You are on page 1of 12

AZFA HANANI

Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga Sek Men Sri Dian. Dia dipelihara oleh pak longnya selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya semasa dia masih bayi. Menyamar sebagai Tengku Murni dan menjadi anak angkat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah kerana wajahnya yang seiras dengan wajah Tengku Murni yang telah meninggal dunia dalam kemalangan tetapi kematiannya itu tidak dapat diterima oleh ibunya, Datin Maziah. Dia bersetuju menerima permintaan Mazran (anak lelaki Datin Maziah/abang Tengku Murni) dan Syafinaz. (menantu Datin Maziah) demi masa depannya kerana pak longnya tidak mampu untuk membiayai persekolahannya. Mazran dan Syafinaz juga telah berjanji untuk menanggung kos rawatan anak pak Longnya itu iaitu Zuraini yang menghidap penyakit lumpuh sehingga sembuh.

Azfa Hanani telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula belajar di sekolah baru iaitu Sekolah Taman Sari dalam Tingkatan 5 Sains 1. Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran. Di banglo Datin Maziah dan sekolah barunya pelbagai peristiwa pahit dan manis telah dilaluinya. Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni untuk memahami perwatakannya. Melalui diari itu, dia mengetahui hubungan cinta antara Tengku Murni dengan Ekran terputus disebabkan halangan daripada abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar menentang hubungan tersebut kerana merasakan Ekran tidak setaraf dengan Tengku Murni yang berasal daripada keluarga yang kaya raya dan berkedudukan tinggi.

Azfa Hanani merasa terhina dengan kenyataan Tengku Muzaffar kerana dia juga miskin. Rasiah penyamarannya terbongkar apabila Datin Maziah mendengar pengtekarannya dengan Tengku Muzaffar. Dia diusir dari banglo dan kembali ke rumah pak longnya di Kampung Merpati. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur datang ke kampung memujuk Azfa Hanani kembali ke pangkuan mereka. Datuk Tengku Makmur menjelaskan dialah punca kematian ibu bapa Azfa Hanani kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan teksi dinaiki Azfa Hanani dan keluarganya terjatuh ke dalam gaung. Datin Maziah yang kasihan akan Azfa Hanani yang kelaparan pada waktu itu telah menyusukannya. Akhirnya, Azfa Hanani telah kembali ke rumah Datin Maziah dengan identiti sebenar. Azfa Hanai juga telah mengetahui Ekran sebenarnya bukanlah berasal daripada keluarga yang susah.

Huraikan tema bagi novel ini ?


Novel ini bertemakan kehidupan seorang gadis remaja yatim piatu bernama Azfa Hanani yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Cabaran utamanya ialah kemiskinan keluarga yang memaksa dirinya melakukan sesuatu di luar kemahuannya bagi meneruskan pelajaran. Gadis tersebut telah menyamar sebagai anak orang lain demi menyelamatkan seorang ibu daripada terus menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangan dalam kemalangan jalan raya. Dalam penyamaran tersebut, pelbagai suka duka telah dilaluinya termasuk dihina dan dimarah oleh orang lain yang tidak menyukainya. Walaubagaimanapun, gadis tersebut telah berjaya menghadapi semua rintangan itu dengan hati yang cekal dan tabah.

Nyatakan Persoalan Dalam Novel Azfa Hanani ?


1. Kemiskinan Penjaga Azfa Hanani iaitu pak long dan mak longnya hidup dalam kemiskinan. Mereka tidak mampu menyediakan keperluan pembelajaran untuk Azfa Hanani dengan baik sehingga menyebabkan Azfa Hanani terpaksa mengambil buku rujukan di perpustakaan. Azfa Hanani juga berhadapan kemungkinan berhenti sekolah kerana faktor kemiskinan itu. Kehidupan mereka bertambah susah kerana anak sulung mereka iaitu Zuraini menghidap penyakit lumpuh. 2. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu membolehkan sepupunya mendapat rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

3. Kasih sayang keluarga


Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni sehingga tidak dapat menerima hakikat kematiannya. Azfa Hanani menyayangi pak long, mak long dan sepupunya. Ketika makan makanan enak di rumah Datin Maziah, dia sering teringat akan sepupunya Zahidin yang berumur lima tahun. Azfa Hanani juga menerima tawaran penyamaran itu demi merawat penyakit lumpuh Zuraini yang telah dijanjikan Tengku Mazran dan Kak Syafinaz.

4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat.


Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia tamakkan harta. Tengku Muzaffar memutuskan hubungan arwah adiknya, Tengku Murni hanya kerana beranggapan Ekran berasal daripada keluarga miskin. Demikian juga dengan sikap Laili yang sombong dan angkuh dengan pelajar-pelajar yang tidak setaraf dengannya.

5. Konflik /Psikologi Remaja


Azfa Hanani turut menghadapi konflik peribadi yang dikenali sebagai krisis identiti. Azfa Hanani keliru dengan pilihan kerjayanya di masa hadapan. Apabila melihat keadaan sepupunya, Zuraini yang menghidap penyakit lumpuh dia bercita-cita ingin menjadi doktor, tetapi apabila dia berjaya memainkan peranan sebagai pengerusi kumpulan forum, dia mengubah cita-citanya untuk menjadi pengacara dan personaliti televisyen.

6. Ketabahan dan Keberanian Mengambil Risiko


Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani sentiasa sabar dan cekal hati walaupun sepanjang penyamarannya di rumah baru dan sekolah baru itu, dia pernah dihina dan dipandang rendah oleh orang sekelilingnya. Azfa Hanani sentiasa cuba memajukan dirinya tanpa putus asa seperti mengambil kelas Bahasa Inggeris dan belajar komputer untuk mengatasi kelemahannya dalam bahagian itu.

Nyatakan 7 nilai yang terdapat dalam novel ini.


1. Nilai pengorbana-Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi masa depannya dan membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi penyakit lumpuhnya. Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa-Contohnya, Azfa Hanani gigih dan tekun belajar demi masa depannya hingga sanggup meminjam buku-buku rujukan dari perpustakaan semata-mata untuk membuat ulang kaji. Nilai kasih sayang- Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/ Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki bas ke sekolah kerana bimbangkan keselamatannya sebaliknya dihantar setiap hari oleh Kak Finaz. Nilai kerajinan- Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Nilai harga diri- Contohnya, Azfa Hanani menjaga maruah dirinya sebagai seorang gadis. Dia menolok pelawaan Iskandar untuk menghantarnya pulang dengan membonceng motosikal pemuda itu. Dia juga enggan menyelak bajunya di hadapan Tengku Muzaffar apabila diarahkan oleh Datin Maziah kerana sedar bahawa Tengku Muzaffar bukan muhrimnya. Amanah dan berpegang teguh kepada janji-Tengku Mazran dan Puan Syafinah telah membiayai rawatan penyakit lumpuh Zuraini. Datuk Tengku Makmur pula berusaha mencari Azfa Hanani selama 16 tahun untuk menunaikan janjinya menyara anak itu setelah dia berasa bertanggungjawab atas kematian ibu bapa Azfa Hanani kerana kecuaian memandu dalam keadaan mabuk. Bertanggungjawab-Contohnya, Tengku Elina bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Dia telah berjaya menguruskan tugasnya sebagai setiausaha program Hari Sumbangsih dan sebagai pengerusi Forum Remaja. Apabila menyedari dia tidak sempat untuk mempengerusikan Forum Remaja, dia mencari pengganti yang berkebolehan iaitu Azfa Hanani.

Pengajaran
1. Kadangkala pengorbanan itu perlu untuk membahagiakan orang lain.-Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Puan Syafinaz menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa yang berterusan dan juga demi untuk merawat penyakit lumpuh sepupunya, Zuraini. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan, kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa-Azfa Hanani sanggup meminjam buku rujukan di perpustakaan semata-mata untuk membolehkannya mengulang kaji pelajaran. Kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup-Azfa Hanani tidak patah semangat untuk rajin berusaha dalam pelajaran walaupun sedar kehidupannya susah semasa dipelihara oleh pak longnya. Azfa Hanani tetap bersabar walaupun pernah dihalau oleh Datin Maziah dan dihina oleh DatukTengku Makmur semasa di banglo dan Laili serta sahabatsahabatnya yang tidak menyukainya semasa di sekolah baru.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Janganlah bersikap sombong dengan kekayaan dan pangkat yang ada-Melalui watak Tengku Muzaffar kita dapat melihat sikapnya yang memandang darjat kerana tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan- Abang Mazran telah bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula. Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi ketentuan dan dugaan daripada tuhan- Sikap ini ditunjukkan oleh Azfa Hanani sewaktu dirinya dihalau oleh Datin Maziah dan dihina oleh Laili semasa di sekolah. Jangan lupa akan asal usul kita- Azfa Hanani bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya terdiri daripada golongan yang elit. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Tengku Mazran mahupun Datin Maziah.

You might also like