Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
konstruk

konstruk

Ratings: (0)|Views: 87 |Likes:
Published by Haslinda Zaimi

More info:

Published by: Haslinda Zaimi on Jan 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/28/2013

pdf

text

original

 
KONSTRUK 
PENGENALAN
Dalam membuat interpretasi keputusan ujian, ada masa guru ingin mengetahui sama ada pelajarnya mempunyai ciri psikologi tertentu seperti kebolehan menaakul, kecerdasan, pemikirankritis, kesediaan membaca, kemahiran belajar, bakat matematik bakat bahasa dan lain-lain.Apabila seorang guru berhajat menginterpretasi ujian berdasarkan ciri atau trait psikologi, gurusebenarnya berbicara tentang kesahan gagasan/konstruk. Konstruk di sini bermaksud kualiti psikologi yang diandaikan wujud bagi menerangkan beberapa aspek tingkah laku. Kesahankonstruk adalah kesahan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak dapat diperhatikansecara nyata tetapi dikatakan wujud melalui pendirian, hipotesis atau teori berasaskan kajiantertentu. Contohnya kebolehan menaakul merupakan suatu konstruk atau gagasan.Kesahan konstruk adalah satu unsur yang dihipotesiskan untuk menerangkan beberapa aspek tingkahlaku manusia seperti kebolehan mekanik, kecerdasan atau sifat pendiam. Juga dikenalidengan panggilan kesahan konstruk. Kesahan konstruk ialah satu konsep atau gagasan tentangsesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud. Contohnya, apakah konstruk (konsep) sebuah kereta? Sebuah kereta terdiri daripada enjin, cermin, roda, gear, roda dansebagainya.Di dalam kata lain, konstruk merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kitatidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiapgagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu,tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu konstruk dengan tepat. Kesahan konstruk amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti,tingkah laku, atau trait mental seperti sifat peramah, bertanggungjawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Oleh kerana konstruk tidak dapat dilihat, maka pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung.Menurut George K.Cunningham (1986), konstruk ialah atribut atau sifat atau ciri-ciri yangdinilai oleh ujian-ujian pendidikan. Konstruk merupakan satu istilah generic untuk satu kelas perlakuan. Sebagai contoh ialah motivasi. Motivasi tidak wujud dengan sendirinya tetapi
 
merupakan perlakuan yang ditunjukkan yang membolehkan kita menyatakan bahawa seseorangitu bermotivasi.Konstruk merupakan satu aspek terpenting kesahan pengukuran terutamanya yang berkaitandengan kajian sosial dan pendidikan (Sidek Mohd Noah 1997). Mohd Majid Konting (1998) pulamenyimpulkan bahawa konstruk merupakan aspek terpenting kesahan pengukuran, khususnyadalam penyelidikan pendidikan. Ini adalah kerana kebanyakan pembolehubah pendidikan adalah pembolehubah yang terbentuk dalam bentuk konstruk atau gagasan.
 
Setiap konstruk pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap konstruk mungkin diperlihatkandalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang bolehmengukur sesuatu konstruk dengan tepat. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri atau kesan yang dapatdicerap daripada sesuatu konstruk.Dalam bidang pendidikan bahasa, setiap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur dan membaca adalah konstruk atau konsep yang agak abstrak. Bahagian yang mengisikonstruk mengenai sesuatu kemahiran bahasa sebenarnya adalah subkemahiran yang membinasesuatu kemahiran bahasa. Contohnya, apakah subkemahiran yang membina kemahiran bertutur?Apabila kita hendak menilai sama ada ujian mengenai sesuatu kemahiran bahasa itumengandungi kesahan konstruk atau tidak, kita persoalkan sama ada ujian tersebut benar-benar menguji konstruk kita mengenai kemahiran tersebut, dan sama ada ujian itu mengujisubkemahiran yang dianggap penting dalam sesuatu kemahiran bahasa yang hendak diuji. Subkemahiran yang terlibat dalam sesuatu kemahiran asas bahasa sebenarnya pengisikonstruk tersebut. Tanpa mengenali konstruk mengenai sesuatu kemahiran atau aspek bahasa,tidak mungkin kita boleh membina ujian yang sah dan menepati konstrak tersebut. Sebelum guru boleh menguji kemahiran muridnya dalam kemahiran membaca, guru seharusnya fahamdengan konstrak kemahiran membaca.Sebelum guru boleh menguji dan menilai kemahiran muridnya menulis karangan, dia seharusnyafaham dengan konstruk kemahiran mengarang dalam bahagian penting yang terdapat dalamsesuatu karangan yang baik. Contohnya, dalam menguji kemahiran murid menulis karangan,guru ingin melihat subkemahiran penting seperti memilih isi, menyusun isi, tatabahasa, kosa kata
 
dan aspek mekanis dalam penulisan. Dalam menguji sesuatu kemahiran bahasa, kesahankonstruk mengenai sesuatu kemahiran yang hendak diuji sangat penting. Sekiranya konstruk kitamengenai sesuatu kemahiran itu salah, kita akan mengukur dan menilai subkemahiran yang tidak  berkaitan. Oleh yang demikian, kesahan ujian itu dari segi konstruknya boleh dipertikaikan.Misalnya, konstruk penguasaan pelajar dalam kursus Bahasa Inggeris. Guru boleh mencerapkesan konstruk penguasaan pelajar tersebut yang ditunjukkan oleh ciri-ciri seperti bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang dikuasai, kebolehan pelajar membina ayat mudahdalam Bahasa Inggeris dan kebolehan pelajar membincangkan sesuatu isu dalam Bahasa InggerisOleh itu, konstruk boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya. Dengan itu, kesahan konstruk bagi ujian penguasaanBahasa Inggeris boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan pembinaan ayat dalam BahasaInggeris
.
 KESAHAN KONSTRUK Kesahan konstruk adalah kesahan yang didapati dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatukonstruk atau kuantiti hipotetikal dengan sesuatu tingkah laku atau manifesto yang dijangkakanakan berlaku (Tuckman 1978). Menurut Mohd. Majid Konting (1990), kesahan konstruk sesuatualat ukuran merujuk setakat sejauh mana alat ukuran tersebut menghasilkan gerak balas yangmewakili konstruk yang diukur. Sesuatu alat ukuran yang mempunyai kesahan konstrukyangtinggi akan menunjukkan wujudnya kekuatan sesuatu konsep dalam konstruk yang diukur.Sidek Mohd Noah (1997) menyatakan bahawa kesahan konstruk adalah sekumpulan konsepyang wujud dalam fikiran kita tetapi tidak wujud di dalam alam nyata. Konstruk mengandungi beberapa konsep yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai factor yang berinteraksi sesamasendiri. Dalam menentukan kesahan konstruk sesuatu ujian atau alat ukur, penyelidik perlumendefiniskan makna sesuatu konstruk yang dikaji terlebih dahulu. Selepas sesuatu konstruk didefinisikan, penyelidik perlu mengenal pasti sama ada ukuran yang dibentuk bagi mengukur sesuatu konstruk memperlihatkan wujudnya hubungan antara konstruk dengan hasil jangkaan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->