan di dalam islam dan diberi Itikad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyariatkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih. 6. Menurut ulama dalam Mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai umur baligh dengan niat fardhu.Ini adalah kerana mazhab mereka tidak tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat.Bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat, sedangkan menurut ulama dalam mazhab- mazhab yang lain seperti mazhab syafie dan mazhab hambali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafazkan dalam setiap solat bagi memastikan solat sah. 7. Imam dam islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar.
7

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

8. Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama islam.Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.

Oleh itu, setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah taala dan Allah mempunyai sifat-sifat yang sempurna.Seseorang itu juga beritiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar tanpa ada syak , zan dan waham.

:
Al-Jazm dikeluarkan daripadanya: Syak (ragu- ragu), Zan (melebihi daripada tidak ),Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada percaya)

:
Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit ( tidak mempunyai pengetahuan sama sekali ) ,jahil murakkib( jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)

:
Daripada dalil : tidak boleh bertaqlid. Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa berlajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam perkara yanag berkaitan dengan akidah.

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada yang tidak betul iaitu yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.

Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut ) kepada yang beraqidah sahih yang berada di atas landasan akidah Ahl al- sunnah.Hukumnya terbahagi kepada tiga: 1) Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman.Ini pendapat yang muktanad. 2) Tidak kira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun.Ini pendapat yang dhaif. 3) Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam maka dirinya tidak dikatakn sebagai beriman walaupun yang diikutinya adalah orang yang sahih aqidahnya.

KONSEP SYAHADAH Syahadah yang kita kita bincangkan di sini adalah penyaksian, pengakuan dan keyakinan pada Dua kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama islam. Aku bersaksi bahaw tiada tuhan ( yang berhak disembah dengan sebenar benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuru Allah.

1) Syahadah Kepada Allah SWT. Syahadah ini bermaksud mentauhidkan Allah dengan tauhid Rubbubiyyah, tauhid Uluhiyyah, tauhid al Asma as sifah we al Af al serta tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah swt. Di dalam kalimah La Illaha Illallah terdapat dua perkara rukun iaitu naf ( penafian) dan ithbat ( penegasan ).Nafi dapat diperhatikan pada kalimah (La Ilaha) yang beerti menolak sebarang bentuk pengabdian
9

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

selain daripada Allah.Penegasan dapat diperhatikan pada kalimah (illallah) yang beerti menegaskan tentang hakikat ketuhanan Yang Maha Esa lagi tunggal (ALLAH).

2) Syahadah Kepada Rasul SAW. Syahadah ini bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala yang dibawa oleh Nabi atau Rasulullah SAW dan segala pemberitahuan mengenai perkara ghaib semuanya dating dari Allah serta menerima semua akhlak dan sifat kerasulan seperti siddiq ,amanah, tabligh dan fatanah. Syahadah ini merupakan teras islam yang kedua, Syahadah ini menuntut manusia mengetahui membenar dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta membuktukannya denngan perkataan dan perbuatan secara sekaligus. Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah dengan lidah. Manakala pembuktian dengan perbuatan oialah menegakkan tingkah laku dan seluruh tindak tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menurut jejak langkah baginda. Tugas Rasulullah SAW adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah swt adalah penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia ke jalan yang lurus. Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagian dan kesempurnaan sebenar. Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara- perkara ghaib mengenai Pencipta dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad.Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu, pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.

10

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah . Firman Allah: yang bermaksud: Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia : {alAnam:91}

3) Tauhid Rububbiyyah Dan Tauhid Uluhiyyah. Ar-Rububbiyyah bersal dari kalimah ar- rabb Ar-Rabb bermaksud yang memiliki yang menguasai , yang menguasai dan yang mentadbir .Tauhid Rububiyyah bermaksud meyakini bahawa Allah lah satu- satunya Tuhan Pencipta alam ini, yang memiliki, yang mengatur perjalanannya ,yang menghidupkan dan mematikan ,yang menurunkan rezeki kepada mamkluk, yang berkuasa mendatangkan manfaat dan menimpa mudharat, yang mengabulkan doa dan permintaan hamba tatkala mereka terdesak ,yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakinya, yang member dan menegah di tanganNya segala kebaikan dan bagiNya penciptaan dan juga segal urusan.

