You are on page 1of 14

Local Area Network (LAN)

Satu sistem komunikasi berhalaju tinggi persendirian, yang membenarkan pelbagai peralatan automatik bebas berkomunikasi antara satu sama lain, dalam suatu kawasan yang terhad seperti dalam sebuah bangunan, sebuah kawasan kilang, hospital, kampus pengajian, pejabat dan bank.

Mangapa LAN 1. Pengurangan kos sedangkan penggunaan komputer bertambah semakin diminati/banya 2. Perkembangan yang pesat dalam teknologi elektronik k digunakan? komunikasi 3. Dapat mengurangkan kos pendawaian tambahan/baru dan penggunaan komputer serta alatan elektronik dari berlainan punca (jenis) untuk berkomunikasi dalam sebuah rangkaian 4. Satu altenatif yang murah berbanding penggunaan Komputer Mini atau Kerangka Utama dalam perlaksanaan sistem agihan pemprosesan data dan maklumat Apakah keupayaan LAN? 1. Penggunaan bersama (perkongsian) perisian dan data 2. Penggunaan bersama alatan antaramuka 3. Penggunaan bersama saluran komunikasi dan alatan komunikasi seperti modem, fax dan lain-lain 4. Kebolehan pemindahan fail dan utusan 5. Mel elektronik 6. Pengagihan data dan pemprosesan Ciri-Ciri LAN Milik Persendirian - komponen-komponen dalam LAN dimiliki oleh organisasi. Kadar Kelajuan Yang Sangat Tinggi - 10 hingga 100 Mbps ke atas. Kadar Ralat Yang Sangat Rendah Penghantaran secara Broadcast.

Kebaikan LAN 1. Sangat 'reliable' - sebarang stesen yang rosak/bermasalah akan

diputuskan tanpa mengganggu komunikasi antara stesen-stesen yang lain 2. Mudah untuk menambah stesen-stesen baru tanpa merosakkan aliran komunikasi yang sedang berjalan. Penggunaan pendawaian sedia ada dapat menjimatkan kos 3. Kabel yang dipasang secara terus kepada peralatan dapat membenarkan komunikasi berhalaju tinggi 4. Boleh disambung ke rangkaian yang berbeza sifatnya. Sambungan antara rangkaian ini dipanggil gateway. Gateway mesti boleh membenarkan stesen-stesen pada satu jenis rangkaian bertukar maklumat dengan stesen-stesen lain yang berada pada jenis rangkaian yang berbeza 5. Membolehkan perkongsian peralatan mahal seperti data storage units, high-speed printers, graphics devices dan intelligent copiers 6. Menghapuskan kebanyakan keperluan untuk menyalin maklumat 7. Memajukan komunikasi dengan membenarkan elektronik mail dan pemindahan dokumen serta kertas kerja Komponen Peralatan pengkomputeran (komputer, modem, printer, storan komponen LAN dll). Kad rangkaian (Network Interface Card) Sistem perkabelan (kabel, connector, terminator dll) Hubs atau concentrators Perisian LAN (Perisian Sistem Pengoperasian - NOS dan perisian aplikasi) Perkara yang perlu diteliti dalam membina sebuah LAN Saluran komunikasi atau media Media adalah saluran komunikasi (selalunya dalam bentuk kabel) di mana data serta maklumat dapat dipindahkan dari node ke node. Terdapat banyak jenis kabel yang boleh digunakan dalam pemasangan LAN. Diantaranya:

Twisted pair

Coaxial Optical fibre Sistem kabel IBM Solid #22 dan #26 AWG Sistem kabel DEC Ethernet Kabel telefon 4 wayar Kabel video

Perbezaan keupayaan setiap media yang perlu diambil kira apabila memilih media untuk membentuk sebuah LAN 1. Kos 2. Kadar penghantaran data 3. Kebolehpercayaan penghantaran 4. Keadaan sekeliling Penghantaran Dua jenis isyarat yang boleh digunakan ialah analog dan digital dan Data halangan yang wujud dalam penghantaran data/isyarat ialah hingar (noise) dan attenuation. Data/isyarat boleh dihantar melalui dua teknik bergantung bagaimana laluan diguna tetapi tidak bergantung kepada media yang digunakan. Baseband (jalur dasar) i ii Menyediakan saluran tunggal untuk seluruh lebar jalur iaitu seluruh lebar jalur tidak dibahagi kepada saluran-saluran. Baseband boleh diguna untuk membawa maklumat berlainan jenis dengan teknik Time Division Multiplexing (TDM). Slot masa diguna secara bergilir-gilir.

