You are on page 1of 13

PENGENALAN MESIN LARIK

Mesin larik adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan sebelah luar atau dalam, menggerudi, memotong benang skru, melulas, menggerek, memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja. Mata alat pemotong boleh juga di suapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.

OBJEKTIF AM
Mengenali jenis-jenis mesin larik dan fungsinya dalam proses menbentuk sesuatu projek yang ingin dihasilkan.

OBJEKTIF KHUSUS
a. b. c. d. e. Mengamalkan langkah keselamatan semasa melarik. Boleh mengendalikan mesin larik dengan lebih yakin. Boleh memesin benang skru V di mesin larik. Boleh melarik tirus, melorek dan menggerek. Menggunakan alat-alat pengukur dan penguji dengan lebih yakin.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

MESIN CANAI

ANGKUP VERNIER

MATA ALAT

PERALATAN KESELAMATAN

I.

GOOGLE

II.

BAJU BENGKEL

III.

KASUT KESELAMATAN (SAFETY BOOTS)

KAEDAH-KAEDAH BAHAGIAN 1

KAEDAH-KAEDAH
1. Bahan kerja dipotong mengikut saiz yang ditetapkan 2. Proses larik penampang digunakan untuk mendapatkan panjang bahan kerja seperti yang ditetapkan iaitu 30mm.

3. Proses larik selari diguna bagi mendapatkan diameter keseluruhan iaitu 35mm. 4. Setelah selesai, dapatkan diameter kecil sebanyak 32mm sepanjang 22mm.

5. Bahan kerja dilarik untuk membuat sudut pada hujung bahan kerja dengan menggunakan kaedah larik bersudut 45 untuk membuang segi.

6. Bahan kerja ditebuk dengan menggunakan mata gerudi kecil untuk membuat titik pengenalan. 7. Bahan kerja kemudian digerudi dengan menggunakan mata gerudi bersaiz besar untuk membuat lubang. 8. Setelah siap menggerudi lubang, lubang bahan kerja kemudian dibesarkan sehingga 25mm sebelum proses membuat benang dalam.

9. Bahan kerja kemudian dilarik membuat benang dalam dengan menggunakan mata alat benang dalam mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

KAEDAH-KAEDAH BAHAGIAN 2

KAEDAH-KAEDAH
1. Bahan kerja dilarik menggunakan kaedah larik penampang panjang yang ditetapkan iaitu 66mm.

2. Bahan kerja dilarik dengan menggunakan kaedah larik selari untuk mendapatkan diameter yang ditetapkan iaitu 30mm sepanjang 36mm. Proses ini diulang semula untuk mendapatkan diameter kecil 27mm sepanjang 30mm seperti gambarajah berikut.

3. Bahan kerja kemudian dilarik untuk membuat lurah yang berukuran panjang sebanyak 8mm dan diameter sebanyak 22mm pada bahan kerja dengan menggunakan mata alat lurah.

4. Setelah siap proses diatas, bahan kerja diulir untuk membuat benang luar pada bahan kerja dengan menggunakan sudut 60

KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

a. b. c. d. e. f. g. h.

Menampang (Facing) Melarik selari (Parallel Turning) Melarik bertingkat (Step Turning) Buang segi (chamfer) Menggerudi pusat (centre drilling) Membunga dan melorek (Knurling) Melurah (Neck) Mengukur (measuring)

KESIMPULAN

Keseluruhan kerja melarik melakukan adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai fungsi mesin larik, cara penggunaannya, langkah-langkah keselamatan, ketetapan ukuran dan cara pengukurannya dan juga pengagihan masa. Kadang kala terdapat sesetengah mesin larik yang tidak berfungsi dengan baik. Kemahiran pengendalian mesin larik perlu di pelajari dan difahami dari semasa ke semasa agar kepakaran dalam pengendalian mesin larik dapat ditingkatkan.

You might also like