_________________________________ 1)surah al-Anam:91

11

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Perkataan RABB ada mempunyai beberapa makna.Antaranya ialah 1)Pencipta 2)Pemilik segalanya 3)Pemberi rezeki 4)Pentadbir 5)Penguasa 6)Pengabul doa-doa 7)Peniaga

Firman ALLAH SWT: Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu,maka tiada yang dapar

menghilangkan melainkan Dia sendiri,Jika dia mendatangkan kebaikan kepadaMu maka dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu (al-Anam: 17) Dengan itu, semua makluk bergantung kepadaNya, memerlukan pertolonganNya serta berharap kepadaNya.Apa yang dimiliki makluk hanya bersifat sementara dan pinjaman .Oleh itu, jika manusia itu hanya sementara kerana segala sesuatu di ala mini adalah kepunyaan Allah SWT. Begitu juga dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki manusia semuanya datang dari Allah SWT.Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makluk.Dia tidak mempunyai apa apa melainkan setiap kuasa tindak tanduk serta gerak nafasnya dating dari Allah SWT.Dengan keyakinan iti, maka timbul kesan syahadah tauhid dalam diri seseorang muslim.Dia hanya takut kepada Allah SWT dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu juga keran keyakinan kepada Allah SWT.

12

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

4) Fitrah Manusia Mengaku Sifat Rububiyyah Allah SWT. Hakikat ini dapat dibuktikan secara jelas dengan pengiktirafan orang- orang kafir Quraish semasa al- Quran diturunkan dan merayu mereka supaya menyembah Allah SWT,mereka mengaku bahawa tidak layak bagi manusia lebih lebih lagi patung dan berhala bersifat dengan salah satu sifat rububiyyah Allah SWT.Sebagai contoh berhala yang mereka sembah itu sendiri tidak mempunyai sifat penguasa yang mutlak dan pencipta yang mutlak kerana berhala berhala tadi juga diciptakan oleh manusia.Allah SWT telah mengabdikan pengakuan mereka itu di dalam Al-Quran, Antaranya ialah Firman Allah SWT: Maksudnya :Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab ALLAH {az-Zukhruf :87}

Firman Allah SWT lagi : Dan kamu bertanyakan mereka tentang : Siapakah Pencipta langit dan bumi ??Nescaya mereka menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui .{az- Zukhruf :9} Berdasarkan kepada ayat di atas dapat kita simpulkan bahawa tudak susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah SWT.Ianya dapat dibuktikan melalui fitrah manusia itu sendiri,manusia yang mensyirikan Allah juga mengakui ketuhana Allah Yang Maha Pencipta,al Quran juga mengiktiraf adanya tauhid Rubbubiyyah di dalam jiwa manusia ,Ini dapat diperhatikan pada ___________________________ 1)surah az-Zukhruf :87 2)surah az- Zukhruf :9
13

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mereka mengingkari kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaranya) {an-Naml:14)

Keenggnan dan kesombongan sebahagian manusia untuk menagkui kewujudan Allah sebagai Pencipta,sebenarnay didorong oleh persaan sombong degil dan keras hati.Hakikatnya fitrah manusia tidak boleh kosong dari memiliki perasaan mendalam yang menagkui kewujudan Pencipta,Tabiat manusia apabila disaat genting dan kesusahan tidak akan terlintas sesuatu di dalam hatinya kecuali Allah SWT sahaja,Ini dibuktikan melalui

firman Allah SWT yang bermaksud : Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepadaNya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus.Dan tiada yang mengingkari ayat- ayat kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar.{luqman :32}

________________________________ 1)surah an-Naml:14 2)Surah luqman :32

14

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

5) Tauhid Uluhiyyah Al Uluhiyyah pula berasak dari kalimah al-llah ber,maksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengadbian diri), jadi Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai llah,iaitu menyakini bahawa Allah lah satusatunya Tuhan yang berhak disembah dan diqasadkan segala ibadah, tidak harus ditunaikan ibadah melainkan kepadaNya sahaja dan tidak harus mensyirikan Nya dengan sesuatu apapun di langit mahupun di bumi.