iii Penghantaran adalah digital, tidak memerlukan modem, jadi kos lebih murah.

iv v vi

Lebar jalur tidak semestinya besar. Untuk penghantaran suara, perlu mengubah dari analog ke digital dan sebaliknya, jadi memerlukan modem. Lebih sesuai jika menggunakan kabel baseband antara pc.

vii Penghantaran maksima ialah 10Mbps. viii Mudah untuk pembesaran/penambahan sistem di masa hadapan. ix Broadband (jalur lebar) i Contoh: Ethernet LAN Lebarjalur dibahagi kepada saluran-saluran. Menyediakan subsaluran-subsaluran komunikasi lantas membolehkan pemindahan maklumat secara selari. Lebih laju dari teknik Baseband. Teknik Frequency Division Multiplexing (FDM) digunakan.

ii

iii Penghantaran adalah analog, oleh itu ia memerlukan modem. Dalam setiap subsaluran, penghantaran ialah satu hala sahaja. iv Perlu lebar jalur yang besar supaya boleh menempatkan banyak saluran - 20 ke 30 saluran per kabel. v Menggunakan kabel sedia ada seperti industri CATV (USA) murah.

vi Boleh menghantar data sehingga 180Mbps. vii Contoh: IBM Broadband LAN. Topologi Topologi menyatakan bentuk susunan komputer Terdapat 3 topologi utama iaitu bus, cincin (ring) dan bintang (star) Topologi boleh dibahagi kepada dua kategori; topologi fizikal dan topologi logikal. Topologi fizikal adalah bentuk susunan yang kita boleh lihat dengan mata kasar - secara fizikalnya begitulah Topologi logikal adalah cara susunan komputer beroperasi - tidak

nampak pada mata kasar. Ada kemungkinan topologi fizikal bintang tetapi topologi logikalnya cincin. Contohnya, kita melihat bentuknya seperti bintang tetapi cara dalaman ianya beroperasi adalah dalam susunan cincin.

Pemilihan topologi bergantung kepada faktor, i. ii. iii. Keboleharapan (apabila terdapat kegagalan,sistem tidak terjejas) Boleh dikembangkan Prestasi (menyediakan masukan yang terbaik. e.g: Bintang terbaik untuk keperluan intensif. Bas boleh mengendali banyak peranti , jenis data dan kadar data tinggi

Terdapat 3 jenis topologi dalam LAN #kawalan memuaskan (nod #kelajuan perlahan kawalan pusat) (jika diguna dengan banyak) #semua kamudahan dikongsi 1 Bintang (star) #bilangan nod #kerosakan satu nod tidak terminal terhad menggagalkan sistem #kos binaan rendah #kelajuan kurang (mengikut giliran #mudah dikembangkan bagi jujukan) keperluan masa #kerosakan satu terminal akan menggagalkan 2 Gelang (ring) sistem #kelajuan pantas (terus) #kerosakan satu nod tidak menggagalkan sistem 3 Bas (bus) Topologi Bus #mudah dikembangkan berdasarkan keperluan Satu Kabel panjang yang tidak bersambung antara permulaan dan akhir. Peralatan pengkomputeran akan disambung kepada alat

tersebut.

Topologi Cincin

Satu susunan yang berbentuk bulatan (tiada permulaan dan akhir)

Topologi Bintang

Satu bentuk susunan yang sepusat. Peralatan pengkomputeran di tarik daripada pusat (hub).

Jenis Protokol Untuk mengawal pengaliran data dalam sebuah LAN agar boleh Komunikasi difahami oleh semua perkakasan yang ada, peraturan telah dibentuk supaya data/maklumat ditafsir dengan tepat tanpa ralat. IPX/SPX - untuk mesin/komputer yang menggunakan sistem pengoperasian NOVELL yang boleh digunakan bersama DOS. TCP/IP - untuk mesin/komputer yang berasaskan sistem pengoperasian UNIX.

