You are on page 1of 3

Artikel yang akan dibincangkan pada minggu ini bukannya suatu cerita dari media arus

perdana asing. Ia adalah ucapan yang telah disebarkan melalui e-mel di Internet.
Ucapannya ringkas dan tidak bermaksud untuk berdiskusi tentang politik peperangan
tetapi hanya mahu menonjolkan hakikat yang amat penting dan menyedihkan, yakni AS
tidak seharusnya berperang dengan Iraq kerana kanak-kanak yang tidak berdosa akan
terkorban.

Ucapan yang menyayat hati ini telah disampaikan oleh seorang kanak-kanak
perempuan berumur 12 tahun di St. Mary's Church di Presque Island, Maine, AS,
semasa demonstrasi aman diadakan pada 15 Februari 2003. Ucapan tersebut ditujukan
kepada Presiden Bush serta pentadbiran dan sekutu beliau.

Beginilah isinya:

``Apabila anda memikirkan tentang pengeboman di Iraq, akan terbayang di kepala anda
Saddam Hussein lengkap dengan pakaian tenteranya, atau mungkin askar-askar
bermisai tebal sedang memegang senjata, atau mozek George Bush yang menunggul di
lobi Hotel Al-Rashid dengan perkataan ``penjenayah'' tertera dengan jelas di bawahnya.
Tidak sedarkah anda? Bahawa lebih separuh daripada rakyat Iraq yang berjumlah 24
juta orang itu adalah mereka yang berumur kurang daripada 15 (tahun). Jumlahnya ialah
12 juta kanak-kanak. Kanak-kanak seperti saya. Benar, saya akan mencecah usia 13
tahun, oleh itu ada di antara mereka yang lebih tua daripada saya, dan ada yang lebih
muda,mungkin mereka lelaki dan bukan perempuan seperti saya, ada yang berambut
coklat, bukan merah (seperti saya). Namun kanak-kanak tersebut tiada beza dengan
saya. Dengan itu lihatlah saya - dengan mendalam dan teliti. Kerana sayalah yang
seharusnya anda bayangkan di kepala anda jika anda bercakap tentang pengeboman di
I! raq. Sayalah yang akan anda korbankan.

``Sekiranya saya bernasib baik, saya akan terbunuh dengan serta-merta, seperti 300
kanak-kanak yang dibunuh oleh ``bom pintar'' anda di sebuah kawasan persembunyian
bom di Baghdad pada 16 Februari 1991. Letupan tersebut amatlah dahsyat
sehinggakan garis kasar tubuh kanak-kanak yang terbunuh bersama-sama ibu mereka
yang terbakar hangus masih melakarkan dinding tempat berteduh tersebut; anda masih
boleh menarik keluar cebisan kulit yang hangus yang terlekat kuat di dinding tersebut -
sebagai tanda kemenangan anda.

``Tetapi bayangkan jika saya tidak bernasib baik dan akan mati dengan perlahan, seperti
Faisal yang berumur 14 tahun, yang sekarang ini terlantar

menunggu masa di ``wad maut'' di hospital kanak-kanak di Baghdad. Dia menghidap


kanser lymphoma - sejenis barah yang disebabkan oleh bahan sisa uranium yang
ditinggalkan oleh peluru berpandu semasa Perang Teluk dulu. Ataupun saya akan mati
dalam penuh kesakitan dan teraniaya seperti Mustafa yang berumur 18 bulan. Organ-
organ pentingnya telah dijangkiti parasit yang

dibawa oleh lalat pasir. Amat sukar untuk dipercayai bahawa penyakit Mustafa mampu
dirawat dengan ubat yang berharga hanya AS$25. Tetapi ubat-ubatan seperti ini tidak
boleh didapati disebabkan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh anda.

``Atau mungkin juga saya tidak akan terbunuh tetapi akan terus hidup dengan
kerosakan psikologi yang tidak boleh dilihat dari luaran seperti yang dialami Salman
Mohammed. Dia masih tidak boleh melupakan ketakutan yang dialaminya berserta adik-
adiknya apabila anda membedil Iraq dalam tahun
1991. Bapa Salman telah mengumpul semua ahli keluarganya agar tidur di dalam kamar
yang sama supaya kesemua mereka akan mati atau hidup bersama. Dia masih lagi
dihantui igauan akibat desingan bunyi amaran pengeboman dalam tahun itu.

``Mungkin juga saya akan menjadi anak yatim seperti Ali yang berumur hanya tiga tahun
semasa bapanya terkorban dalam Perang Teluk. Selama tiga tahun selepas itu Ali akan
ke kubur bapanya setiap hari dan menguis-nguis tanah kubur yang menyemadikan
orang yang amat dirinduinya. Sambil menangis teresak-esak, dia akan memanggil
ayahnya: ``Jangan risau ayah, ayah boleh keluar sekarang. Orang-orang yang
(bertanggungjawab) meletakkan ayah di sini telah lama meninggalkan tempat ini.'' Yang
sedihnya, perhitungan Ali adalah

silap. Nampaknya orang-orang itu akan kembali.

``Ada kemungkinan saya akan terselamat seperti Luay Majid yang ketika Perang Teluk
hanya tahu bahawa dia tidak payah ke sekolah dan boleh tidur malam selewat-lewatnya.
Hari ini, dia tidak mempunyai pelajaran dan hanya mampu menjual akhbar di jalanan.

``Bayangkanlah jika kanak-kanak ini adalah anak-anak anda - atau anak saudara
ataupun anak jiran anda. Bayangkan teriakan seorang anak yang sedang menahan sakit
akibat hancurnya salah satu daripada anggota tubuhnya
- tetapi anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengurangkan kesakitan yang

dialami ataupun menenangkannya. Bayangkan anak perempuan anda yang menangis

kesakitan dicelah rekahan bangunan yang runtuh tetapi anda tidak boleh membantunya.
Bayangkan anak-anak anda berkeliaran dengan tidak menentu di jalanan, dalam
kelaparan dan keseorangan, setelah melihat anda terbunuh di hadapan mata mereka
sendiri.

``Ini bukan filem pengembaraan, fantasi ataupun permainan video. Ini adalah

realiti bagi kanan-kanak di Iraq. Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji antarabangsa telah
ke Iraq untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak akan terjejas jika perang berlaku.
Separuh daripada kanak-kanak yang ditemu bual

berkata bahawa tiada gunanya mereka hidup lagi. Kanak-kanak yang sangat muda pun
tahu akan peperangan dan amat takut dengannya. Assem yang berumur lima tahun
menggambarkan perang sebagai `senjata dan bom, dan udara akan menjadi

sejuk dan panas dan kami akan terbakar hangus'. Aesar yang berusia 10 tahun

menghantar mesej kepada Presiden Bush dan mahukan agar Bush sedar bahawa
`ramai kanak-kanak Iraq akan terbunuh. Anda akan menontonnya di kaca TV dan

anda akan menyesal'.''

###############################################
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami),
maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami
jadikan tanda siang itu terang-! benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari
limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan
hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap

sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah
menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

(Al-Isra':12)

"Ya ALlah ya Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhan pesongkan hati-hati kami sesudah
Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahlah kepada kami akan

rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengurnia"

You might also like