You are on page 1of 5

Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan

untuk kedamaian kemudian untuk mempertahankannya adalah sifat-sifat


mulia yang perlu disanjung tinggi oleh generasi remaja. Oleh itu, dalam
mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita, generasi yang hidup
pada zaman ini khususnya golongan remaja janganlah melupakan
pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini
kepada kita.

Hasil cetusan semangat para pejuang seperti tokoh-tokoh politik,


cendekiawan dan juga para ulama’, maka kita wajib menghormati dan
mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup
ataupun yang telah meninggalkan dunia.

Setakat ini negara kita sudah berhadapan dengan berbagai-bagai gejala


sosial yang membimbangkan yang memerlukan generasi muda sama-sama
insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Negara kita
juga tidak wajar digemparkan dengan sebarang ancaman baru daripada
mana-mana kumpulan sehingga ke tahap mengancam keamanan dan
keselamatan negara.

Dalam kita berusaha meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya


kemerdekaan dan melahirkan kesyukuran ke atas manisnya kemerdekaan
itu, sudah ada tanda-tanda di dalam masyarakat kewujudan golongan yang
mulai cuai dan lupa diri sehingga menimbulkan masalah. Keadaan ini jika
tidak dibanteras dengan segera akan membawa kita kembali dijajah,
khususnya penjajahan minda, iaitu suatu penjajahan bentuk baru yang licik
dan halus.

Masalah yang dimaksudkan ialah gejala sosial seperti black metal, pergaulan
bebas, samseng, vandalisme, penyalahgunaan dadah, lumba haram dan
sebagainya di kalangan remaja. Oleh sebab terlalu merdeka maka mereka
lupa dan alpa tentang soal-soal pengorbanan. disiplin, tanggungjawab dan jati
diri. Masalah ini tidak wajar dipertanggungjawabkan keatas kerajaan sahaja.
Tanggungjawab untuk menyekat atau mengatasi masalah ini harus menjadi
tanggungjawab seluruh remaja. Didik dan tanamkan disiplin dalam diri supaya
terhindar daripada sebarang gejala yang boleh merosakkan masa depan diri,
keluarga, masyarakat dan juga negara.

Para remaja merupakan waris kepada kepimpinan negara dan kejayaan


bangsa pada masa hadapan. Untuk itu bersama-samalah kita
menggembeleng bagi membentuk dan berusaha agar akhlak dan minda
generasi remaja tetap utuh serta berdaya tahan. Usahlah kita membiarkan
pintu masa depan kita terbuka luas kepada anasir-anasir jahat menyelinap
masuk. Sesungguhnya generasi remaja pada hari ini adalah pintu kepada
kemakmuran negara pada masa hadapan.

Tidak ada negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang dapat hidup
dalam keadaan tenteram, harmoni, saling bantu membantu dan hormat
menghormati antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh negara kita .
Suasana dan amalan yang dinikmati oleh Malaysia ini merupakan cara hidup
yang dituntut oleh Islam.

Justeru ,marilah kita memelihara kemerdekaan kita ini dengan mengekalkan


perpaduan yang wujud supaya tidak akan ada perasaan curiga mencurigai
sesama kita. Kita kekalkanlah permuafakatan yang telah wujud sejak 49 yang
lalu sebagai kunci kepada kecemerlangan negara kita di masa yang akan
datang. Golongan remaja perlu hidup bersatu hati di bawah lambang
perpaduan, menyemai sikap kasih sayang dan bermuafakat untuk kebaikan
bersama.

Generasi sesudah merdeka berkewajipan menggembleng tenaga dan


bertekad untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman
sama ada dalam bentuk fizikal seperti keselamatan negara mahupun spiritual
seperti penyelewengan akidah dan penyongsangan akhlak. Generasi remaja
hendaklah berusaha dan berkorban segala-galanya demi memerdekakan diri
daripada cengkaman kebejatan dan perhambaan hawa nafsu.
Sebagai generasi pasca kemerdekaan, remaja perlu kembali untuk
memahami sejarah dan perkembangan negara kita. Ini penting sebagai kayu
pengukur dan pemangkin dalam menyumbangkan khidmat dan bakti kepada
negara yang tercinta. Tanpa memahami akan perkembangan negara dan buta
sejarah , kita mungkin akan hanyut dibawa arus kesenangan hidup yang
melalaikan.

Di sinilah peranan golongan remaja sebagai agen yang menggerak dan


mengisikan erti kemerdekaan negara. Untuk mewujudkan pencapaian yang
cemerlang, negara memerlukan generasi muda yang tangkas, gigih dan
sangat dedikasi dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab

Remaja perlu meningkatkan kemahiran dan mendalam ilmu pengetahuan


agar ia dapat digunakan untuk mencipta kemajuan yang lebih
bermakna.Tiada ertinya menikmati kemerdekaan berpuluh tahun akan tetapi
cara dan pemikiran masih dikongkong oleh kekalutan berfikir dan kesempitan
idea.

Sehubungan dengan itu, kita tidak sepatutnya merasakan cukup sekadar apa
yang ada. Kita perlu membuka ruang dan mencipta peluang seperti
mewujudkan trend pemikiran yang lebih proaktif. Kemajuan dan
perkembangan dunia sekeliling perlu dimanfaatkan dan dipergunakan
sebagai sebahagian daripada bahan-bahan bagi memajukan diri dan negara.

Semangat kenegaraan dan mencintainya mesti tumbuh subur di setiap


sanubari golongan remaja. Perasaan seumpama ini sebagai bekalan terbaik
dalam mengharungi liku-liku kehidupan bernegara. Ini penting agar setiap
pengaruh dan cabaran yang datang melanda masyarakat dapat didepani
dengan lebih berani dan berupaya. Justeru remaja perlu memiliki minda
merdeka yang dinamik, cemerlang dan bertenaga.

Dalam suasana aman dan sejahtera hasil kemerdekaan ini, sudah sampai
masa dan mustahak bagi semua pihak untuk sentiasa meningkatkan
kewaspadaan terhadap apa-apa juga unsur yang boleh menggugat
keamanan dan kesejahteraan negara. Bersama-samalah kita menjaga dan
mengawal bumi Malaysia yang tercinta ini daripada kejadian-kejadian yang
tidak diingini agar kesejahteraan dan keamanan yang kita nikmati selama ini
terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya


anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki
sekarang.Janganlah kita yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini
untuk dinikmati generasi masa hadapan.Para remaja adalah di antara
golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan
negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat menetap di negara
bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan cinta kepada
negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah
bangsa dan negara.

Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya


pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat
kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk remaja
mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan
tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh
meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan
negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa
dan negara.

Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan


harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting
dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu
tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah
seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti
Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah
dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat


melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah
menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih
bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara
yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan
menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti
Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi
Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja


perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu
perkara.Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi
mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak
bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan
negara.

You might also like