Perpindahan data di antara node dalam sebuah LAN yang sama protokol atau berlainan protokol dikawal oleh satu undang-undang piawai iaitu IEEE 802 Layer yang juga menurut piawaian ISO 7 Layer Model. Piawaian IEEE Di dalam sebuah LAN, banyak komputer akan berfungsi serentak samaada menghantar, menerima atau memproses data. Keadaan ini berlaku juga di 802 antara komputer dalam sebuah rangkaian LAN. Oleh kerana itu data yang dihantar oleh komputer boleh berlaga dengan data yang dihantar oleh komputer lain dalam media yang digunakan. Untuk itu satu jawatankuasa telah dibentuk untuk menetapkan satu piawaian supaya penghantaran data adalah tidak terganggu atau pun selamat. Jawatankuasa IEEE 802 dibentuk untuk mengkaji dan memperakui cadangan piawaian untuk pelbagai aspek sebuah LAN. Spesifikasi IEEE 802 telah membahagikan Data Link Layer kepada dua iaitu Logical Link Control dan Media Access Control sublayer.

Pecahan ISO IEEE 802 Network Network 802.1

Data Link Layer

Logical Link Control Media Access Control

802.2 802.3 802.4 802.5 802.6

Physical

Physical

ISO Model

IEEE 802 Layers 802.1 802.2 802.3 802.4 802.5 802.6

IEEE 802 Standard Higher layer interface Link control layer CSMA/CD Token Bus Token Ring MAN (metropolitan area network)

Kawalan Capaian Media (Media Access Control)

Tiga kaedah kawalan capaian yang selalu digunakan: 1. CSMA/CD 2. Token Bus 3. Token Ring

IEE 802.3 CSMA/CD

Kaedah ini yang paling banyak digunakan dalam sesebuah LAN. Stesen/komputer akan mendengar media untuk sebarang aktiviti pemindahan data. Jika tiada aktiviti maka ia akan mula menghantar data. Jika 2 stesen menghantar data serentak, perlanggaran data boleh berlaku. Stesen akan menunggu beberapa lama selepas perlanggaran berlaku sebelum mula menghantar data kembali. Digunakan dalam topologi bus. Kawala media ditentukan dengan menggunakan 'token' yang dihantar dari stesen ke stesen dalam satu bulatan logikal. Apabila sebuah stesen menerima token maka ia mempunyai suatu masa untuk melaksanakan tugasnya. Media hantaran pada waktu itu diperuntukkan kepada stesen itu sahaja. Sama seperti token bus tetapi digunakan dalam topologi gelung.

IEEE 802.4 Token Bus

IEEE 802.5 Token Ring

Perbezaan antara rangkaian LAN dan UNIX

Dalam rangkaian LAN ataupun UNIX, pelayan (server/host) menyediakan perkhidmatan kepada semua komputer dalam rangkaian itu. Perbezaan yang paling ketara antara dua sistem ini ialah kaedah pemprosesannya.Dalam rangkaian LAN, perisian disimpan didalam pelayan. Apabila sesebuah komputer memerlukan sesuatu perisian, maka perisian itu akan disalinkan ke ingatan komputer tersebut dari pelayan. Semua proses kemudiannya dilaksanakan dikomputer itu. Tiada campurtangan pelayan. Manakala dalam rangkaian UNIX, perisian berada dalam pelayan/host. Apabila sesuatu komputer memerlukan sesuatu perisian maka host akan menjalankan perisian tersebut di dalam ruangkerja khas untuk pengguna komputer itu. Pendekata semua kerja memproses dilaksanakan di pelayan/host. Komputer digunakan hanya untuk memasukkan arahan/data.

