Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pameran Program Perkongsian Pintar Pembestarian Sekolah

Pameran Program Perkongsian Pintar Pembestarian Sekolah

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,659 |Likes:

More info:

Published by: Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang on Nov 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/25/2012

pdf

text

original

 
1
 
Pameran Program Perkongsian Pintar ke Arah PembestarianSekolah Kebangsaan 2007
Tempat : Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, MelakaTarikh : 19 November 2007Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petangMajlis Perasmian oleh: YB Menteri Pelajaran
Konsep
 
Pameran ICT ini merupakan pameran bahanteknologi, penyelesaian ICT dan kelengkapansebenar yang telah dilaksanakan oleh pihakswasta di sekolah. Ia juga akan memperlihatkanbagaimana syarikat swasta, berperananmembantu dan mendedahkan teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) serta bagaimanakemudahan ICT sedia ada di sekolah bolehmembantu mempercepatkan proses membestaridan memperkasakan sekolah.Melihat kerjasama antara kementerian denganpihak swasta yang berfokus kepada ICT denganmenunjukkan penyelesaian/program yangdilaksanakan boleh disesuaikan dengankemudahan dan kemahiran sedia ada.Menunjukkan kepada masyarakat bahawa ideadan konsep yang diamalkan oleh pihak swastaboleh dipraktikkan di pelbagai peringkat sekolah.
 
Tujuan
 
Sebagai platform untuk menghimpun semua program khususnya dalam bidangICT yang telah dan sedang dibuat oleh agensi luar untuk membantu sektor pendidikan sebagai usaha bersama. Usaha ini adalah sebagai strategipembestarian sekolah untuk membantu sekolah meningkatkan pembudayaanICT. Di samping mengiktiraf usaha-usaha yang telah dibuat oleh semua pihaksebagai usaha yang positif dan perlu diteruskan untuk dimanfaatkan dalam sektor pendidikan.
 
Objektif 
 
·
Mempromosikan inisiatif-inisiatif ICT pihak swasta dalam membantuKementerian Pelajaran
 
2
 ·
Mendedahkan idea dan perkembangan serta informasi-informasi terkinidalam ICT oleh pihak swasta
 ·
Meningkatkan penglibatan rakan kongsi Kementerian Pelajaran Malaysiadalam usaha melonjakkan penggunaan ICT di dalam bilik darjah
 ·
Memotivasi dan menggalakkan guru menggunakan ICT dalam prosespembelajaran dan pengajaran mereka
 ·
Menggalak dan mempertingkatkan perkongsian bahan-bahan pengajaran
 ·
Mempamerkan kebolehan sekolah khususnya guru dan pelajar dalammenggunakan kemudahan ICT bagi meningkatkan kemahiran dalammembantu mempercepatkan proses pembestarian sekolah. ICT sebagaialat untuk memudahkan penyampaian dan penerimaan pengajaran danpembelajaran dengan mengabung jalinprogram yang dilaksanakan olehswasta.
 
·
Mengiktiraf peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh syarikatswasta dalam membantu kementerian mengwujudkan budaya penggunaanICT dalam persekitaran sekolah (pengurusan dan pengajaran danpembelajaran)
 
Latar belakang
 
Pameran Program Perkongsian Pintar ke Arah Pembestarian SekolahKebangsaan 2007 ini adalah sempena dengan pelancaran bulan memperkasaSekolah Kebangsaan yang berlangsung dalam bulan November 2007. Iamerupakan salah satu daripada 5 aktiviti utama Memperkasa SK selain dariWacana Memperkasa Sekolah Kebangsaan, Karnival Prasekolah, AnugerahSekolah Cemerlang dan Anugerah Kokurikulum.Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan telah bermula sejak awaltahun 2000. Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah puluhan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan.Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangatberharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan denganperkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaiansistem pengurusan.Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya iasebagai kerjasama pintar (
smart partnership
) dalam pendidikan. KementerianPelajaran senantiasa membuka pintu dan membuka ruang yang lebih kepadasemua pihak menyumbang dan membantu bidang-bidang yang dikenalpastimemerlukan sokongan. Bagi mengiktiraf kerjasama yang diberikan, kementeriansering menjemput pihak swasta dalam program-program pendidikan danmempelawa untuk turut sama terlibat.Bermula dengan Konvensyen Kebangsaan Guru Dalam ICT 2006 yang melibatkansyarikat swasta dikenali sebagai
Smart Education Partnerships
(SEP),kementerian telah menjadikannya sebagai platform utama untuk mengiktiraf peranan mereka. Pihak swasta juga perlu melihat bidang-bidang yang bersesuaiansebelum merancang pelaksanaan program dengan pihak kementerian. Ini bolehdilaksanakan dengan mengambil kira program-program yang sedia ada di sekolah
 
3atau masih berada dalam perancangan kementerian. Kepakaran syarikat swastadalam bidang teknologi sangat signifikan dan boleh dikongsi untuk meningkatkankemahiran ICT guru khususnya dan sekolah amnya.
 Pameran Program Perkongsian Pintar ke arah Pembestarian SekolahKebangsaan 2007
sempena bulan Memperkasa Sekolah Kebangsaan untukpertama kali ini telah menjemput agensi-agensi luar bagi membuktikan bahawasemua pihak memberikan komitmen penuh untuk memantapkan sektor pendidikandinegara ini. Syarikat-syarikat multinasional seperti Intel, AMD, ORACLE,Microsoft, SAMSUNG dan IBM bekerjasama dengan syarikat tempatan sepertiMAXIS, Telekom Malaysia dan MDeC dalam program perkongsian pintar dengankementerian. Apa yang membanggakan ialah Kementerian Tenaga Air, danKomunikasi turut mengambil inisiatif membantu pihak Kementerian PelajaranMalaysia meningkatkan kemudahan infostruktur ICT sekolah.
 
Rasional
 
·
Pameran ini adalah sebahagian dari inisiatif dan bentuk usahasama yangtelah dibuat oleh pihak swasta dengan kerajaan. Ia juga merupakanplatform pertemuan semua pihak bagi menghargai usaha guru-guru dalampenggunaan dan inovasi ICT di sekolah-sekolah menerusi program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihakswasta. Di samping itu ia juga bagi mengiktiraf dan menghargai kerjasamadan kolaboratif semua pihak dalam memajukan pelaksanaan program ICTdi sekolah sama ada usaha berkenaan adalah inisiatif kerajaan atauswasta.
 ·
Sektor pendidikan adalah penyumbang utama kepada pembekalan tenagaberkualiti kepada negara. Sehubungan dengan itu tanggungjawab danusaha bersama harus wujud di kalangan sektor swasta dengan kerajaanbagi menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti dan dapat melahirkanpelajar yan mampu mencipta dan bersaing di peringkat antarabangsa.
 
Harapan
 
·
Memberikan gambaran sebenar pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah olehswasta kepada orang ramai bagi membuktikan bahawa penyelesaiantersebut boleh dilaksanakan
 ·
Memberikan ruang dan peluang kepada pihak swasta untuk bekerjasamamembantu sekolah
 ·
Mengiktiraf peranan dan fungsi yang diberikan oleh swasta khususnyamelaksanakan ICT di sekolah
 ·
Menggalakkan peranan swasta dan memangkin usaha kerajaan dalammengembleng tenaga membantu sektor pendidikan

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Musrifah Sarjoni liked this
Ai Lean liked this
Tan Byong liked this
Hero Super liked this
Siti Zuraidah liked this
Julaizah Harun liked this
gReeN meMories liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->