Firman Allah SWT: Maksudnya : Dan Kami tidak mengutuskan rasul pun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekalian hendaklah menyembah Aku {al-anbiya :25}

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah utuskan pada setiap umat itu rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut {anNahl:36}

_______________________________ 1)surah al-anbiya :25 2) surah an-Nahl:36

15

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH Perkara yang menyebabkan rosaknya iman individu islam itu terbahagi kepada tiga : 1) Iktiqad: kepercayaan yang bertentangan dengan dasar islam iaitu contohnya: 1) Iktikad bahawa alam ini qadim,tidak ada atau alam ini kekal selamanya. 2) Iktikad bahawa pencipta alam ini baru,atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baru ataupun mempunyai anak isteri atau berbilangbilang atau menerima mati. 3) Iktikad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw.Iktikad bahawa Rasulullah SAW sebanar yang disebut sebagai Muhammad batin , bukan Muhammad yang zahir atau iktikad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang orang Arab sahaja.

2)Perkataan : Iaiti tiap-tiap yang mencaci,menghina ,merendah-rendah mengejek dan mempermain-mainkan nama Allah,sifatnya,malaikat-malaikatNya, rasul rasulNya, kitab kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum hukumNya serta hukum-hukum yang diterang oleh RasulNya.Juga perkataan yang menolak menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim-ulama mengistinbatkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Seperti katanya mengenai mana-mana hukum islam : 1) Hukum apa ini ? 2) Hukum ini sudah lapok. 3) Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan.

16

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

3)Perbuatan : Iaitu: 1) Tiap-tiap perbuatan dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana- mana makluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makluk walaupun tidak dengan niat menghormatinya sama seperti Tuhan atau tunduk kepada mana-mana makluk sehingga sampai kepada had sekurangkurangnya rukuk sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah. 2)Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan. 3)Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah.

Di antara contoh-contohnya perbuatan seperti yang dinyatakan di atas ialah menyembah berhala, menilik nasib , murtad dan lain-lain lagi. Sekiranya seseorang itu melakukan salah satu daripada batallah iman (syahadah) mereka. Bilangan perkara yang membatalkan syahadah serta contohnya: 1)Bertawakalah dan bergantung kepada selain Allah bergantung kepada sebab-sebab dan melupakan bahawa yang mengizinkan sebab itu berkesan adalah Allah, dikira maksiat.Bergantung kepada sebab dan yakin pula bahawa sebab sebab itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka dikira syirik dan merosakan syahadah.Di dalam Al-Quran banyak disebut tentang masalah ini. perkara- perkara berikut maka

17

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan tidak ada pertolongan melainkan dari pihak Allah yang Maha Gagah lagi Maha Bijaksana menyembuhkan.{Ali Imran :126} 2)Mengingkari nikmat Allah, sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia memberikan kamu daripada setiap apa yang kamu minta,dan jika kamu menghitung nikmatNya, kamu tidak akan mampu menghitungNya.Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi kufur {Ibrahim :34} Maksudnya : Sesuatu bahaya tidak akan menimpa kecuali dengan izin Allah.Sesiapa yang beriman kepada Allah nescaya Allah memimpinya dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.{ At- Taghaabun: 11}

3)Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah.Hal ini sangat dimurkai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud : katakanlah Sesungguhnya solatku ,ibadatku , hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam.{Al-Anaam :162} Berdasarkan ayat tersebut ditegaskan dengan penuh yakin bahawa tidak ada ibadat atau perhambaan yang ditujukan kecuali kepada Allah SWT.

________________________ 1) Surah Ali Imran :126 2) Surah ibrahim :34 3) Surah Al-Anaam :162

18

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

4)Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah ditetapkan atau digariskan oleh Allah SWT. Perbuatan seperti ini dikira melawan Allah SWT kerana Allahlah yang mempunyai hak menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia sama ada halal atau haram, kehakiman atau segala bentuk perintah dan larangan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Bukanlah semua ciptaan dan kekuasaan itu kepunyaanNya ?Maha Tinggi Allah Pengurus sekalian alam. {Al-Araf: 54}

Firman Allah SWT yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapakan hukum, ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan {Al-Anaam :57}. Termasuk dalam kategori perbuatan yang merosakan syahadah ialah orang yang tidak mahu menerima tugas yang diperintahkan oleh Allah kepadaNya.Tugas itu ialah melaksanakan hukum Allah di bumi ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.