Kaedah Capaian Data

Kaedah Capaian Data diperlukan untuk menentukan manakah peranti yang boleh menghantar data pada masa tertentu. Ini adalah kerana pada LAN setiap PC mempunyai kecerdikan untuk menentukan sama ada ia boleh hantar data - tidak sebagaimana Polling dan Selection. Salah satu kaedah capaian data pada LAN adalah menggunakan kaedah contention untuk menghantar data iaitu setiap peranti akan menghantar data bila sahaja ada data yang hendak dihantar. Bila lebih daripada satu peranti menghantar data serentak, pelanggaran (collision) akan berlaku. Menyebabkan data yang dihantar rosak. Semakin banyak PC dalam LAN maka semakin banyak pelanggaran akan berlaku dan prestasi rangkaian keseluruhan akan menurun. Jika satu-satu PC menghantar fail yang besar juga akan mengakibatkan perlanggaran banyak berlaku. Walau bagaimanapun perlanggaran jarang berlaku dalam LAN kerana penghantarannya yang laju dan biasanya jumlah data yang dihantar tidak begitu besar. Salah satu kaedah contention adalah capaian secara rawak - setiap peranti akan menghantar data bila dia

ada data.

Salah satu kaedah contention yang lebih baik adalah CSMA (Carrier Sense Multiple Access). Dalam kaedah ini mana-mana peranti yang mempunyai data untuk dihantar akan 'mendengar' terlebih dahulu dalam rangkaian sama ada 'free' atau sebaliknya. Jika rangkaian tidak sibuk (free), maka peranti tersebut akan menghantar semua datanya dan akan menunggu acknowledgement. Pada masa tersebut, peranti lain tidak akan menghantar data kerana talian sedang sibuk. Walau bagaimanapun jika pada masa yang sama ada peranti lain yang menghantar data, pelanggaran akan tetap berlaku. Jika acknowledgement tidak diterima oleh penghantar pada jangkamasa tertentu, penghantar menganggap ada pelanggaran atau masalah, seterusnya penghantar akan menghantar semula data. Kaedah CSMA lebih baik daripada capaian secara rawak kerana kaedah ini ada mekanisma untuk memeriksa sama ada talian sibuk atau sebaliknya. CSMA pula ada variasinya iaitu CSMA/CA (Collision Avoidance) dan CSMA/CD (Collision Detection). CSMA/CD lebih baik kerana mekanisma penghalang perlanggaran dilakukan pada dua peringkat; pertama sebelum menghantar (mendengar terlebih dahulu) dan juga semasa menghantar. Jika semasa penghantaran, penghantar mendengar ada peranti lain juga menghantar data, ia akan memberhentikan penghantaran data dan menunggu dalam masa rawak sebelum bersedia untuk menghantar semula (kaedah ini dikenali sebagai backoff). Kaedah capaian data yang lain (selain contention) adalah menggunakan token (token passing). Token adalah satu blok maklumat (sebagaimana protokol pautan data) yang bergerak dalam rangkaian. Terdapat dua jenis token iaitu free token dan busy token. Setiap peranti dalam rangkaian akan melihat pada token apabila token tersebut sampai kepadanya - jika

dia ada data yang hendak dihantar dan token yang diterima 'free', maka ia akan meletakkan data pada token tersebut dan setkan token tersebut kepada jenis busy token. Seterusnya token tersebut akan menghantar data ke destinasi.

Bila tiba di destinasi, penerima akan mengambil data dari token dan memberi acknowledgement kepada penghantar melalui token tersebut. Bila token sampai ke penghantar, peranti penghantar akan setkan token tersebut kepada jenis 'free'.

Antara Rangkaian (internetworking)

Antara-rangkaian adalah bertujuan untuk menyambung LAN atau/dan WAN agar ianya menjadi satu infrastruktur organisasi yang boleh berhubung antara satu dengan lain. Terdapat beberapa masalah bila kita perlu kembangkan (extend) LAN atau bila hendak menyambung lebih daripada satu LAN (atau satu LAN kepada rangkaian lain):

Satu-satu piawaian LAN mempunyai saiz yang terhad. Contohnya IEEE 802.3 10Base2 hanya boleh menampung sehingga 30 nod dalam LAN dan maksima panjang kabelnya hanyalah 185 meter. Dua LAN mungkin berbeza piawaiannya atau senibina rangkaiannya berbeza. Masalah traffic bottleneck yang mungkin timbul bila disambung dua rangkaian. Contohnya LAN bahagian kejuruteraan/multimedia dengan LAN bahagian akaun. LAN multimedia mungkin akan mengeluarkan banyak data yang boleh menganggu LAN bahagian akaun.