____________________________ 1) Surah Al-Araf: 54 2) Surah Al-Anaam :57

19

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

5)Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai sumber rujukan dalam semua masalah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum-hukum yang telah diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir .{Al- Maidah :44} 6)Benci kepada salah satu dari ajaran islam atau keseluruhannya. Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang orang yang beriman ,jika kamu menolong Allah nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.Dan orang orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan amalan mereka yang demikian iti kerana mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah,maka Allah menggugurkan amalan mereka {Muhammad :7-8}

Termasuk di dalam kategori ini ialah membenci atau tidak bersetuju terhadap salah satu daripada hukum islam sama ada ibadat,muamalat ,polotik, undan-undang ketika aman mahupun darurat.Begitu juga cara bermasyarakat dan adab berilmu.Apa sahaja bentuk kebencian atau penentangan terhadap sesuatu yang terkandung di dalam Al-Quran atau AlSunnah sama ada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda adalah terkeluar dari islam. _____________________________ 1) surah Al- Maidah :44 2)surah Muhammad :7-8

20

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

8)Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya.

Firman AllahSWT yang bermaksud : Dialah Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi.Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang amat pedih iaitu oaring yang lebih menyukai kahidupan dunia dari kehidupan akhirat dan menghalang manusia dari jalan Allah, mereka menginginkan agar jalan Allah itu bengkok.Mereka itu berada di dalam kesesatan yang jauh .{Ibrahim :2-3}.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka itu di dunia tidak akan dirugikan.Itulah orang orang yang tidak memperolehi di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia. Dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan {Hud :15-16}

__________________________________ 1) surah Ibrahim :2-3. 2) surah Hud :15-16


21

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

SUNNAH HABIBULLAH SAW DAN SALASILAHNYA Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam (SAW) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk sekalian alam dan merupakan Rasullullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurnian Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetahui angkatan tentera islam, membawa perubahan kepada umat manusia mengajarkan erti persaudaraan ,akhlak dan erti kehidupan yang segalanya kerana Allah SWT.Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah,Arab Saudi dan kembali ke Rahmatullah di Madinah.Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang islam, tetapi orang-orang Yahudi dan kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran islam setelah ajaran islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad saw adalah nabi dan rasul yang terakhir.Oleh itu,rasulullah SAW banyak meninggalkan sunnahnya yang dapat kita jadikannya sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan seharian.

Antaranya mulianya rasulullah saw dalam bersahabat,baginda sentiasa memuliakan sahabatnya , manakala baginda sentiasa menampilkan sifat keperbadian mulia.samaada dengan sahabat mahupun dalam keluarganya.

22

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

Rasulullah adalah sebaik-baik utusan dan habibullah.Firman Allah SWT:

Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad )melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (surah al-anbiya : 107)

______________________________

1) (surah al-anbiya : 107)

23

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

kesimpulan Islam adalah satu agama yang ,mulia cantik dan amat mudah untuk dipraktikan dalam ingin mengerjakan ibadah.Allah SWT tidak pernah menyusahkan hamba-hambanya. Contohnya dalam melafazkan kalimah syahadah ketika hambanya ingin memeluk islam, ketika hambanya berada dalam kesukaran ingin mengerjakan ibadah(solat) dan lain-lain lagi. Oleh itu, islam memudahkan bagi individu muslim untuk mengenal Allah SWT dengan empat syarat iaitu : 1)Tahu dengan berlajar (talaqqi ) 2)Yakin dengan keyakinan yang jazam(putus) 3)Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah,al-sunnah wa jamaah. 4)Yakin dan jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan utama besertakan ijma dan qias. Islam adalah agama yang indah lagi seni dari sudut akhlaknya dalam memperbaikan akidah islamiah.Selain itu,kecantikan islam dapat kita serlahkan lagi dengan adilnya dalam menetapkan hukum ia dikatakan agama yang syumul(lengkap),berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT: " "

Maksudnya : Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam {Al-Imran :19)

24

HBIS3303

Kalimah Syahadah, Asyhadu An Laa Iaaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammada Rasulullah.

RUJUKAN

1) www.geogle.makna kalimah syahadah 2) www.geogle. Sunnah Nabi Muhammad SAW 3) www.geogle .Hukum mengucap kalimah Syahadah 4) Syahadatul Haq penyaksian terhadap kebenaran, Syeikh Abul Al-Ala alMaududiyy, Terjemahan Pustaka Salam, KL

25

You might also like