Peranti-peranti antara-rangkaian digunakan untuk mengatasi masalah-masalah di atas; Extending, Connecting and Segmenting. Antara peranti antara-rangkaian yang ada adalah repeater, bridge, switch, router dan gateway.

Repater digunakan untuk menyegarkan semula isyarat untuk membolehkan satu-satu LAN itu diperpanjangkan. Bridge boleh filter data-data yang bergerak antara dua rangkaian ini membolehkan halangan dilakukan agar datadata untuk satu-satu rangkaian tidak bergerak ke

rangkaian lain.

Router digunakan untuk menyambung dua rangkaian Gateway digunakan untuk menyanbung rangkaianrangkaian yang berlainan senibinanya. Contohnya menyambungkan LAN dengan SNA.

Repeater

Satu alat yang digunakan untuk menambah jarak maksimun satu-satu LAN Alat ini akan mengambil semua isyarat yang sampai kepadanya, segarkan semula, dan menghantar kesemuanyanya kepada LAN seterusnya. Dari itu repeater tidak menyekat data-data yang tidak diperlukan termasuk data-data yang rosak. Repeater berfungsi pada lapisan satu OSI.


Bridge

Bridge mempunyai keupayaan untuk menapis data agar data yang ditujukan kepada LAN yang satu lagi sahaja yang boleh melaluinya. Secara amnya LAN mempunyai tiga tugas asas; learn, filter dan forward. Bridge dikatakan mempunyai keupayaan untuk mengetahui jika ada nod baru dimasukkan atau ada nod yang dikeluarkan dari LAN. Jika satu nod ingin hantar data kepada nod dalam LAN yang sama, bridge akan filter data tersebut dari memasukki LAN yang satu lagi. Jika satu nod dari LAN 1 ingin menghantar data kepada nod lain pada LAN 2, maka bridge akan forward-kan kepada LAN tersebut. Bridge beroperasi pada lapisan 2 OSI. Bridge boleh digunakan untuk menyambungkan dua atau lebih LAN yang menggunakan alamat rangkaian yang sama seperti Ethernet-Ethernet, token-ring-token-ring dan malah Ethernet-Token-ring (tidak begitu biasa digunakan

- selalunya dipakai router).

Dua LAN yang berjauhan (remote) juga boleh disambung dengan bridge yang dipanggil remote bridge. Bridge menjadikan dua LAN yang dihubung sebagai satu rangkaian (yang mempunyai nombor rangkaian yang sama)

Router

Router adalah satu peranti yang lebih komplex - boleh menentukan jalan mana yang terbaik untuk dilalui jika terdapat lebih daripada satu jalan. Router lebih kerap digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang mempunyai alamat rangkaian yang berbeza. Router hanya perlu mengetahui rangkaian yang perlu dilalui sahaja (router mengandungi alamat-alamat rangkaian yang disambung kepadanya dan alamat-alamat nod yang disambungkan terus kepadanya) sedangkan bridge perlu mengetahui semua alamat nod yang ada dalam rangkaian. Beroperasi pada lapisan 3 OSI. Router selalu digunakan untuk menyambung LAN-LAN yang besar dan menyambung LAN ke WAN. Tidak semua protokol LAN mempunyai lapisan 3 OSI iaitu seperti NetBios. Menggunakan router untuk protokol tersebut tidak memberi kesan yang lebih baik. Dalam satu organisasi yang mempunyai pelbagai protokol memilih bridge atau router bukanlah penyelesaian yang baik kerana ada protokol yang tidak mempunyai lapisan 3 OSI (lebih sesuai guna bridge) dan ada protokol yang mempunyai lapisan 3 OSI (lebih sesuai guna router). Ada pengeluar router yang menambah fungsi bridge ke dalam routernya - dipanggil Brouter.

Gateway

Gateway digunakan untuk menyambung dua rangkaian yang menggunakan senibina rangkaian yang berbeza. Gateway juga selalu digunakan untuk menyambung dua aplikasi rangkaian yang menggunakan protokol yang tidak

sama.

Gateway beroperasi pada lapisan 1 dan ke atas (sehingga 7) pada OSI - selalunya 3 hingga 7. Banyak juga guna gateway yang hanya beroperasi pada lapisan 7.

You might also like